momey Publish time 17-9-2013 11:36 AM

Dalam beberapa jam sahaja setelah keterangan di ambil, Zizan dan rakan-rakannya berjaya ditangkap. Damia trauma! Masih berdiam diri. Dia dibawa pulang ke rumah dan mendapat cuti rehat untuk beberapa hari.

Mak Mah menghidangkan air kopi kepada Pak Hassan, Aaron dan Adi yang merebahkan punggung di kerusi rotan di ruang tamu itu.

"Terima kasih, Encik Adi kerana bantu pak cik selesaikan hal ini. Pak cik sedih sangat perkara sebegini berlaku pada anak pak cik sendiri." ucap Pak Hassan sebak.

"Tak usah berencik dengan saya, pak cik. Panggil Adi sudah memadai.."

"Abang dah cakap kan, Mah? Zizan tu bukan budak yang baik! Tengok apa yang dia dah buat dekat anak kita tu!!!!!!" jerit Pak Hassan melepaskan perasaan marahnya.

Mak Mah menangis. Damia yang keseorangan berada di dalam biliknya itu pun turut menangis. Tidak menyangka perkara sebegini berlaku pada dirinya.

"Sabar pak cik..mak cik. Apa yang berlaku ada hikmahnya yang kita sendiri tidak tahu. Sekarang kita kena sama-sama pulihkan kembali semangat Damia. Dia perlukan pertolongan kita.." ujar Adi tenang.

Aaron hanya diam. Pak Hassan perasan akan tindakan Aaron itu. Langsung tidak membantu!

"Hari pun dah lewat ni. Kalau tidak keberatan, Adi dan Aaron boleh menumpang tidur di rumah pak cik untuk malam ni.." kata Pak Hassan yang terhutang budi dengan Adi.

"Alhamdulillah, terima kasih pak cik..mak cik." ucap Adi yang penuh berbudi bahasa itu.

Aaron masih diam.

kenapaaku Publish time 17-9-2013 12:22 PM

belo nyer aaron :huffy (maaf terkasar bahasa ;P)

setujuk damia di jodohkan ngan adi... :$

sila sambung dengan kadar segera {:mlflower1:} Last edited by kenapaaku on 17-9-2013 12:24 PM

momey Publish time 17-9-2013 12:26 PM

kenapaaku posted on 17-9-2013 12:22 PM static/image/common/back.gif
belo nyer aaron(maaf terkasar bahasa )

setujuk damia di jodohkan ngan adi...


hahaha sabar2 ;P jap g pas lunch momey smbung insyaallah {:thumbo

redsentra Publish time 17-9-2013 01:23 PM

nak adi & damia... aaron sila belah...;P

momey Publish time 17-9-2013 02:03 PM

Selepas mengambil wuduk, Adi berjalan keluar dari bilik air. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik untuk solat, dia ternampak Pak Hassan tengah termenung sendirian di ruang tamu. Adi kesian melihat nasib yang menimpa keluarga Pak Hassan itu.

Perlahan-lahan Adi berjalan ke arah Pak Hassan lalu duduk bersebelahan. Adi menepuk perlahan bahu kiri Pak Hassan.

"Mari pak cik.. Kita solat sama-sama.." ajak Adi sambil mengukir senyuman.



                                                          ********************

Pak Hassan, Mak Mah dan Damia solat dengan berimamkan oleh Adi. Aaron hanya duduk diam membisu di dalam bilik. Sesudah memberi salam, setiap butir doa yang dibaca Adi hanya diaminkan oleh mereka. Damiamula menitiskan airmatanya. Kemudian dia terus bangun lalu masuk ke dalam bilik dan menguncinya. Baru sahaja Mak Mah hendak bangun untuk memujuk Damia, Pak Hassan menahannya.

"Biarkan dia sendirian. Dia solat berjemaah dengan kita tadi pun dah bersyukur.." ucap Pak Hassan dalam nada yang penuh sayu.

Mak Mah menangis di dalam dakapan Pak Hassan. Adi diam. Dia masih terfikir mengenai Aaron yang tiba-tiba berubah tingkah laku!

momey Publish time 17-9-2013 02:05 PM

redsentra posted on 17-9-2013 01:23 PM static/image/common/back.gif
nak adi & damia... aaron sila belah...

hikhik :lol:

momey Publish time 17-9-2013 02:22 PM

Jam hampir menunjukkan pukul 10.30 malam. Adi menutup televisyen lalu masuk ke dalam bilik adik bongsu Damia. Dia berkongsi tidur dengan Aaron pada malam itu. Sunyi sepi menandakan semua orang sudah tidur barangkali!

Sebaik sahaja menutup pintu, kelihatan Aaron masih terbaring di atas katil sambil memandang ke arah siling. Adi hampar toto dan mengambil sebiji bantal lalu membaringkan dirinya di atas lantai kayu itu.

"Aku akan cuba lupakan Damia.." suara Aaron memecah kesunyian di dalam bilik itu.

Kebetulan bilik itu bersebelahan dengan bilik Damia. Damia terdengar suara Aaron. Dia cuba diam dan memahami setiap butir perkataan itu.

"Apa maksud kau ni?" Adi yang baru sahaja hendak lelap itu terus bangun untuk mendengar apa masalah yang dihadapi Aaron sebenarnya.

"Damia tak layak untuk aku!"

Adi terkejut. Begitu juga Damia yang sedang mencuri dengar itu. Bergetar jantungnya ketika itu.

"Dia tak minta semua tu berlaku pun.."

"Dia boleh elak!"

"Elak pekebenda?! Kau tahu ke bila kau nak mati?"

"Yang kau cuba pertahankan perempuan yang dah tak ada maruah tu kenapa?!"

"Bawa mengucap, Aaron! Perlahan sikit suara kau tu. Dengarnya si Damia kecil hati dia!"

"Peduli apa aku! Esok pagi kita balik." kata Aaron lalu mengambil bantal dan menutup mukanya.

Damia sentap! Inikah lelaki yang dipujanya dahulu?

cerry_ice Publish time 17-9-2013 02:27 PM

aduhhh sedihnye nasib mia...

geram dgn aaroon....btw nak n3 lagiii

momey Publish time 17-9-2013 02:49 PM

Pada keesokkan paginya, Aaron seawalnya bangun menyiapkan diri. Mengemas semua pakaiannya dan mahu terus balik ke Kuala Lumpur. Sebelum Aaron keluar dari bilik, Adi sempat menarik lengan Aaron.

"Tolong jaga hati orang tua Damia.."pesan Adi.

"Aku bukan macam kau nak lagak alim bagai!" jawab Aaron lalu keluar dari bilik itu sambil membawa kunci kereta Adi.

Kebetulan Pak Hassan dan Mak Mah baru lepas solat subuh berjemaah berdua. Aaron tanpa berkata apa-apa terus membuka pintu dan keluar dari rumah itu. Dia menuju ke kereta Adi. Enjin kereta dihidupkan.

Adi keluar dari bilik. Dia merasa serba salah.

"Saya minta maaf bagi pihak Aaron.." kata Adi dengan nada perlahan.

"Biarlah dia.. Ni dah nak baik KL dah ke?" tanya Pak Hassan yang sudah malas hendak ambil tahu pasal Aaron lagi.

"Begitulah nampaknya pak cik..mak cik. Terima kasih tumpangkan saya dan Aaron tidur..makan.."

"Sama-sama. Ada masa nanti datanglah jenguk-jenguk pak cik dan mak cik ya." ujar Mak Mah pula.

"Insyaallah. Damia macam mana?"

"Macam tu juga.." Mak Mah sugul.

"Kalau ada apa-apa nak minta tolong jangan segan telefon saya. Saya akan bantu selagi saya mampu.."

Pak Hassan terus tarik Adi dan terus memeluk dengan erat sekali. Pak Hassan terus menangis di bahu Adi. Adi terharu. Sudah lama dia tidak merasa pelukan seperti itu.

"Sabar banyak-banyak ya, pak cik. Allah uji sebab Dia sayangkan kita.." Adi cuba menenangkan perasaan Pak Hassan ketika itu.

Pak Hassan mengangguk. Kemudian ditepuknya belakang Adi.

"Terima kasih, Adi.."

Adi berjabat tangan dengan Pak Hassan. Mereka berbalas senyuman.

"Oiii Adi! Kau nak balik ke tak?! Kang aku tinggal kau kang!!" jerit Aaron dari luar.

Adi malu dengan tingkah laku Aaron itu. Sebaik sahaja Adi hendak melangkah keluar, Damia sempat membuka pintu biliknya.

"Adi.."panggil Damia lemah.

Terkejut mereka yang berada di dalam rumah itu. Adi terus menoleh ke belakang lalu memandang Damia.

"Terima kasih.."

"Sama-sama" balas Adi lalu mengukir senyuman yang cukup tenang itu.

Aaron menekan pedal minyak kereta menyebabkan enjin kedengaran sedikit bising. Adi menggelengkan kepalanya.

momey Publish time 17-9-2013 02:50 PM

cerry_ice posted on 17-9-2013 02:27 PM static/image/common/back.gif
aduhhh sedihnye nasib mia...

geram dgn aaroon....btw nak n3 lagiii

sian kan?:(

kenapaaku Publish time 17-9-2013 04:01 PM

nak mintak tolong nie :$
1. jgn wat damia mengandung k :'(
2. wat aaron tu menyesal tahap langit ke 7 sbb belo...ekr..terkasar bahasa lagi ;P
3. nnti wat cerita best2 lg yea :D

semoga maju jaya...skema tol :lol:

yoozara Publish time 17-9-2013 04:05 PM

momey posted on 17-9-2013 03:36 AM static/image/common/back.gif
Dalam beberapa jam sahaja setelah keterangan di ambil, Zizan dan rakan-rakannya berjaya ditangkap. D ...

budus aaron..mampos ko la
adi take ur action..lantak pi aaron tuh
damia open ur heart even in trauma
lets ur heart chose best man as ur partner
cewahhhh
caiyokkk adi

momey Publish time 17-9-2013 04:13 PM

kenapaaku posted on 17-9-2013 04:01 PM static/image/common/back.gif
nak mintak tolong nie
1. jgn wat damia mengandung k
2. wat aaron tu menyesal tahap langit k ...

:lol: hikhik..esk momey smbung lg erk.. tq sbb bg idea {:thumbo

momey Publish time 17-9-2013 04:14 PM

yoozara posted on 17-9-2013 04:05 PM static/image/common/back.gif
budus aaron..mampos ko la
adi take ur action..lantak pi aaron tuh
damia open ur heart even in t ...

mak aiii ;P sabar2..

yoozara Publish time 17-9-2013 04:17 PM

momey posted on 17-9-2013 08:14 AM static/image/common/back.gif
mak aiiisabar2..

hikhik berapi neh
ce sambung 2-3 bab lagi
baru leh senang ati sambil berenang berirama
c'mon la c'mon la
{:runo

momey Publish time 17-9-2013 04:19 PM

yoozara posted on 17-9-2013 04:17 PM static/image/common/back.gif
hikhik berapi neh
ce sambung 2-3 bab lagi
baru leh senang ati sambil berenang be ...

alaaaa dh nk blik dh ni {:mlcar:} esk la erk insyaallah momey smbung {:mlturngal:}

stars83 Publish time 17-9-2013 07:03 PM

plis plis jgn buat damia ngandung ekk..mencik aku ngan pangai aaron.sama je jahat dia ngan zizan keparat tu..mana plak ex bf damia,sean tu ye?

momey Publish time 18-9-2013 08:24 AM

stars83 posted on 17-9-2013 07:03 PM static/image/common/back.gif
plis plis jgn buat damia ngandung ekk..mencik aku ngan pangai aaron.sama je jahat dia ngan zizan kep ...

sean? hmmm {:1_519:}

redsentra Publish time 18-9-2013 08:43 AM

kita x mo damia dgn sean.. sebab dia pun x setia waima niat nak tolong kawan pun tapi nape sanggup tipu damia

biar damia dgn ADI .. adi pun duda... AAron mcm la dia tu sesuci lebaran.. dia lagi banyak skandal.. sengal bertengket-tengket

aaron{:punisho Last edited by redsentra on 18-9-2013 08:45 AM

momey Publish time 18-9-2013 08:48 AM

Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Aaron yang masih tidak dapat menerima apa yang telah berlaku membuatkan dirinya tidak keruan.

"Kenapa Damia buat aku macam ni?"

Adi terus memandang wajah Aaron yang tengah memandu keretanya itu.

"Buat apa? Merelakan diri sendiri dirogol? Itu maksud kau?"

"Damia tak boleh buat aku macam ni! Dia hak aku. Orang lain tak sepatutnya sentuh dia kau paham tak?!!!!"

"Aku tak faham la dengan kau ni, Aaron. Kau nampak tak apa yang berlaku kat Damia semalam? Ke kau buat-buat tak nampak? Dah la kau langsung tak membantu! Banyak bunyi pulak."

Aaron terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Kemudian dia membuka kaca mata hitam lalu di letakkan di atas kepala. Dia memandang tajam ke arah Adi.

"Kau keluar! Keluar aku cakap!!" jerit Aaron.

"Amboi..ni kereta kau ke aku? Sekarang aku nak kau yang keluar. Keluar!!" Adi sudah hilang sabar.

Aaron baru tersedar kereta yang dipandunya itu adalah kereta Adi. Dengan egonya dia keluar mengambil beg pakaiannya lalu berjalan meninggalkan Adi.

Adi menggelengkan kepalanya sambil masuk dan duduk di bahagian pemandu.

"Kepala batu!" Adi terus memecut laju.

"Mana teksi ni oiiiii!!! Teksi!!!" jerit Aaron sendirian sambil memandang Adi yang telah berlalu pergi. Padan muka!



                                                         *******************


Mak Mah mengambil baldi yang dipenuhi baju basah itu lalu dibawa ke halaman rumah untuk mengampainya. Dia kemudian ternampak Damia bersama suaminya tengah berehat berdua di kerusi rehat bawah pohon rendang itu. Dia tersenyum sendirian. Moga Damia cepat pulih seperti sediakala.

Pak Hassan memandang anak sulungnya itu. Damia kelihatan masih muram. Dia faham.

"Mak dan ayah sentiasa bersama dengan Mia. Mia kena kuat semangat tau!" lembut Pak Hassan berbicara.

Damia menoleh memandang wajah ayahnya itu. Matanya mula berkaca.

"Kenapa semua ni berlaku pada Mia, ayah? Apa dosa Mia? Tentu ramai di luar sana cakap macam-macam kat Mia kan,ayah?" Damia terus menangis.

Pak Hassan merangkul tubuh anaknya itu lalu memeluk dengan erat.

"Ayah kenal anak ayah. Anak ayah kuat semangat kan? Mia kena tempuh semua ni dan jangan lupa yang Allah ada dengan kita. Ingat tu!"

Mak Mah yang tiba-tiba muncul itu turut memeluk Damia. Dia pun turut menangis sama.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: CaHaYa CiNtA ~TaMat~


ADVERTISEMENT