Super-M Publish time 13-5-2016 05:51 PM

awanjingga replied at 13-5-2016 05:03 PM
hendak pindah angkat barangan
angkat semua sorang sorang
ramai beriadah bawa pasangan



Bila susah tiada pertolongan,
Sakit hati bagi ditusuk-tusuk,
Orang beriadah bawak pasangan,
Awak beriadah cari empunya tulang rusuk,:lol:

ipes2 Publish time 13-5-2016 05:52 PM

Super-M replied at 13-5-2016 10:55 AM
Kereta apai menuju Ke station,
Penat kejar tidak berdaya,
Pokcik @ipes2 Ada presentation,


jangan dibiar batuk batuk
takut nanti sakit brlarut
explain slides ngantuk ngantuk
sikbaik tak cakap karut karut

ipes2 Publish time 13-5-2016 05:58 PM

reeny replied at 13-5-2016 11:07 AM
Dari seorang baiklah berteman
Agar hilang segala yang bosan
Semoga @ipes2 diberikan kejayaan


taman kekanak sampah bertongkol
sampah dibawah papan gelongsor
kena bercakap lepas oncall :sleepy:
sibbaik tak nguap depan professors


jiran mewah bermercedes-benz
siang malam berjoget berkelab
alhamdulillah siap dah present
sekarang tersengguk dalam lab

Super-M Publish time 13-5-2016 06:01 PM

ipes2 replied at 13-5-2016 05:52 PM
jangan dibiar batuk batuk
takut nanti sakit brlarut
explain slides ngantuk ngantuk



Cantik sungguh anak pak misai,
Kalau cantik di buat lah marka,
Presentation sudah selesai,
Jadi macam mana ok ka?

ipes2 Publish time 13-5-2016 06:03 PM

Super-M replied at 13-5-2016 11:08 AM
Anak Teruna berdiri kaku,
Anak gadis tersipu Malu,
Pantun ini buat anak ku,


indah sungguh berjiran tetangga
dia berbudi kitalah merasa
hari ini hari bahagia
semoga anak mu mulia sentiasa

bergendang riuh dihari temasya
gendang dipukul bertalu talu
si anak tentu berkat hidupnya
doa ibu makbool selalu

ipes2 Publish time 13-5-2016 06:07 PM

Super-M replied at 13-5-2016 11:22 AM
Bila Gagal jangan berduka,
Semangat dihati terus membara,
Hadir mu sayang tidak ku sangka,


Berjala rezeki disana sini
Dapat hanya anak puyu
Indah sungguh pantun ini
Dari hati seorang ibu
{:1_149:}{:1_149:}

Super-M Publish time 13-5-2016 07:31 PM

ipes2 replied at 13-5-2016 06:07 PM
Berjala rezeki disana sini
Dapat hanya anak puyu
Indah sungguh pantun ini




Anak kecil sangat berani,
bermain bersama berlari-lari,
Setiap ibu pasti begini,
Cuma menzahirkan kasih ikut sendiri,

ipes2 Publish time 14-5-2016 05:06 AM

reeny replied at 13-5-2016 11:07 AM
Dari seorang baiklah berteman
Agar hilang segala yang bosan
Semoga @ipes2 diberikan kejayaan


semua kawan berkaraoke
larut pagi tak perasan
alhamdulillah semuanya ok
jazakillah kerana doakan :)

ipes2 Publish time 14-5-2016 05:30 AM

Super-M replied at 13-5-2016 11:14 AM
Pusing-pusing di Taman jaya,
Mengayuh basikal Beria-ria,
Kalau pokcik @ipes2 berjaya,


berlari lari bawa pelita
bawa pelita dalm gelap
insyaAllah semua berjaya :)
balik cuti senyap senyap

ipes2 Publish time 14-5-2016 05:46 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 11:24 AM
Subang Jaya berapa seksyen
alamat betul sesat tiada
moga @ipes2 berjaya dalam presentation


malam hujan tidur lena
tidur lena hingga senja
presentation dipagi buta
tersengguk ya; berpantun tiada

ipes2 Publish time 14-5-2016 05:52 AM

Super-M replied at 13-5-2016 11:30 AM
Main seremban,seremban Batu,
Kanak-kanak Ketawa suka ria,
Duduk di Ireland si @ipes2 tu,


budak budak kutip kepah
mari dijual jauh dihulu
cuti nanti kena pow kah?
nanti saya kumpul duit dulu

ipes2 Publish time 14-5-2016 06:01 AM

Super-M replied at 13-5-2016 11:33 AM
Taman tampoi tak Tahu dimane,
Hendak Ke pasar bersama Adira,
Kalau dah tesasul nak buat ca ...

sakit sakit semua joints
specialists kata takde apa
cadang nak brownie points
rasanya professors semua lena

ipes2 Publish time 14-5-2016 06:24 AM

Super-M replied at 13-5-2016 05:38 PM
Ana anak pak hisham,
Tini pula anak pak dollah,
Tomyam sedap katanya di siam


ke pasar malam beli apam
beli pula nasik ayam
cakap pasal orang siam
saya sekarang kempunan tom yam

ipes2 Publish time 14-5-2016 06:29 AM

Super-M replied at 13-5-2016 06:01 PM
Cantik sungguh anak pak misai,
Kalau cantik di buat lah marka,
Presentation sudah selesai,
...

ibukucing tidur lena
anak kucing ingin bermanja
terima kasih doakan saya
alhamdulillah ok aje :)

Super-M Publish time 14-5-2016 09:16 AM

ipes2 replied at 14-5-2016 05:06 AM
semua kawan berkaraoke
larut pagi tak perasan
alhamdulillah semuanya ok


Lewat malam tiada siaran,
Bangun pagi tengok berita,
Itu lah gunanya kawan,
Saling berdoa sesama kita

Super-M Publish time 14-5-2016 09:20 AM

ipes2 replied at 14-5-2016 05:30 AM
berlari lari bawa pelita
bawa pelita dalm gelap
insyaAllah semua berjaya


Ikan tengiri dibuat pepes
Di buat khas untuk cik anya,
Jangan gitu wahai pokcik ipes,
Belanja kawan apa salahnya,

awanjingga Publish time 14-5-2016 09:20 AM

Super-M replied at 13-5-2016 05:51 PM
Bila susah tiada pertolongan,
Sakit hati bagi ditusuk-tusuk,
Orang beriadah bawak pasangan,...

kena rasuk kala bulan mengambang
tangan melempar apa sahaja
tulang rusuk tak nampak bayang
entah terdampar di planet mana;P

Super-M Publish time 14-5-2016 09:22 AM

ipes2 replied at 14-5-2016 05:52 AM
budak budak kutip kepah
mari dijual jauh dihulu
cuti nanti kena pow kah?



Barang hilang kepunyaan musa
Rantai dijumpa siapa yang punya,
Kitaorang pow dikedai biasa,
Bukan dikedai mewah dalam mall letaknya.

awanjingga Publish time 14-5-2016 09:23 AM

Edited by awanjingga at 14-5-2016 09:25 AM

ipes2 replied at 14-5-2016 05:46 AM
malam hujan tidur lena
tidur lena hingga senja
presentation dipagi buta



jika tanduk tidak ada
pasti gading akn dicari
tersengguk sengguk tidak mengapa
asalkan jangan lena berdiri:lol:

Super-M Publish time 14-5-2016 09:24 AM

ipes2 replied at 14-5-2016 06:24 AM
ke pasar malam beli apam
beli pula nasik ayam
cakap pasal orang siam


Jeruk mangga sangat masam,
Sedapnya makan si jeruk pala,
Diarab dan spain ada kedai siam,
Tak kan di ireland tiada pula?
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Pantun Apa Saja - 4 Rangkap


ADVERTISEMENT