ciksurie Publish time 29-3-2015 09:18 AM

harap che yah jumpa che mamat baru {:1_553:}

Zamzam2013 Publish time 29-3-2015 12:50 PM

Mesti temukan che yah dgn che mat yg lagi kaya & baik dr muaz ...

ruzi130501 Publish time 30-3-2015 12:42 PM

tak sabarnya.....ingat hari ni dah ade..:D

fazss Publish time 30-3-2015 04:00 PM

adakah muaz betul2 cinta zahira? bkn sbb zahira guna guna2?:funk:

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 11:39 AM

fazss replied at 30-3-2015 04:00 PM
adakah muaz betul2 cinta zahira? bkn sbb zahira guna guna2?

dua dua pun ada:o

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 11:40 AM

ciksurie replied at 29-3-2015 09:18 AM
harap che yah jumpa che mamat baru

kang panjang berjela plak cerita ni;P

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 11:40 AM

Zamzam2013 replied at 29-3-2015 12:50 PM
Mesti temukan che yah dgn che mat yg lagi kaya & baik dr muaz ...

insyaallah

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 11:49 AM

Bab 27

Sebelum kuliah berakhir, pensyarahnya Dr Elliot menyarankan agar pelajar seramai12 orang berpecah dalam kumpulan kecil untuk projek semester. Azalea memandang teman di kiri kanan, Pooja dari India dan Gary, anak jati Leeds. Masing masing mengangguk dan senyum. Okay, set.

“ Next week I want the title and outline of each project. Thank you class” Lelaki separuh baya berkepala botak itu meninggalkan kelas.

Azalea dan dua rakan nya memusing kerusi agar mengadap satu sama lain. Cuma dia seorang saja pelajar Malaysia dalam kelas Brand Managementtapi dia selesa kerana ramai pelajar berbagai bangsa. Macam macam idea yang keluar kalau di beri topik untuk perbincangan. Kalau cakap Bahasa Inggeris telo Negeri Sembilan atau Kelantan pun tak ada yang ketawa, sebab ada yang bertelo Afrika dan China pekat. Azalea dan kumpulannya menghabiskan masa lebih kurang sejam berbincang sebelum Pooja terpaksa meninggalkan mereka untuk ke kelas seterusnya.

“ Lea, I harap you tak tersinggung kalau I tanya you sesuatu” Gary berbicara dalam Bahasa Inggeris. Takkan Bahasa Korea pula, ya dak.

“ Tanyalah. Apa you nak tahu?”

“You tak rasa kah yang kecantikan you tersembunyi bila rambut di tutup? Maksud I ,you cantik tapi tentu lebih cantik kalau nampak rambut.Kenapa awak pakai tudung? Bukan semua perempuan Islam pakai tudung. Saya teringin nak tengok wajah awak tanpa tudung. Rambut awak panjang atau pendek?” Gary memandang tunak. Secara spontan Azalea membetulkan shawl corak paisley yang menutup kepala.

“ Mana you tahu saya lebih cantik kalau tak bertudung? Entah entah rambut saya warna ungu bertompok hijau? Stail Mohawk lagi.” Jawapan Azalea membuat Gary ketawa. Seronok berkawan dengan gadis Malaysia ini.

“ Okay, serius ni. Saya pakai tudung sebab wajib bagi wanita Islam menutup aurat, iaitu seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka. Kenapa ada yang tak bertudung? Hmm…dalam mana mana agama pun, tentu ada umat yang tak ikut semua perintah. Mungkin mereka belum cukup ilmuatau persekitaran tak mengizinkan. Kita cuma manusia biasa dan selalu melakukan kesilapan. Tapi saya tak boleh anggap mereka yang tak tutup aurat itu semua jahatdan sebaliknya. Nak tengok saya tanpa tudung? Kena lah kahwin dengan saya dulu. Ha ha “ Azalea mengusik.

“ Jadi selain suami, tak ada orang lain yang boleh tengok rambut awak?”

“ Saudara kandung lelaki , bapa, bapa mertua, anak saudaradan menantu sajaboleh” Jawapan yang ringkas di berikan, nanti kalau aku cakap adik beradik susuan satu hal pula nak terangkan panjang lebar. Azalea menyarung kot dan sarung tangan. Cuaca makin dinginsementelahan bulan Disember menjelang. Gary mengangkat beg Azalea yang boleh tahan berat. Kaum lelaki di sini gentleman belaka. Selalu bukakan pintu dan bagi tempat duduk dalam bas dan tolong angkat barang untuk perempuan dan orang tua.

“ Begitu ke? Susahnya. Tapi saya suka tengok orang Malaysia. Semuanya sopan santun dan suka senyum. Termasuklah awak. Itu sifat semulajadi orang Malaysia atau orang Islam? Orang dari negara Arab nampak kasar dan garang” komen lelaki Inggeris berkaca mata itu.

Azalea terdiam seketika. Macam mana nak jawab? Aku bukan calon Pencetus Ummah yang pandai berpidato dan berdakwah.“ Ajaran Islam mementingkan adab dalam pergaulan. Senyum itu sedekah. Tapi budaya di timur berbeza dengan budaya Arab. Perangai seseorang itu bergantung pada persekitaran juga. Orang Malaysia yang bukan Islam pun menjaga adab ketimuran.Tapi kita pun bukannya sentiasa sopan, ada kala kita mengamuk juga lebih lagi kalau sedang memandu masa kesesakan trafik.Gary, kalau awak berminat nak tahu tentang Islam pergi lah ke Islamic Centre di Spencer Place. Ada banyak risalah dan buku buku dalam Bahasa Inggeris. Dan ada juga orang alim yang boleh membantu menjawab soalan tentang Islam”

“ Terima kasih. Bila ada kelapangan saya akan ke sana. Kakak saya bercinta dengan pemuda Arab dan dia pun sedang belajar tentang Islam. Lea, jom kita pergi tengok konsert Adele malam Sabtu minggu depan.”

Adele? Wah, antara favourite singer aku tu. Tapi tak manis keluar malam dengan Gary. Tiket pun bukannya murah. Aku tengah menabung untukBoxing Day sale lepas Krismas.

“ Oh, saya tak boleh. Ada hal. Sorry”

Gary nampak kecewa namun dia tidak mendesak. Mereka menuju perhentian bas dan Azalea berlari sederas mungkin bila bas ke rumahnya makin dekat. Kalau terlepas,alamatnya kena menapak ke rumah dalam suhu hampir tahap beku. Brrrrr... sejuk sampai ke tulang! Dia melambai pada Gary dan mencari tempat duduk. Smartphone di keluarkandan ikon Safari di tekan dengan harapan menggunung. Diakecewa, tiada email atau mesej dari Zhafran.Selalunya Zhafran menitipkanhadith hadith yang di petik dari Sahih Bukhari dan Syamail Muhamadiyyah karangan Imam Tirmidzi.Zhafran tak pernah bercerita tentang isi hati atau bertanya tentang hubungan mereka tapi mengajarnya mencintai Allah dan Rasul.Sudah hampir seminggu tiada khabar berita dari Zhafran dan Azalea mula gusar. Dia rasa kehilangan sesuatu yang begitu bermakna. Nak tanya rasa malu di kata periuk cari senduk. Aku pun ada ego, babe. Tapi tipu lah kalau kata aku tak rindu. Cehhh… hebat taktik mamat ni.

ciksurie Publish time 5-4-2015 11:51 AM

sang_arjuna replied at 5-4-2015 11:40 AM
kang panjang berjela plak cerita ni

apa salahnyer ;P

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 12:02 PM

Edited by sang_arjuna at 13-4-2015 10:03 PM

Hidungnya terbau aroma wangi lagi menyelerakan sebaik dia membuka pintu. Kedengaran bunyi keletang keletung dari dapur.Azalea menanggalkan kot dan tudung sebelum ke dapur.

“Wah, sedapnya bau. Kau masak apa? Nak aku tolong?”

“ Aku buat nasi lemak, ayam goreng dengan sambal ikan bilis. Kau tolongbersihkan ikan bilis dan potong timun.”Sufiah menghalakan telunjuk pada bahan bahan atas meja.

“ Banyaknya kau masak. Kau ada jemput orang datang ke? Malam nibukan kah kita nak pergi usrah muslimah di rumah Kak Yati”

Sufiah senyum simpul. “ Si Imranteringin nak makan nasi lemak. Kesian pula kat orang bujang macam dia. Dia suka sangat nasi lemak yang kita buat hari tu. ”

“ Baiknya kau ni. Untung siapa dapat kau. Comel, pandai masak, rajin kemas rumah” Di sudut hati nya Azalea a risau kalau Sufiah di pergunakan oleh lelaki yang ada ciri ciri playboya itu. Dia pernah terserempak dengan Imran bersama gadis lain di kampus. Bukan sekali, bukan gadis yang sama. Boleh tahan mesra alam pulak tu.

Sufiah mencucuk pinggangnya. “ Elehhh, kau tu apa kurang. Kak Yati kata ada orang suka kat kau. Dia suruh Kak Yati jadi orang tengah.”

Azalea menyibukkan diri dengan mengopek ikan bilis. Malas nak ambil tahu. Kisah lalu bersama Zhafran,Muaz, Qayyum dan Zhafran lagi sekali dah buat hidup ini huru hara. Lelah ! Buat masa ini aku nak Say No to Commitment. Tapi hati ini Allah yang pegang, kalau besok tetiba terbuka hati nak terima lamaran… Ah, sudah!

“ Pukul berapa Imran datang? Dia nak makan sini atau tapau?”

“ Ermm….. dia .. tapau . Tapi aku tak jadi pergi usrah malam ni. Penatlah! ” Sufiah meregang badan.

“ Ikut suka kau lah. Aku boleh pergi seorang. Bukan jauh pun rumah Kak Yati.”

Sejam kemudian nasi lemak dan hidangan sampingan sudah siap terhidang. Azalea dengan rela hati memotong buah dan mengemas dapur sementara Sufiah mandi.

DING DONG! Loceng pintuberbunyi. Azalea mengeluh sebaik mengintai di lubang kaca kecil.Dah lapar sangat lah tu. Dia melilit tudung ala kadar dan membuka pintu.

“ Hi! How are you? Lama kita tak jumpa. I datang dua tiga kali tapi you tak pernah ada kat rumah”
Muka Azalea berubah.Sejak bila Sufiah ajak lelaki masuk bila aku tak ada. Hissyyyy, tak baik bersangka buruk, mungkin Imran datang tanpa di undang.

“ Duduk lah. Sufi tengah bersiap. You nak tengok TV?” Remote control TV di hulurkan.

“Tak nak.I nak tengok you” Imran bersuara rendah dengan mata yang redup menatap Azalea.

Azalea menjulingkan mata. Jangan nak jual minyak dengan mak janda. Tak tergoda langsung okay. Dia terus angkat kaki ke dapur.

Imran membontotinya ke dapur. Azalea rasa terganggu. Dapur mereka bukan besar sangat, kalau dua orang masuk mesti tergesel sana sini.

“ Awak tu tetamu, tak payahlahmasuk dapur. Dapur kita orang bersepah. Pergi duduk di luar” Suara Azalea tegas macam guru disiplin menegur murid.

“ Its okay, dapur kat rumah I lagi sepah. I dah biasa.” Selamba saja Imran bertenggek di kaunter yang memisahkan dapur dengan ruang tamu. Sepotong epal di masukkan ke mulut. Lelaki ini punya keyakinan diri yang sangat tinggi. Tak nampak pisau kat tangan aku ? Azalea menjeling sambil membasuh perkakas dapur di sinki.
" I nampak you tadi dengan sorang Matsaleh guy. Boyfriend ke?"

" Takkan girlfriend kot?" balas Azalea. Sibuk!" Kalau you dah lapar, I boleh pack nasi lemak sekarang. Semua dah siap, tunggu nak masukkan dalam bekas saja.”

Imran memandangnya dengan raut pelik. “ Kenapa pula nak pack? Sufi ajak I makan sini. Kita makan sama sama lah“

Oh, patutlah lama benar Sufiah mandi dan bersiap. Faham … faham. Tak nak pergi usrah sebab penat konon. Well, its your life. Sufiah bukan gadis belasan tahun yang masih bersekolah. Harap dia tahu menilai buruk baik. Azalea meneruskan kerja dalam diam.

Imran memerhati setiap gerak geri dan susuk tubuh Azalea. Di sebalik shawl senget, sweater longgar dan jeans longgar pun masih menarik. Susah sangat nak tackle si manis ini, terpaksa lah dia mendekati Sufiah. Sufiah pun boleh tahan comel, dan lebih jinak.

“ Eh Imran! Cepatnya you sampai! Kenapa duduk di dapur? “ Sufiah menjelma dengan dress labuh warna kuning lembut. Senyumnya pudar beberapa darjah melihat Imran begitu kusyuk memerhati Azalea membasuh pinggan.

“Lea, you taknak pergi usrah? Nanti lambat”

Okay, I get the hint. Azalea mengelap tangan dan meninggalkan dapur.Aku tak di perlukan di sini. Aku pun tak nak kacau daun.

“ Aku pergi dulu. Tinggal sikit nasi lemak untuk aku. ”

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 12:30 PM



Walaupun penat dan mengantuk Azalea tetap menghadiri usrah di kediaman Kak Yati, isteri pada pelajar Phd, Abang Azizi. Kak Yati sendiri bukan calang calang orang, diapensyarah syariah UIA yang mengambil cuti tanpa gaji untuk menemani suami. Cara Kak Yati menyampai ilmu dan menjawab soalan sangat lembut dan beralas, tanpa menyinggung perasaan sesiapa. Kumpulan usrah seramai 15 orang itu ada yang alim, ada yang masih cetek ilmu seperti dirinya tapi Kak Yati pandai menangani sesi agar tak ada yang rasa bosan. Sepanjang berada di Leeds, Azalea perhatikan ada tiga grup pelajar di sini – grup usrah yang kurang bergaul dengan orang luar, grup urban yang rata rata anak orang kaya, dan grup atas pagar atau “lalang”. Setakat ini dia masuk kategori ketiga. Bila jauh di negeri orang kena ada ramai kawan demi menjaga keamanan, macam ahli berkecuali Bangsa Bangsa Bersatu.

“ Bagi adik adik yang berminat, besok ada ceramah di Islamic Centre oleh Ustaz Lutfi pengasas Yayasan Mahabbah dari Malaysia.Sesi bermula pukul 2 petang. Kak Yati harap you all semua dapat meluangkan masa sebab Ustaz Lutfi seorang ahli hadith yang terkenal. Ilmu nya tinggi, saya pernah mengaji dengan dia. “

Mata Azalea yang berat tiba tiba celik terbelalak. Ustaz Lutfi? Panjang umur pakcik tu!

“ Apa topik ceramah dia?” tanya salah seorang pelajar

“ Kupasan hadith tentang fardhu ain, cara wuduk dan solat yang betul dalam mazhab Syafie dan tafsir surah Al Fatihah.Kalau ada masa, sesi soal jawab. Insyaallah.”

“ Tak ada topik pasal nikah?” Suara nakal Aishah di iring tawa pelajar lain

“ Boleh tanya masa sesi soal jawab. Suka ya, topik nikah.Dah ada calon?” Usik Kak Yati. Aishah dan dua tiga pelajar lain ketawa kecil. Gedik juga budak usrah ni, kutuk Azalea dalam diam.

“ Kalau adik adik dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri dan pelajar sekaligus, memang elok kahwin awal. Tapi jangan langgar perjanjian dengan penaja, pengsan kalau kena tarik balik biasiswa. Paling penting, minta restu ibu bapa dulu.”

“ Ustaz Lutfidatang dengan siapa?”
“ Dia dah berkeluarga?”
“ Berapa umur dia?
“Di mana dia tinggal? “
“Boleh kita jumpa secara one to one kalau nak tanya soalan personal?” Sesi jadi kecoh bila pelbagai soalan di aju kan. Azalea memandang dengan hairan dengan keterujaan gadis gadis ini. Berhajat nak jadi isteri kedua Ustaz Lutfi kah?

“ Kak Yati pun tak pasti samada dia datang dengan keluarga. Penginapan di uruskan oleh pelajar lelaki. Kalau ada soalan peribadi, tulis soalan di kertas dan Kak Yati boleh sampaikan. Takut Ustaz tak cukup masa nak jumpa. Dia baru sampai dari London. Lepas Leeds, dia nak pergi beberapa tempat lagi di UK.”

Boleh tahanpenangan Ustaz Lutfi. Bukan saja terkenal di Malaysia tapi kini dah melebarkan sayap ke luar negara. Pening lah kalau lepas sesi ceramah dia, masing masing ber –ana, ente, anti, antum.

sang_arjuna Publish time 5-4-2015 12:34 PM

Selesai bacaan doa penutup majlis, Azalea yang duduk paling dekat dengan dapur terus bangun dan membantu Kak Yati memotongkek pisang yang baru keluar dari oven. Ini salah satu tarikan usrah, Kak Yati pandai masak. Setiap minggu juadah yang berbeza.Kek dan minuman di agihkan pada adik adik di depan yang sedang rancak berbual dan dia duduk di sebelah Kak Yati.

“ Lea, Kak Yati nak tanya ni. Lea dah ada calon?” Kak Yati meletak tangannya di atas bahu Azalea.

“ Calon pilihanraya?” Azalea tersengih dengan lawak bodohnya sendiri. Macam tahu saja hala tuju perbualan ini.

“ Laa... serius ni. Ada orang suruh tanyakan sama ada Lea single lagi. Kak Yati bukan lah nak menyibuk tapi kalau Lea belum ada siapa siapa…”

“ Sorry Kak Yati. Saya dah ada somebody.” Ujar Azalea. Tak kuasa! Malas nak panjangkah cerita.

“ Orang ada rupa mesti cepat kena chup.Dia masih belajar atau dah bekerja?”

Apa aku nak kelentong ni? Pakai saja lah identiti Zhafran, bukan ada sesiapa yang kenal dia di sini.
“ Dah kerja. Dia engineer.” Azalea menyuapkek ke mulut. Yummmm! Sampai pejam pejam mata punya sedap lah. Untung Abang Azizi dapat isteri macam Kak Yati.

“ Dia kerja di mana? Dah lama kenal? Bila nak nikah?”

“ Dia kerja di Qatar. Kita kenalmasa belajar di UPM tapi lama juga terputus hubungan. Tiga bulan lalu mak dia masuk meminang. Bila nak nikah itu tak sure lagi. Kalau ikut cakap mak dia, dia nak kawin sebelum pergi ke Qatar tapi saya dah ada di sini. Tunggu sampai saya habis belajarkot. Harap ada lah jodoh kita.“

Azalea tersentak bila Kak Yati meraup muka sambil mengucap Hamdallah Muka Kak Yati bercahaya dan senyumannya lebar. Kenapa Kak Yati gembira bebenor macam dia yang di lamar, hati Azalea berbisik. Dapat komisyen kah kalau aku kahwin?

“ Lea dah bersedia nak jadi isteri dia?”

“ Er… tak tahu lah. Dah kot. Entah lah, belum cuba belum tahu. Harap Allah permudahkan.”

“ Aamiiin.Jarak jauh bukan masaalahkalau suami isteri tahu tanggungjawab masing masing. Kak Yati doakan Lea dan Zhafran cepat bina masjid. “

Azalea tercengang. “ Apa nama yang Kak Yati sebut tadi? Macam mana…..”

“ Macam mana akak tahu nama dia? Zhafran sepupu akak. Dia dah lama cerita pasal Lea dan suruh akak riki riki. Dah lama dia tunggu, rupanya Lea malunak berterus terang pada Zhafran. Jadikira Lea setuju lah? Alhamdulillah, mesti Zhafran seronok bila dia tahu.” Kak Yati terus memeluknya.

Matilah akuuuu! Apa punya trick ni? Aku kena Punk’ed ! Kek pisang yang sedap tiba tiba rasa macam bahulu berkulat. Kecilnya dunia ini.         
…………………………………………

Zamzam2013 Publish time 5-4-2015 03:43 PM

:lol::lol::lol:Lea...Lea... Kan dh terkantoi...

Zamzam2013 Publish time 5-4-2015 03:43 PM

Thank u TT... Sambungan yg sangat memuaskan hati...

sarizu Publish time 5-4-2015 07:52 PM

Best!

Mesti zhafran dtg dgn ustaz lutfi :$

Ipo Publish time 5-4-2015 08:26 PM

Rasanya Lea akan jumpa semula Muaz ni

qimi08 Publish time 6-4-2015 10:44 AM

Imran ada hati dgn lea... Bahaya:curse:

UsuFie Publish time 6-4-2015 11:33 AM



;P...sedapnya kek pisang...


aincomey Publish time 6-4-2015 11:59 AM

sang_arjuna replied at 5-4-2015 12:34 PM
Selesai bacaan doa penutup majlis, Azalea yang duduk paling dekat dengan dapur terus bangun dan mem ...

Hi sang arjuna,
Saya SR novel ni {:1_551:}. Sambungan {:thumbo

Padan muka Lea {:mllaugh:}

ruzi130501 Publish time 6-4-2015 01:29 PM


sian lea.....ingat nak lepas lari...rupa nya tersalah ikat le plak..hahaha:loveliness:
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23
View full version: CIK YAH & CHE MAMAT


ADVERTISEMENT