CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
 Author| Post time 13-6-2014 10:26 AM | Show all posts
KUDIN sembunyi di belakang pintu kecil yang menghubungkan tempat itu dengan bilik kecil, tempat Jo ditahan. Dari celah pintu, dia dapat melihat ada lebih kurang sepuluh orang termasuk Jo di dalam bilik kecil itu. Dua orang berkawal di muka pintu di bahagian dalam, lima orang lagi berkawal di setiap tingkap dan bakinya pula, bersama lelaki gemuk dan berkepala botak yang sedang menyeksa Jo di sebuah meja kecil. Hanya sebiji lampu yang tergantung menerangi bilik kecil itu. Agak samar melihat rupa sebenar penyangak itu semua. Langkah Kudin diatur perlahan mendekati bilik kecil yang terbuka luas pintunya. Dia jeling lubang dinding yang diintainya dari luar tadi. Lubang itu memang tepat ke arah Jo duduk.

"Aku kena hati-hati. Nampaknya orang-orang kat dalam sini tidak tahu yang rakan mereka di luar sudah ditembak." Kudin hentikan langkahnya sebaik dia sudah berada di tepi daun pintu. Sekali lagi dia memasang telinga perbualan lelaki perut buncit itu dengan Jo.

"Gua sudah kasi tahu sama Lu. Itu wang sudah ditanam dekat dengan pokok bunga putih tu!" Jo mengetap bibir. Darah yang masih mengalir dari bibir dan jarinya yang sudah dipotong sudah tidak terasa apa-apa.

"Pokok apa??" Pembantu Tokey Chong pula bertanya bila melihat lelaki cina itu sudah kebingungan.

"Pokok senduduk putih!"Jo sengih.

Lelaki itu berbisik ke telinga Tokey Chong. Tokey Chong angguk-angguk tanda faham. Dia kemudian pandang pada Jo yang masih terikat di kerusi dengan wajah lebam dan berdarah.

"Ok, kalau Lu tipu sama gua, semua jari Lu, gua kasi potong!" Tokey Chong ketawa lagi.

Dia segera mengarahkan orangnya ke tempat yang dinyatakan oleh Jo tadi. Dia tahu di mana tempat kurungan ke empat itu terletak. Tiga orang suruhan Tokey Chong mula ke bergegas ke sana.

"Sekalang, Lu tunggu sampai dia olang sampai sini dengan itu wang. Kalau tak ada itu wang, bukan jari Lu yang gua potong, kepala Lu jadi ganti! Faham??!!" Ugut Tokey Chong.

Jo hanya diam. Mampuslah nak jumpa wang tak pernah wujud tu. Aku harap mereka semua tu tercampak ke alam bunian dan dihukum sula oleh pengawal berkuda putih itu nanti!

Duuummmm!!!

"Apa bunyi tu?" Tokey Chong jenguk ke luar bilik kecil itu.

Kuncu-kuncunya segera keluar melihat apa yang berlaku setelah diarahkan oleh Tokey Chong. Tokey Chong pula sudah bersiap sedia dengan mesingan AK-47. Menunggu masa untuk menembak mangsa. Dia melangkah berhati-hati ke arah luar bilik kecil menuju ke ruang legar di gudang besar itu. Pintu utama gudang itu dilihat sudah terbuka luas.

"Mana semua olang pergi?" Tokey Chong masih memerhati ke arah luar gudang. Dia perhati  pula ke sekitar gudang. Tiada sesiapa. Dia kembali masuk ke dalam gudang dan mengarahkan orangnya yang masih berbaki tiga orang itu berkawal dan bersiap sedia.

Semua mata tertumpu ke arah pintu. Kelihatan lima orang berpakaian serab hitam lengkap bersenjata menyerbu masuk ke gudang itu.

"Letak senjata! Gudang ini telah dikepung!" Arah salah seorang lelaki yang berpakaian ala komando itu.

Tokey Chong tergamam. Dia beri isyarat pada orangnya. Pantas saja orang suruhannya melepaskan tembakan ke arah lima orang yang menyerbu masuk itu. Serentak itu juga tubuh orang suruhan Tokey Chong rebah ke lantai. Peluru bertubi-tubi mengenai tubuhnya.

"Aku kata letak senjata!" Sekali lagi amaran diberi.

"Lu siapa?" Tokey Chong tak mahu mengalah.

"Kami polis! Letak senjata dan menyerah diri!" Kali ini Detektif Jailani pula memberi amaran.

Orang-orang suruhan Tokey Chong tidak hiraukan arahan dan amaran polis, mereka terus saja melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pasukan polis itu. Suasana tegang, pihak polis dan kumpulan sindiket berbalas tembakan. Sekelip mata, seorang demi seorang menyembah bumi.

"Sekarang, letak senjata kamu!" Suara Detektif Jailani semakin kuat dan keras. Matanya bulat memandang Tokey Chong. Hatinya membara dan bagai disiat-siat bila mengingatkan lelaki itu menculik dan cuba menjual Senah dan Anum.

Ana Dahlia hanya memandang tingkah Tokey Chong yang kelihatan begitu degil dan dilihat seperti ingin menembak ke arah Detektif Jailani. Belum sempat Tokey Chong mencekah laras mesingan AK-47 di tangannya, Detektif Ana Dahlia segera menembak paha Tokey Chong. Toeky Chong sudah rebah menahan sakit. Detektif Jailani mengarahkan yang lain menggeledah setiap ruang.



SEMENTARA ITU, di dalam bililk kecil yang sudah tiada seorang pun orang-orang Tokey Chong berada di situ, Kudin segera mendapatkan Jo dan buka ikatan. Jo dipapah keluar dari bilik kecil itu dengan berhati-hati. Jo dilihat sudah tidak bermaya.

"Kudin...adik...adik aku.." Jo begitu payah menutur.

"Aku dah bawa dia keluar tadi. Aku nampak dia dikurung di bilik sebelah." Kudin cuba dengan sedaya upaya memapah Jo keluar dari situ melalui pintu kecil yang dia masuk tadi.

"Tunggu!"

Kudin dan Jo berpaling. Keduanya sudah menduga tentu mereka akan ditembak oleh orang suruhan Tokey Chong nanti. Bunyi tembakan di ruang legar gudang tadi jelas di telinganya.

"Kudin??" Detektif Jailani terkejut.

Kudin dan Jo turut terkejut. bertambah terkejut bila melihat Ana Dahlia pula muncul di sebelah Jailani. Kudin memandang gadis itu dengan riak keliru.

"Kau tak boleh bawa Jo keluar dari sini. Jo adalah tahanan kami." Detektif Jailani terpaksa berkata begitu.

Jo pandang Kudin, lalu dia menyuruh Kudin lepaskannya dan dia bersusah payah menyerah diri kepada pihak polis. Kudin terkedu di situ. Dia masih tidak mengerti apa yang berlaku.

"Aku akan menyerah diri. Kudin hanya nak menolong aku tadi." Jo berterus terang. Dia hulur kedua tangannya kepada Ana Dahlia, bersedia untuk digari.

Ana Dahlia terdiam dan tergamam. Tak sangka, selama ini Jo adalah sebahagian dari anggota sindiket haram itu. Dia pandang pula jari Jo yang sudah putus. Jari tengah dan jari kelingking. Darah masih galak mengalir.

"Kenapa jari awak?" Ana Dahlia sudah sebak.

"Sudah nasib aku..gari saja. Jangan ada rasa kasihan.." Jo masih menghulurkan kedua tangannya untuk digari.

Kudin baru perasan jari Jo sudah putus. Dia segera mengutip baki jari Jo dan hulur kepada Jai. Jai pula tergamam melihat semua itu. Jari Jo dimasukkan ke dalam beg plastik.

"Aku rasa..jari ni masih boleh disambung lagi tapi kena cepat. Aku harap kau benarkan Jo dirawat di hospital buat sementara." Kudin berkata sugul.

Kudin pandang pula Ana Dahlia di sebelah Jai, gadis itu dilihat kemas dan elegan dengan suit hitam ala komando dengan senapang canggih, Tech Force Contender 89, senjata penembak hendap yang amat berkuasa dan memberi tembakan yang tepat setiap kali peluru dilepaskan. Senjata itu pernah dilihatnya dulu semasa dia menjadi pengawal peribadi kepada salah seorang mafia di China. Jadi, penembak senyap tadi mungkin Ana Dahlia.

"Kau jangan bimbang, aku akan hantar Jo ke hospital. Lepas tu dia perlu menjalani hukuman jika didapati bersalah." Detektif Jailani faham dengan riak Kudin.

Mereka segera keluar dari situ. Kudin pula terpaksa menghantar adik Jo ke rumahnya semula.



Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 10:27 AM | Show all posts
Ipo posted on 13-6-2014 09:34 AM
dah nak klimaks tu...minggu depan habis dah citer ni..(harap2)

tak sabar nak tau endingnya Ipo... berdebar-debar... nak luruh jantung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:00 PM | Show all posts
Ipo posted on 13-6-2014 09:35 AM
pagi cegitu.. dah sarapan?

ipo baru lepas meragut rumput..hehehe...

Belum sempat sarapan Ipo...tadi pagi datang office terus terjah PC sebab tak sabaq2 nak tau next episod...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:39 PM | Show all posts
Ipo posted on 13-6-2014 09:33 AM
HAHAHA...minggu lepas lagi ipo terperasan..alamak! Awat citer aku dah jadi novel plak ni? adeh.. ...

Baca citer uols, iols pun macam terfikir nak buat cerita seram...

Tapi iols penakut....


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:57 PM | Show all posts
Kudin dah tahu siapa ana Dahlia....

Dia masih nak lagi ke dengan Detektif Ana??
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:48 PM | Show all posts
tak sabar nak tau ni Ipo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2014 03:02 PM | Show all posts
Kemon Ipo.. kasi habiss.. tak sabarnyaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:33 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-6-2014 10:27 AM
tak sabar nak tau endingnya Ipo... berdebar-debar... nak luruh jantung ni....

dah nak habis dah zamzam..tq so much..setia zamzam baca citer ipo ni..

lepas ni merayap baca cerita penulis lain la plak..ipo pun nak merayap ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 06:33 PM | Show all posts
cegitu posted on 13-6-2014 12:00 PM
Belum sempat sarapan Ipo...tadi pagi datang office terus terjah PC sebab tak sabaq2 nak tau next e ...

owh..jgn lupa buat kerja ofis tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:37 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-6-2014 12:39 PM
Baca citer uols, iols pun macam terfikir nak buat cerita seram...

Tapi iols penakut....  : ...

tulis je Nicki, jgn takut..or takut2..

* masa ipo taip citer ni, malam semalam rasanya...dah 12 lebih time tu, pc ipo ni kat dalam bilik mengadap belakang rumah..

sekali...bunyi macam benda sayap terbang..kuat sangat, ipo jenguk tingkap..seram sejuk...ada 'benda'terbang dari atas bumbung rumah orang belakang rumah ipo ni...huhuhu...

calibut la..pc tutup..

Tapi lepas tu..taip lagi masa gitu..tak serik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:38 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 13-6-2014 12:57 PM
Kudin dah tahu siapa ana Dahlia....

Dia masih nak lagi ke dengan Detektif Ana??

Ipo pun tengah fikir ni..apa kesudahannya..hmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:39 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-6-2014 01:48 PM
tak sabar nak tau ni Ipo...

kena sabar jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:41 PM | Show all posts
wasap posted on 13-6-2014 03:02 PM
Kemon Ipo.. kasi habiss.. tak sabarnyaa

tq so much baca citer ala2 seram tapi tak berapa nak seram..thriller tapi tak cukup rempah ratusnya..

maaf jika ada kekurangan dlm citer ni..

mana yang expert hal2 mistik and thriller ni..boleh nilai citer ipo ni..ke laut agaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 06:43 PM | Show all posts
woddy posted on 13-6-2014 10:11 AM
ala nak lagi...huhuhu

ipo tgh korek idea sebab taip terus kat sini..malas nak guna words..nanti idea ke laut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 07:21 PM | Show all posts
BAB 29


delete Last edited by Ipo on 29-11-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk lagi.....

Tak cukup lah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo...awat sikit sgt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 10:58 PM | Show all posts
delete Last edited by Ipo on 29-11-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:38 PM | Show all posts
delete Last edited by Ipo on 29-11-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 12:05 AM | Show all posts
BAB 30



delete Last edited by Ipo on 29-11-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071247 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list