momey Publish time 18-9-2013 08:50 AM

redsentra posted on 18-9-2013 08:43 AM static/image/common/back.gif
kita x mo damia dgn sean.. sebab dia pun x setia waima niat nak tolong kawan pun tapi nape sanggup t ...

adeh hikhik ;P pg2 dh wat momey gelak

cerry_ice Publish time 18-9-2013 09:10 AM

ramai betul sukaaa mia dgn adi yaaa

he..he..apa apa pun momey buat suspen sikit
biar die hard fanmasing masingtu teka damia dgn sapa...

sapa betul boleh dpt award....;P

momey Publish time 18-9-2013 09:27 AM

cerry_ice posted on 18-9-2013 09:10 AM static/image/common/back.gif
ramai betul sukaaa mia dgn adi yaaa

he..he..apa apa pun momey buat suspen sikit


kan? hihii :lol: awardnya dpt ni haaa {:1_149:} bole? :$

momey Publish time 18-9-2013 10:05 AM

Beberapa hari kemudian..

Damia membetulkan tudungnya. Kemudian dia tersenyum sendirian di hadapan cermin. Mulakan hidup baru tanpa menoleh ke belakang lagi!

"Kuatkan semangatmu, Damia Imanina.." kata Damia sendirian.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama 'mak' di skrin. Dia tersenyum lagi lalu menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum, mak.."

"Waalaikummussalam. Mia dah siap nak pergi keje ke?"

"Dah, mak. Baru je nak keluar rumah ni haaa.."

"Mesti tak sempat masak kan?"

"Memang pun..hihihi.."

"Saja je mak telefon ni nak dengar suara anak mak.."

"Alololo..Mia pun rindukan mak gak.."

"Jaga diri baik-baik tau.."

"Insyaallah, Mia dah nak pegi ni. Apa-apa nanti Mia call mak ye.."

"Yelah.."

"Sayang mak!"

"Mak pun sayang Mia.."

Panggilan dimatikan. Sudah hampir dua hari Damia meninggalkan kampung halaman. Dia sudah pulih hampir 80 peratus walaupun sebenarnya kadang-kadang peristiwa lalu menjelma dingatan.

Sebaik sahaja dia mengambil kunci kereta, dia terpandang kalender. Period! Bulan ni period belum lagi menjelma. Damia mula mengira tarikh periodnya yang sepatutnya datang.

"3 hari lewat.. Ya Allah.." jantung Damia mula berdegup laju.



                                                               ********************


Adi menghidupkan enjin keretanya. Seperti biasa, sebelum dia bergerak ke tempat kerja dia akan terlebih dahulu membuka dompetnya lalu ditatap wajah arwah isterinya itu. Dikucupnya gambar arwah lalu disimpan kembali dompet di dalam poket belakang seluarnya. Kemudian dia mencapai handphonenya di tempat duduk sebelah lalu menghubungi Aaron.

"Assalammualaikum.."

"Ya. Ada apa?" Aaron masih dengan egonya.

"Kau nak aku hantar kau ke airport ke?"

"Tak yah. Aku naik cab! Pastu aku nak ingatkan kau, kalau ada hal urgent sahaja call aku ok? Aku pegi London ni bukan saja-saja. Atas urusan kerja! Faham tak? Dan lagi satu, aku pergi dengan Puan Rita. Kau tahu kan dia tu cerewet? So don't disturb us!"

"Banyak bunyi plak" bisik hati Adi.

"Ingat tau! Nanti aku balik sini, aku roger kau datang ambil erk!"

"Baiklah, bos..."

"Ok la" Aaron terus mematikan talian.

"Aaron..Aaron.. Bila la nak berubah agaknya.." Adi terus menukar gear lalu memecut laju ke pejabat.

suria74 Publish time 18-9-2013 11:46 AM

errrkkk adakah mia mengandungg....tolonglah jangan...xkan adi jd pak sanggup nanti....aaaaahhh kasihannya mereka....

kenapaaku Publish time 18-9-2013 11:52 AM

takkkkkkkkkkkkk.....damia x mengandung (cam konfiden jer) ;P
nnti sama jer ngan cerita ceriti yg lain...pompuan jer banyak dugaan :'(
yang lelaki masih boleh menghiburkan diri tanpa rasa bimbang....menyampah :curse: :I

MsIda Publish time 18-9-2013 11:55 AM

Kalau Mia mengandung , biarlah tak menjadi atau keguguran yek...
Kesian kat Mia, dah banyak dia menanggung..
Takut si aaron tu gila talak pulak huhuhu........

momey Publish time 18-9-2013 11:57 AM

suria74 posted on 18-9-2013 11:46 AM static/image/common/back.gif
errrkkk adakah mia mengandungg....tolonglah jangan...xkan adi jd pak sanggup nanti....aaaaahhh kasih ...

jeng3 {:1_539:}

momey Publish time 18-9-2013 11:57 AM

kenapaaku posted on 18-9-2013 11:52 AM static/image/common/back.gif
takkkkkkkkkkkkk.....damia x mengandung (cam konfiden jer)
nnti sama jer ngan cerita ceriti yg la ...

hikhik :lol:

momey Publish time 18-9-2013 11:59 AM

MsIda posted on 18-9-2013 11:55 AM static/image/common/back.gif
Kalau Mia mengandung , biarlah tak menjadi atau keguguran yek...
Kesian kat Mia, dah banyak dia men ...

hmmm :lol:

yoozara Publish time 18-9-2013 12:02 PM

momey posted on 18-9-2013 02:05 AM static/image/common/back.gif
Beberapa hari kemudian..

Damia membetulkan tudungnya. Kemudian dia tersenyum sendirian di hadapan ...

alaaa momey jgn ler bg mia pregnant
lewat piyed takpe but not preggy
yeah pasni adi ngan mia leh jumpe
i loike...aaron shuhh shuhh u're not needed
bravo adi {:heroo

momey Publish time 18-9-2013 12:21 PM

yoozara posted on 18-9-2013 12:02 PM static/image/common/back.gif
alaaa momey jgn ler bg mia pregnant
lewat piyed takpe but not preggy
yeah pasni adi ngan mia le ...

jap g momey smbung erk {:mlexercise:}

yoozara Publish time 18-9-2013 12:27 PM

momey posted on 18-9-2013 04:21 AM static/image/common/back.gif
jap g momey smbung erk

okek2
smbg kasik mia nikah dgn adi trus..wakakaka
melepas la ko aaron

momey Publish time 18-9-2013 12:58 PM

Sebelum masuk ke pejabat, Damia singgah ke kedai mamak untuk beli roti canai kegemarannya setiap pagi itu. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam kedai tersebut.

"Mamak, bungkuskan saya roti canai telur satu yaa.." pesan Damia lembut pada seorang mamak yang dikenalinya itu.

"Wokehh!!"

Damia menarik sebuah kerusi berhampiran lalu duduk. Tiba-tiba dia merasa senak perut.

"Aduh..sakit nak period ke sakit pregnant ni? Tajam betul menyucuk ni..Ya Allah, lindungilah aku.." bisik hati Damia sambil mengusap perutnya yang tengah memulas itu.

"Adik manisss!! Roti canai siap!!" jerit mamak tersebut sambil berjalan ke kaunter.

"Ok. Jap.."

Perlahan-lahan Damia bangun. Makin menyucuk pula perutnya. Baru sahaja Damia hendak menghulurkan duit kepada mamak tersebut, Adi yang tiba-tiba muncul terus membayar roti canai Damia itu dengan menghulurkan sekeping duit rm5.

"Bakinya saya sedekah.." kata Adi pada mamak tersebut.

Damia terus menoleh ke belakang melihat wajah Adi. Ya Allah, tenangnya wajah tersebut. Tersenyum Adi memandang Damia.

"Tak nak ucap terima kasih ke?" sengaja Adi berkata demikian.

"Awak ingat saya tak mampu nak bayar?" ada hati lagi tu nak membalas padahal tengah sakit perut.

"Sebab saya tahu awak mampu yang saya tolong bayarkan tuu.."

"Ha?"

Adi menyambut bungkusan roti canai dari mamak itu.

"Terima kasih.." kata Adi lalu berjalan keluar dari kedai itu diikuti Damia.

Adi menghulurkan bungkusan itu pada Damia.

"Jangan tak makan pula.."

"Terima kasih." Damia mengukir senyuman.

"Sihat?"

"Alhamdulillah. Awak selalu makan kat sini ke?"

"Selalu juga la. Dengan Aaron.."

"Aaron? Mana dia?" tanya Damia walaupun sebenarnya dia masih berkecil hati dengan sikap Aaron.

"Dia outstation. London!"

"Wow..Ok lah. Dah lambat ni. Saya gerak dulu ya."

"Ok.."

"Ok.." Damia berpaling lalu berjalan menuju ke keretanya.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta, Adi muncul kembali berdiri di sisinya.

"Eh, terkejut saya. Kenapa ni?" tanya Damia sambil mengurut dadanya.

"Belakang awak.."

"Belakang saya? Apa?"

"Belakang awak..kain tuuuu.."

"Ha?" Damia membelek-belek belakangnya. Ditarik kain baju kebayanya itu.

"Ya Allah..syukur.." ucap Damia sambil tersenyum.

Adi hairan.

"Syukur? Period lekat kat kain pun bole tersenyum lagi? Dia tak malu kat aku ke?" bisik hati Adi sampai berkerut dahinya.

"Opss!!! Hihihi.." Damia mengambil suratkhabar di tempat duduk belakang lalu dilapiknya diatas kerusi pemandu lalu dia duduk.

Merah padam muka Damia dibuatnya.

"Saya gerak dulu ya.." Terus Damia memecut laju.

Adi tersengih sendirian.

momey Publish time 18-9-2013 12:59 PM

yoozara posted on 18-9-2013 12:27 PM static/image/common/back.gif
okek2
smbg kasik mia nikah dgn adi trus..wakakaka
melepas la ko aaron

hahaha adeh ;P

cerry_ice Publish time 18-9-2013 01:26 PM

Merah padam muka Damia dibuatnya.

"Saya gerak dulu ya.." Terus Damia memecut laju.

Adi tersengih sendirian.

ha..ha gelak dgn damia ni...;P

yoozara Publish time 18-9-2013 01:26 PM

momey posted on 18-9-2013 04:59 AM static/image/common/back.gif
hahaha adeh

cikit sgt sayam momey
lagi2 sambung


momey Publish time 18-9-2013 01:38 PM

cerry_ice posted on 18-9-2013 01:26 PM static/image/common/back.gif
Merah padam muka Damia dibuatnya.

"Saya gerak dulu ya.." Terus Damia memecut laju.


hikhik.. ;P

momey Publish time 18-9-2013 01:39 PM

yoozara posted on 18-9-2013 01:26 PM static/image/common/back.gif
cikit sgt sayam momey
lagi2 sambung

hahaha jap2 {:mleatanddrink:}

cerry_ice Publish time 18-9-2013 01:52 PM

haaa mamam tu elok elok

kang trsedak ..x dpt nak nyambung kisah damia...:lol:
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: CaHaYa CiNtA ~TaMat~


ADVERTISEMENT