momey Publish time 1-11-2012 11:04 AM

Hampir pukul 3 petang..

Berkali-kali Katerine memandang jam di tangannya.

"Mana Encik Rizal ni.. Meeting dah nak start ni..ishhh"

"Batalkan mesyuarat saya petang ni!" kata Rizal pada Katerine yang tiba-tiba muncul lalu masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.

"Nape dengan Encik Rizal ni.." Katerine terus berlalu ke bilik mesyuarat.

                                                            .......................................................

Suzy dengan selambanya masuk ke dalam pejabat Katerine. Dia menghulurkan sekuntum bunga ros. Katerine terkejut!

"Just for you.." ucap Suzy manja.

Katerine terus mengambil bunga itu lalu membaling masuk ke dalam tong sampah.

"Apa ni, Rine?"

Katerine terus menarik Suzy masuk ke dalam tandas berhampiran. Gelagat mereka berdua diperhatikan staf di situ.

"Apa tarik-tarik ni, Rine.."

"Aku tak suka la dengan apa yang kau buat ni? Kau demam erk?"

Suzy ketawa.

"Kenapa tiba-tiba datang ofis aku ni?"

"Rindu.."Suzy menyentuh manja pipi mulus Katerine itu.

"Gila!" Katerine terus menampar pipi Suzy.

"Aku bukannya awek kau! Aku bernafsu hanya pada lelaki. Lelaki yang bernama Rizal! Aku anggap kau hanya sebagai sahabat aku sahaja tak lebih dari itu. Kalau kau rasa aku ni macam kawan-kawan tomboy kau yang lain, sori to say!! Baik kau berambus! Berambus!!!" jerit Katerine.

Suzy menendang pintu tandas itu. Nafasnya turun naik. Kemudian dia beredar keluar dari tandas itu. Kejadian tidak berhenti di situ sahaja, Suzy tidak putus asa. Dicarinya bilik Rizal. Kemudian dengan tenaga yang dia anggap seperti lelaki itu berkali-kali cuba mengetuk pintu bilik Rizal.

"Bukak pintu ni oiiii!!!" jerit Suzy dari luar.

Semua staf di situ mengambil peluang melihat drama percuma itu. Katerine muncul menarik Suzy beredar dari situ namun tidak berjaya.

"Jangan malukan aku!" rayu Katerine.

"Aku buat semua ni demi kebaikan kita berdua.."

"What?"

Pintu bilik Rizal dibuka. Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.

redsentra Publish time 1-11-2012 11:28 AM

lesbo kaedahnya

shahrinas Publish time 1-11-2012 11:32 AM

cepat bongkarkan kemungkaran pompuan x malu tue... :L

misssakura Publish time 1-11-2012 12:14 PM

azrol tu dh kenapa:mad::mad::mad:

redsentra Publish time 1-11-2012 01:19 PM

misssakura posted on 1-11-2012 12:14 PM static/image/common/back.gif
azrol tu dh kenapa

azrol nak try kak ipar sendiri kaedahnya{:thumbo{:thiefo

momey Publish time 1-11-2012 02:21 PM

Di rumah..

Hana memakai selipar lalu berjalan ke halaman rumah. Diambilnya paip getah lalu dibuka pili air. Dijirusnya air ke pokok-pokok bunga yang menghiasi halaman rumahnya itu. Azrol kemudian turut memakai kasut lalu berjalan ke arah Hana.

"Bertuah la abang Rizal dapat isteri yang baik macam akak.."puji Azrol sambil duduk di kerusi rehat yang disediakan di halaman tersebut.

"Eh, Azrol.. hihi.. Akak biasa-biasa je. Kalau akak tak buat semua ni, sape lagi yang nak buat kan? Azrol dah lapar ke?"

"Lapar? Boleh tahan gak laaa.."

"Laaa lapar ke? Siannya.. Akak gi masak kejap la."

"Eh, saya main-main je la akak.."

"Tak pe, akak masak simple-simple je."

"Saya tolong akak.."

"Ha? Nak tolong akak?"

"Ya.. Nape? Ingat saya tak pandai masak ke? Saya ni pakar masak tau.."

"Waaa..yeke? Kalau macam tu, Azrol masak akak tolong potong-potong je. Boleh?"

"No hal.."

Mereka berdua ketawa kecil, lalu seiring masuk ke dalam rumah.

                                                         
                                                         ......................................................................


Rizal menghembuskan nafasnya.

"Ada apa-apa masalah ke?" tanya Rizal sambil bersilih ganti memandang Katerine dan Suzy.

"Patutla si Rine ni boleh jatuh hati dengan bosnya sendiri..boleh tahan gak la..manis!" bisik hati Suzy.

"Err..tak ada apa-apa Encik Rizal.. Hal kecil je.." kata Katerine sambil tarik-tarik tangan Suzy.

"Katerine ni hak saya! Kau jangan nak memandai rampas dia dari aku!" ugut Suzy sambil menolak dada Rizal.

Rizal sedikit tertolak ke belakang.

"Suzy! Sudah laa!!" Katerine sudah malu besar hari itu.

"Ha? Rampas? Apa ni? Saya tak faham.." Rizal cuba buat tak faham.

"Buah hati saya ni cakap, kau dah nak kahwin dengan dia."

"Ha? Kahwin pulak.. adeh.. Hei, Rine! Cakap kat kawan awak ni, saya ni dah kahwin. Tak da maknanya saya nak curang dengan isteri saya.. Dan satu lagi, suruh dia berambus dari pejabat saya ni sebelum saya call pak guard halau dia keluar dengan tidak bermaruah!" jerit Rizal lalu masuk ke dalam biliknya semula.

Staf disitu sedikit terkejut. Dah lama Rizal tidak berperangai seperti itu setelah mengahwini Hana. Beberapa saat sahaja, Rizal keluar kembali sambil memegang erat handphonenya lalu berjalan pantas keluar dari pejabat itu. Masing-masing hanya diam dan pandang sahaja.

misssakura Publish time 1-11-2012 02:48 PM

azrol balik rmh sendri la... jngn nk kacau rizal dgn hana la....:huffy:huffy

kesian gak kat katerine nih... geli kot dngn suzy tuh:funk::lol::lol:

misssakura Publish time 1-11-2012 02:49 PM

redsentra posted on 1-11-2012 01:19 PM static/image/common/back.gif
azrol nak try kak ipar sendiri kaedahnya

sumbang mahram... eh btol ke:o:lol::lol:

awanjingga Publish time 1-11-2012 03:17 PM

yg hana ni pon satu , yg ajak azrol duk dgn dorg tu watpe..:curse:

adik ipar awk tu lelaki bknnya malaikat...:curse:

momey Publish time 1-11-2012 03:24 PM

Hana memandang gelagat Azrol. Memang cukup pantas dan tangkas di dapur. Azrol sedar dia diperhatikan Hana.

"Jangan jatuh cinta dengan saya sudah laa.." kata Azrol dengan nada dengar tak dengar.

"Ha? Apa, Azrol?" Hana inginkan kepastian dengan apa yang dia baru sahaja dengar tadi.

"Maksud saya, jangan sampai jatuh cinta dengan masakan saya nanti sudah laa.. Nanti kang terus saya kena jadi chef tetap dalam rumah ni..hahaha"

Mereka berdua ketawa silih berganti. Dalam diam, Azrol ngaku dengan dirinya sendiri yang dia mula menaruh hati dengan kakak iparnya sendiri. Sudah lama dia bersendirian tanpa ditemani seorang manusia bergelar wanita selepas kejadian khalwat suatu ketika dahulu. Setelah berjumpa dengan Hana, hatinya cukup tertawan dengan sikap wanita itu. Sayang dan cintanya pada Hana semasa diperkenalkan arwahnya pada awal mulanya dahulu. Namun dia hanya mampu diam.

"Azrol..hei.. pandang akak macam nampak hantu je.."tegur Hana yang rasa kurang selesa ditenung lama oleh Azrol.

"Hahaha.." Azrol cuba mengawal keadaan supaya Hana tidak perasan.

"Eh, ketawa pulak dia.."

"Saya dah nak siap masaka daging masak hitam ni dah..yang akak masih tak siap lagi potong bawang..adehh"

"Alamak! Opsss!! Hahahaha.."

Azrol begitu selesa sekali bersama Hana seperti sekarang. Berborak dan ketawa bersama-sama. Hana pula masih tidak tahu apa niat sebenar Azrol yang ingin mendekati dirinya tetapi.. ciri-ciri lelaki idamannya memang ada pada diri Azrol.

"Kenapa Rizal tak sama seperti Azrol?" bisik hati Hana lalu tersenyum memandang Azrol yang juga turut tersenyum padanya.


                                                         .........................................................................


Rizal cuba mengawal perasaan. Dia cuba berlagak seperti dia setuju dengan cadangan Hana yang minta Azrol tinggal bersama buat seketika walaupun pada hakikatnya dia cukup benci dengan keputusan itu.

Langkah demi langkah diatur. Suara berbalas ketawa kedengaran di dapur.

"Sabar Rizal..sabar.."pujuk hati Rizal sambil perlahan-lahan berjalan menuju ke dapur.

Dia mula mengintai. Hana sedang menolak manja tangan Azrol setiap kali Azrol mengusiknya dengan cuba menyentuh hidung Hana. Cukup mesra! Bagi Hana apa yang dibuat Azrol mungkin sekadar suka-suka antara adik bradik tetapi sebaliknya bagi Azrol.

"What the.... arghhhh!!!" jerit batin Rizal.

Rizal mula mencari idea.

"Ehem..ehem!!" Rizal berdehem.

Hana dan Azrol terkejut. Masing-masing cuba kawal tingkah laku.

"Eh, awak.. Awal awak balik.. Baru pukul 4 petang kan.." Hana berlagak seperti biasa. Dia duduk semula lalau memotong sayur pula.

"Rajin pulak adik aku ni masak erk.."perli Rizal sambil memandang sinis ke arah Azrol.

"Er..saya bantu sikit-sikit je abang.."

Rizal diam. Dia memandang Hana. Kemudian dia memandang Azrol. Seterusnya dia terus berjalan menuju ke tangga.

"Nanti dah siap masak saya panggil abang k!" jerit Azrol.

Rizal langsung tidak peduli. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

shahrinas Publish time 1-11-2012 04:14 PM

kesian RIZAL baru nak buat baik...cepat HANA tolong RIZAL... :L

momey Publish time 1-11-2012 04:41 PM

Di tempat parkir kereta..

"Apa masalah kau ni, Suzy?" kata Katerine memulakan bicara.

"Aku sayangkan kau Rine..Aku tak sanggup berpisah dengan kau.."

"Kau gila ke apa? Kau tak geli ke hah?!!! Eeeeee"

"Sayang..please..Kita mulakan hidup kita seperti dulu"

"Cukup!! Itu dulu.. Dulu ok.."

"Aku nak kita seperti dulu..bahagia hidup bersama tanpa gangguan sesiapa.."

"Sudah la weii..jijik aku dengar! Aku dah berubah la.. kalau kawan dengan kau pun, boleh dapat apa pun kan? 'Barang' sama je pun"

"Jangan buat aku macam ni, Rine.. Aku terlalu sayang dan cintakan kau.."

"Kau pekak ke ape?! Geli la wei!!" Katerine terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Suzy.

"Rine!! Rine!! " Suzy mengeluh. Namun dia masih belum berputus asa.


                                                               ...................................................................


Semasa di meja makan..

Masing-masing masih mendiamkan diri. Sehingga Rizal bersuara.

"Kau ke yang masak semua ni?" tanya Rizal sambil memandang Azrol yang duduk bertentangan dengan Hana.

"A'ah, awak..sedap kan? Awak tak bagi tau saya plak yang adik awak ni pakar masak..malu plak saya. Saya pun tak pandai masak macam ni.."jawab Hana sambil mengunyah daging masak hitam itu.

"Saya tanya awak ke, Puan Hana?" Rizal cuba menahan geram.

"Betol pe adik awak ni masak sedap.."

Terus Rizal menolak sepinggan nasi yang baru sahaja dijamahnya. Nasib baik tak jatuh pecah ke bawah. Rizal bangun basuh tangan lalu duduk di ruang tamu.

"Abang!" panggil Azrol yang mula serba salah itu.

"Biarkan dia.. Dia memang macam tu.."jawab Hana sambil meneruskan makan.

Di dalam hati, Azrol ketawa keriangan. Adakah dia berjaya?

redsentra Publish time 1-11-2012 04:49 PM

jahatnya azrol ni.... x suke x suke x suke{:biteo

misssakura Publish time 1-11-2012 04:56 PM

woi azrol p blik rumah la... jgn wat rumah tu mcm rumah sendri boleh??:huffy:huffy

kiranya katerine n suzy pernah 'bersama-sama' la dlu ek... ingtkan si suzy tu je yg lesbonya:I:shakehead3:

momey Publish time 1-11-2012 05:05 PM

Pada malam tersebut..

Katerine pulang ke rumah hanya semata-mata mahu mengambil semua pakaiannya. Suzy mula tidak tentu arah.

"Kau nak gi mana ni?" tanya Suzy yang melihat Katerine sibuk memasukkan kesemua baju di dalam almari ke dalam beg pakaian.

"Aku dah tak nak tinggal sini lagi"

"Ha? Nape ni, Rine? Kalau aku salah aku minta maaf k.."

"Sudah la! Aku dah tak nak tinggal dengan perempuan yang berlagak lelaki ni. Jijik!!" jerkah Katerine lalu mengambil beg pakaiannya lalu keluar dari rumah itu.

"Rine! Aku takkan lepaskan kau! Kau hanya milik aku!!! Itu janji aku!" Suzy ugut.

Katerine langsung tidak peduli apa yang diperkatakan Suzy. Malah sempat menunjukkan isyarat jari tengah pada Suzy. Suzy geram!


                                                         ...............................................................

Hana mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik Rizal. Kelihatan Rizal sedang membaringkan dirinya dengan hanya memakai boxer dan tshirt putih. Televisyen masih terpasang. Siaran Diva menerusi Astro adalah siaran kegemaran Rizal. Hana diam dan terus duduk di sofa. Dia memandang Rizal yang dari tadi langsung tidak pedulikan kehadirannya.

"Kalau mengantok, tidur aje la.."kata Rizal yang langsung tidak memandang wajah isterinya.

"Belum mengantok lagi."

"Awak tidur la atas katil ni. Saya tidur kat sofa pun tak pe.."

"Eh, tak pe. Saya tidur kat sofa ni pun dah ok.."

"Hmmm..ikut awak la.."

Mereka berdua diam kembali. Hana mula hairan dengan perangai Rizal. Cepat betul dia berubah. Dia perasan perubahan itu berlaku dengan kehadiran Azrol yang tiba-tiba muncul.

"Saya suka cara adik awak.."Hana bersuara memecah kesunyian.

Rizal terus memandang Hana dengan jelingan yang cukup tajam. Jantung Hana bergedup laju. Entah kenapa. Rizal memandang Hana seperti harimau mahu menerkam mangsanya.

"Awak dah syok dengan dia ke?" Dada Azrol turun naik.

"Apa awak ni? Dia adik ipar saya laa.. Saya cukup benci dengan orang yang suka pikir yang bukan-bukan.."

"Saya lagi benci kalau si isteri tu tak boleh jaga maruahnya."

"Adoi..apa awak ni?"

"Jangan sampai saya rogol awak sekali lagi"

Hana terdiam. Dendamnya masih ada. Tak sangka Rizal sanggup berkata begitu.

"Awak tak ada hak nak sentuh saya!" Mata Hana mula berlinangan dengan airmata. Ditahan supaya tidak jatuh.

"Start dari kita kahwin, sampai sekarang.. Ada awak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri? Saya ni lelaki!"

"Saya benci awak!"

"Malam ni saya nak awak jalankan tanggungjawab awak tu pada saya sebagai suami awak yang sah"

"Gila!"

"Atau awak nak saya buat awak secara paksa?"

Hana geram. Kali ni airmatanya tidak dapat bertahan lagi. Dia mula menangis ketakutan. Adegan rogolnya suatu ketika dahulu mula mengimbas di kotak fikirannya. Dalam pada yang sama, rupanya Azrol tengah mencuri dengar melalui pintu bilik Rizal.

shahrinas Publish time 2-11-2012 08:27 AM

AZROL nie nak pe sebenarnya nie... :mad:

misssakura Publish time 2-11-2012 10:38 AM

azrol ni memang menyibuk la... geram aku:huffy:huffy

momey Publish time 2-11-2012 11:25 AM

Rizal dan Hana saling berpandangan.

"Sini!"panggil Rizal kasar.

"Tak nak.."

"Jangan nak degil sangat erk.. Aku dah banyak bersabar dengan kau" kata Rizal lalu berjalan pantas ke arah Hana lalu menarik rambut Hana.

Hana meronta kesakitan.

"Sakit la, awak.."

"Sakit lagi hati aku ni bila tengok bukan main lagi kau melayan si jantan tu!"

"Dia adik awak la! Yang nak cemburu sangat ni dah kenapa?!" jerit Hana lalu menolak sekuatnya badan Rizal yang sasa itu.

Rizal tertolak sedikit ke belakang.

"Aku tak suka isteri aku curang belakang aku"

"Hei! Aku tak pernah cintakan kau dan kita kahwin ni pun sebab nak tutup aib yang aku mengandungkan anak kau tu aje kan?"

Rizal diam. Dadanya turun naik.

"Dengar sini. Dah lama saya nak cakap dekat awak."

Rizal masih diam.

"Saya nak kita bercerai"

Jantung Rizal yang sudah sedia dipam dengan laju bertambah had lajunya apabila mendengar permintaan mahu diceraikan. Tanpa bercakap banyak, terus Rizal menampar pipi kiri Hana. Hana jatuh terduduk.

"Kau tahu tak yang aku ni sayangkan kau? Aku cuba berubah demi kebahagiaan kita dan aku teruskan bersabar moga kau berubah turut menyintai aku sama seperti aku menyintai kau..tapi! Tengoklah apa yang aku dapat? Apa yang aku dapat?!!!" Rizal menarik rambut Hana sehingga Hana bangun berdiri kembali.

"Aku benci kau!"

"Malam ni aku tak peduli! Rela ke paksa ke apa aku heran kan?" Rizal menolak Hana jatuh ke atas katil. Kemudian dia membuka t-shirtnya lalu mendapatkan Hana.

Hana meronta minta dilepaskan namun tak berjaya. Habis pakaiannya direntap dan pipinya berkali-kali ditampar. Sekali lagi Hana diperkosa tetapi kali ini diperkosa oleh suaminya sendiri.

Di luar pintu bilik, Azrol kelihatan menggenggam erat tangannya. Menahan geram!

epalgebuu Publish time 2-11-2012 11:43 AM

momey nk lagiiiii..........{:1_152:} go momey go{:1_152:}

momey Publish time 2-11-2012 12:12 PM

Hana terjaga dari tidur. Ditenyeh matanya berulang kali. Masih terasa bisa tubuh badannya diratah kasar oleh Rizal beberapa jam tadi. Dilihat seluruh tubuhnya. Tiada secalit benang pun yang melekat pada tubuhnya. Dipandang ke arah sisi kirinya. Berdengkur Rizal setelah penat 'bekerja keras' tadi. Hana sebak. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi. Ditariknya selimut lalu menutup tubuhnya yang gebu itu.

Rizal tersedar. Mata dibuka. Terus memandang Hana yang tengah mengesat airmata.

"Sayang.." Rizal cuba menyentuh pipi Hana namun ditepis.

Kelihatan Hana sedang menanggung sakit kepedihan kerana ditampar berkali-kali.

"Maafkan saya.."

"Saya benci awak!" Hana memandang tajam ke arah Rizal.

"Saya terlalu sayangkan awak. Saya tak sanggup tengok orang lain rapat dengan awak.."

"Azrol tu adik awak.. Dan saya anggap dia tak lebih dari adik saya sendiri"

"Saya kenal sape adik saya.."

"Saya nak awak ceraikan saya!"

"Apa yang awak merepek ni?!"

"Saya tak cintakan awak!"

"Bagi saya peluang.."

"Awak seksa hidup saya! Saya bukan patung mainan awak..sakit tau tak!!"

"Please sayang.. Saya janji saya tak akan buat lagi"

"Penipu! Benci!!!!"

Hana cuba bangun dengan badannya yang berselimut itu. Dibukanya pintu bilik lalu ternampak Azrol sedang berdiri seperti posisi sedang kusyuk mencuri dengar. Kantoi! Azrol menggelabah. Terus dia berlari masuk ke dalam biliknya. Hana tergamam. Kemudian dia memandang Rizal yang turut juga tidak menyangka apa yang dibuat Azrol sebentar tadi.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11
View full version: uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!


ADVERTISEMENT