Goldkey Publish time 23-7-2014 11:48 PM

Satu Suara

Hari ini
terbukti warga Malaysia
mampu cari kata sebulat suara
dalam hadapi krisis pengkhianat antarabangsa.

Ayuh! Kecil besar tua muda
hapuskan sengketa
bentuk satu bangsa
berpadu mempertahan negara
hidup aman sejahtera.

CNM, 23/7/14

Goldkey Publish time 26-7-2014 11:56 PM

Jumpakah lagi?

Ramadan
ingin aku menahan
usah tinggalkan kami
hadirmu membawa keampunan
rahmat dan nikmat anugerah Tuhan.

Ramadan
jumpakah lagi?
Ya Allah takdirkan kami
menemui bulan istimewa
buat memohon keredaan-Mu.

CNM, 26/7/14

Goldkey Publish time 26-7-2014 11:56 PM

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t1.0-9/10494649_933619256663815_2265543645854153944_n.jpg

Goldkey Publish time 27-7-2014 05:12 AM

Kontradiksi

Di sini
jeritan lancang mengecam
kejamnya Zionis
tangannya menyalakan
letupan-letupan
membingitkan telinga jiwa
saudara sendiri.

Di sana
jeritan lelah bertarung nyawa
dibedil tanpa peri manusia
tangannya menadah berdoa
mohon gegak gempita
peluru menggila
terhenti dek musuh terbinasa.

Tepuk dada tanya selera
terpamer rupa dan suara.

CNM, 27/7/14 Last edited by Goldkey on 27-7-2014 05:14 AM

Goldkey Publish time 27-7-2014 09:38 AM

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/10584031_934091906616550_5151332704195934263_n.jpg?oh=924b9f52f2ddf41563f0108156acb624&oe=545886DE&__gda__=1414618455_6bd9ac5611a25ef2bebdc0e001d5234a

Syukurlah

Kita masih boleh ke hulu ke hilir
mencari barangan keperluan
jangan nyalakan api persengketaan
kelak kedamaian hilang
sukar mencari tunas keamanan.

CNM, 27/7/14

Goldkey Publish time 27-7-2014 09:38 AM

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/10557379_934063599952714_7827676518975829341_n.jpg?oh=716a5f12b0516b5c30cfb834d15bc218&oe=54541372&__gda__=1414125636_399e755001cfd3d49cf4e8020af91aa1

Oh! Lelaki

Data terkini
lelaki masih mendahului
tapi apa erti
andai tiada kualiti
hanya tahu menyakiti;
hati ibu bapa sendiri
wanita-wanita yang dinikahi
anak-anak darah daging yang belum mengerti.

Lelaki jadilah lelaki sejati!

CNM, 27/7/14

Goldkey Publish time 31-7-2014 12:56 PM

Hujan Derita

Hujan peluru-peluru gila
dek tangan zionis durjana
merentap ribuan nyawa
anak-anak yang tak berdosa
ibu-ibu yang tak berdaya
tragedi paling menghiris jiwa.

Ya Allah yang maha berkuasa
utuskan tentera-Mu membinasa
puak yang melampaui peri manusia
lenyapkan mereka dari muka dunia
sesungguhnya mereka bangsa membinasa
bangsa yang bongkak dengan kuasa.

CNM, 31/7/14

Goldkey Publish time 31-7-2014 02:38 PM

Maafkan Daku Mak

Ampun daku mak;
yang tersalah tingkah di mata
yang terkhilaf dalam menyusun kata
yang menggores rasa tanpa sengaja.

Ampun daku mak;
tak ingin aku menyakiti sebesar hama
tak ingin aku jadi anak derhaka
redamu adalah reda-Nya.

CNM, 31/7/14

Goldkey Publish time 2-8-2014 11:24 AM

Kosong

i
Berasa kosong
hentikan melopong
imaginasikan ada penyokong.

ii
Kelihatan kosong
jika minda dipesong
sedang realitinya ada lorong.

iii
Bual kosong
boleh jadi kelentong
hati-hati dengan 'suara tong'.

CNM, 2/8/14

Goldkey Publish time 6-8-2014 08:38 PM

Kerusi MB

Satu kerusi
sangat digilai
pusing kanan pusing kiri
melobi diri
diberi peluang menduduki.

Satu kerusi
direbut perempuan lelaki
anak bini suami
jadi penyokong sejati
berebut kerusi bila muzik berhenti.

CNM, 6/8/14

Goldkey Publish time 6-8-2014 10:40 PM

Gelap

Tidurlah
jika gelap malam itu
menghadirkan sesak dada
membakar jiwa meracun minda.

Biarkan lenamu
menggamit mimpi indah
datang mendamaikan hela nafas
tersejat bisa kegelapan yang merimas.

CNM, 6/8/14

Goldkey Publish time 8-8-2014 07:39 PM

Tanah Melayu : Malaysia

Tanah Melayu
tersohor segenap penjuru
satu dunia memberi tumpu
di perut bumi di belantara
hasilnya kaya raya.

Tanah Melayu
dijajah dijarah waktu ke waktu
perit pedih masih terasa di kalbu
laungan Merdeka bagai melepas sengsara
mengatur langkah bangkit dari derita.

Tanah Melayu
pemimpinnya berpadu
tetap hala tuju
tuntut merdeka di meja bicara
elak sengketa hindari huru hara.

Bijaksana menjaga rakyat jelata.



Malaysia
bumi warisan merdeka
bebas membina tamadun bangsa
mengharapkan gah di mata dunia
dalam acuan dicita.

Malaysia
gemerlap infrastrukturnya
pelbagai mercu tanda
diperkata serata maya
sayang, warga terbelenggu minda.

Malaysia
kian pudar warna perpaduannya
kian terlerai ikatan toleransinya
kian berselirat jalan sejahtera
kian bercelaru teraju negara.

Waspada, sebelum tergadai maruah merdeka.

CNM, 8/8/14 Last edited by Goldkey on 8-8-2014 08:22 PM

Goldkey Publish time 9-8-2014 08:57 PM

Pecat Memecat

Dulu
kesian dipecat
dari kedudukan berdarjat
dicanang segenap tempat
hasil niat jahat
pihak dengki khianat.

Kini
tak sangka memecat
demi kedudukan berdarjat
buat tapak melompat
dari satu tempat ke satu tempat
walau kelihatan jahat.

Dipecat tak semesti tak boleh memecat
pecat memecat adat yang ada agenda dahsyat.

CNM, 9/8/14

Goldkey Publish time 11-8-2014 08:35 PM

Bingkisan buat TPM

YB TPM
benar UMNO perlu faham Melayu
sebelum parti ini tersungkur dalam PRU
ambil langkah jitu
kaji apa yang rakyat mahu.

YB TPM
aku mahu kata padamu
dalam fikiran Melayu
mungkin banyak isu
cuma tak diambil tahu.

YB TPM
renunglah bicaraku
jangan perlekeh isu Melayu
jangan perbodoh rakyat yang menunggu
jalankan amanah rakyat yang tergalas di bahu
berikan hak rakyat dari khazanah Tanah Melayu.

YB TPM
ikhlas daripadaku.

CNM, 11/8/14 Last edited by Goldkey on 11-8-2014 09:04 PM

Goldkey Publish time 12-8-2014 07:18 PM

Aduh!

Ke mana
harus diletak wajah
tak diperkenan menghadap
apa lagi nak diucap
sudah jelas pada rakyat.

Di sana
masih menunggu
pulanglah majukan melayu
bangsamu perlu dibantu
hentikan mengharu-biru

CNM, 12.8.14

Goldkey Publish time 12-8-2014 09:43 PM

PAS!

Dah cuba duduk dengan DAP/PKR
dah berjabat tangan erat
hasilnya dapat beberapa negeri.

Apa kata
tolak ke tepi hal peribadi
tautkan tangan dengan UMNO
gabung secara pro
tadbir bersama
demi negara bangsa dan agama.

CNM, 12/8/14

Goldkey Publish time 17-8-2014 12:13 AM


Aku

Menunjuk jalan
memimpin tangan-tangan
membetulkan pandangan
makhluk bernama manusia
supaya nantinya
ada pewaris menyambung amanah
ada pelapis mentadbir tanah tumpah darah.

Di kilang ini
silap kata-kata membunuh jati diri
tersalah bicara menelanjang maruah ibu pertiwi
sedikit senang banyak susah
diasak majikan didesak penjaga
melahir modal insan
tiada kecacatan kemenjadian.

CNM, 17/8/14

Goldkey Publish time 17-8-2014 01:12 PM

https://scontent-b-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/t31.0-8/s960x960/10476550_948143025211438_7697839296097497902_o.jpg

Tak Rugi

Berbakti
pada sesama manusia
pun pada haiwan ciptaan-Nya
dirahmati yang Esa.

Saksikanlah
betapa insan mulia
disayangi haiwan pelihara
diiring dinanti hingga ke pusara.

Ya Rabbi
maha suci Engkau
berkuasa atas segala.

CNM, 17/8/14

Goldkey Publish time 17-8-2014 08:52 PM

"Keluq-Keliq" (loghat Kelantan)

Depe tok guru
nya paka semutar molek
piah putih bersih lagi suci
angguk sokmo.

Beleke tok guru
nya kilah semutar
piah putih tukar ube putih
geleng-geleng tukar selero.

CNM, 17/8/14

Goldkey Publish time 18-8-2014 02:46 PM

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini
Ingin aku nukilkan puisi

Satu rasa dari lubuk jiwa
Isi hati yang mekar di dada
Naluri yang berkembang masa ke masa
Inilah citra dan cita

Lelah pemimpin berpadu tenaga
Ampuh kata di meja bicara
Hinggap rasa percaya
Impian bebas dari sengsara
Runtuhan budaya
Nasib malang yang menimpa
Yakini rakyat jelata
Akan tiba saat bergembira

Semangat merdeka membara
Elusan rasa pada bangsa
Bunga-bunga bakti pada negara
Unggul marak demi agama
Akan kubaja
Hingga ke hujung nyawa

Cinta yang bercahaya
Indah mewarna kanvas merdeka
Namun harus waspada
Tikaman angkara
Agenda musuh melaga.

CNM, 17/8/14
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III


ADVERTISEMENT