awanjingga Publish time 12-5-2016 03:45 PM

jahit kaftan dengan tangan
banyak tempahan bertambah wang
rindu berlarutan mimpi berpanjangan
terikatkah kenyataan andai terawang awang?

reeny Publish time 12-5-2016 04:30 PM

awanjingga replied at 12-5-2016 03:45 PM
jahit kaftan dengan tangan
banyak tempahan bertambah wang
rindu berlarutan mimpi berpanjangan


Bunga mawar dibuat hiasan
Dipetik orang di tengah halaman
rindu itu mainan perasaan
Dalam tangisan ada keindahan

reeny Publish time 12-5-2016 04:37 PM

Super-M replied at 11-5-2016 02:47 PM
Pergi memancing di tengah Bengang,
                     Pancing Guna umpama ruwat,
yang...

Si gadis manis anak siapa
Leka bersembang dengan cik nyonya
Doc yang ikhlas tak pandang siapa
Setiap pesakit pasti dirawatnya

Super-M Publish time 12-5-2016 04:46 PM

reeny replied at 12-5-2016 04:37 PM
Si gadis manis anak siapa
Leka bersembang dengan cik nyonya
Doc yang ikhlas tak pandang siapa




Halimah cantik orangnya,
Paras yang manis jangan dipersia,
Doc ipes Baik peribadinya
SuperM Saja sakat dia.



@ipes2 jgn cakap superM tak tekankan lift eh.{:smileo

Ipo Publish time 12-5-2016 06:29 PM


Bertuah sungguh anak kak Tun
Jadi bini muda Pak Yunus
Baru ada masa nak berpantun
Oh! Aku terlepas rupanya post bonus:'(

ipes2 Publish time 13-5-2016 12:19 AM

EvieWanKenobi replied at 10-5-2016 09:55 PM
menumbuk lada jari pijar,
bila memasak mulalah macam2,
hamba budak baru belajar,


naik bas berkejar kejar
bas pula penuh muatan
itu resam orang belajar
kalau salah bersama betulkan

ipes2 Publish time 13-5-2016 12:23 AM

Super-M replied at 12-5-2016 04:46 PM
Halimah cantik orangnya,
Paras yang manis jangan dipersia,
Doc ipes Baik peribadinya


seberang sungai berakit rakit
sempat juga menjala ikan
tengok tu testimony pesakit
statement @Super-Mboleh wat iklan

ipes2 Publish time 13-5-2016 12:38 AM

reeny replied at 11-5-2016 02:39 PM
Buat salah kena denda
Kena berjemur di padang kawad
Kalau sakit nak susah apa


beri madu pada raja
raja hanya cium bau
jadi pesakit boleh aje
hey ada caj tau

ipes2 Publish time 13-5-2016 12:42 AM

Super-M replied at 11-5-2016 02:47 PM
Pergi memancing di tengah Bengang,
                     Pancing Guna umpama ruwat,
yang...

berderu deru angin selatan
orang kampung jadi gawat
kalau sakit ditunggu jangan
bermacam orang saya rawat

Super-M Publish time 13-5-2016 09:20 AM

Edited by Super-M at 13-5-2016 09:35 AM

ipes2 replied at 13-5-2016 12:23 AM
seberang sungai berakit rakit
sempat juga menjala ikan
tengok tu testimony



hari-hari makan bayam,Makan bersama keropok moni,
Dah2belanja tom yam,:lol:
M dah beri testimoni.

reeny Publish time 13-5-2016 09:25 AM

ipes2 replied at 13-5-2016 12:38 AM
beri madu pada raja
raja hanya cium bau
jadi pesakit boleh aje


lama tak jumpa bertahun-tahun
Sekali bertemu terus tertawan
untuk saya bagilah diskaun
katanya harga kawan-kawan...:$

reeny Publish time 13-5-2016 09:27 AM

Super-M replied at 13-5-2016 09:20 AM
Berlari-lari si anak Ayam,
Dah2belanja tom yam,


Sibuk bertukang di rumah sebelah
bila cuai terhantuk kepala
ooopssss... superM tersalah rumah
Ini rumah pantun empat rangkap lerrr...



awanjingga Publish time 13-5-2016 09:28 AM

Super-M replied at 13-5-2016 09:20 AM
Berlari-lari si anak Ayam,
Dah2belanja tom yam,

bawa Zaitun pergi langkap
pergi berhuma di Bagan Jawa
ini pantun empat rangkap
lagi dua udah pergi mana??;P

Super-M Publish time 13-5-2016 09:30 AM

reeny replied at 13-5-2016 09:27 AM
Sibuk bertukang di rumah sebelah
bila cuai terhantuk kepala
ooopssss... superM tersalah rumah
...




Kuih Apam dibeli dollah,
Kalau tak makan nanti busuk,
Alamak terlupa lah,
Salah rumah saya masuk,

Super-M Publish time 13-5-2016 09:31 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 09:28 AM
bawa Zaitun pergi langkap
pergi berhuma di Bagan Jawa
ini pantun empat rangkap






Selamat pagi untuk puspa,
Salam sejahtera pada semua,
Lagi dua Sudah Lupa,
Mungkin super m Sudah tua,

reeny Publish time 13-5-2016 09:48 AM

Super-M replied at 13-5-2016 09:30 AM
Kuih Apam dibeli dollah,
Kalau tak makan nanti busuk,
Alamak terlupa lah,


Di hujung bendang pohon kelapa
Di sebelah kanan ada perigi
hahaha... terlupa tak mengapa
Lain kali jangan buat lagi...{:punisho

awanjingga Publish time 13-5-2016 09:56 AM

Super-M replied at 13-5-2016 09:31 AM
Selamat pagi untuk puspa,
Salam sejahtera pada semua,
Lagi dua Sudah Lupa,


sarang tempua di dahan meranti
patah pula disekah Uda
mananya tua muda lagi
mudah lupa makanlah koko minda;P

Super-M Publish time 13-5-2016 10:09 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 09:56 AM
sarang tempua di dahan meranti
patah pula disekah Uda
mananya tua muda lagi



Pak cik makcik berlovey dovey
Berkepit tangan sana sini,
Lihat lah di avvy,
Sudah 60 tahun nenek ni

Super-M Publish time 13-5-2016 10:11 AM

awanjingga replied at 12-5-2016 03:45 PM
jahit kaftan dengan tangan
banyak tempahan bertambah wang
rindu berlarutan mimpi berpanjangan


Memancing di sabah hari ini,
Dapat ikan kerapu bara,
Sudah parah awanjingga ni,
Rindu cinta sedang membara,

Super-M Publish time 13-5-2016 10:13 AM

reeny replied at 13-5-2016 09:48 AM
Di hujung bendang pohon kelapa
Di sebelah kanan ada perigi
hahaha... terlupa tak mengapa



Sedapnya kerabu betik,
Makan bersama si kakak madi,
Huhu.. Sorry mod yang cantik,
Kalau terbuat lagi apa jadi?:lol:
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Pantun Apa Saja - 4 Rangkap


ADVERTISEMENT