rdzaccess Publish time 6-10-2012 07:13 PM

Masa dulu tak der monyet ...
Mungkin datangnya dari Pekan Kuala Kubu Bharu ...

rdzaccess Publish time 6-10-2012 07:15 PM

Cerita seram tak lah banyak yang saya ada nak di ceritakan , mungkin cuma 2 saja ...

AlienGurlz Publish time 6-10-2012 08:27 PM

Saya pernah pergi sekali je.. Memang best{:thumbo

AlienGurlz Publish time 6-10-2012 08:30 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 04:30 PM static/image/common/back.gif
Waktu malam sepi .. kalau nak memadu kasih eloklah .. romantik dengan di temani pokok pokok rhu yang ...

Saya paling tak suka kumbang tanduk tu.. Dah la besar, lepas tu terbang ke hulu hilir..
Nak makan pun tak selesa sebab nak elak dari kumbang tu:'(


rdzaccess Publish time 6-10-2012 10:01 PM

Jual ajer buat cenderahati ... seekor rm5.00 ...

manjaredd Publish time 6-10-2012 10:14 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 11:15 AM static/image/common/back.gif
Cerita seram tak lah banyak yang saya ada nak di ceritakan , mungkin cuma 2 saja ...

ceritalah.. ada juga bahan..atau kisah yang boleh di kongsi...

manjaredd Publish time 6-10-2012 10:16 PM

AlienGurlz posted on 6-10-2012 12:30 PM static/image/common/back.gif
Saya paling tak suka kumbang tanduk tu.. Dah la besar, lepas tu terbang ke hulu hilir..
Nak makan ...

huhuhhu... saya pun sgt takut dgn serangga2 kecil yg terbang2 inikan pula kumbang .. tapi dah kelililng habitat mereka.. tak boleh buat apa...menjerit terkejut tu memeng selalu lah..!!;P

rdzaccess Publish time 6-10-2012 10:43 PM

baiklah ... kalau gituu ... ni beritanya ....

rdzaccess Publish time 6-10-2012 10:45 PM

masa tu saya masih bujang dan majikan saya berkerja di Puncak Inn adalah yang ketiga....

rdzaccess Publish time 6-10-2012 10:46 PM

apasal heng pulak ....adush ...

AlienGurlz Publish time 6-10-2012 10:50 PM

manjaredd posted on 6-10-2012 10:16 PM static/image/common/back.gif
huhuhhu... saya pun sgt takut dgn serangga2 kecil yg terbang2 inikan pula kumbang .. tapi dah keli ...

Hahaha.. Nasib baik saya tak ada sampai menjerit.. Setakat elak-elak je..;P Mat dan minah saleh lagilah.. Tak takut langsung..
Selamba je makan.. Rasa malu pulak:lol:

rdzaccess Publish time 7-10-2012 12:05 AM

Suatu petang , saya dan kekawan duduk senang diri di dalam bilik, maka di ceritakan oleh seorang kawan ni bahawa dia ada mendengar dan pernah berjumpa dengan seseorang yang tinggal bermastautin di daerah tu ..
Menurutnya , berdekatan ada suatu penempatan pusara seseorang yang handal dan di dalam pondok yang mrumahkan pusara tersebut ada kedapatan sebilah kerisnya.

rdzaccess Publish time 7-10-2012 01:05 AM

Maka petang Sabtu tu, dia pergi mendapatkan keris tu dan bawa ke bilik .... malangnya saya tiada bersama semasa itu ... namun ianya di sahkan oleh kawan kawan yang lain ...

Namun , apabila dia meletakkan di atas meja ( keris ini berbalut ngan kain hitam dan , kain kuning di lapisan dalam ...)
dan ketika yang lain tidak melihat , keris itu sudah tiada lagi di atas meja ...

Memasing bertanya di antara satu sama lain termasuk saya juga tidak dikecualikan ... dan disusuli dengan gerakan mencari namun kedapatan tiada berjumpa ...

rdzaccess Publish time 7-10-2012 01:09 AM

Esok nya dalam jam sepuluh pagi , sekali lagi, kawan ni pergi ke tempat pusara tersebut ... dan kali ini dia pulang ke bilik dengan keringat yang membasahi seluruh tubuh badannya dan juga dengan muka yang pucat ...

rdzaccess Publish time 7-10-2012 01:14 AM

Setelah dia tenang maka dia pun menceritakan bahawa keris tersebut berada di sana di mana ianya terletak dahulu ... sebagaimana ianya terletak sebelum dia mengambilnya ...

Kemudian di sambung ceritanya bahawa mala minggu hari sabtu itu dia ada pergi berjumpa dengan orang yang menceritakan akan berkenaan keris tersebut yang mengatakan bahawa senjata tersebut akan pulang ke tempatnya seandainya sesiapa yang tidak berkenaan mendapatkannya ... dan kini kawan saya sendiri mengakuinya ....

dah habis dah cerita yang ini ....

faaean Publish time 7-10-2012 07:45 AM

dah mcm baca buku sasterawan negara pulak bila baca cerita rdzaccess. hiks

Cik_Histeria Publish time 7-10-2012 02:18 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 04:27 PM static/image/common/back.gif
Tu dulu lah ... masa tu masjid yang di atas tu belum buat lagi ...
Terdapat sebuah air terjun yang...

wOw...!!!! mesti best..aku blOm smpai sna lg,tp ada keinginan nak g jgk..

manjaredd Publish time 7-10-2012 03:46 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 05:14 PM static/image/common/back.gif
Setelah dia tenang maka dia pun menceritakan bahawa keris tersebut berada di sana di mana ianya terl ...

oo.. yg ni mmg tk pernah dgr..penempatan kubur tu kat mana?

monfils Publish time 7-10-2012 10:35 PM

rdzaccess posted on 7-10-2012 01:14 AM static/image/common/back.gif
Setelah dia tenang maka dia pun menceritakan bahawa keris tersebut berada di sana di mana ianya terl ...

Tak berapa phm citer ni..naper nak keris tu?...apa jena mengena keris ngan bukit tinggi?

rdzaccess Publish time 8-10-2012 01:14 AM

Bukit tu agak tinggi , bukan "bukit tinggi " ... keria tu keris lama ... kalu jual ada jugak lah imbuhan dia ... tapi saya tak tahu apa dia nak buat dengannya ....
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Kisah-kisah Misteri Di Fraser's Hill


ADVERTISEMENT