CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79271|Reply: 393

AKASIA : HELLO MR PERFECT! [FATTAH AMIN,RUHAINIES]

[Copy link]
Post time 25-9-2015 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 19-11-2015 02:50 AM

Hello, Mr Perfect! Bermula 30 Sep ini di Akasia.
.
Pelakon: Fattah Amin, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Raja Afiq DFKL, Dato Eizlan Yusof, Zaidi Omar
.
Mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi a...pabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.
Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?




KREDIT : kepalabergetar, infotaip.blogspot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2015 01:22 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 25-9-2015 01:24 PM

Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria akan didaptasi ke sebuah drama untuk mengisi slot Akasia TV3. Teraju utama dilakonkan oleh Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies. Drama ini mendapat sentuhan arahan Nuad Hj Othman dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Drama Hello, Mr. Perfect bersiaran mulai 30 September 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

Fattah Amin sebelum ini pernah menjadi pelakon utama untuk beberapa drama seperti Bencinta, Cinta Ibadah, dan Nasuha.

JUDUL : HELLO, MR. PERFECT!
EPISOD : -
TARIKH / MASA : 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS : Waniey Zakaria
PENGARAH : Nuad Hj. Othman
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar sebagai Rahim
Mimi Ernida sebagai Lina
Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana
Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
Ammar Alfian sebagai Aizat








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 01:50 PM | Show all posts
Novel ni iols baca separuh jalan.

Beli pun sebab Butang ada tanya kat Ig heols dulu.  Ingatkan Butang nak mengarah. Ada harapan la kebabom mcm TLU.

Bila iols beli, baca separuh jalan sahajaaaaaa. Tak mamfu nak habiskan. huhuhu

Tapi ni, A.Aida Prod. Hm. Iols sedikit skeptikal.

Harap drama ni x senasib Bukan Isteri Sempurna.

Huwuwuwuwuwuw

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 01:52 PM | Show all posts
Heroin tu muka ada iras2 Nora Danish la.

Penah bakon cite memana ke?

hmmm

Prod. A.Aida jenis amik sorang hero meletop, pastu heroin dan lain2, ikut dan sheols sajakah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 02:05 PM | Show all posts
so, novelnya tak best la? sbb production a aida ntah la, rasa semcm jek. tgk je la bukan isteri sempurna tu. adoiyaaaaa. x mampu nak tgk.
watak izzul? nama tu pun aku dah alergik. coz kenal seseorg nama izzul, menyampah pula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 02:05 PM | Show all posts
klu watak2 dlm cerita ni ok... esp hero heroin tak kayu... ok la tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2015 04:52 PM | Show all posts
citarasa lain2..
aku suka plak novel ni
plot dia menarik  mcm love you mr.arrogant
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:19 PM | Show all posts
Fatah ni lakonan ke lautan hindu sgt..harapkan muka hensem je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 05:30 PM | Show all posts
Edited by rienn at 25-9-2015 05:43 PM

nak try drama ni sbb fattah... lakonan makin meningkat lepas pctj or sama jer... yang pisa tu takyah citer la kan.. anggap sejarah yang pahit
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis skrip drama ni suami isteri rupanya. Interesting. . Suka style Mazelan Manan tulis skrip. Ada jiwa melayu. Syahdu je rasa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2015 09:59 PM | Show all posts
mdbeaute replied at 25-9-2015 05:19 PM
Fatah ni lakonan ke lautan hindu sgt..harapkan muka hensem je...

citer playboy tuh je fattah ke laut
yg lain tuh ok........

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 05:01 PM | Show all posts
yea...saited nk tgok patah amin..jgn pula eroin tu menambah mana2 kekayuan si patah ni..
eroin tu mmg x prnh nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
heroin ni Adk ristena...hrap2 x kayu cm kakak dia la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 03:33 PM | Show all posts
mdbeaute replied at 25-9-2015 05:19 PM
Fatah ni lakonan ke lautan hindu sgt..harapkan muka hensem je...

lakonan dia dah meningkat..x ada kayu dah..PISA tue anggap jerlah dia baru nk belajar berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 03:35 PM | Show all posts
harap heroin nie x kayu.. walaupun x dpt tandingi chemistry fattah-fathia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 08:25 PM | Show all posts
merahrose replied at 26-9-2015 06:55 PM
heroin ni Adk ristena...hrap2 x kayu cm kakak dia la....

ye ke? hebat la. adik beradik dpt job kat tv3... tp, takde aura pun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2015 09:05 PM | Show all posts
heroin nih mana dtg???? harap tak keras arrrr

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 27-9-2015 08:25 PM
ye ke? hebat la. adik beradik dpt job kat tv3... tp, takde aura pun.

Adik beradik dpt hero yg sama pulak tu... tp untung la si adik a.k.a. ruhainies, berlakon dgn si fattah yg dah sado.. Anyway teringin pulak nk tengok fattah dgn ristina berlakon sekali lg...telemovie pun jd la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 09:15 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 27-9-2015 09:05 PM
heroin nih mana dtg???? harap tak keras arrrr

ntah tiba2 wujud. huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 08:10 AM | Show all posts

hehehe muka pun tak komersial.........harap ok laaa lakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 1.058496 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list