Goldkey Publish time 5-12-2014 10:10 PM

Telah

Aku
sering kali
dan telah melontar jauh-jauh
amarah.

Lelah menikmatinya.

CNM

Goldkey Publish time 6-12-2014 12:07 PM

Punah-ranah

Atas kepalaku
menitis suci
tangisan awan gemawan
buat alam
hidup.

Mereka
rakus menongkah
menjarah
menarah
jadi punah-ranah.

Aku
tak mampu menadah
diri kian terdedah
jari jemariku berdarah
sarat kelodak sampah
petanda mereka mencari padah.

CNM, 6/12/14

Goldkey Publish time 22-12-2014 01:31 PM

Tak Terkata

Sahabat
aku melihat
betapa hebat
kamu diuji musibat
bertabahlah tentu ada hikmah.

Tak terkata
harta benda binasa
kepayahan melanda
hati ini menitiskan air mata
kelu nak berbahasa.

Ya Allah
kurniakan ketabahan
sahabatku dalam kesukaran
berilah pertolongan
kekuatan menempuh dugaan.

CNM, 21/12/14

Goldkey Publish time 23-12-2014 09:06 AM

PT3

Ibu bapa
menitis air mata
tangisan hiba
jadi mangsa
sistem cacamarba.

Anak-anak kecewa
tak diberi cukup masa
sistem diubah sesuka
kata tak ada periksa
alih kena duduk PT3.

Yang buat dasar
lihat hasil tersasar
gembira hati atau tercalar
belajar mendengar
maruah tak tercemar.

CNM, 23/12/14

Goldkey Publish time 24-12-2014 09:27 PM

Tiada Pilihan

Aku
atas perintah-Nya
menyimbah bumi.

Aku
mencari bukit bukau
meresap menyelinap
kembali ke laut
hampa
semua diteroka.

Aku
tiada pilihan
memenuhi alur-alur
melimpah
membanjiri kawasanmu
kerana tangan-tanganmu
mengubah laluan asalku.

Aku kesal
kerana menyusahkan kamu
kamu sesal?

CNM, 24/12/14

Goldkey Publish time 30-12-2014 07:39 PM

Kau Lihat

Tsunami
gempa bumi
tanah runtuh
kepala air
banjir
puting beliung ...

tiada daya manusia
lemah selemahnya
maka
bila lagi kamu ingin kembali?
kepada siapa kamu ingin beriman?

Dia Tuhan sekian alam.

CNM

Goldkey Publish time 31-12-2014 07:51 PM

Moga Ada Sinar

2014
begitu banyak air mata Malaya
menitis menuruni lurah titiwangsa
membanjiri lembah duka
satu, satu dugaan menimpa
peringatan kembali kepada-Nya.

2015
bakal tiba
moga ada sinar suria
menyuluh kelam sengsara
mengubati dalamnya luka
dimakbulkan akan doa
dikurnia sejahtera
dijauhkan petaka.

Ya Rabb limpahkan keredaan-Mu.

CNM, 31/12/14

Goldkey Publish time 3-1-2015 04:25 PM

Kawan

Mata, mata
hanya mampu merenung langit
mencari jawapan
alam tidak lagi mesra
dan mungkin
Tuhan mula bosan
manusia berbangga dengan dosa-dosa
membinasakan diri dengan tangan sendiri.

Matahari
laut
bulan
bintang
diam membisu
rerumput
pepohon
tunduk layu.

Bersahabatlah dengan alam
demi reda-Nya.

CNM, 3/1/15

Goldkey Publish time 11-1-2015 04:45 PM

Sukar

Nun
di daerah yang ranap
dek arus dan selut mengenap
yang tinggal cuma mengharap
bantuan tiba pulih semangat
ujian ini terlalu berat
untuk kembali tegak.

Turun
hulurkan jabat
sumbangkan kudrat
sapu air mata
lepaskan trauma jiwa
pohon doa
tabahkan hati mereka.

CNM, 11/1/15

Goldkey Publish time 13-1-2015 10:02 PM

Lecak

Air mata menyejat
tinggal hati yang lecak
renung dahsyatnya landskap
hasilan tangan-tangan keparat
yang buta tuli menjarah.

Kepiluan ini
dalamnya menikam asa
bukan kepalang buat mengangkat muka
terbeban dek amukan alam ternoda
natijah tak terjangka.

Insaflah
alam itu bernyawa
responsifnya tak terduga.

CNM, 13/1/15

Goldkey Publish time 14-1-2015 09:26 PM

Sendiri

Mak!
Setelah kaupergi
hilang kasih sejati
tak berganti
aku kian sendiri.

Mak!
Aku rindu
bicaramu
air mata ini
membasahi pipi.

Mak!
Moga ketemu kita
mendapat syafaat
dianugerah
syurga-Nya.

CNM, 14/1/15

Goldkey Publish time 16-1-2015 05:56 PM

Edited by Goldkey at 16-1-2015 07:18 PM

Air Mata Titiwangsa

Air mata titiwangsa
menerjah kampung bonda
meninggalkan pilu luka.

Ranap harta benda
amukkan paling bisa
lantunan provokasi manusia.

Kamu amati
banjaran itu disakiti
sesekali asakkannya melampaui
jangan terduduk menangisi.

CNM, 16/1/15

Goldkey Publish time 17-1-2015 03:29 PM

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/10922790_1058239810868425_2645367159800189878_n.jpg?oh=b05ea8d875e6e4957470d2bd8d714959&oe=556EBBC2&__gda__=1432778491_00d6e7a7643d86b51c3ea5df7b3fc7a9

Terkenang

Pabila kubaca kisahmu
terkenang diriku
dengan beberapa helai baju
jejak menara ilmu
berbekal doa orang tua.

Aku sayu dik
Semoga dipermudah jalanmu.

CNM, 17/1/15

Goldkey Publish time 11-2-2015 02:38 PM

Pesanan Atok

Cu!
Lihatlah atok
jadi penjahat
masuk penjara
kerana atok tidak mahu
cucu-cucu atok jadi seperti atok.

CNM

Goldkey Publish time 11-2-2015 09:33 PM

Kuala Lumpur

Walau di cerukmu banyak lumpur
walau ramai yang menggelupur
walau ramai yang berdengkur
walau ramai yang tak berdapur
walau ramai yang kebulur
senyumlah Kuala Lumpur
neon bisa mengaburi duka
pengcakar langit membayangi
sungai-sungai mengukir tenang
hamismu ditelan karbon-karbon metropolitan.

CNM, 11/2/15

Goldkey Publish time 11-2-2015 09:51 PM

Jerit Tanpa Suara

Di sini
di kota berneon
batin menjerit-jerit tanpa suara
merintih tanpa air mata
menongkah tanpa lantunan kata
tenang mengenap dalam keladak sengsara
damai menyerap dalam gelojak rasa.

CNM, 11/2/15

Goldkey Publish time 12-2-2015 09:48 PM

Lopak

Sehebat mana ciptaan
seindah mana garapan
semantap mana ungkapan
pasti ...kan ada
lompang
lubang-lubang
kelemahan berkubang
tuntut tambah baikan
hakikat yang tak bisa diabaikan.

CNM

Goldkey Publish time 20-2-2015 02:48 PM

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/s851x315/10991306_1082629955096077_779810256071728790_n.jpg?oh=c474af38d55631b0c7884599563c9636&oe=5550DC30&__gda__=1435557590_e8dd144def66381ccf397d4ef43a113e

Teluk Cempedak

Di sini
kudengar bisikan ombak
mendayu sayu
sang bayu berpupuk merindu
lamunan nan indah anugerah-Mu
syukur Ya Rabb
maha suci Engkau pencipta.

CNM, 20/2/15, TC

Goldkey Publish time 1-3-2015 07:09 AM

Nyanyian Pagi

Di sini
di daerah masih hijau
gegak kicau
beburung menyanyi
sampaikan salam pagi
bangkit insan cari rezeki
telah Allah janji
yang berusaha pasti menjadi.

CNM, 1/3/15

Goldkey Publish time 3-3-2015 08:30 PM

Air Mata Syukur

Tugasmu sukar diukur
berjuang walau dikukur
ikhlas penuh jujur.

Benih yang subur
kalau bersalut lumpur
kalau digilap jadi masyhur.

Hari ini air mata syukur
laju meluncur gugur
kerana usaha tak tersungkur
telah tertuai apa yang digembur.

kepada-Mu Ya Rabb
berkati usaha kami
mendidik insani
demi pertiwi.

CNM, 3/3/15
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18 19 20 21 22 23
View full version: Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III


ADVERTISEMENT