loslocos Publish time 7-3-2012 11:16 AM

Reply 38# muteq


   aku pon pelik gak . mane la diorang dapat kupon2 nih .share la skit:lol:

makadek Publish time 8-3-2012 04:39 PM

erm aku penah tido sana..malam tu kwn aku kena kaco lam bilik dia,,,dia nmpkkatil dia berombak-rombak.lepas tu dia kaku tak bleh gerak..nasib aku tak kena apa-apa..dan tak rasa seram sejuk ke apa ker..tp betol lah sana mmg sunyi jer..nak2 kiteorg pegi time tu hujan...lagi keadaan bungkam..kalu derang ajak pergi lagik aku tak mor dah..baik pegi cameron:)

madeinborneo Publish time 17-3-2012 12:40 AM

aku stay kat shahzan inn dalam 2 tahun lepas. berdua ngan suami. ala2 quick honeymoon gittew. kaahhh. tapi mmg quick sesangat laa sebab kena kaco ngan hantu kat shahzan inn. elok2 booking 3 hari jadik 1 malam jah..koser nak bermalam ngan hehantu yg ada. gigih laa hantu2 kat shahzan inn tu. kami berdua kena tindih sampai sesak2 napas. agaknya hantu2 tu jeles ler teww kami tindih2 sesama sendirik. dengki jahh...:laugh3:

~Aish~ Publish time 18-3-2012 04:55 PM

penah gi sana dlm thn 2007 kalau x silap..stay 3-4 hari sbb ada shooting..dok kt banglo bank. so far xder sapa pun yg kena ganggu..mungkin sbb ramai kot.. tmpt mmg sunyi..xder apa sgt pun..mlm2 lg laa sgt..mati abis kwsn situ..yg bes nye cuma sejuk n privacy jelah..mati kutu jgk ek sapa2 yg tinggal kt situ..da la nk trun ke pekan pun jauh..

annehuda Publish time 19-3-2012 02:03 PM

fraser's hill ni ditemui oleh Louise James Fraser

mula-mula die naik fraser nak cari gold, alih2 jumpe lombong bijih timah plak

Fraser’s Hill draws its name from Louise James Fraser, a British colonial adventurer and fortune hunter, who was engaged in a lucrative tin ore trade. Many colourful stories exist about his life that could provide exciting plots for Indiana Jones-type movies. Amidst rumours that he managed an opium and gambling den patronised by miners in the hills of Pahang. Fraser vanished in the early 1900s, without a trace. His disappearance remains a mystery to this day.

edoraixora Publish time 20-3-2012 01:05 PM

penah g ngan family hjung taun 2010. oleh krane adik aku keje ngan gomen, so kiteorg sewa 2 bilik kt rumah peranginan persekutuan. rumah ni umah banglo 6 bilik. mmg besar la, ade ruang tamu, ruang makan & dapur.

nk pegi ke rumah ni jauh giler ke atas. dah la jauh dari banglo2 yg lain. sampai kiteorg tersesat ke banglo utk org2 kenamaan kerajaan yg mmg beso gedabak tu. selama kiteorg dok situ xde pape yg pelik blaku. aman lagi dok berjalan2 di sekitar kawasan memalam.

oleh sbb boring terlampau mlm tu, xde aktiviti yg bleh di buat memalam, kiteorg pun gi tanye penjage rumah ade pasar mlam x kt situ? penjaga rumah tu bantai gelak kan kiteorg, mane de paso mlm, kt sini tmpt org nk berehat2 jer...hehehhh, mane la kiteorg tau, rupenye FH tu bandar mati memalam. so, kiteorg amik angin je la kt luar banglo.

siang esok nye g hiking kt trail2 yg ade...syok gak hiking, sejuk jer. kesimpulannye, FH ni mmg utk merehatkan minda, kalo nk berjimba2 tu, FH bukan tempatnye!

ki_aries Publish time 21-3-2012 02:48 PM

fraser hill boring

manjaredd Publish time 6-10-2012 03:04 AM

Kisah Fraser Hills.

Salam Sejahtera buat semua yang singgah di entry ini.

Petikan daripada wiki:
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.
Saya ingin tahu lebih banyak tentang tempat ni..jika ada yang pernah mendengar, tahu mahupun ingin bekongsi apa sahaja cerita tentang Fraser Hill ni dipersilakan.Saya sudah berkali-kali ke sana dan mulai menyukai suasana dan petempatan di situ. Bercadang juga untuk membeli rumah di situ. Namun rasa ingin tahu saya tentang tempat ini sangat tinggi..terutamanya asal usul rumah2 banglo yang ada apa kisahnya.. sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya... terima kasih saya dahului dengan harapan banyak info dari anda semua. :)

Jejaka88 Publish time 6-10-2012 03:23 AM

menarik...dulu pernah ke bukit freaser ..yg menarik nya adalah di sepanjang jalan terdapat rakyat kampung berniaga...dan tempat reakreasi pun semakin bagus

Apo2 Publish time 6-10-2012 07:20 AM

Memang Best..{:childlikeo

kakiputaralam Publish time 6-10-2012 08:29 AM

Bird watching{:thumbo

rdzaccess Publish time 6-10-2012 04:23 PM

Aku pernah bekerja dekat Puncak Inn selama 8 bulan masa aku bujang dulu ...

rdzaccess Publish time 6-10-2012 04:27 PM

Tu dulu lah ... masa tu masjid yang di atas tu belum buat lagi ...
Terdapat sebuah air terjun yang mempunyai air yang amat dingin sekali ( bukan sejuk ) namun pada terakhir aku pergi , kolam yang ada di tengah sungai telah di penuhi pasir... dan di bawah air terjun tu terdapat macam sebuah gua kecil ... kena menyelam melewati air terjun dan timbul melepasinya ... sekarang dah di timbus pasir ..

rdzaccess Publish time 6-10-2012 04:30 PM

Waktu malam sepi .. kalau nak memadu kasih eloklah .. romantik dengan di temani pokok pokok rhu yang besar dan tinggi ...
Di dedaunan pokok ini kalau di perhatikan , ada gumpalan dedaun dan jika dia ambil akan terdapat kumbang tanduk yang bersarang di dalamnya ...

Pagi kabut kemudian ada kabus ...

Warga penduduk adalh peramah dan kebanyakkan mereka mengenali antara satu sama lain ..
Di bawah jajahan Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang ..

rdzaccess Publish time 6-10-2012 04:32 PM

Jika menaiki motorsikal harus berhati hati kerana jalan yang naik dan menuruni bukit juga jalan keadaan jalan yang licin ( sebab lembapan dan ada yang di genangi air )

rdzaccess Publish time 6-10-2012 04:33 PM

Yang lain aku dah tak ingat dah ...

Kisah seramnya pun ada tapi nanti lah ... itu cerita lain ...

manjaredd Publish time 6-10-2012 05:56 PM

kakiputaralam posted on 6-10-2012 12:29 AM static/image/common/back.gif
Bird watching

masa bird watch mmg ramai sgt org...tapi most yg dtg foreigner...jiran sebelah rumah saya bertukar ganti mat salleh, jepun dan korea..mmg seronok duk di balcony burung lalu lalang mcm buat show pulak..anak saya seronok tapi bila ada burung2 besar yg singgah berlari dia masuk ketakutan!!! hahahaaha...;P

manjaredd Publish time 6-10-2012 06:00 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 08:23 AM static/image/common/back.gif
Aku pernah bekerja dekat Puncak Inn selama 8 bulan masa aku bujang dulu ...

puncak inn full house selalu bila hujung minggu dan time cuti... bikers selalu lepak situ..paling dekat dgn satu2nya kedai runcit lama uncle india yg wife die chinese tu...:loveliness: kat food court ada gak convenient shop tapi bab harga saya prefer uncle..! kalau saya nak naik atas saya akakn call uncle tu tanya ada apa2 die nak kirim dari KKB .. hehehe

manjaredd Publish time 6-10-2012 06:07 PM

rdzaccess posted on 6-10-2012 08:33 AM static/image/common/back.gif
Yang lain aku dah tak ingat dah ...

Kisah seramnya pun ada tapi nanti lah ... itu cerita lain .. ...

citerlah jugak kisah seram.. kat mana? pasal rumah2 banglo tu awak tahu tak?? sekarang ni kebanyakan rumah banglo sdg di naik taraf ...mereka satukan pengurusan. sygnya asal usul ereka tak tahu.. org lama2 susah gak nak jumpa.. uncle dan aunty kedai rajin juga bercerita.. tapi

manjaredd Publish time 6-10-2012 06:16 PM

Jejaka88 posted on 5-10-2012 07:23 PM static/image/common/back.gif
menarik...dulu pernah ke bukit freaser ..yg menarik nya adalah di sepanjang jalan terdapat rakyat ka ...

sekarang yang ada monyet2 je..
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Kisah-kisah Misteri Di Fraser's Hill


ADVERTISEMENT