momey Publish time 19-6-2012 04:31 PM

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

Salam kawan2..

Momey cuba menghasilkan karya ke-2.. cerpen bertajuk 'ukiran jiwa'.. harap2 masih ada yang sudi membaca..hihihi ;Pdan masih boleh terus kritik atau komen-komen yang menjana okey.. {:1_551:} Last edited by momey on 6-11-2012 03:01 PM

momey Publish time 19-6-2012 04:33 PM

Post Last Edit by momey at 19-6-2012 16:35

Episod 1

Zain dan Rizal sedang kusyuk menonton drama. Manakala Azrol pula sibuk menyiapkan kertas kerja untuk peperiksaan semester terakhir. Pintu rumah dibuka. Muncullah muka Tan Sri Mahmud dengan seorang gadis yang berpakaian baju kurung. Ketiga-tiga beradik itu terus menumpukan perhatian pada ayah mereka dan gadis itu.


"Tutup kejap tv tu, Zain.."pinta Tan Sri Mahmud.


Zain akur. Mereka bertiga masih menanti apa yang akan diperkatakan oleh ayah mereka itu. Tan Sri Mahmud tersenyum. Dia memegang bahu gadis itu.


"Perempuan simpanan abah kan?" kata Rizal yang yang agak kasar dan degil selepas kematian ibunya. Pernah disebat dengan getah paip oleh ayahnya kerana terlalu lancang bercakap.


"Rizal, biar abah terangkan dulu.." Zain cuba tenangkan keadaan. Tan Sri Mahmud agak kecewa dengan kata-kata anak keduanya itu.


"Betol la tuu kan, abah? tak penah serik! Mak baru 8 bulan kott meninggal ..tak sampai setahun pun lagi" sambung Rizal.


"Ko diam boleh tak, Rizal? Tak baik ko cakap bukan-bukan pada abah.."


"Abang long tak payah la nak back-up abah tu..bukan kita tak kenal abah kita tu macam mana semenjak mak tak ada..sibuk dengan perempuan! Kita ni yang anak-anak dia langsung dia tak ambil peduli" kata Azrol anak bongsu itu pula.


Zain terus memandang ayahnya itu dengan mata yang berkaca. Semenjak kematian ibu mereka, ayah mereka dah banyak berubah. Jarang pulang ke rumah. Tan Sri Mahmud pernah ter'kantoi' dengan anak keduanya itu, Rizal ketika masuk ke hotel mewah bersama dua orang gadis berbangsa china. Sebab itu la Rizal benci dengan ayahnya sehingga sekarang.


Zain, anak sulung keluarga itu banyak menanggung beban setelah kehilangan ibu kesayangan. Dia banyak berdiam sekarang. Hanya bercakap apabila perlu sahaja. Zain adalah anak kesayangan ibunya. Dia betol-betol terasa kehilangan. Manakan hendak menjaga maruah keluarga, syarikat ayahnya lagi. Rizal dan Azrol pula hanya tahu menghabiskan duit. Kerja malas tapi duit diutamakan.


"Abah minta maaf.. Abah mengaku abah banyak buat salah.." Tan Sri Mahmud kesal.


"Sudah la, abah.. dah beribu kali dah abah minta maaf.. dah muak dah saya dengar maaf abah tu!" Rizal meninggikan suaranya.


"Abah dah bertaubat. Abah dah tak nak buat semua tu.."


"Pergi mampus la dengan taubat abah tu!!"


Pannggggg!!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi kiri Rizal. Nafas Zain turun naik. Mukanya berubah warna menjadi merah menahan marah.


"Jangan kurang ajar, Rizal.. Buruk dia, abah kita jugak!"


"Jangan bergaduh.. jangan bergaduh.. Abah tak nak anak-anak abah bergaduh sebab abah.." Tan Sri Mahmud mulai semput.


"Sebab abah, mak mati!!" jerit Rizal.


Tan Sri Mahmud jatuh rebah. Dipegangnya jantung kuat-kuat.


"Abah.."ucap gadis yang dari tadi hanya diam memandang dan mendengar.


Zain, Rizal dan Azrol terus tersentak. Mereka saling berpandangan.


"Abah minta maaf.. "


Zain terus memangku ayahnya. Rizal dan Azrol hanya memandang dari jauh.


"Azrol!! Cepat call ambulans!!" jerit Zain lalu dibisik ditelinga abahnya itu dua khalimah syahadah.


Rizal hanya memandang. Pandangan yang penuh dendam.

mie07 Publish time 19-6-2012 04:48 PM

ye ye doh ada citer baru...tq

momey Publish time 19-6-2012 08:19 PM

Tan Sri Mahmud di masukkan ke dalam wad kecemasan. Zain, Rizal, Azrol dan Hana, si gadis berbaju kurung itu hanya duduk menanti di luar. Masing- masing mendiamkan diri.


Rizal memandang Hana yang tengah duduk di hujung pintu. Dia mengetap bibir menahan geram. Dengan perasaan yang masih marah,dia berjalan laju ke arah Hana lalu menarik rambut gadis itu.


"Semuanya sebab kau!! Dulu kau awek abang Zain. Sekarang kau dah jadi perempuan simpanan abah aku plak! Perempuan jenis apa kau ni?! " Rizal melepaskan marahnya dengan menarik kuat rambut Hana yang panjang paras pinggang itu.


"Aku bukan perempuan simpanan! Lepaskan aku.." Hana meronta minta dilepaskan rambutnya.


Zain menarik tangan Rizal. Mereka bertentang mata.


"Ko nak kene penampar dengan aku lagi ke? Abah tengah bertarung dengan nyawa dia kat dalam tu! Boleh tak ko duduk diam-diam berdoa pada Allah minta Allah panjangkan umur abah?" jelas Zain panjang.


"Ko berdoa la kalau ko nak! Abah memang tak sayangkan mak..buat ape kita sanjung orang yang tak hormati mak!"


"Kita tak layak nak menilai abah. Abah dah mengaku kesalahan dia. Siapa kita nak hukum abah?"


Rizal diam. Malas dia nak gaduh lagi. Dia memandang tajam ke arah Hana. Hana masih takut. Tidak pernah dia di kasarkan sebegitu. Rizal mengeluarkan sekotak rokok lalu mengambilnya sebatang. Diletaknya di bibir yang agak kehitaman itu. Zain merampas rokok itu lalu dimasukkan ke dalam poket baju Rizal.


"Nak hisap, pergi hisap luar. Jangan nak tunjuk samseng sangat!" Zain tegur dengan tegas.


"Jom ikut aku.." ajak Rizal lalu menarik adiknya Azrol keluar dari hospital itu.


Zain hanya memandang kedua-dua adiknya itu berlalu pergi. Kemudian dia memandang Hana. Dia memberi isyarat pada Hana supaya duduk disebelahnya.


"Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi.. Kecil dunia ni kan?" ucap Zain lalu memandang wajah gadis ayu yang dia kenal hampir 15 tahun itu.


"Saya ingat awak dah mati.."


"Tak..yang mati mak saya.. Saya sedih sangat..sepatutnya malam kemalangan tu saya yang mati, bukan mak" Zain menahan sebak.


Hana diam. Dia memandang lantai. Suatu ketika dahulu mereka pernah bercinta dan berkasih sayang. Tetapi di halang oleh ayah Hana. Kerana Hana pada waktu ketika itu masih muda remaja. Kebetulan, ayah Hana diminta bertugas di luar negara iaitu di Jepun. Dengan kesempatan itu, ayah Hana membawa Hana sekali berpindah ke sana. Dan mereka berdua pun terpisah sekian lama sehingga pada saat ini, mereka diketemukan kembali.


"Tadi saya ada terdengar awak panggil abah saya dengan panggilan 'abah' juga.." Zain mahukan kepastian.


Hana masih diam. Memerlukan masa untuk menerangkan semuanya.

momey Publish time 19-6-2012 09:14 PM

Alhamdulillah.. Pada malam hari yang sama juga, Tan Sri Mahmud dibenarkan pulang ke rumah. Tan Sri Mahmud hampir pulih seperti sedia kala tetapi Tan Sri Mahmud perlu sentiasa di pantau dan makan ubat mengikut waktu.


Sesudah sampainya di rumah, Tan Sri Mahmud dipimpin Zain dan Azrol masuk ke dalam bilik utama. Hana mengekori dari belakang. Rizal pula entah ke mana perginya. Masih belum pulang ke rumah.


Tan Sri Mahmud dibaringkan di katil. Dua orang jururawat di beri tugas khas untuk menjaga Tan Sri Mahmud tetapi Tan Sri Mahmud menolak tawaran itu dengan baik. Dia lebih selesa kalau anaknya sendiri yang menjaga nya pada waktu begini.


"Abah, Azrol nak masuk bilik study kejap.." Azrol mencium tangan ayahnya itu lalu keluar dari bilik.


Sekarang hanya tinggal Tan Sri Mahmud, Zain dan Hana di dalam bilik utama itu. Hana duduk di sebelah ayah angkatnya itu. Diurut-urut tangan yang lemah itu.


"Zain.."


"Ya, abah.."


"Hana sekarang dah jadi anak angkat abah.."


"Ha? Maksud abah?" Zain melabuhkan punggungnya di sofa sebelah katil ayahnya itu.


"Beberapa bulan yang lepas ada gegaran di Jepun.. mak dan ayah Hana meninggal di dalam runtuhan bangunan pejabat mereka. Sebelum tu, ayah Hana sempat menelefon abah. Abah rasa pelik sangat hari tu. Tak pernahnya dia menangis-nangis cakap dengan abah. Rupa-rupanya itu hari terakhir arwah."


Hana tidak dapat menahan rasa sedih. Dia terus memeluk ayah angkatnya itu erat-erat.


"Arwah minta abah jaga Hana..anggap Hana seperti anak abah sendiri. Arwah merayu-rayu kat abah. Minta jaga Hana juga sebab Hana anak tunggal kesayangannya." jelas Tan Sri Mahmud lagi.


Zain diam dan dengar dengan penuh minat. Dia memandang Hana. Adakah cinta akan kebali berputik?Tiba-tiba pintu bilik di buka.


"Abah.. abah ok ke??" Dahlya muncul tiba-tiba lalu duduk di sebelah ayah mertuanya itu. Dia menarik tangan kanan Tan Sri Mahmud lalu menciumnya.


Hana terkejut. Siapa pula perempuan ni? Rasanya dia belum pernah jumpa perempuan ini. Kemudian Dahlya berjalan ke arah Zain.


"Darling.. abah ok ke? I masuk je dalam rumah tadi Azrol bising-bising cakap abah tak sihat.." kata Dahlya sambil mengusap rambut Zain.


Zain menepis tangan Dahlya. Dia bangun.


"U pergi mana 3 hari ni? Langsung tak balik rumah" Zain cuba mengawal perasaan.


"Eh, i kan ada bagi tau u hari tu i ada kursus.. u dah lupa ke?"


Zain terus menarik Dahlya keluar dari bilik itu.

momey Publish time 19-6-2012 09:22 PM

Zain dan Dahlya masuk ke dalam bilik mereka. Dia menolak Dahlya jatuh ke atas katil.


"U ni dah kenapa? I ni sape dalam hidup u?" Zain masih mengawal nada suaranya.


"U suami i"


"Oooo..i ni suami u.. habis tu, nape u keluar masuk rumah ni macam hotel? Keluar pun tak bagi tau i!"


"Kursus urgent la darling.."


"Jangan nak menipu! You pegi enjoy dengan kawan-kawan club u tu kan?"


"Err..err..mana ada! I pergi kursus laaa"


"Dah 3 tahun kita kahwin. I dah masak sangat dengan perangai u. Selama ni i diam jee"


"Ok..Fine.. Kalau u dah masak sangat dengan perangai i, nape u masih simpan i? Kenapa?!!"


"Shhhhh" Zain menutup mulut Dahlya.


"U jangan nak tengking-tengking i erk.. I tak nak abah i dengar kita bergaduh. Dia tak sihat.."


"Argghhh!! I pelik la dengan u!" Dahlya jerit lalu berlalu mengambil tuala mandi.


Zain terduduk. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan.


"Sape perempuan sebelah abah tadi tu? Mak baru kita ke? hahaha" kata Dahlya lalu masuk ke dalam bilik air.


Zain sabar. Sabar dan terus sabar. Demi ayahnya.

entahmengapa Publish time 20-6-2012 07:40 AM

next!!!!!! best...

shahrinas Publish time 20-6-2012 08:46 AM

best...kalu free letak n3 lagi k...

momey Publish time 20-6-2012 10:46 AM

Reply 7# entahmengapa


    tq..baru permulaan ni..harap2 diberi kekuatan nak siapkan smpai abis..dgn keje makin bertimbun uhukuhuk :mad:

momey Publish time 20-6-2012 10:47 AM

Reply 8# shahrinas


    tq shahrinas :Cakan diusahakan {:1_551:}

momey Publish time 20-6-2012 11:02 AM

Sementara di dalam bilik utama..


Hana masih lagi menemani ayah angkatnya itu. Jam hampir menunjukkan pukul 11.30 malam. Diberi air masak untuk Tan Sri Mahmud minum.


"Abah nak makan apa-apa tak? Nak bubur? Hana leh buatkan.."


"Tak yah susah-susah, Hana.. Abah kenyang lagi ni.." kata Tan Sri Mahmud lalu dihulurkan kembali gelas pada Hana.


Tan Sri Mahmud mengusap rambut Hana. Hana hanya membalas dengan senyuman.


"Maafkan abah, Hana.. "


"Kenapa pula, abah?"


"Kalau tak, Hana dah kahwin dengan Zain.."


Hana tertunduk. Diam seribu bahasa.


"Abah dengan arwah ayah Hana memang kawan baik. Terlalu baik. Dah macam adik beradik dah. Dia sakit, abah pun sakit. Tetapi kerana satu tender projek dulu, kami bergaduh. Arwah ayah Hana betol-betol marah pada abah. Sebab tu dia minta tukar keje kat Jepun tu. Sebelum tu kami memang dah nak tunangkan Hana dengan Zain dah..tetapi.. "


"Abah.. Hana terima semuanya. Kita hanya merancang je, abah.." Hana menggenggam erat tangan ayah angkatnya itu.


"Abah memang tak boleh lupa saat hari terakhir arwah. Lama jugak la dia tak call atau cari abah. Pada hari arwah call tu, jantung abah berdegup je.. Memang abah mengaku abah rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya.." Tan Sri Mahmud sebak lalu menangis.


"Dah la tu, abah.. Semua manusia akan mati. Kita pun akan mati abah. Hana redha.. Allah lebih sayangkan ayah dan ibu Hana.." Hana cuba menguatkan semangatnya. Dia mengusap air mata Tan Sri Mahmud yang mula membasahi pipi itu.


"Hana nak dengar tak kisah pasal anak-anak abah yang tiga orang ni?" tiba-tiba Tan Sri Mahmud menukar tajuk.


"Nak..nak..cite la, abah.. " Hana keriangan. Dia terus duduk bersila lalu mengambil bantal dan terus memeluknya.

momey Publish time 20-6-2012 11:31 AM

Zain hanya memandang tubuh kecil isterinya itu tidur di sebelahnya. Sudah cukup banyak dia bersabar dengan Dahlya yang sememangnya cukup liar. Kahwin pun atas dasar keluarga. Keluarga Zain suatu ketika dahulu hampir muflis. Kemunculan keluarga Dahlya la yang banyak membantu. Demi membalas jasa, Zain diminta untuk berkahwin dengan Dahlya walaupun bukan atas dasar cinta.


Zain memandang jam di dinding. Pukul 12.00 tengah malam tepat! Perlahan-lahan dia bangun dari katil itu. Dia menutup lampu tidur di meja sebelahnya.


Zain berjalan ke arah pintu bilik utama. Dia mengetok pintu. Tidak dijawab. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik utama tersebut. Lampu masih terpasang. Tan Sri Mahmud terkejut lalu terjaga dari tidur. Hana pula dah terbaring di sofa.


"Maaf, abah.. Ganggu abah tidur.."


"Tak pe..meh masuk.." Tan Sri Mahmud memanggil Zain supaya duduk di sebelahnya.


Zain dan ayahnya saling berpandangan. Tangan Zain di genggam. Terasa genggaman itu cukup kuat.


"Jaga adik-adik tau.. Abah harap Zain sorang sahaja.. Zain anak sulung abah. Mesti ada tanggungjawab!" Tan Sri Mahmud bercakap sepatah-sepatah dengan jelas.


Mata Zain mula berkaca. Dia dapat merasakan ayahnya itu akan 'pergi' mengikut jejak langkah arwah ibunya.


"Pasal Hana.. Kalau boleh, abah nak Hana jadi isteri Zain.. Tapi mustahil kan?"


Zain terus memeluk ayahnya. Dia menangis. Tan Sri Mahmud mengusap belakang badan Zain.


"Zain sayang abah.."


"Abah pun sayangkan Zain..dan abah juga sayangkan anak-anak abah yang lain. Satu lagi pesanan abah, bila syarikat kita dah stabil..bayar balik semua hutang-hutang kita pada ayah Dahlya tau.. "


Zain mengangguk laju.


"Abah banyak menyusahkan Zain. Zain dah banyak berkorban untuk keluarga kita. Maafkan abah, ya.."


"Jangan cakap macam tu, abah.. Abah tak pernah susahkan Zain.."


"Zain, abah tau Zain tak cintakan Dahlya.."


"Cinta boleh dipupuk.."


"Tapi tetap tak sama seperti cinta pertama kan?"


Zain terdiam. Dia memandang Hana yang kusyuk di buai mimpi itu. Dia memandang ayahnya semula.


"Buatlah keputusan yang terbaik.." Tan Sri Mahmud kelihatan pucat sekali.


Zain mengangguk lemah.


"Eh, dah lewat dah ni.. Zain tolong angkat Hana tu kejap. Angkat dia ke bilik tetamu sebelah bilik abah ni.. Abah dah rasa mengantuk sangat-sangat.." Tan Sri Mahmud mula membaringkan tubuhnya yang lemah itu.


Zain menyelimutkan ayahnya. Kemudian dia berjalan ke arah Hana. Degupan jantungnya kuat sehingga dirinya sendiri mendengarnya. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh yang suatu ketika dahulu bakal menjadi miliknya. Dengusan nafas Hana menusuk ke lubuk hati Zain. Sungguh dia amat rindukan gadis itu!

sang_arjuna Publish time 20-6-2012 12:02 PM

Suka suka
Permulaan yg baik

momey Publish time 20-6-2012 12:08 PM

Reply 13# sang_arjuna


    hihihi tq..jap g momey smbung blk ye.. {:mlcar:}

qimi08 Publish time 20-6-2012 12:40 PM

Banyak idea momeybagus ....makin kerap kita menulis ....nanti ada peningkatan ....
dlm olahan ayat or jln cerita....
teruskan

momey Publish time 20-6-2012 02:36 PM

Reply 15# qimi08


    tq2 hihihi {:1_138:}ni sume hubby momey r punye pasal..dia xnak momey membebel, dia suh momey 'bebel' dlm ni haaa hahaha pening2 ;P

entahmengapa Publish time 20-6-2012 03:01 PM

suwittt....suka2.. tapi kan husband momey "kejam"...hikhik....

momey Publish time 20-6-2012 03:08 PM

Pada keesokkan harinya, seawal jam 6.15 pagi..

Mak Mah, pembantu rumah yang sudah berusia itu mengetok pintu bilik Tan Sri Mahmud. Itulah kerja hariannya seawal pagi mesti mengejutkan 'big bos' nya bangun dari tidur. Panggilannya tidak dijawab. Pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan pintu dibuka. Kelihatan Tan Sri Mahmud sudah berbuih mulutnya.


"Encik Zain!!!!!!!!" jerit Mak Mah dan terus mengejutkan yang lain bangun dari tidur.


Zain memberi salam sebelah kanannya. Dan seterusnya di sebelah kiri. Tangan diaminkan. Selesai solat subuhnya pada pagi itu. Baru sahaja dia hendak menadah tangan, pintu biliknya di ketuk. Bertalu-talu dan cukup kuat.


"Setan betol laaa!!!! Pagi-pagi dah kacau aku tido!" Dahlya merungut lalu bangun membuka pintu.


Mak Mah kelihatan sedih. Airmatanya mula mengalir.


"Apahal ni orang tua?!! Pagi-pagi dah kacau aku tido! Tak de keje lain ke?!!!" marah Dahlya sambil menolak badan Mak Mah.


"Ape ni, Dahlya.. Kasar sangat kot kalau tolak Mak Mah macam tu" Zain bernada tegas lalu memandang Mak Mah.


"Tan Sri.."


"Nape ngan abah, Mak Mah?"


Mak Mah hanya mampu menggelengkan kepala. Dia menangis. Zain dengan pantas berlari ke arah bilik ayahnya dengan menyelak sedikit kain pelekat yang dipakainya setiap kali solat.


Zain bagaikan dipanah petir. Jasad ayahnya terbujur kaku di atas katil. Rizal, Azrol dan Hana sudah berada di dalam bilik itu. Masing-masing meratap kesedihan. Perlahan-lahan Zain mengatur langkah masuk dan berjalan ke arah katil. Seluruh badannya menggeletar. Apa yang dirasanya semalam, betol-betol terjadi hari ini.


"Abang.." panggil Hana tersekat-sekat menahan sedih sambil memberi sehelai kain pada Zain untuk menutupi jasad Tan Sri Mahmud.


Zain menyambutnya. Di hamparkan. Cuma dibiarkan bahagian wajah yang sudah kebiruan itu sahaja masih belum tertutup.


"Dari Allah kita datang, dari Allah juga kita kembali.. Zain sayangkan abah.." Zain menahan airmatanya dari mengalir.


Dia mengucup dahi jasad ayahnya dengan penuh kasih sayang. Dia kehilangan seorang lagi orang yang disayangi. Selepas mengucup dahi arwah, terus dia bangun lalu terduduk di lantai. Dia menangis.


"Abah dah tak ada, abang.. " Azrol menangis. Dia terus memeluk Zain.


Subuh pada hari itu diselubungi sayu dan pilu.

momey Publish time 20-6-2012 03:11 PM

Reply 17# entahmengapa


    hihihi ;P

momey Publish time 20-6-2012 03:30 PM

Episod 2

Tan Sri Mahmud selamat disemadikan di sebelah kubur arwah isterinya. Itulah permintaannya sebelum meninggal. Semuanya sudah tertulis dan peguam peribadinya Encik Fahrin sudah sedia membaca wasiat tersebut.


Zain, Rizal, Azrol dan Hana masing-masing masih berdiam diri di dalam bilik perbicangan. Mereka masih menanti peguam peribadi arwah ayah mereka tiba untuk memaklumkan isi kandung wasiat.


"Aku tak faham kenapa perempuan ni perlu ada di sini! Dia bukannya anak abah!" Rizal bersuara memecahkan kesunyian.


Semua mata tertumpu pada Rizal. Hana masih tertunduk memandang ke bawah. Diikutkan, memang dia tak nak ikut serta tetapi telah di paksa peguam arwah Tan Sri Mahmud.


"Benci betol la!!!" Rizal bangun lalu membaling pen ke arah Hana. Nasib baik Hana sempat mengambil buku lalu dapat menghalang pen itu terkena mukanya. Cekap!


Zain terus mencengkam kolar baju Rizal. Masing-masing gagah memandang satu sama lain.


"Aku dah penat la, Rizal.. Jangan sampai aku bunuh ko 20 kali cincang plak!!" Zain menolak tubuh Rizal. Rizal sedikit terundur ke belakang.


Rizal tercabar. Dia mendapatkan Zain lalu menumbuk ke arah muka Zain. Bibir Zain terluka.


"Pukul lagi!! Pukullll!!! Biar arwah mak dan abah tengok perangai ko yang makin hari macam ape lagi!" Zain menadah mukanya mencabar Rizal sekali lagi.


Rizal diam. Dadanya turun naik. Dia ditenangkan Azrol. Hana hanya memandang dan langsung tidak mahu masuk campur urusan keluarga itu.


Beberapa minit selepas itu, Encik Fahrin datang dengan membawa brifcasenya. Dia agak terkejut melihat Zain yang sudah luka dan lebam bibir itu.


"Kenapa ni?"


"Tak ada apa-apa, Encik Fahrin. Gaduh manja adik beradik macam ni la.." jawab Zain sambil memandang tajam ke arah anak mata Rizal.


"Oooo..dasyat.. eh, kita mulakan sekarang la ya.. " kata Encik Fahrin lalu membuka brifcasenya.


Yang lain diam dan menumpu perhatian sepenuhnya pada perucapan Encik Fahrin sekejap lagi tentang wasiat yang akan dibacakan.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!


ADVERTISEMENT