fazss Publish time 6-4-2015 01:32 PM

:lol: nikah cepat kakak......

imran ni kasi :bruce3:

pedet Publish time 7-4-2015 12:43 PM

TT sambung lagi{:1_508:}{:1_508:}

pen_biru Publish time 9-4-2015 01:50 PM

huhu.. suka zhafran ngn lea.. tapi, zhafran bukan che mamat.. :lol::lol::lol:

Zamzam2013 Publish time 9-4-2015 01:53 PM

TT... Sambunglah lagi...Kawinkan aje lea dgn zhafran biar muaz terbeliak mata

mie07 Publish time 13-4-2015 10:51 AM

kak sambungla lagi...

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 09:18 PM

qimi08 replied at 6-4-2015 10:44 AM
Imran ada hati dgn lea... Bahaya

Imran tu nasi tambah je dlm citer ni

sat lagi hilang la karekter dia;P

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 09:19 PM

aincomey replied at 6-4-2015 11:59 AM
Hi sang arjuna,
Saya SR novel ni . Sambungan



hehehe...lea ni selalu terkantoi kan

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 09:20 PM

pen_biru replied at 9-4-2015 01:50 PM
huhu.. suka zhafran ngn lea.. tapi, zhafran bukan che mamat..

itu lah.... skrg nak cari idea nak konar baring:lol:

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 09:26 PM

Bab 28

Usai solat Subuh Azalea ke dapur untuk “mencelikkan” mata. Dengan mug berisi Nescafe panas yang “kaw” dan sebiji buah epal, dia bersila di sofa dan memasang TV. Di sini wajib mendengar laporan kajicuaca kerana cuaca boleh berubah dengan mendadak. Makin sejuk makin tebal berlapis lapis pakaian. Berita dalam negara dan antarabangsa sedang di siarkan. Perang masih berleluasa di merata tempat. Paling menyedihkan bila Islam sesama Islam bertempur. Pembaca berita BBC yang jelita , Kasia Madera, meneruskan laporan.

“ We bring to you the latest news from Singapore where a luxury cruise ship, Royal Mediterranean exploded during its journey from Singapore to Phuket with 240 passengers and 45 crew members on board. Search and rescue operations are underway but no survivors have been found to date. The passengers and crew members are mainly Singaporeans and Malaysians.“

Astaghfirullah! Lagi satu tragedi melanda. Kemungkinan besar ada orang Melayu Islam atas kapal tersebut, kalau tidak sebagai penumpang pun tentu ada yang mencari rezeki sebagai pekerja. Azalea menyedekahkan Al Fatihah. Semoga dosa mereka di ampuni dan roh mereka di tempatkan di kalangan para solehin.

“ Awal kau bangun” komen Sufiah yang keluar dari bilik tidurnya dengan muka sembab dan masih berbaju tidur.

“ Hurmph” dengus Azalea.Hati nya kembali panas bila teringat kisah semalam. Sebaik sampai ke rumah, dia telah di pertontonkan dengan adegan mesra tahap nak termuntah. Di sofa tengah rumah, Imran terbaring atas riba Sufiah dan Sufiah membelai si lelaki player Malaya itu. Sampai tak sedar Azalea masuk. Puaka sangat okey! Tak cukup dengan kecelaruan kena kantoi dengan Kak Yati, kena pula hadapdua ekor yang berani beromen dalam rumah aku. Putus selera nak makan nasi lemak.

“ Macam mana usrah semalam? Best ke?”

“ Best lagi wayang kau dengan Imran semalam” perli Azalea. Sufiah tergelak kecil

“ Bukan kita orang buat apa pun” Tak buat apa konon. Nasib baik aku balik, kalau tak entah lagi advance langkah korang. Si Sufiah ni tak malu betul. Baru kenal berapa bulan dah berani bercengkarama. Kerina dan Adam yang dah lama bercinta pun tak buat perangai macam tu.

“Hari ini ada ceramah di Islamic Centre oleh Ustaz Luthfi dari Malaysia. Start pukul 11 nanti.” Apa apa pun perkara yang baik harus di sampaikan.

“ Kau nak pergi kah? Aku rasa malas lah. Sejuk betul kat luar tu.”

“ Sejuk atau kau ada date dengan Imran?”

Sufiah mengulum senyum. “ He he… aku nak pergi shopping dengan dia. Jealous ke?”

Azalea menjulingkan mata “ Please… sebesar atom pun aku tak jealous. Cuma aku nak cakap sikit, dia tu player. Setiap kali aku nampak dia, dia mesti dengan perempuan yang berbeza. But if you just want to have fun, go ahead. Kau bukan budak kecil, tentu kau dah pandai menilai.”

“Dia handsome, anak orang berada, good personality, mesti ramai perempuan yang kejar. Kalau dia suka kau pun, mesti kau layan kan?”

“ Kau patut masuk Maharaja Lawak bila balik Malaysia nanti! Imran is so not my type.Simpan sajalah handsome dan kaya dia tu. Tapi kalau dia nak belikan kau perfume ke, beg atau kasut ke, jangan lupa aku kawan kau. Bak lah sini seketul. ” gurau Azalea

Sufiah cuma senyum segaris sambil menopang dagu. “Dia suka main tarik tali dengan aku. Kadang kadangdia layan aku macam tuan puteri. Ada masa dia buat derk saja. Lelaki macam Imran ni susah nak predict. Macam mana aku nak ikat dia?”

“ You are asking the wrong person. Aku tak pandai bab pikat memikat. Kalausabjek untuk peperiksaan aku dapat F.Satu saja aku nak pesan wahai Cik Sufiah! Jaga lah diri dan maruah kau. Walaupun Imran tu jerung besar, janganlah kemaruk sangat. Takkan kau nak dapat gelaran murah.com atau lelong.com.my? Kitapelajarsenior di sini,buruk benor lah kalau buat perangai tak senonoh.Kita ni jauh dari mak bapak, keluarga, pegawai pencegah maksiat tapi Allah sentiasa bersama kita.” Cewahhh… dah pandai guna ayat Kak Yati lah pula. Nasib baik tak payah bayar royalti.

Azalea ke dapur untuk membasuh mug dan mangkuksebelum masuk ke bilik. Dia bersiap ala kadar dan menyandang beg ke bahu.

“ Aku nak ke library. See you later” ujarnya pada Sufiah yang masih termangu di ruang tamu.

cindelira Publish time 13-4-2015 09:55 PM

Nasib baik nasi tambah ja si imran neh... :huffy:

Sufiah ni pun kategori 'lalang' ka

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 10:00 PM

Edited by sang_arjuna at 13-4-2015 10:06 PM

Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya….. TARAAA! Siap sudah kerja kursus untuk sabjek Consumer Behaviour. Alhamdulillah, ide datang mencurah curah seperti air hujan bila dia kusyuk tanpa gangguan.Azalea melepaskan nafas lega sambil meregang badan. Butang SAVE di tekan. Kerja mengedit dan mencantikkan layout boleh di buat kemudian. Masih ada dua hari lagi sebelum perlu di hantar untuk penilaian.

“ OMG!! 8 missed call “ Mata Azalea terbeliak sebaik melihat skrin telefon bimbit. Sudah jadi kebiasaan dia menyepikan telefon bila ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Berderet panggilan dari Kak Yati, Sufiah, Aishah dan beberapa nombor yang tidak di kenali. Itu belum lagi teks mesej dan Watsapp. Waduh … waduh… fofularnya aku hari ini.

“ Aku di White Rose mall. Kau nak apa apa?” - Sufiah

“ Assalamualaikum. Ceramah dah nak mula. Lea kat mana?” – Kak Yati

“ Salam. Kak Lea mana? Kita kat Islamic Cntr. Rugikalau tak dtg. Ustaz Lutfi ni boleh tahan” – Aishah. Eeuww, teruk sgt taste ko dik.

Dah terlambat pun untuk ke ceramah Ustaz Lutfi, jam menunjukkan pukul 11.15 pagi. Malas lah nak masuk kalau sesi dah bermula, tak pasal pasal jadi tumpuan. Lagipun mesti ada yang upload ceramahnyadi Youtube nanti.Lebih baik aku isi perut yang dah mula berkeroncong. Azalea memasukkan computer dan buku nota ke dalam beg dan menuju ke Subway yang tidak jauh dari situ.

Seperti biasa restoran itu agak penuh kerana selain menyediakan sajian halal dengan harga berpatutan, wi fi juga percuma. Kira heaven lah untuk pelajar Islam.Selesai membeli sandwic chicken teriyaki, dia mencari meja kosong.Nasib baik masih awal dan “ lunch crowd” belum datang, kalau tidak terpaksa lah berkongsi meja. Gerak gerinya di perhati oleh seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi yang duduk di kaunter sebelah pintu.

Sambil mengisi perut, Azalea melayari internet.Blog blog kegemarannya di baca sebelum membuka email . Dadanya tiba tiba berdebar. Uh -0h…..

“ Assalamualaikum. Yessssss! Finally! Syukur pada Allah yang membukakan hati seorang Nur Azalea. Next step… akad nikah. Perkara wajib harus di percepatkan.” – Zhafran :)

Azalea mengetap rahang. Tak sabar sabar pakcik ni. Gatal bebenor ya nak kahwin. Kak Yati pun satu, tak menyempat nak bagi laporan terkini. Terdetik ide nakal di kepala.

“Waalaikumsalam.Bila? Lagi cepat lagi bagus. Can’t wait to be with you. ” Butang Senddi tekan dan warkah ringkas melayang melalui alam maya. Ha… ambik ko!Azalea menghabiskan sandwich dan meneguk kopi yang sudah suam sebelum jari nya kembali ke papan kekunci.Email yang di hantar tadi di buka semula dan jari nya rancak menaip.

“ Ooops! Sorry, tersilap hantar. Email tadi sebenarnya untuk my friend Kerina yang nak datang bercuti di sini. “ Apa agaknya reaksi Zhafran bila sedar dia kena trick. Kihkihkih

Tanpa di sedari, lelaki berjaket hitam bangun menghampiri meja Azalea. “ Assalamualaikum”

Belum sempatemail kedua di hantar, Azalea keras membatu depan komputer. Aku kenal sangat suara itu.Innalillah! Matilah akuuuuuu! Senyum nakal yang bermain di muka lelaki itu merenggut jantung. This is so not happening! Azalea menenyeh mata. Mukanya terasa pijar. TOLOOONNGGG! Zhafran menarik kerusi berhadapan Azalea yang menikus di tempatnya. Wajah comel yang kebingungan itu di tatap. Rindu sekian lama terubat sudah.

“ Insyaallah, kita nikah masa cuti Krismas nanti ya. Nanti I bagi tahu our parents. Don’t worry, I will do all the arrangements with the Malaysian High Comm.Masjid , Kadisemua I akan cari. You bawa diri you saja”

“ Awak…you … What…. are you doing here?” Suaranya hampir tak terkeluar dari kerongkong

“ Meeting my future wife lah. Nak seal the deal, kata orang. Apa lagi?” Zhafran menjungkitkan kening.

“ Er… tadi tu.. I main main saja..”

“Tak boleh tarik balik.I dah ada bukti bertulis. Jangan mungkir janji kalau tak nak I saman.You nak main main? I see you in court” Wajah Zhafran tetap serius biarpun perutnya keras menahan tawa melihat Azalea terkulat kulat.

“Sejak bila jadi lawyer ni? Nak saman saman orang konon. Dasar dictator kuku besi!”

“ Lea, don’t play games. I ajak you bina masjid, I nak kita sama sama tambah pahala dan perbaiki ibadah. Kalau you tak sayang I macam I sayang you pun tak apa. Tapi I nak you bagi kita berdua peluang untuk ikut sunnah Rasulullahsaw, supaya makin ramai umat nya, dan kita makin hampir dengan redha Allah. Tak rugi kan?” Suara Zhafran yang penuh kasih melembutkan hati Azalea. Kalau Zhafran jadi penceramah tentu Aishah, Intan dan kawan kawan usrah cair macam ketulan ais di tengah padang pasir. Haisyyy… aku tak boleh tolak tuah. Tanpa di paksa bibirnya mengukir senyum. Pandangannya tiba tiba kabur bila matanya berladung.

“ Tak.. tak rugi. Terima kasih. Alhamdulillah. “

Ipo Publish time 13-4-2015 10:16 PM

sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya….....

wah..satu kejutan untuk lea...
pandai betul zafran tu ek:lol:

Ipo Publish time 13-4-2015 10:17 PM

sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya….....
wah..kejutan utk lea dari zafran..sweet..sweet:P

sorry..terdouble plak post aku nih:lol:
bukan salah aku..salah forum cari nih

sang_arjuna Publish time 13-4-2015 10:24 PM

Ipo replied at 13-4-2015 10:16 PM
wah..satu kejutan untuk lea...
pandai betul zafran tu ek

nak jadi hero kenalah pandai.... hikhik

Zamzam2013 Publish time 13-4-2015 11:44 PM

Terkono lg leya... Good job zhafran... :lol::lol::lol::lol::lol:

yipun_78 Publish time 14-4-2015 07:31 AM


ok laa Zhafran... cam payah nak terima dia ni.. mcm rasa Muaz gak hero cite ni... redha dan pasrah huwaaaa

sarizu Publish time 14-4-2015 09:37 AM

Itu la kan...macam nk lea ngan muaz jugakk

UsuFie Publish time 14-4-2015 09:53 AM


sambung lagi ....{:1_545:}

awanjingga Publish time 14-4-2015 09:59 AM

biar la Lea dgn Zhaf..:$

Muaz dh diberi peluang tapi dia sia2kan..:curse:

freddianza Publish time 14-4-2015 02:52 PM

sang_arjuna replied at 13-4-2015 10:00 PM
Lebih tiga jam dia berkampung di sudut kesukaannya di tingkat pertama perpustakaan dan hasilnya….....

pengsannnnnnnnnnnnnnnn baca ayat si zaf ni


;P;P;P
Pages: 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 [19] 20 21 22 23
View full version: CIK YAH & CHE MAMAT


ADVERTISEMENT