Goldkey Publish time 3-2-2014 09:55 AM

Pertanyaan 29

Seteruk mana perbuatan
sekejam mana tindakan
sebelum tahu
duduk berdiri hal berlaku
usah jatuhkan hukum.

Kautahu apa sebenarnya terjadi?

CNM, 3/2/14

Goldkey Publish time 3-2-2014 10:18 AM

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1551576_815358511823224_1908137549_n.jpg

Tak Malu?

Katanya
seperti ayam jantan
kokok sana, kokok sini
mendabik dada gagah perkasa
bini di reban sini, di reban sana
dapat anak tak terbela
yang cari makan si ibu
yang melindungi anak si ibu.

Duhai lelaki
tak malukah kamu
dikata seperti ayam jantan?
hanya tahu berbini
kebajikan anak-anak tak dipeduli
hanya pandai menayang taji
ke medan juang haram sekali
moga tiada lagi lelaki begini.

CNM, 3/2/14, BBBangi.

Goldkey Publish time 8-2-2014 08:51 AM

Lawak

Pelawak
jana idea rawak
hiburkan khalayak
nangis teresak-esak
boleh jadi bahan lawak.

Al-Kisah seorang pengantin lelaki
menangis di pagi malam pertama sekuat hati
pak mertua kehairanan apa yang terjadi
ditanya menantu untuk pasti
katanya menyesali lewat beristeri.

CNM, 7/2/14

Goldkey Publish time 11-2-2014 03:44 PM

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1618669_820733824619026_1578875324_n.jpg

Kejamnya
makhluk itu
rakus memperkosa alam
tanpa fikir kesan
mengancam.

Aku
tak mampu
hanya berserah pada-Mu
pencipta yang menentukan
rezeki hidup mati.

Aku pasrah.

"Monolog Kera"

CNM, 11/2/14

Goldkey Publish time 12-2-2014 10:09 PM

Dulu vs Kini

Dulu
di kaki
hanya cap bata
hanya cap fung keong
sampai juga ke menara itu.

Kini
di kaki
ada cap "sarjan"
ada cap "betul"
mewah
jangan tersadung di kaki menara itu.

CNM, 11/2/14

Goldkey Publish time 12-2-2014 10:11 PM

https://www.facebook.com/images/spacer.gif
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/64646_821517941207281_1203708634_n.jpg

Tiada Syukur

Indah ciptaan-Mu
anugerah penuh nikmat
buat sang khalifah
yang diangkat mentadbir bumi
tapi sayang
tiada rasa syukur
tangan mereka menabur racun
minda mereka tertuba
mencemari suci alam.

CNM, 12/2/14

Goldkey Publish time 14-2-2014 03:17 PM

Kontra

Di penjuru sana
melimpah
di penjuru sini
kering.

Itu pengujian
atas nikmat
dan rahmat-Nya.

Sabar
dan berdoa.

CNM, 14/2/14

Goldkey Publish time 14-2-2014 03:30 PM

Lemas

Tiada hujan
banjir jauh sekali
tapi ada insan akan lemas
karam dalam gelita malam ini
hanyut dek arus nafsu
menggadai maruah
atas kononnya pengorbanan cinta.

"po dah" ...cinta keparat!

CNM, 14/2/14

Goldkey Publish time 14-2-2014 04:53 PM

Kelud

Menyelut langit
petanda ingin meragut
waspada
bila alam mula berbicara
menelan kerenah manusia
tanpa kenal tua muda
tanpa kenal yang mulia yang alpa.

CNM, 14/2/14

Goldkey Publish time 15-2-2014 11:14 PM

Aku Bukan Sesiapa

Aku bukan sesiapa
hanya insan biasa
ilmu tak sedalam mana
bukan nak mendabik dada
jauh sekali menunjuk kuasa.

Aku bukan sesiapa
hanya manusia biasa
tak terlepas dari salah cara
tak terhindar dari berbuat dosa
dalam tak sedar tersasar bicara.

Aku bukan sesiapa
punya kelemahan ternyata
andai tingkah menyembilu luka
kususun sepuluh jari memohon kemaafan semua
kurela gugurkan air mata dari menyakiti sesama.

Aku bukan sesiapa
tanpa kalian yang menunjuk cara
aku mungkin tergelincir ke jurang duka
hulurkan tangan tanda persaudaraan seagama
mudahan tercipta ukhuwah dalam mencari reda-Nya.

Aku bukan sesiapa!

CNM, 15/2/14, BBBangi

Goldkey Publish time 19-2-2014 03:36 PM

Realiti

Orang berarak ke stadium
kerana bolasepak,
Orang berkumpul dan berarak
kerana parti politik,
Orang bersusah payah membimbit sangkar
kerana pertandingan burung,
tapi sayang seribu kali sayang
orang tak sudi berarak ke sekolah
demi kecemerlangan anak sendiri!

Renung-renungkan.

CNM, 19/2/14

Goldkey Publish time 20-2-2014 10:12 PM

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1904167_827368583955550_1136009626_n.jpg

Khas Buat Timbalan Menteri Pendidikan

Tuan
selamat datang
terima kasih sudi bertandang
lihatlah apa yang kurang
bantu kami naik taraf bintang.

Tuan
kami di sini berjuang
junjung visi misi gemilang
mudahan anak bangsa cemerlang
KPM tersohor capai wawasan terbilang.

Tuan
tunjukkan jalan
biar kami jelas tentang impian
pimpin kami ke puncak kejayaan
bina negara bangsa berpendirian.

Tuan
kami menagih ehsan
lindungi kami dalam alam pendidikan
suntik kami dengan kekuatan
jaga kami dengan kebajikan.

Tuan
terima kasih atas kunjungan
ia jadi pemangkin kesungguhan
laksana amanah kerajaan
tunai tetap kami tunaikan.

CNM, 19/2/14, Kajang High School.

Goldkey Publish time 23-2-2014 08:56 PM

~N25 KAJANG~

Kian berbahang
dibakar sang suria
kering berdebu.

Menunggu
calon beradu
jadi pilihan meneraju.

Perang bermula
menawan hati rakyat jelata
janji manis ditabur melata
harap bukan gula-gula pilihanraya

CNM, 23/2/14

Goldkey Publish time 27-2-2014 05:19 PM

"pak cik dah tak larat
nak kejar sana
nak kejar sini
nak pukul itu
nak pukul ini
walaupun bayaran mahal
pakcik dah lelah nak memukul'

~Monolog Jurugambar~

CNM, 27/2/14

Goldkey Publish time 1-3-2014 12:03 AM

Berbayang

aku berbayang
kaupun tahu
aku berbayang
bila disuluh mentari
pun boleh jadi neon menyinari
aku berbayang
jangan kaubimbang
bukan jembalang.

CNM, 28/2/14

Goldkey Publish time 4-3-2014 07:24 PM

Patuh

Guru aku kata
buat!
Aku buat tanpa soal.

Guru aku pesan
elak!
Aku elak tanpa soal.

Mak aku ingatkan
jadi orang!
Aku usaha jadi orang.

Hari ini aku di sini
Adakah aku orang?

CNM, 4/3/14

Goldkey Publish time 5-3-2014 09:04 PM

Barah Gadjet

Tangan asyik memegang gadjet
dari mini ipad hingga 'hand set'
tak suka bercakap dengan orang di kanan kiri
tengok telefon bimbit senyum sendiri
ke mana pergi asyik mengecaj bateri
bangun pagi belum gosok gigi gadjet dicari
sah!
Kalau anda ada simpton ini
barah gadjet mula menyelinap ke dalam diri.

CNM, 5/3/14

Goldkey Publish time 6-3-2014 04:50 PM

Dialog 2 x 5

Pelayan: Akak! Akak nak minum apa? (nada wanita)
Perempuan: Bagi akan fresh oren satu. Hah! Engkau ni cakap macam perempuan kenapa? Engkau lelakikan?
Pelayan: Haar...saya lelaki.
Perempuan: Haram tu dik. Ubah jantina haram, haram tetap haram.
Pelayan: Terima kasih kak. Saya suka rambut akak, cantik!
Perempuan: Terima kasih, akak baru buat rebonding tadi.
Pelayan: Lepas rambut hukum apa kak? Haram tetap haram.
Perempuan: !!!@@@@????

CNM, 6/3/14

Goldkey Publish time 8-3-2014 06:40 AM

Merayu

Manusia
merayu untuk ubah keputusan
dari salah kepada tidak bersalah
dari tak sabit kepada sabit
sistem manusia sistem yang tak sempurna.

Manusia
rayulah kepada Yang Esa
mohon keampunan
kerana Dia maha pengampun
lagi maha mengasihani.

Usah terus menganaiya diri.

CNM, 7/3/14

Goldkey Publish time 8-3-2014 07:54 AM

Selamat Pagi

Bangkit
sebelum mentari terik
tinggalkan mimpi yang mengasyik.

Pandang
pada luasnya alam terbentang
rezeki menunggu untuk dibawa pulang.

Bergerak
buat menambah
takdir-Nya terubah.

CNM, 8/3/14
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III


ADVERTISEMENT