Super-M Publish time 13-5-2016 11:33 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 11:24 AM
Subang Jaya berapa seksyen
alamat betul sesat tiada
moga @ipes2 berjaya dalam presentation





Taman tampoi tak Tahu dimane,
Hendak Ke pasar bersama Adira,
Kalau dah tesasul nak buat camne,
Dapat Point Lebih professor gembira.

awanjingga Publish time 13-5-2016 11:36 AM

Super-M replied at 13-5-2016 11:08 AM
Anak Teruna berdiri kaku,
Anak gadis tersipu Malu,
Pantun ini buat anak ku,


kalau malam hujan merintik
takkan purnama masih merindu
walau dalam Lautan Pasifik
manakan sama kasihnya ibu


duit sepuluh berikan daku
belanja saku sehari dua
selamat menempuh umur baru
semoga selalu dalam lindunganNYA:loveliness:

Super-M Publish time 13-5-2016 11:41 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 11:36 AM
kalau malam hujan merintik
takkan purnama masih merindu
walau dalam Lautan Pasifik



Anak India berkenalan dongga,
Berlari anak di kejar Kera,
Terima kasih si awanjingga,
Moga berjodohan cepat segera.


Panjat2 si pohon kelapa,
tempat bermain si anak Kera,
Kalau dah berjodohan jangan dilupa,
Timang anak dengan segera,

awanjingga Publish time 13-5-2016 11:47 AM

Super-M replied at 13-5-2016 11:27 AM
Pokcik jambu,pokcik kelapa,
Pokok Pelam Lupa dibaja,
Masih bujang tidak mengapa,




malam akan tetap datang
walau dimana kita berada
stress luahkan sambil berjiwang
itu jugapetua awet muda:$;P

reeny Publish time 13-5-2016 11:55 AM

awanjingga replied at 13-5-2016 11:24 AM
Subang Jaya berapa seksyen
alamat betul sesat tiada
moga @ipes2 berjaya dalam presentation


Anak benih ditabur baja
Kebun sayur di tepi paya
Kalau tersasul maafkan saja
Takkan melayu hilang di dunia

JeNaB_PopPop Publish time 13-5-2016 12:06 PM

kaknab nak luahkan perasaan juga lah dalam pantun.


Hati bergundah dapat berita,
mengintai esok masihkah ada,
KakNab kini sedang derita,
Derita terkena sihir sidurjana.

reeny Publish time 13-5-2016 12:14 PM

JeNaB_PopPop replied at 13-5-2016 12:06 PM
kaknab nak luahkan perasaan juga lah dalam pantun.





Sukar tidur mata pun sembab
banyak menangis susah berhenti
Kesiannya pada kak Jenab
Siapalah si durjana yang busuk hati

Dalam kebun banyak durian
Kebun ada di pinggir hutan
Tabahlah Kak nab dengan dugaan
Biar Tuhan membalas segala perbuatan

JeNaB_PopPop Publish time 13-5-2016 12:27 PM

Santau dihantar syaitan disembah,
dalam badanku sudah dimakan,
kini kaknab semakin lemah,
fikirkan anak kaknab gagahkan,

Setiap malam tidur tak lena,
fikirkan kematian hampir sampai,
sakit yang datang tak pernah reda,
semangat yang ada dah tak tercapai.


reeny Publish time 13-5-2016 12:33 PM

JeNaB_PopPop replied at 13-5-2016 12:27 PM
Santau dihantar syaitan disembah,
dalam badanku sudah dimakan,
kini kaknab semakin lemah,


Syaitan disembah bersama mentera
Segala yang syirik Allah murka
jangan cepat mengalah berubat segera
Agar yang sakit sembuh seperti sediakala

awanjingga Publish time 13-5-2016 02:01 PM

Super-M replied at 13-5-2016 11:41 AM
Anak India berkenalan dongga,
Berlari anak di kejar Kera,
Terima kasih si awanjingga,



apa dinanti angin berlalu
salam dikirim berbalas tiada
ada rezeki jodoh bertemu
doa SuperM aamiin kan saja:$

Super-M Publish time 13-5-2016 02:38 PM

JeNaB_PopPop replied at 13-5-2016 12:06 PM
kaknab nak luahkan perasaan juga lah dalam pantun.





Jolok manggis bersama kak nab,
Makan pula si buah duku,
Salam perkenalan buat kak Jenab,
Luahkan sahaja apa yang Terbuku,

Super-M Publish time 13-5-2016 02:44 PM

JeNaB_PopPop replied at 13-5-2016 12:27 PM
Santau dihantar syaitan disembah,
dalam badanku sudah dimakan,
kini kaknab semakin lemah,





Pak mat parut kelapa,
hendak dijual kepadaMia,
Doa Dan usaha jangan dilupa,
Mudahan Allah membalas si dia,






JeNaB_PopPop Publish time 13-5-2016 02:45 PM

Super-M replied at 13-5-2016 02:38 PM
Jolok manggis bersama kak nab,
Makan pula si buah duku,
Salam perkenalan buat kak Jenab,


habis manggis telah dimakan,
minum kopi didalam buluh,
terima kasih kaknab ucapkan,
doakan kaknab cepat sembuh.


syawal menjelang beraya sakan,
balik kampung ke batu arang,
tiada tempat nak diluahkan,
terasa diri bebanan orang.

Super-M Publish time 13-5-2016 02:51 PM

JeNaB_PopPop replied at 13-5-2016 02:45 PM
habis manggis telah dimakan,
minum kopi didalam buluh,
terima kasih kaknab ucapkan,





Jalan jalan Ke rumah sani,
Rumah tepi tidak berpagar,
luahkan sahaja dekat Sini,
Kami semua sedia mendengar,



Merecun berdentum Bunyi poppop,
sambil berdiri dia atas meja,
Kenapa orang mendengki kak nab poppop,
Sebab Niaga atau pun Kerja?

JeNaB_PopPop Publish time 13-5-2016 03:45 PM

Super-M replied at 13-5-2016 02:51 PM
Jalan jalan Ke rumah sani,
Rumah tepi tidak berpagar,
luahkan sahaja dekat Sini,


ustaz dirujuk takut terkasar,niat nak sembuh itu je diharap,
kaknab mangsa santau tersasar,
dituju kepada kawannye kaknab.

sihir di hantar bulan januari,
baru dikesan dua minggu yang sudah,
sakit ditanggung semakin tak terperi,
doakan kaknab tidah mengalah.

:'(

JeNaB_PopPop Publish time 13-5-2016 04:02 PM

reeny replied at 13-5-2016 12:33 PM
Syaitan disembah bersama mentera
Segala yang syirik Allah murka
jangan cepat mengalah berubat se ...

santau dihantar bomoh sakai,
tujuan menyeksa sehinggu membunuh,
kaknab berubat Alquran dipakai,
6 bulan tempoh minimum untuk sembuh.

awanjingga Publish time 13-5-2016 05:03 PM


hendak pindah angkat barangan
angkat semua sorang sorang
ramai beriadah bawa pasangan
aku cuba bawa bertenang :P;P

ipes2 Publish time 13-5-2016 05:24 PM

reeny replied at 13-5-2016 09:25 AM
lama tak jumpa bertahun-tahun
Sekali bertemu terus tertawan
untuk saya bagilah diskaun


makan colek sambal belacan
pauh dijeruk cukup setahun
bill bill takleh bagi chan
lama lama nanti masuk akaun

ipes2 Publish time 13-5-2016 05:34 PM

Super-M replied at 13-5-2016 09:20 AM
hari-hari makan bayam,Makan bersama keropok moni,
Dah2belanja tom yam,
M dah beri t ...

bapak ayam berkokok hangat
anak ayam sembunyi diam
nak belanja belanja jauh sangat
tom yam hebat hanya di siam

Super-M Publish time 13-5-2016 05:38 PM

Edited by Super-M at 13-5-2016 05:48 PM

ipes2 replied at 13-5-2016 05:34 PM
bapak ayam berkokok hangat
anak ayam sembunyi diam
nak belanja belanja jauh sangat



Ana anak pak hisham,
Tini pula anak pak dollah,
Tomyam sedap katanya di siam
Kalau gitu belanja kitaorg semua ke krabi lah,

:lol:
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: Pantun Apa Saja - 4 Rangkap


ADVERTISEMENT