mazz2009 Publish time 18-9-2013 02:17 PM

damia dgn adi plk ke hehehe.....{:1_141:}

momey Publish time 18-9-2013 02:27 PM

Damia melangkah besar masuk ke dalam pejabatnya sambil menutup kainnya yang berdarah sikit itu dengan handbegnya.

"Selamat kembali, Cik Damia.." Fazira masih sempat tegur walaupun dia tahu Damia tengah kelam kabut saat itu.

"Dalam 15 minit jumpa saya k!" kata Damia lalu masuk ke dalam biliknya lau terus kunci!

Fazira terdiam. Kemudian lengannya dicuit.

"Kenapa dengan Damia tu? Bawa handbeg tutup bontot ape hal?" tanya Fahrin sambil terkekek-kekek gelak.

"Amboi Encik Fahrin..menyebok aje tahu. Dah lah! Saya nak buat keje.."

Fazira terus berlalu pergi meninggalkan Fahrin yang masih ketawa itu.



                                                             *******************


Aaron duduk bersebelahan dengan Rita di dalam kapal terbang tersebut. Rita, seorang isteri kepada lelaki kaya yang mempunyai syarikat kereta tersendiri dan ibu kepada dua anak. Namun hidupnya seperti anak dara! Nama sahaja isteri tetapi suami dalam seminggu hanya dua atau tiga kali sahaja pulang ke rumah. Anak-anak pula lebih suka tinggal bersama opah mereka di kampung. Rita kesunyian!

Rita membuka ikatan rambutnya. Rambutnya jatuh mengurai menyebabkan pewangai rambutnya itu menaikkan nafsu Aaron. Rita menjerling memandang Aaron! Dia sebenarnya sudah lama jatuh hati dengan jejaka macho itu namun Aaron tidak perasan akan tindakannya yang selalu menarik perhatian lelaki itu.

"U ok ke?" tanya Rita lalu menyimpan getah rambutnya dalam handbeg.

"Ermm..ok je.." Aaron kembali diam sambil memandang pramugari yang berjalan ulang alik di dalam kapal terbang tersebut.

"U tak nak tanya I ke kenapa I bawa U sahaja temankan I ke London ni?"

Aaron terus memandang Rita.

"Kenapa?"

Rita terus tersenyum.



                                                                ********************


Pintu bilik Damia diketuk.

"Masuk!" panggil Damia yang sudah menukar bajunya itu.

Mujur Damia yang bersikap sentiasa menyimpan baju salinan di dalam almari biliknya itu. Fazira terkejut.

"Eh, kenapa Cik Damia tukar baju?" tanya Fazira lalu berdiri di hadapan Damia.

"Hiihihi period! Tak perasan erk saya cover dengan handbeg tadi?"

"Oooo..patut lah!"

"Nape?"

"Encik Fahrin hahaha dia gelak kena Cik Damia pegang handbeg sambil tutup punggung. Hmmm dia lebih peka dari saya nampaknya.."

"Dia tu memang! Semua hal kalau boleh dia nak ambil tahu.."

"Welcome back, Cik Damia.."

"Terima kasih.. Eh, duduk lah"

Fazira duduk di sofa bertentangan dengan Damia.

"Cik Damia dah sihat ke?"

"Alhamdulillah saya dah ok.."

"Maaf Cik Damia sebab tak sempat nak lawat Cik Damia kat kampung."

"Eh, tak pe.."

"Saya macam tak percaya begitu kuat sekali Cik Damia tempuh semua ini.." Fazira diberi kepercayaan oleh Damia. Telah diceritakan semuanya pada Fazira semasa Damia di kampung lagi.

"Saya kena kuat! Demi keluarga saya.."

"Saya kagum dengan Cik Damia."

Damia tersenyum.

"Ya Allah, saya sebenarnya panggil awak sebab nak bagi tahu petang ni datang jumpa saya tau! Saya ada bawa buah rambutan dari kampung. Ada dalam bonet kereta saya. Petang nanti ingatkan saya tau.."

"Yeke? Bestnye..saya memang suka buah rambutan"

"Tahu.." Mereka berdua berbalas ketawa.

"Cik Damia.."

"Ya."

"Saya nampak wajah Cik Damia macam glowing je..maksud saya Cik Damia kelihatan ceria sangat."

Damia tersenyum dengan kata-kata Fazira itu.

"Yeke? Biasa je la.."

"Adi?"

"Ha?"

"Sebab dia ke?"

"Awak ni kan.." Damia terus bangun lalu mencubit paha kanan Fazira.

"Adeh..yelah ni kan?"

Damia hanya tersenyum.

momey Publish time 18-9-2013 02:28 PM

cerry_ice posted on 18-9-2013 01:52 PM static/image/common/back.gif
haaa mamam tu elok elok

kang trsedak ..x dpt nak nyambung kisah damia...

dah abih mkn dh {:mlbaby2:}

momey Publish time 18-9-2013 02:28 PM

mazz2009 posted on 18-9-2013 02:17 PM static/image/common/back.gif
damia dgn adi plk ke hehehe.....

heh heh heh {:1_539:}

yoozara Publish time 18-9-2013 02:46 PM

{:runo lalalalalala
lagi momey

momey Publish time 18-9-2013 03:07 PM

Adi merebahkan punggungnya di sofa. Dia tersenyum sendirian apabila terbayang akan wajah Damia yang 'baby face' itu.

"Aku tabik dengan kau, Damia! Sungguh tabah kau hadapi ujian dari Allah ini.." bisik hati Adi sendirian.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk!" panggil Adi sambil membetulkan tali lehernya.

Anzalna memunculkan dirinya. Adi terkejut. Dia menyangkakan 'big bos' yang ketuk pintu biliknya tadi.

"Ada apa?"

"Aaron?"

"Awak secretary dia pun awak tak tahu?"

"Dah tiga hari dia tak cakap dengan saya."

"Hmmm dia pegi London. Seminggu!"

"Ha? Sampai hati dia tak bawa saya sama. Sebelum ni bukan main kalut minta saya booking tiket semua. Siap nak saya ikut sekali!"

"Itu dulu.."

"Ishhhh!! Dia pergi dengan sape?"

"Dah serupa laki bini korang berdua ni kan?"

"Aaron tak boleh tinggalkan saya.. Dia pegi dengan sape ni?!"

"Keluar.."

Anzalna menghentakkan kakinya lalu terus tutup pintu bilik Adi dengan kuat sekali. Adi malas hendak melayan lalu terus membuat kerjanya.



                                                   ****************************


Rita tidur. Kepalanya tersandar di bahu Aaron. Aaron pula masih segar. Kadang-kadang dia cuba bertegur sapa dengan pramugari-pramugari yang lalu lalang di sebelahnya itu. Namun semua itu tidak dapat melenyapkan wajah Damia dari ingatannya.

"Damia..aku rindu sangat-sangat kat kau Damia.." rintih hati Aaron.


                                                    ****************************


Damia memandang handphonenya di atas meja hadapannya itu.

"Gedik tak kalu aku yang start call dia dulu?" kata Damia sendirian sambil memandang nombor telefon Adi.

"Call je lah kan?" Baru sahaja Damia hendak menekan punat 'call', terus handphonenya berdering dan tertera nama Adi.

"Hah?? Apakah????" Terkejut Damia dibuatnya. Kebetulan atau??? Damia nak tunggu apa lagi, terus jawab la kan?

"Assalammualaikum.." Adi memberi salam.

Laju jantung Damia berdegup apabila mendengar suara Adi itu.

"Waalaikummussalam.."

"Busy ke?"

"Biasa je.."

"Ermmm..tengah hari keluar makan nak?"

"Ha?"

"Boleh tak?"

"Ya..ya.. Boleh!"

"Kalau macam tu, nanti saya ambil Damia k.."

"Ok.."

Talian dimatikan. Damia harus buka hatinya sekarang selain dari lelaki bernama Aaron!

cerry_ice Publish time 18-9-2013 03:25 PM

jeng..jeng:lol:

adakah damia akan tertawan dgn panah cahaya cinta adi???;P

momey Publish time 18-9-2013 03:27 PM

Pada tengah hari itu seperti yang dijanjikan, Adi sampai di perkarangan pejabat Damia tepat pukul 1.15 petang. Dia mengambil telefon lalu menghubungi Damia.

"Mia, saya dah sampai kat bawah dah.."

"Ok. Jap ye.."

Talian dimatikan. Sementara menunggu Damia, dia mencuci mata memandang keadaan sekelilingnya itu. Kemudian dia ternampak Fahrin.

"Fahrin! Fahrin!" panggil Adi.

Fahrin yang kebetulan baru sahaja keluar pejabat itu ternampak Adi langsung berjalan laju ke arah kereta Adi itu. Mereka berjabat tangan lalu berpelukan.

"Ya Allah..lamanya tak jumpa kau! Makin handsome sekarang kau erk? Dulu bukan main hitam! Dah la hitam, busuk plak tu! Hahaha" kata Fahrin yang suka berseloroh itu.

"Hahaha sekarang dah wangi kan? Nak tau rahsia?"

"Eh, kau dah kahwin kan?"

"Aku duda.."

"Ha? Ya Allah, maaf.."

"Eh, tak pe la.. Dah lama dah pun. Hampir 2 tahun lebih dah. Isteri aku sakit barah.."

"Innalillah.."

"Kau nak ke mana?"

"Lunch hour beb! Soruuuu laaaa.. Eh, yang kau ni buat apa kat sini? Takkan tunggu aku kot?"

"Tunggu kau? Buang masa kot hahaha"

"Sampai hati ko hahaha.. tunggu sape ni?"

Damia menuruni tangga satu persatu lalu berjalan ke arah Adi dan Fahrin.

"Hai.." tegur Damia sambil tersenyum.

"Damia?" Fahrin terus memandang Adi.

"Kau kenal ke gadis cantik ni?" tanya Adi lalu berdiri di sebelah Damia.

"Apehal pulak tak kenal..satu opis ngan aku ni weiii"

"La yeke?"

"Macam mana korang berdua boleh kenal ni?" tanya Damia yang mula keliru.

"Kawan kolej! Gangster dulu nii" kata Adi lalu menumbuk perut Fahrin.

"Ooo kecilkan dunia ni.."

"Dah la. Kami dah lambat ni..kang sembang dengan ko, sampai tahun depan pun aku tak leh keluar makan dengan Damia..hahaha" kata Adi lalu membuka pintu untuk Damia.

Damia malu. Terus dia masuk ke dalam kereta.

"Hebat!" kata Fahrin sambil menepul bahu Adi.

"Tengok hidung la!" bisik Adi di telinga Fahrin.

"Puihhhhhh!!!" Fahrin ketawa kecil sambil melihat Adi masuk ke dalam kereta lalu mereka berdua berlalu pergi.

momey Publish time 18-9-2013 03:29 PM

yoozara posted on 18-9-2013 02:46 PM static/image/common/back.gif
lalalalalala
lagi momey

dah2.. :curse:

momey Publish time 18-9-2013 03:30 PM

cerry_ice posted on 18-9-2013 03:25 PM static/image/common/back.gif
jeng..jeng

adakah damia akan tertawan dgn panah cahaya cinta adi???

ehem2.. {:mlproud:}

yoozara Publish time 18-9-2013 04:33 PM

wakakaka..jgn le maro momey
agak2 ade lgi x sambungan hari ni

pstt** ye yeah adi kua lunch ngan mia
pe lagi ngorat abis-abisan la adi..kasi runtun jiwa raga mia tuh
(cara berhemah ye )
gentle way masuk jek minang mia tuh..direct pegi umah mak bapak risik pinang nnikah
abes crita

fuhhh penat taip pjg2 {:sigho

MsIda Publish time 18-9-2013 08:56 PM

Macam ni lah Momey....letak entri byk2, baru puas baca.........
Tq Momey .... lain kali nak lagi ye :lol:

momey Publish time 19-9-2013 07:09 AM

yoozara posted on 18-9-2013 04:33 PM static/image/common/back.gif
wakakaka..jgn le maro momey
agak2 ade lgi x sambungan hari ni



xmare aihhh :lol:
jap g momey smbung erkk {:1_551:}
mau bfast {:mleatanddrink:} jom!

momey Publish time 19-9-2013 07:10 AM

MsIda posted on 18-9-2013 08:56 PM static/image/common/back.gif
Macam ni lah Momey....letak entri byk2, baru puas baca.........
Tq Momey .... lain kali nak lagi ye ...

hahaha byk2? errrr... {:mlwhat1:}

cerry_ice Publish time 19-9-2013 07:25 AM

morning momey

opsss dah bfast yea...
tapi jauh ni ...x dpt ikut bfast sama..

momey Publish time 19-9-2013 07:28 AM

cerry_ice posted on 19-9-2013 07:25 AM static/image/common/back.gif
morning momey

opsss dah bfast yea...


morning cherry..sbb jauh yg ajak tuuu hikhik ;P

momey Publish time 19-9-2013 08:14 AM

Sesekali Adi menjerling memandang Damia. Comel! Damia perasan namun dia buat-buat tak tahu. Tiba-tiba Damia terperasan cd lagu kumpulan Search.

"Eh, awak minat Search erk?" tanya Damia lalu memegang cd itu.

"Peminat No.1!"

"Waaa sama la taste kita.."

"Ada jodoh la tu.."

"Ha?"

"Err..maksud saya best semua lagu dalam tu.."cepat Adi menukar ayat harap Damia tak perasan.

Damia dengar namun sengaja dia minta Adi ulang. Hahaha nakal juga Damia ni!

"Meh sini saya pasangkan.." kata Adi lalu memasukkan cd ke dalam pemain cd.

Lagu 'Kejora Ku Bersatu' berkumandang. Dengan penuh merdu Adi mendendangkan lagu itu. Laju jantung Damia berdegup. Dia merasakan ada aura di situ.

"Tutup mulut tuu.."terus Adi tegur Damia apabila melihat Damia ternganga mulutnya mendengar Adi menyanyi.

Cepat Damia menutup mulut. Malu! Adi ketawa kecil.

"Awak ni ada bakat kan? Ngaji sedap, nyanyi pun sedap!"

"Boleh la saya nyanyikan untuk awak setiap malam sebelum tidur lepas ni kan?" selamba Adi berkata menyebabkan Damia sekali lagi ternganga mulutnya.

"Ha??"

"Hahahaha.. kita makan pizza nak? ngidam pula saya ni ngan pizza hawaiian chicken."

Damia hanya mengangguk. Merah padam mukanya menahan malu. Betul ke apa yang dia dengar sebentar tadi? Hihihi

momey Publish time 19-9-2013 08:53 AM

Rita dan Aaron berjalan masuk ke dalam hotel seiringan. Aaron yang mengendong beg pakaian Rita berjalan ke arah sofa lalu duduk merebahkan diri. Rita pula mengambil kunci bilik di kaunter.

Aaron mengeluarkan handphone dari jaket kulitnya itu. Tiada panggilan atau mesej yang masuk! Aaron mengeluh. Dia masih mahu Damia mencari dan merayu padanya.

"Aaron!" panggil Rita yang masih berdiri di sebelah kaunter itu.

Aaron bangun lalu mengambil beg pakaian Rita dan begnya sendiri. Kemudian dia berjalan ke arah Rita sambil tersenyum.

"Jom.." ajak Rita manja.

"Kunci saya?" tanya Aaron yang nampak hanya ada satu kunci sahaja di tangan Rita.

"Satu bilik pun dah cukup!" kata Rita lalu menekan punat lif itu.

"Jangan cabar aku.." bisik hati Aaron sambil memandang tubuh rita dari atas sampai ke bawah.

"Boleh tahan perempuan ni!"



                                                          ********************


Adi menarik kerusi untuk Damia lalu Damia duduk dengan penuh sopan. Kemudian Adi duduk bertentangan dengannya. Adi tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.

"Oh, aku jatuh hati dengan lesung pipitnya itu!" bisik hati Damia.

Seorang pelayan lelaki datang lalu mengambil pesanan. Sementara Adi memesan, Damia pula kusyuk memandang wajah Adi. Setelah mengambil pesanan, pelayan tersebut berlalu pergi. Adi dan Damia bertentangan mata.

"Cantik mata awak.." puji Adi sengaja mengejutkan Damia dari lamunan.

Terus muka Damia merah padam dipuji begitu.

"Jangan la puji saya sangat.. Saya manusia biasa sahaja."

"Itulah anugerah dari Allah buat awak.."

Damia tersenyum.

"Kenapa saya tak bertemu dengan awak terlebih dahulu sebelum awak bertemu dengan Aaron?"

Damia terdiam. Apa maksud Adi?

"Maksud awak?"

"Kalau tak, sekarang kita dah kahwin kan?"

"Saya tak faham.." Damia semakin keliru.

Pizza dihidangkan. Kemudian Adi memotong pizza lalu dimasukkan ke pinggan Damia.

"Saya rasa macam pernah jumpa Damia sebelum ni..kat mana ya?" Adi terus menukar topik lalu memasukkan secebis pizza ke dalam mulutnya.

"Kan awak yang tolong saya dekat kedai 7-eleven ari tu. Saya pitam dan awak hulurkan air mineral kat saya..ingat tak?" Damia sedaya upaya bercerita supaya Adi ingat kembali peristiwa pertemuan mereka itu.

"Oooo.. a'ah laa ingat-ingat!" kata Adi padahal memang dia ingat pun! Nakal!

Sebaik sahaja Damia memasukkan pizza ke dalam mulutnya, terlekat sisa sos di bibirnya. Adi mengambil tisu di atas meja lalu mengelap mulut Damia. Damia terpampan! Adi tersenyum.

"Comot!" Adi ketawa kecil.

"Ya Allah..adakah dia yang aku cari selama ini?" bisik hati Damia.

momey Publish time 19-9-2013 09:25 AM

Aaron dan Rita sama-sama masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Rita berjalan ke arah jendela lalu diselaknya langsir tersebut. Manakala Aaron pula meletakkan beg pakaian di lantai dan terus baring di atas katil king yang empuk itu.

"Penatnya.." Aaron melelapkan matanya.

Rita menoleh ke belakang. Dia memandang Aaron yang terbaring kaku itu. Dia tersenyum. Perlahan-lahan dia berjalan ke katil lalu membaringkan tubuhnya di sebelah Aaron. Rita membelai manja rambut Aaron. Aaron yang sudah terlelap itu terus terjaga lalu duduk.

"Errr.." Aaron seperti kurang selesa dengan tindakan Rita itu. Pelik kan? Sebelum ni pantang lauk lalu depan mata, habis licin dia sapu!

"Pergi mandi dulu." arah Rita manja sambil menghulurkan tuala mandi.

Aaron dan Rita bertentangan mata. Ya! Rita seperti perempuan-perempuan gersang yang lain seperti di luar sana yang dahagakan 'kasih sayang'. Aaron mengambil tuala mandi dari tangan Rita namun Rita sempat menggenggam lengan Aaron.

"Mandi sama-sama nak?" pinta Rita.

Gulp!


                                                               ************************


Adi hantar Damia semula ke pejabat. Sebaik sahaja sampai, Adi memandang Damia. Adi yang berkaca mata itu tidak pernah lokek dengan senyuman.

"Terima kasih kerana sudi keluar makan dengan saya."

"Ya..saya pun nak berterima kasih sebab sudi belanja saya."

"Saya yang ajak, mestilah saya yang kena belanja ye tak?"

Adi dan Damia berbalas ketawa.

"Eh, awak..nak pinjam cd ni boleh?" tanya Damia sambil memegang cd kumpulan search itu.

"Boleh sangat! Pinjam lah.."

"Thanks.. Nanti saya pulangkan balik ya."

"Mestilah! Tak sabar nak jumpa awak lagi."

Damia malu.

"Take care!" pinta Adi

Damia mengangguk lalu membuka pintu kereta.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam." jawab Adi lalu tersenyum.

Sebaik sahaja Damia keluar dari kereta, Adi terus memecut keretanya.

"Ewah..ewah.." tegur Fahrin lalu berjalan ke arah Damia.

"Kau ni kan, mana aku ada mesti kau ada kan?" kata Damia sambil berjalan masuk ke dalam pejabat.

"Of course! Kau kan bakal isteri aku.." Fahrin berseloroh sambil mengikuti Damia dari belakang.

"Aku bakal isteri kau? Tak hingin!"

"Kau jangan cakap! Kang Allah makbulkan habis kau aku kerja kan! hahaha"

"Malas aku nak layan kau!"

"Kau curang dengan Aaron erk? Lagi hebat kau dari aku erk.."

Damia diam. Malas dia hendak melayan karenah Fahrin itu lagi.

yoozara Publish time 19-9-2013 10:12 AM

sayam momey tak cukup nie hehehe

opss **
assalamualaikum & morning thursday
{:mllaugh:}
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16
View full version: CaHaYa CiNtA ~TaMat~


ADVERTISEMENT