momey Publish time 31-10-2012 09:35 AM

Rizal meletakkan kunci keretanya di atas meja kopi. Dilihatnya ruang tamu gelap cuma bercahaya di dalam bilik Hana. Tali leher ditanggalkan sambil berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Lampu dan aircond di pasang lalu terus merebahkan diri di atas katil yang empuk itu. Mata dipejamkan. Terbayang wajah Katerine. Wajah keanak-anakkan itu. Dia tersenyum sendirian.

"Cukup comel! Tapi.." belum sempat Rizal menghabiskan ayatnya, pintu biliknya diketuk.

Sudah tentu Hana yang mengetuknya. Rizal tersenyum lagi. Dia membuka baju kemejanya lalu menampakkan badannya yang sasa itu. Kemudian dia membuka pintu. Hana terkejut melihat Rizal yang tidak berbaju dan hanya memakai boxer itu. Cepat-cepat dia mengalih pandangannya ke arah lantai. Rizal cuba menahan ketawa.

"Ada ape?" tanya Rizal sambil memegang rambut Hana.

Hana menepis laju.

"Temankan saya beli barang jap" pinta Hana yang langsung tidak memandang wajah suaminya itu.

"Beli barang? Beli barang apa malam-malam ni? Ape tak cukup lagi ke barang dapur yang saya sediakan tu?"

"Ni barang lain laaa..awak nak temankan saya ke tak?"

"Kalau saya kata tak boleh?"

"Dah la!" Baru sahaja Hana hendak berlalu pergi, dengan cepat Rizal merentap lengan Hana. Jantung Hana berdegup. Dap! Dup! Dap! Mereka berdua saling berpandangan.

"Tunggu saya kat bawah.." kata Rizal lembut sambil mengukir senyuman yang cukup manis itu.

Hana hanya terdiam! Cukup berkesan senyuman itu padanya. Patutlah digelar playboy suatu ketika dahulu.

shahrinas Publish time 31-10-2012 09:39 AM

sweet tol diorg nie... :D
wlaupun... ;P

sellie003 Publish time 31-10-2012 09:40 AM

momey posted on 31-10-2012 09:10 AM static/image/common/back.gif
alololo..jap erk..tgh cr idea smbil wat keje ekekeke

Thanks momey...{:kisso

momey Publish time 31-10-2012 09:43 AM

shahrinas posted on 31-10-2012 09:39 AM static/image/common/back.gif
sweet tol diorg nie...
wlaupun...

wpun ape tuu hikhik ;P

momey Publish time 31-10-2012 09:44 AM

sellie003 posted on 31-10-2012 09:40 AM static/image/common/back.gif
Thanks momey...

w'come dear :$

momey Publish time 31-10-2012 10:08 AM

Di Pasaraya Mydin..

Rizal dan Hana keluar dari kereta. Rizal memandang sekeliling bangunan Mydin itu.

"Dalam banyak-banyak pasaraya, pasaraya ni gak yang dia pilih..pelik!" Rizal ketawa sendirian.

"Apa awak cakap?" Hana mengetap bibirnya menahan marah sebab dia sedar dia seperti disindir.

"Ha? Tak ade ape-ape..hihihi"

"Heh!" Hana berlalu pantas masuk ke dalam pasaraya Mydin meninggalkan Rizal sendirian.

Rizal tersenyum sendirian melihat gelagat isterinya itu. Dia membetulkan rambutnya lalu berjalan dengan macho masuk ke dalam pasaraya itu.

Belum sempat Rizal melangkah masuk ke pintu utama, Hana sudah keluar dengan sebungkus plastik kecil.

"Oiiii apehal cepat sangat ni? Awak beli ape? Saya baru je nak panas punggung masuk ke dalam ni" kata Rizal sambil cuba mengambil sebungkus plastik dari tangan Hana itu.

"Tak yah nak menyibok sangat boleh tak? Saya minta awak temankan aje bukan suruh awak tau apa saya nak beli! Sudah! Saya nak balik.."

Tangan Hana direntap lagi.

"Bagi saya tengok apa awak beli tu baru kita boleh balik" kata Rizal ugut nakal.

"Apehal awak ni? Suka sangat menyibok!"

"Sibok sebab saya ni suami awak.. Mana la tau awak belikan something surprise untuk saya keeee"

"Tak de maknenye!" jerit Hana.

"Aiipppp!!! Tak mo jerit-jerit.. berdosa cakap macam tu pada suami.."Rizal sengaja menyakat Hana.

Hana mengetap bibir menahan marah lagi.

"Cepat tunjukkan saya apa awak beli tuu" Rizal masih belum putus asa mahu tahu apa yang Hana beli.

"Nah!!!!" Hana mengeluarkan sebungkus tuala wanita lalu dilemparkan ke arah dada Rizal. Kemudian dia terus berlari menuju ke kereta.

Rizal terkejut dengan tindakan Hana itu. Diambil sebungkus tuala wanita itu dimasukkan ke dalam plastik lalu dia berjalan mengiringi Hana dari belakang.

Hana mula menangis. Rizal mengeluh. Dia mendekatkan dirinya dengan Hana. Dia menarik tubuh badan Hana supaya mengadap dirinya. Dia mengusap air mata Hana yang sudah berlinangan itu. Hana menepis!

"Saya nak balik!" jerit Hana.

Rizal diam. Dia rasa serba salah buat Hana menangis. Padahal itu hanya helah Hana yang hanya mahu cover malunya. hihihi

sellie003 Publish time 31-10-2012 10:17 AM

momey posted on 31-10-2012 09:23 AM static/image/common/back.gif
Rizal hanya membiarkan Katerine masuk ke dalam rumah sendirian. Katerine sempat membuat 'flying kiss ...

Err...adakah suzi ituh lesbian...bukan cemburu kat ngan rizal tp rizal ngan kat...?{:questiono

sellie003 Publish time 31-10-2012 10:23 AM

momey posted on 31-10-2012 10:08 AM static/image/common/back.gif
Di Pasaraya Mydin..

Rizal dan Hana keluar dari kereta. Rizal memandang sekeliling bangunan Mydin...

So sweet...marah2 sayang...

momey Publish time 31-10-2012 11:05 AM

Sesampai sahaja di rumah..

Hana membuka kasut lalu dilemparnya masuk ke dalam rak kasut. Kemudian dengan cepat dia membuka pintu utama. Rizal hanya memandang gelagat Hana itu sambil berjalan mengikuti Hana dari belakang.

Baru sahaja Hana hendak melangkah naik tangga..

"Kejap, Hana.." panggil Rizal lembut.

Hana berdiri terpaku. Langsung tidak memandang suaminya itu.

"Takkan kerana benda ni pun nak marah abang kottt.."kata Rizal sambil menunjukkan sebungkus tuala wanita itu pada Hana.

"Benci awak!" Hana merampas tuala wanita itu lalu berlari naik atas dan terus menutup rapat pintu biliknya.

Rizal hanya ketawa kecil. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Katerine di skrin tersebut.

"Apa lagi la perempuan ni nak malam-malam ni..hmmm" Rizal menjawab panggilan tersebut. Dalam pada masa yang sama dia tidak sedar yang perbualannya itu dicuri dengar oleh Hana.

"Hello, Katerine.. ada apa?" tanya Rizal.

"Haii..Encik Rizal tak tidur lagi ke?" jawab Katerine manja.

"Belum."

"Belum? Isteri Encik Rizal tak ada kat rumah erk.. Kalau saya la jadi isteri Encik Rizal, akan saya layan Encik Rizal sampai Encik Rizal tertidur dengan sendirinya hihihi" Katerine semakin menggatal apabila dapat mendengar suara Rizal.

"Ada apa awak call saya malam-malam ni, Rine?"

"Hiihihi..tak ada apa-apa..saja je..nak dengar suara Encik Rizal. Saya tak boleh tidur kalau tak dengar suara Encik Rizal dulu.."

"Jumpa esok!" Rizal terus mematikan talian. Dia sudah malas hendak melayan karenah Katerine yang entah apa-apa itu. Dia terpandang atas. Kelibat Hana kelihatan. Hana cepat-cepat tutup pintu biliknya semula.

Rizal tersenyum kemudian menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya.

sellie003 Publish time 31-10-2012 11:13 AM

"Apa lagi la perempuan ni nak malam-malam ni..hmmm" Rizal menjawab panggilan tersebut. Dalam pada masa yang sama dia tidak sedar yang perbualannya itu dicuri dengar oleh Hana.

"Hello, Katerine.. ada apa?" tanya Rizal.

"Haii..Encik Rizal tak tidur lagi ke?" jawab Katerine manja.

"Belum."

"Belum? Isteri Encik Rizal tak ada kat rumah erk.. Kalau saya la jadi isteri Encik Rizal, akan saya layan Encik Rizal sampai Encik Rizal tertidur dengan sendirinya hihihi" Katerine semakin menggatal apabila dapat mendengar suara Rizal.

"Ada apa awak call saya malam-malam ni, Rine?"

"Hiihihi..tak ada apa-apa..saja je..nak dengar suara Encik Rizal. Saya tak boleh tidur kalau tak dengar suara Encik Rizal dulu.."

"Jumpa esok!" Rizal terus mematikan talian. Dia sudah malas hendak melayan karenah Katerine yang entah apa-apa itu. Dia terpandang atas. Kelibat Hana kelihatan. Hana cepat-cepat tutup pintu biliknya semula.

Rizal tersenyum kemudian menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya.

Aikk...motip hana curi2 pandang & curi2 dengar..?{:thiefo

shahrinas Publish time 31-10-2012 11:24 AM

HANA x jelous ke?... :L

momey Publish time 31-10-2012 11:46 AM

Kringggggggggg!!!!!!!

Katerine terjaga dari lamunan setelah jam loceng yang setia mengejutkannya setiap pagi pukul 7.00 itu 'menjerit' lagi. Katerine meraba-raba menutup jam loceng itu. Kemudian dia mengeliat sepenuhnya.

"Arghhhhhhh.." Kemudian Katerine merasakan sesuatu yang berat di perutnya. Perlahan-lahan dia memandang ke arah kanannya.

"Suzy?!!!" terus Katerine bangun dari katilnya. Dipandang setiap tubuh badannya sendiri. Masih berbaju dan berseluar! Fuh!!

Suzy tersedar. Perlahan-lahan dia membuka mata.

"Morning dear.."ucap Suzy manja.

"Err..err..apa hal kau buat dalam bilik aku ni?" Katerine cuba control nada suaranya.

"Soalan ape ni? Macam la kau tak pernah tido ngan aku.." Suzy bangun lalu membetulkan rambutnya yang pendek itu.

"Keluar dari bilik aku sekarang" arah Katerine sambil menuding jari ke arah pintu biliknya.

"Heii..napa marah-marah ni.."Suzy cuba memegang tangan Katerine tapi ditepis pantas.

"Aku cakap keluar sekarang!"

Suzy akur dalam paksaan. Sebaik sahaja Suzy keluar, Katerine dengan pantas menutup pintu biliknya.

"Eeee..geli aku!!" bisik hati Katerine.


                                                .....................................................................................

Rizal menuruni tangga lalu ke dapur. Kelihatan Hana sedang membakar roti.

"Waaaa..bestnya kalau hari-hari isteri tersayang buatkan sarapan macam ni.."kata-kata Rizal itu mengejutkan Hana yang tengah kusyuk menyapu planta di roti.

Rizal menarik kerusi lalu duduk. Dibetulkan tali lehernya. Sebaik sahaja dia mencapai sekeping roti bakar..

"Sape suruh awak makan?" tegur Hana sambil meletakkan kedua tangannya di pinggang.

"Aik? Roti ni kan untuk dimakan?"

"Roti tu saya punya. Ni roti awak!" kata Hana agak kasar sambil menghulurkan hanya sekeping roti bersalut planta.

"Ha? Roti ni aje?"

"Cakap banyak plak.."

"Air?"

"Nah!" Hana menghulurkan pula segelas air suam.

"Kopi?"

"Kalau nak buat sendiri" kata Hana lalu mengambil sepiring roti bakar dan secawan kopi lalu beredar ke ruang tamu meninggalkan Rizal sendirian di dapur terpinga-pinga.

Rizal mencebik. Kemudian dia mendapat mesej dari handphone. Diambilnya handphone di dalam poket seluar lalu dibuka mesej itu.

"Morning dear.." tertera mesej dari Katerine.

Rizal hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Kemudian dia perasan Hana tengah melihat gelagatnya apabila melihat skrin handphone tadi.

"Apa pandang-pandang?" kata Rizal sambil bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah ruang tamu.

Hana berlakon seolah-olah dia tidak mengikuti tingkah laku suaminya itu. Rizal mengambil kunci keretanya.

"Saya dah nak pergi kerja ni.."

Hana buat tidak tahu sahaja.

"Kalau ada apa-apa call saya" Rizal melangkah keluar lalu memakai kasut. Kemudian dia berjalan menuju ke kereta. Hana hanya memandang dari jauh.

"Sape plak yang slalu call and mesej si Rizal ni? Hmmm.."bisik Hana sendirian lalu meneguk kopi itu.

epalgebuu Publish time 31-10-2012 02:14 PM

nak laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiii *tetiba kan*;P

momey Publish time 31-10-2012 02:21 PM

epalgebuu posted on 31-10-2012 02:14 PM static/image/common/back.gif
nak laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiii *tetiba kan*

ekekeke..nnti momey smbung erk..ade keje urgent la plak {:mlfighting:}

momey Publish time 1-11-2012 08:10 AM

Di Pejabat..

Sebaik sahaja Rizal membuka pintu biliknya, Katerine yang seperti biasa tidak putus asa mengambil hati bosnya itu. Dia menepuk manja bahu kanan Rizal. Rizal menoleh ke belakang.

"Morning, Encik Rizal.. Saya ada sediakan kopi panas untuk encik.."kata Katerine sambil menunjukkan secawan kopi panas yang masih dia pegang itu.

"Thank you.."tanpa banyak bercakap Rizal terus mencapai kopi panas itu lalu masuk ke dalam biliknya.

Katerine tidak putus asa. Dia turut masuk walaupun tidak dipelawa masuk.

"Encik Rizal ok ke?" Katerine mengambil berat akan Rizal.

"Saya ok je..nape? Nampak macam saya tak ok ke?"

Katerine berjalan ke arah Rizal. Dibetulkan tali leher Rizal. Sekejap-sekejap mereka berdua bertentangan mata.

"Haaa..baru nampak handsome sikit.."kata Katerine setelah membetulkan tali leher Rizal.

Rizal hanya tersenyum. Dia sudah biasa melayan karenah perempuan seperti itu. Apalah sangat dengan perempuan yang bernama Katerine itu.

"Apa aktiviti saya hari ni?"tanya Rizal lalu duduk di kerusi.

"Pagi dan petang ni Encik Rizal ada appointment tapi waktu tengah hari saya dah batalkan satu appointment yang agak penting jugak la.."

Rizal mengangkat keningnya. Berani Katerine buat macam tu!

"Tengah hari ni saya nak belanja Encik Rizal makan. Boleh?" tanya Katerine sambil mencubit manja dagu Rizal.

Tiba-tiba Encik Mustafa mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik Rizal. Dia agak terkejut apa yang dia lihat sekarang. Katerine dan Rizal agak kelihatan cukup mesra. Katerine yang terkenal dengan pakaiannya yang seksi itu banyak menarik perhatian setiap lelaki yang memandangnya.

Rizal cuba berlagak seperti biasa. Dia membenarkan Encik Mustafa duduk di hadapannya.

"Ermm..saya minta diri dulu ya. Encik Rizal, jangan lupa tau tengah hari ni.." kata Katerine sebelum beredar keluar dari bilik itu.

Rizal dan Encik Mustafa memandang Katerine yang mempunyai kelebihan aset punggung besar itu sehingga hilang kelibatnya. Kemudian dia memandang Rizal semula. Mereka berdua tersenyum sinis.

"Aku rasa ada yang lagi hebat kot dari Katerine tu yang kau boleh dapat.."kata Encik Mustafa selaku sahabat di pejabatnya yang setia bersama hampir 5 tahun itu.

"Hahahaha..tau tak pe! Setakat perempuan macam tu, apa la sangat kan? Macam la kau tak kenal aku.."

"Sebab aku kenal la aku nak nasihat kan kau ni.. Ingat yang kau tu dah kahwin!"

"Ada 3 kosong lagi kottt"

"Amboi, tahu la kau tu mampu tapi..sanggup ke perempuan macam tu wat bini oiii"

"Hahahaha..tak sanggup!!"

Mereka berdua terus ketawa berdekah menjadikan Katerine bahan lawak mereka.

                                                                .......................................................................

Hana mengemop lantai di ruang tamu. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Penyapu mop disandarkan ke dinding. Kemudian dengan perlahan dia berjalan ke pintu utama. Pintu dibuka.

"Azrol?"

"Assalammualaikum, akak.."

"Waalaikummussalam.. Masuklah.."pelawa Hana sambil tangannya dicium oleh Azrol.

Mereka berdua berjalan menuju ke ruang tamu.

"Perlahan jalan tu..lantai masih licin."

"Waaa..rajinnya akak! Abang Rizal tak ambil pembantu rumah ke?"

"Akak yang tak nak. Kalau ada, akak nak buat ape? Confirm boring..hihi..Eh, Azrol nak minum air panas ke sejuk?"

"Mana-mana pun tak kisah, akak.."

"Kejap ya. Akak ke dapur.." Hana berlalu ke dapur meninggalkan Azrol sendirian.

Azrol memandang lenggok badan Hana yang cukup langsing itu. Kalau Hana minta kerja sebagai pramugari confirm dapat!

"Astaghfirullah.."Azrol cuba mengawal nafsunya dari bisikan syaitan itu.

momey Publish time 1-11-2012 08:19 AM

Hana menuang air teh panas ke dalam cawan.

"Haaaaa.." Azrol yang berada betul-betul di belakang Hana telah mengejutkannya.

"Azrol..nasib baik air ni tak tertumpah.."

"Opss!! Sori..sori..kak.."

"Lain kali jangan buat macam ni. Laju je jantung ni bergerak tau!" Hana 'warning' manja.

"Ok..ok.. I'm promise.." kata Azrol sambil membuat isyarat angkat sumpah.

Mereka berdua ketawa manja. Baru sahaja Hana hendak mengangkat cawan itu, Azrol dengan pantasnya mengambil dahulu.

"Tak pe. Biar saya yang angkat." Azrol mengambil cawan itu dari Hana. Sentuhan tangan telah kena! Mereka berdua bertentangan mata seketika.

Hana tersedar dari lamunan.

"Eh, jom kita ke depan.."ajak Hana lalu berjalan pantas ke ruang tamu.

shahrinas Publish time 1-11-2012 09:12 AM

seronok betul pepagi dah ada n3...kalu free letak n3 lagi k... :D

momey Publish time 1-11-2012 09:26 AM

shahrinas posted on 1-11-2012 09:12 AM static/image/common/back.gif
seronok betul pepagi dah ada n3...kalu free letak n3 lagi k...

ubat ngantok ekeke ;P

momey Publish time 1-11-2012 09:39 AM

Tepat pukul 12.45 tengah hari, Katerine ketuk dan masuk ke dalam bilik Rizal.

"Encik Rizal, jom kuar makan!" ajak Katerine yang suka memakai skirt paras lutut itu.

"Saya nak kene balik rumah la, Rine.."

"Haa?? Alaaa.."

"Len kali k.." kata Rizal lalu keluar dari biliknya.

Katerine menghentakkan kakinya berkali-kali tanda protes.

                                                            .....................................................

Hana dan Azrol saling berpandangan. Diam. Sudah hampir 3 jam Azrol berada di rumah kakak iparnya itu.

"Akak, nak tanya sikit boleh?"

"Amboi, tadi yang berulang kali tanya tu tak de pun minta izin hihi"

"Hihi..soalan ni agak peribadi sikit.."

"Peribadi? Suspen je bunyinye.."

"Ermm.. Akak cintakan abang Rizal?"

"Soalan apa ni?" bisik hati Hana. Dia makin hairan dengan perangai adik iparnya itu.

Hana masih diam.

"Akak.." panggil Azrol.

Hana terjaga dari lamunan.

momey Publish time 1-11-2012 10:07 AM

Beberapa minit kemudian...

Rizal membuka pintu lalu terkejut melihat Hana bersama Azrol berada di ruang tamu. Hana agak terkejut kerana waktu tengah hari memang Rizal tidak akan pulang ke rumah. Tapi kali ni..

"Assalammualaikum.."ucap Rizal lalu berjalan ke arah mereka berdua.

"Waalaikummussalam.." Azrol berjabat tangan dengan Rizal.

"Tak ada class ke?" tanya Rizal lalu duduk rapat di sebelah Hana. Kemudian dia meletakkan tangannya di paha Hana. Hana terpaksa membiarkan demi menjaga maruahsuaminya di hadapan adik iparnya.

Mata Azrol tertumpu pada tangan abangnya yang merayap manja di atas paha kakak iparnya.

"Azrol..hello.."panggil Rizal.

"Err..saya cuti. Pastu teringatkan abang ngan akak..tu yang datang menyinggah tu" jawab Azrol gelabah.

"Tak bagi tau pun nak datang sini.."

"Saje nak wat surprise..hihi"

"Awak, apa kata sepanjang cuti ni boleh la Azrol menumpang tidur rumah kita.."tiba-tiba Hana bersuara.

Rizal dan Azrol terus memandang Hana.

"Nape pandang saya macam tu?" Hana hairan.

Kemudian Rizal memandang Azrol. Dia cukup kenal akan adik bongsunya itu. Agak nakal suatu ketika dulu! Perangainya sudah banyak berubah setelah ditangkap khalwat bersama seorang pelajar. Berjanji dengan arwah Zain dan juga arwah ayah mereka yang dia akan berubah. Tetapi Rizal masih was-was dengan Azrol yang mungkin perkara yang sama akan berulang. Kelebihan Azrol, matanya yang berwarna kebiruan mengikut ibu tirinya. Ayah Rizal kahwin dua. Zain dan Rizal anak isteri pertama dan Azrol anak isteri kedua ayahnya.

"Jangan lama-lama plak duk rumah aku ni.. tak ade privasi.."kata Rizal lalu berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Kejap erk, Azrol.." Hana minta diri lalu mengikut Rizal masuk ke dalam bilik.

                                                            ......................................................

Hana mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik Rizal. Rizal kelihatan terlentang selesa di atas katil. Dia langsung tidak memandang Hana yang sudah masuk ke dalam biliknya itu.

"Awak nak ape?" tanya Rizal yang langsung tidak memandang wajah Hana.

Hana perasan Rizal kurang selesa dengan permintaannya tadi.

"Kalau awak tak suka Azrol duduk rumah kita, saya boleh je cakap dengan dia.." pujuk Hana.

"Saya ikut je mana yang awak suka.." Rizal memalingkan wajahnya ke arah bertentangan Hana.

"Awak marahkan saya ke?"

"Saya letih. Tolong keluar." Rizal agak tegas.

Hana diam. Dia akur. Dia keluar dari bilik itu.

"Malam ni tidur dalam bilik saya" arah Rizal sebelum Hana sempat keluar dari bilik itu.

"What?"

"Sekarang awak boleh keluar dari bilik saya!"

"Heh!"

Hana menghempas pintu bilik Rizal. Azrol perasan dengan kelakuan kakak iparnya itu.

"Akak! Kalau abang dengan akak tak selesa, saya boleh je tidur umah arwah abah.." Azrol cuba main tarik tali.

"Eh, jangan..akak ngan abang ok je.." Hana cuba tenangkan keadaan.

Azrol tersenyum.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11
View full version: uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!


ADVERTISEMENT