CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 22-2-2013 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
harap2 ada penamat nye citer ni ekk.syg kalo tgantung cam tu aje tanpa ada penamat..citer ni memang best lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Best sgt...dh jd peminat tj..go tj go...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bila dh baca ulang kali,bru perasan nama Dzariff adam,ex husbnd delia pun nama adam gak..adakah dzariff ni ex husbnd delia..wahhh..x sbr nak tau citer seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 01:32 PM | Show all posts
tapi takkan laa delia tak perasan muka dzariff dgn adam tu lain.. ke camne.. ke adam buat pembedahan plastik.. aduiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 02:04 PM | Show all posts
yamapi posted on 25-2-2013 01:32 PM
tapi takkan laa delia tak perasan muka dzariff dgn adam tu lain.. ke camne.. ke adam buat pembedahan ...

...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:29 PM | Show all posts
TJ, smbungan bru mana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2013 02:40 PM | Show all posts
uols...ari ni mayb xde n3...
nk kejar dateline...
dh keje mcm org gila...haha
tp smpt gak selit2 msk sini...
peace uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yamapi posted on 25-2-2013 01:32 PM
tapi takkan laa delia tak perasan muka dzariff dgn adam tu lain.. ke camne.. ke adam buat pembedahan ...

Yer la kot,tp x kn lah dlm borg nikah delia x terperasan name dzariff adam..speku ni ish3 konfius ..gini la kte tunggu je la ciki tj citer slnjutnye...tui x?huhuhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 03:07 PM | Show all posts
kakZue posted on 25-2-2013 09:33 PM
Yer la kot,tp x kn lah dlm borg nikah delia x terperasan name dzariff adam..speku ni ish3 konfius  ...

tiap persoalan akan terjawab nanti...sabo ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 03:08 PM | Show all posts
Bab18

            Mulut yang sedang ternganga luas ditutup rapat dengan tangan kanan. Masuk kali ini sudah hampir sepuluh kali dia menguap. Gila punya mengantuk. Delia kerling Hani yang terlentuk di kerusi penumpang hadapan. Tak boleh harap co-pilot sebelah dia ni! Membuta tak sudah-sudah.

            Cermin pandang belakang dijeling pula. Dani dan Dania juga sudah terlena. Jika tidak pasti dua anak kecil itu tidak henti-henti bergurau dan saling mencuit. Meriuhkan suasana keretanya ini dans ekurang-kurangnya bisa mengurangkan rasa mengantuk yang bermaharajalela.

            Sekali lagi Delia menguap. Sampai berair-air biji mata. Mungkin ini akibat terlalu kenyang melantak nasi berlaukkan ikan patin masak lemak tempoyak di hentian rehat dan rawat Temerloh. Memang sedap!

            Jam di dashboard sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Penatnya memandu dari KL ke Cherating! Akram ni pun satu. Buat family day jauh-jauh. Cuba buat dekat sekitar KL atau Selangor. Senang sikit. Penat pun kurang.

            Awalnya Ameer memang pelawa dia dan anak-anak untuk menaiki kereta bersama keluarga Tan Sri Rashdan. Tapi Delia menolak dengan baik dengan alasan sudah berjanji dengan Hani. Walaupun hakikat sebenarnya dia segan dengan pandangan staff-staff Akram. Jenuh juga dia memujuk Hani supaya menemaninya memandu sepanjang perjalanan ke Cherating. Mujur gadis manis itu akhirnya setuju. Itu setelah disogok dengan pelbagai janji manis.

            Lebuhraya yang lurus dan hening benar-benar membosankan. Malah lebih teruk, keadaan itu buatkan Delia semakin mengantuk. Sekejap terpejam sekejap tercelik. Memang haru kalau eksiden!

            Ikut perancangan awal, memang dia sepatutnya berkonvoi dengan kereta Ameer dan staff-staff yang lain. Tapi nak buat macamana. Dia bawak budak-budak kecil yang sukar ditebak kehendak mereka. Nanti ada yang cakap nak kencing. Kenalah berenti. Baru bergerak semula, sorang lagi cakap nak buang air besar. Mau tak mau kenalah berhenti lagi. Menyesal pula tak pakaikan pampers. Senang sikit! Demi untuk tidak menyusahkan orang lain Delia suruh mereka teruskan perjalanan tanpanya. Lagipun Hani tau jalan untuk ke Cherating. Jadi, kemungkinan untuk sesat itu agak tipis.

Last edited by TJ2 on 26-2-2013 03:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 03:09 PM | Show all posts
            
            Telefon bimbit yang berdering kuat, mengejutkan Delia. Secara tidak langsung menghilangkan rasa kantuknya. Nama Ameer tertera di skrin. Pasti lelaki ini sedang risaukan dirinya yang tidak sampai-sampai lagi ke destinasi.


             “Assalamu’alaikum…”

            “Wa’alaikumussalam. You dekat mana ni?” Suara di hujung sana menyapa telinga Delia.

            “Ada dekat Malaysia lagi…” Delia senyum.

            “Jangan main-main, please. I risau you tak sampai-sampai ni!” Ameer dah mula serius. Mamat ni memang tak boleh dibawa bergurau lebih-lebih. Senang sangat naik angin. Mau hari-hari makan hati kalau Delia jenis yang sensitive.

            “Yela…yela…” Delia pandang kiri kanan namun tiada sebarang petanda menunjukkan di mana dia berada. “I tak sure kat mana tapi still dekat highway. Dah lepas R n R Temerloh. Tadi makan ikan patin masak lemak tempoyak. Sedap you!”

            Masih terasa-rasa lagi keenakkan ikan patin masak lemak tempoyak tadi di lidahnya. Ini adalah pertama kali dia merasai dan dia terus jatuh cinta dengan masakan berasal dari negeri Pahang itu.

            “Amboi-amboi…siap singgah makan.”

            “Dani dengan Dania mengaruk lapar. So, I berhentilah makan dulu.” Delia tersengih sendiri. Pandai dia mereka cerita. Padahal dia pun lapar tadi. Sebab tu melantak banyak!

            “Tapi…you pun laparkan?” Ujar Ameer dihujung sana. Delia yang dia kenali memang kuat makan. Pantang diajak keluar makan. Laju sahaja perempuan muda itu anggukkan kepala. Dan Ameer kagum dengan Delia yang tidak pernah malu untuk menghabiskan hidangan yang dipesan dihadapannya.

            “Lapar tapi sikit-sikit.”

            Hujan rintik-rintik mulai turun membasahi jalanraya. Delia mendongak sedikit dan dapat lihat awan mendung di mana-mana. Jangan-jangan Cherating pun hujan!

            “You…sana hujan tak?” Tanya Delia.

            “Hujan. Kenapa? Sana pun hujan ke?”

            “Haah. Tapi tak lebat…” Delia ternganga bila Ameer pintas kata-katanya dengan laju.

            “Kenapa tak cakap? It’s so dangerous driving and talking on the phone while raining. You know that, right?” Tanpa sedar Delia terangguk-angguk mengiakan kata-kata Ameer seolah lelaki itu berada di hadapan mata. “So…enough for now. Concentrate on your driving because I want you to be safe and sound. I tunggu you dekat sini!”

Last edited by TJ2 on 26-2-2013 03:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 03:10 PM | Show all posts

            Sebentar kemudian talian terus diputuskan tanpa Delia sempat berkata apa-apa. Delia geleng kepala memikirkan bebelan Ameer. Semakin hari Ameer ini semakin kuat membebel. Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat lelaki itu mengomel panjang.


            Tiba-tiba sebuah lori tiga tan muncul dan lori itu kelihatan seperti dipandu laju. Dari jauh lori itu tampak seperti terburu-buru. Delia yang memandu di lorong kiri cuma geleng kepala melihat gelagat pemandu lori yang tidak sayangkan nyawa sendiri.

            Namun, lori itu kelihatan pelik bila tidak mahu memotong kereta yang dipandu Delia. Nak kata tidak boleh memotong sebab ada banyak kereta, memang mustahil kerana di saat ini Cuma ada lori dan kereta Delia sahaja di jalanraya. Lori itu mula membunyikan hon dan memberikan lampu. Malah mengekori rapat Myvi Delia.

            Apa masalah lori ini sebenarnya? Delia garu kepala. Malas mahu melayan karenah lori gila itu, Delia melajukan kereta dan mengubah laluan ke kanan. Biarlah lori itu memotongnya di laluan kiri yang sepatutnya digunakan untuk kelajuan perlahan.

            Degupan jantung Delia berubah rentak bila lori itu berada seiring dengan keretanya. Pemandu lori yang tersenyum sinis menjadikan kaki Delia longlai. Dia kenal wajah itu! Delia pandang Hani, Dani dan Dania yang sedang lena. Ya Allah! Lindungilah kami dari kejahatan makhlukMu samada dilangit atau bumi!

            Dengan rasa takut, Delia paksa kakinya untuk memijak pedal minyak sekuat hati. Dia perlu laju untuk menjauhi lori lelaki yang pernah menyerangnya dahulu. Dia tidak boleh melibatkan orang-orang yang dia sayangi dalam kemelut yang dia sendiri tidak faham.

            Cermin pandang belakang dipandang lagi. Lori itu masih mengekorinya rapat walaupun meter sudah mulai mencecah angka 130 kms. Gila laju! Kira hari ini dalam sejarah sebab dia memang tidak pernah memandu laju.

            Delia terhenyak ke depan bila lori itu menyondol belakang keretanya. Entah bila lori ini beralih ke lorong kanan. Dengan tangan yang menggigil Delia kuatkan genggaman di stereng. Lori ini memang mahukan dia kemalangan!

            “Kenapa ni, Dell?” Hani yang baru tersedar dari lena bertanya tiba-tiba. Dia sebenarnya terjaga bila kereta terasa seolah bergegar kuat. Bila Delia tidak menjawab Hani pun menoleh. Wajah Delia tampak pucat lesi. Ditoreh confirm tidak berdarah!

Last edited by TJ2 on 26-2-2013 03:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 03:11 PM | Show all posts
            
           “Kenapa ni, Dell? Kenapa bawak laju sangat ni?”


            Melihat meter yang sudah hampir mencecah 150kms jadikan Hani panic. Malah Myvi Delia sudah terasa seperti melayang dan bergegar di sana sini.

            “Ada orang nak langgar kita…”

            Seraya itu sekali lagi kereta mereka dihentam dari belakang. Dan hentaman kali ini sepertinya lebih kuat dari hentaman pertama. Hani sudah menjerit-jerit ketakutan. Bila dihentam sebegitu kuat, Delia sudah tidak mampu untuk mengelak dari melanggar besi penghadang jalan. Malahan dengan kelajuan yang sebegitu, tidak memungkinkan untuk dia memijak brek.

            Sekelip mata keretanya sudah terbalik di dasar gaung. Badannya terasa sakit di sana sini. Delia hela nafas yang tersekat-sekat.  Bau petrol terasa menyengat di hidung. Pasti ada bocor di mana-mana.

           Hani di sisi kelihatan terkulai dengan dahi yang berlumuran darah. Terkena serpihan cermin kereta mungkin. Tidak pasti samada masih hidup atau tidak. Dengan sisa kekuatan yang ada, dia cuba berpaling untuk mencari Dani dan Dania.

            Dua anak kecilnya terdampar saling bertindihan di belakang kereta. Darah kelihatan menitis dari lengan Dani. Delia cuba untuk mencapai anak-anaknya namun tidak berjaya kerana kakinya tersepit di celah stereng.

            “Dani, Dania…”

Last edited by TJ2 on 26-2-2013 03:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 03:12 PM | Show all posts
            Dua anak kecil itu terkial-kial untuk bangun. Delia bersyukur dua anaknya itu tidak tersepit mahupun mengalami kecederaan serius. Dani luka di siku dan Dania cuma luka di dahi. Delia yakin keduanya menangis lebih kerana terkejut. Bukan di sebabkan kecederaan yang di alami.

            “Adik dengan kakak budak pandai, kan?” Dua anak kecil itu terangguk-angguk. Delia sambung lagi bicara yang terasa amat payah untuk dituturkan. “Merangkak keluar dari kereta ni. Lepas tu naik atas dan cuba cari orang. Bagitau mama dengan auntie Hani ada dekat sini. Boleh sayang?”

            “Adik tak nak tinggal mama…”

            “Takpe. Bukan adik tinggal mama lama. Dapat orang, adik terus datang sini balik. Mama tunggu dekat sini. Mama tak pergi mana-mana. Boleh ye, sayang?”

            Lambat-lambat Dani mengangguk. Dua anak kecil itu merangkak keluar dari kereta dengan hati-hati. Airmata yang dari tadi ditahan akhirnya menitis ke pipi Delia. Andai ini kali terakhir aku bertemu kalian, aku pasrah! Semoga anak-anakku sentiasa dalam lindunganMu, Ya Allah!

            Pandangannya kian kabur dan bau petrol kian kuat menyapa hidung...


Last edited by TJ2 on 26-2-2013 03:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 03:16 PM | Show all posts
kenapaaa.kenapaaaaa


Ameerrr cepat tolonggggg
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 03:21 PM | Show all posts
kesiannya Dell.... ameer cepat la dtg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 03:26 PM | Show all posts
uwaaaahhh berdebar dada baca n3 ini cepat sbg ..............
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dup dap dup dap baca n3 kali ni..next n3 plis..(kes x sbr lah ni)..ekeke!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:11 PM | Show all posts
alahaiiiiiiiiiiiii tt....jgn la stop kt sini...please smbg lagi....kita nih cemas gile nih...harap2 delia selamat laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:26 PM | Show all posts
Suspennyaaa...ni mesti angkara x mak tiri Delia nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.472575 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list