anisania Publish time 2-3-2015 02:43 PM

Ipo replied at 28-2-2015 12:50 PM
nota kaki dah terlepas ke tangan Azalea pulak ke??

i likeeeee.. hahahha

selama ni SR je.. hehehe tapi lately takleh tahan..tangan terketar ketar nak tinggalkan jejak.
banyak banyak citer kak juna ni, ni la first time nak jadi team heroin dgn 2nd hero.. nak vote cik yah dgn zafran.. tapi tgk tajuk je pun dah tahu vote ini adalah sia sia belaka. hihihi

juliet80 Publish time 3-3-2015 11:28 AM

anisania replied at 2-3-2015 02:43 PM
i likeeeee.. hahahha

selama ni SR je.. hehehe tapi lately takleh tahan..tangan terketar ketar n ...
Zafran? nakkkk :$

Qayyum pun ok jgk :P


pls smiley kali ni bagi 2nd hero yg winner ye...
asik winnerkan hero ja yg asalnye mmng hampehhh :curse:

tapi....... jgn sadkan ending si Muaz tu...
kasi hepikan dia sikit ja wlwpun kehilangan Azalea :P



UsuFie Publish time 4-3-2015 12:48 PM


siapa punya keja ni...

org suruhan zahira dikalangan ahli keluarga sendiri?



sang_arjuna Publish time 4-3-2015 11:22 PM

sarizu replied at 28-2-2015 11:57 AM
Fuhhh...ni mesti kje zahira...mesti dia dh tau lea kawen dgn muaz

Huhu...Muaz manaaa...???


muaz adaaaaa:)

sang_arjuna Publish time 4-3-2015 11:22 PM

Ipo replied at 28-2-2015 12:50 PM
nota kaki dah terlepas ke tangan Azalea pulak ke??

bukan nota kaki
nota tulisan tangan;P

sang_arjuna Publish time 4-3-2015 11:23 PM

anisania replied at 2-3-2015 02:43 PM
i likeeeee.. hahahha

selama ni SR je.. hehehe tapi lately takleh tahan..tangan terketar ketar n ...

wokey... kita tukar tajukboleh kan?

sang_arjuna Publish time 4-3-2015 11:28 PM

juliet80 replied at 3-3-2015 11:28 AM
Zafran? nakkkk   

Qayyum pun ok jgk


pening juga nak fikir endingtp citer sebelum ni pun tak de teruk sgt lah utk antagonis
mcm kesian pula :lol:

sang_arjuna Publish time 5-3-2015 12:00 AM

Bab 22

Insyirah menguntum senyum apabila Riaz Amin meletak tangan ke dahi dan membaca doa. Matanya berkaca. Kegembiraan yang terpancar di wajah pasangan pengantin mengusik hati Azalea. Beza betul kawin atas dasar cinta dengan kawin paksa macam aku.Mak Lang mengesat airmata dan berbisik sesuatu pada puterinya sebelum mereka berdua berpelukan. So touching! Tok Ibu yang duduk atas kerusi roda di sebelah Azalea pun turut tersedu, Insyirah cucu perempuan paling rapat dengannya kerana tinggal bersebelahan rumah. Azalea terasa bahunya di cuit.

“ Masa Yah kawin dengan Mamat dulu, Tok Ibu tak pergi. Nanti Yah dengan Mamat naik lah kejap atas pelamin, ya” pinta Tok Ibu.

“ Malu lah Tok Ibu. Kita dah lama kawin, dah basi.” Azalea menolak. Sorry lah Tok Ibu. Muaz sampai sekarang tak nampak kelibatnya dan aku nak cabut secepat mungkin.

“ Eh, Mamat di mana? Tok Ibu tak nampak pun.”

“ Ada di luar sana. Ramai sangat orang kat dalam rumah.” Azalea menipu untuk kesekian kali. Penatlah bahu kiri aku. Dia mengesot ke tepi bila jurugambar dan juruvideo bergerak ke depan pelamin. Ahli keluarga kedua belah pihak turut mara ke depan dan Azalea menyelinap keluar. Qayyum sedang menunggu di luar.

Mereka menapak ke arah Proton Saga yang di parkir di hujung jalan bawahpokok beringin. Qayyum sempat meminjam kereta dari salah seorang jiran. Ketika ini semua ahli keluarga sedang sakan bergambar dengan pengantin. Dia harus meninggalkan tempat ini tanpa di sedari sesiapa. Siapa sangka stalker nya salah seorangdari keluarga. Menggerunkan! Ada terbesit rasa bersalah dalam hatinya. Sudah lah Muaz masih MIA, sekarang dia pula menghilangkan diri. Biarlah Mama dan Papa mengamuk, nyawa nya lagi penting dari menjaga hati saudara mara.

Namun getaway plan nya terbantut bila sebuah teksi berhenti di seberang jalan. Wanita berbaju kurung moden warna pink yang turun dari teksi itu amat di kenali. I smell trouble! Tentu sekaliFaten Zahira tidak datang semata mata untuk makan kenduri.

“ Qai! Nampak tak siapa di depan tu?”

“ What the hell! Berani dia datang!” Qayyum mendengus

“Mati lah! Selama ini akak rahsiakan yang akak berkahwin dengan Muaz. Kalau dia tahu akak isteri Muaz, mesti akak kena belasah. Apa akak nak buat?“

Nak menyorok belakang pokok ? Dah terlambat.Minta mintalah Zahira tak cam aku yang bertudung. Oh tidak! Aku terperangkap

“ Azalea! I hampir tak kenal tadi. Sejak bila you bertudung? Apa you buat disini?” Zahira nampak terkejut.

“ Er… er… I datang kenduri kawin. Ini kawan I Qayyum. Sepupu dia yang kawin.” Kepala nya di teleng ke arah Qayyum yang memerhati dengan wajah kelat.

Zahira membeliakkan mata yang sudah sedia galak. “ Qayyum? Ini Qayyum adik Muaz kan? Macam mana Lea boleh kenal Qayyum?”

Azalea menarik nafas lega. Rupanya Zahira masih tak tahu aku isteri Muaz. " Kenal masa kerja" jawabnya ringkas

“ We have to go. Takut Lea terlepas bas ke KL” tegas Qayyum

Zahira sempat menangkap pergelangan tangan Azalea. Mata Zahira liar meninjau ke arah rumah pengantin.
“ Kejap, Lea. Dah selesai nikah? Keluarga si Zainal keparat tu semua ada dalam rumah?”

Ya Allah! Apa pula muslihat Zahira? Azalea hanya membisu sambil memicit kepala yang pening.

“ Hoi perempuan, kau jangan kacau family Pak Lang. Aku nak telefon polis sekarang.” Qayyum mengeluarkan telefon bimbit dari kocek baju Melayu.

“ Hey, aku nak tengok anak tiri aku kahwin. Salahkah?” Zahira mencekak pinggang dengan muka yang memerah. Dadanya berombak dengan amarah. Segala yang di rancang tidak menjadi. Paling menghampakannya, Muaz sudah berubah. Dah pandai bab bab dosa pahala. Cisss!

“ Memang salah sebab kau tak di jemput. Jadi sila pulang. Anak tiri kau pun tak nak jumpa kau. Tak ada siapa yang nak alu alukan kedatangan perempuan macam kau.” balas Qayyum

“Kau jaga mulut kau!Lea, teruk sangat taste kau kalau berkawan dengan dia ni. Semua jantan dalam keluarga Datuk Zaki tak guna!” bentak Zahira sebelum melangkah pergi.

“ Blah lah!” jerit Qayyum sambil menarik tangan Azalea. Pintu Proton Saga di buka dan Azalea membolos masuk. Phew! Selamat!

“ Are you okay? Nah, Qai bawa kuih dan air. Mesti kak Lealapar”
Azalea tersengih melihat dua biji karipap, sepotong serimuka dan buah anggur dalam bekas styrofoam. Memang dia tengah lapar, cuma perasaan takut membuat dia putus selera.

“ Makanlah. Kalau tak nak makan pun, sekurangnya minumlah air. Takuttak ada tenaga nanti. Qai tak nak Kak Lea pengsan tengah jalan.”

“ Thanks Qai. Akaktak habis habis menyusahkan Qai. Sepatutnya Qai tengah berseronok dengan family, makan nasi minyak”

“ Jangan cakap macam tu. Qai yang nak tolong Kak Lea.” Tangan Azalea di tepuk lembut.

Azalea menjamah karipap dan meneguk air mineral. Kepala Azalea makin berdenyut dan dia menekan pelipis.
“ Kak Lea okay? Kalau pening, Qai ada Panadol. Nak?” Azalea mengangguk dan Qayyum mengambil ubat dari kocek baju Melayu. Azalea menelannya bersama air mineral tanpa banyak bicara.

“ Akak takut kalau Zahira rosakkan majlis. Dia berdendam dengan Pak Lang dan Papa. Kesian Mak Lang dan Tok Ibu, mereka tak sihat.”

“ Don’t worry. Awal awal lagi Pak Lang dah panggil sekuriti untuk kawal keadaan. Dia pun dahjangka perempuan tu akan datang buat kecoh.”

“ Pelik juga, Zahira tak tahu akak isteri Muaz. Mati mati akak ingat mereka dah berjumpa, sebab itu Muaz tak balik balik.”

“ Mungkin juga mereka seronok sangat berasmaradana sampai tak sempat berbual… ha ha” Qayyum menjungkit jungkit kening.

Azalea turut ketawa. “ Finally, pencarian Muaz dah berakhir. Biarlah mereka happy.”

Matanya mula rasa berat dan badannya rasa ringan akibat penangan ubat . “ Akak tidur jap. Nanti bila sampai stesen bas, kejut akak”

Qayyum senyum lebar melihat Azalea terus terlelap dengan mulut separa terbuka. Comel dan sexy !

sang_arjuna Publish time 5-3-2015 12:07 AM

Bab 23

Muaz terdengar sayup sayup suara orang berbual dan dia gagahi diri untuk bangun. Di mana aku berada? Ini bukan bilik hotel. Katil bujang beralaskan tilam nipis dan bilik berdinding papan. Bilik itu juga memuatkan meja tulis dan almari kayu dua pintu. Tubuhnya cuma berkain pelikat dan di tutup selimut nipis. Kepalanya pusing dan dia rasa mual lalu dia merebahkan kembali badannya.Matanya melilau. Dia ingin bangun tapi badannya terlalu lemah.

Pintu bilik di ketuk perlahan sebelum seorang lelaki tua menjenguk. “ Assalamualaikum. Dah bangun, Muaz?”

Muaz membalas salam dengan suara yang serak. Macam mana pakcik ni tahu nama aku?“Saya di mana sekarang? Macam mana saya boleh sampai ke sini? Pakcik ni siapa?” Bunyinya macam orang kena amnesia tapi Muaz tak ingat langsung apa yang berlaku. Nasib baik aku masih ingat nama sendiri.

Lelaki tua bertubuh kurus itu tersenyum. “ Nama pakcik Sulaiman,   panggil Pakcik Leman. Semalam kita jumpa masa solat di masjid.”

“ Masjid?” Dahi Muaz berkerut. Kemudian dia teringat yang dia pergi ke masjid selepas menolak ajakan Zahira untuk ke biliknya. Zahira tentunya merajuk.

“ Ya, kita solat Maghrib dan Isya.Lepas Isya kamu muntah dan kemudian kamu pengsan. Pakcik dan anak pakcik bawa kamu balik ke rumah. Kamu sedar sekejap dan meracau tapi lepas pakcik bagi minum air zamzam kamu tenang dan tidur.”

Pakcik Leman membuka laci meja tulis lalu mengeluarkan dompet, segugus kunci dan telefon bimbit. “ Ini barang Muaz. Pakaian kamu Pakcik dah basuh tapi belum kering. Kamu pakai lah baju anak pakcik cuma dia kurus sikit dari kamu.”

Muaz mengambil telefon bimbit. Seperti yang di agak, bateri dah habis.
“ Pakcik ada charger?”

“ Ada lah tapi bukan untuk telefon canggih tu” Pakcik Leman menunjuk Iphone 6 milik Muaz sambil tersengih.

Haissyyy! Tak boleh nak telefon Papa atau Qayyum. Macam mana aku nak pulang ke rumah Tok Ibu dari sini sedangkan kereta masih di hotel?

“Masa saya sakit semalam kenapa pakcik tak hantar saya ke hospital?”

Pakcik Leman memandang tajam pada Muaz.“ Pakcik ni bukan bomoh atau dukun tapi pakcik rasa kamu kena buatan orang.”

“ Haa? Mustahil! Saya tak ada musuh. Siapa nak bomohkan saya? Merepek lah” bidas Muaz

“ Bukan musuh saja yang guna bomoh. Ada juga yang pakai ubat guna guna sebab nak buat kamu gilakan dia. Pakcik nasihat kamu supaya berhati hati. Sebelum makan baca doa Bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi shai un fil ardhi wahuwassami ‘un alim. Nanti pakcik ajar ayat pendinding. Solat jangan tinggal, zikir dan salawat sentiasa. Eh, kamu tak solat Subuh lagi kan? Pergicepat.”

Pakcik Leman membuka almari dan mengambil sehelai Tshirt dan kain pelikat bersih dan di hulurkan pada Muaz yang masih termangu. Aku kena guna guna?

“ Apa tunggu lagi? Bilik air ada di sebelah.” Perintah Pakcik Leman. Ketegasan Pakcik Leman memaksa Muaz gagahi diri ke bilik air.

sang_arjuna Publish time 5-3-2015 12:16 AM

Usai solat Subuh gajah, Muaz tercium aroma kopi kampung yang semerbak. Mual dan peningnya hilang, di ganti rasa lapar.Dia membetulkan kain pelikat dan T shirt yang sendat sebelum melangkah keluar.

Pakcik Leman yang sedang membacadi ruang tamu mengangkat muka. “ Jemput makan. Kopi dengan roti bakar saja. Pakcik tinggal dengan anak bujang pakcik jadi dapur jarang berasap. Nak beli nasi lemak takut perut kamu sakit. “

“ Terimakasih Pakcik. Ini pun dah cukup. Saya menyusahkan pakcik saja” Muaz berbasa basi walaupun perut nya berkeriuk. Jam di dinding ruang tamu menunjukkan pukul 11.45. Terlepas peluang makan nasi minyak Insyirah. Nasib baik malam nanti ada resepsi di hotel pula.

“ Tak susah mana. Makan tengahari nanti pakcik beli nasi bungkus untuk kita. “ Pakcik Leman mengorak senyum kecil kemudian kembali membaca.

Selesai sarapan Muaz mengangkat cawan dan piring ke dapur untuk di basuh sebelum ke ruang tamu.“ Apa nama kawasan ni pakcik? Pakcik dah lama tinggal sini?”

“ Ini Kampung Sg Ketam. Pakcik tinggal sini sejak berkahwin, tahun 1970. Dulu pakcik kerani di pejabat kerajaan. Arwah isteri pakcik meninggal tiga tahun lalu.Anak anak pakcik lima orang, semua dah kahwin dan tinggal sendiri kecuali si bungsu, Arif. Dia tinggal dengan pakcik tapi dah keluar ke rumah kawan. Kamu datang dari mana?”

“ Saya dari KL. Datang ke sini untuk perkahwinan sepupu. Masa kecil dulu sayatinggal di Kg Alor Akar dengan nenek.” Muaz melebar pandang ke luar pintu depan. Tenang dan sepi suasana sekeliling. Kereta pun tak ada yang lalu, apa lagi teksi.Macam mana aku nak balik?

“ Nanti bila Arif balik, Pakcik suruh dia hantar kamu pulang.”

Muaz lega. Lagi cepatdia jumpa Mama dan Papa lagi bagus. Banyak perkara yang harus di selesaikan. Muaz meraup wajah. Sejak bertemu semula dengan Zahira, dia rasa serba tak kena. Si jelita yang di dambakan selama ini sudah berubah. Atau aku yang berubah? Kenapa sekarang dia rasa Azalea lebih menyenangkan? Adeyyyyy! Life is so complicated.

“ Ada masaalah? Kaca jangan di sangka intan. Jangan tersalah buat keputusan, nak. Kalau susah memilih, buat solat istikharah.”

Muaz tersentak. Pakcik Leman ni ada ilmu baca minda orang ke? Menakutkan juga pakcik ni di sebalik wajahnya yang tenang dan bersih. Muaz membuang pandang ke luar. Kelihatan sebuah Proton Wira berlalu. Oh my! Dalam masa 15 minit baru satu kereta lalu. Kereta itu berhenti tak jauh dari rumah Pakcik Leman.

“ Kampung ni memang sunyi sekarang. Ramai dah pindah duduk dengan anak anak. Jauh beza dengan masa 20 tahun dulu. Masa itu jiran jiran ramai. Meriah betul bila hari raya dan kalau ada kenduri kendara. Sekarang dah tak ramai orang muda di sini. Tapi Pakcik suka tempat ni, tak sibuk dan dekat dengan masjid. ”

Muaz mengangguk tapi matanya fokus pada penumpang kereta tadi. Seorang lelaki berbaju Melayu mencempung seorang perempuan bertudung dan berbaju kurung. Alolololo…. mengadanya! Macam lah tak boleh jalan.Issy,tak pasal aku dapat dosa kering. Entah entah perempuan tu memang OKU.

“ Dulu kawan baik pakcik Cikgu Bashir tinggal di rumah banglo setingkat warna kuning seberang jalan belah kiri tu. Lepas kena sakit jantung dia pindah ke rumah anak dia di Indera Mahkota. Dua minggu sekali anak dia balik tengok tengok rumah”

“ Anak dia baru sampai, Pakcik. Baru saja masuk dalam rumah. “

“ Aikk? Rasanya baru lagi dia datang. Selalu dia telefon Pakcik sebelum datang.” Pakcik Leman mengerut dahi. Dia memandang kalender di dinding sebelum berjalan ke pintu depan. Ada sesuatu yang tak kena.

“ Hmmm…Pakcik nak ke masjid. Nak ikut? Lepas Zohor nanti, kita singgah rumah Cikgu Bashir jumpa anak dia.”

sarizu Publish time 5-3-2015 07:07 AM

Err...tu mesti lea dan qayyum kan...?

Huhu...nk buat apa tu...??

smcjt70 Publish time 5-3-2015 10:20 AM

fuh...fenat oo maraton...

inc... nak lagi....hehehhe

UsuFie Publish time 5-3-2015 10:24 AM

sarizu replied at 5-3-2015 07:07 AM
Err...tu mesti lea dan qayyum kan...?

Huhu...nk buat apa tu...??


takan qayyum nak apa2kan lea...

errkk....:sweat3:



qimi08 Publish time 5-3-2015 11:14 AM

memang dari mula quyyum ada hati dgn azalea... semua ni qayyum punyer plan.
surat ugutan pun sama jug...
Rasanya hero muaz nanti selamatkan lea ;P

awanjingga Publish time 5-3-2015 11:48 AM

tu panadol ke ubat tido..??:o

jgn Muaz slh sangka Lea curang dgn Qayyum sudahh..

yipun_78 Publish time 6-3-2015 07:18 AM

ummm semoga Lea selamat.... Muaz pls selamatkan bini ko tu

cikjeela Publish time 6-3-2015 08:33 PM

Jahatnya qayyum...

Genkidesuka Publish time 6-3-2015 11:05 PM

Fuh.Marathon dari 1st page.

Assalammu'alaikum sang_arjuna, I'm your new fan.:$

kakZue Publish time 7-3-2015 08:20 PM

Takkan lah Che mamat tak kenal itu qayyum..kalau betul la qayyum..:o:mad::funk:

fatimz Publish time 9-3-2015 08:43 AM

qayyum kenapa buat macam tu...
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18 19 20 21 22 23
View full version: CIK YAH & CHE MAMAT


ADVERTISEMENT