cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 04:34 PM

Aku, Dia dan Kilah - (U)

Post Last Edit by cmf_blingblings at 30-5-2011 14:42

Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi selalu,
Rindu rasanya bila tak ada cerita baru. Semalam kakak blings lembutkan jari-jari runcingku untuk mula menulis lagi. Cerita yang dah lama ada di dalam fikiran tapi masih belum ditulis dalam mana-mana buku tiga 5. Semuanya dari kepala mengalir ke keyboard. Harap dapat mengubat rasa jemu dan bosan kawan-kawan semua....

........................

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 04:36 PM

AKU DIA dan KILAH
------------------------

“Laju Zali, laju lagi!” Syimah di belakangku menjerit-jerit. Bunyi anjing yang menyalak itu membuatkan kami ketakutan yang teramat sangat.

“Zali jaga, depan ada lori” jeritnya lebih kuat, aku tergamam, jalan itu hanya lolos untuk sebuah kereta sahaja. Bunyi hon lori itu membuatkan aku lebih terperanjat dan terlalu cemas.

“Zali! Zali! Zali!” suara Syimah akhirnya hilang, kami tersemban ke dalam semak berdekatan pokok ketapang rendang. Lori itu langsung tak berhenti.

“Syimah!” aku tarik Syimah bangun.

“Dahi kau berdarah”

“Aduh, pedihnya” betis putihnya direlas-relas, kelihatan banyak kesan calar akibat rempuhan dengan pokok-pokok renek tadi.

“Aku lap kepala kau” baju putih yang aku pakai segera aku tarik dan kesat ke dahinya.

“Benjollah” ucapku gementar.

“Tak apa, tak sakit sangat, jom balik” nasib baik basikal itu tidak rosak teruk. Aku kayuh semula menuju ke rumah, Syimah membonceng di belakang.

“Balik rumah aku dulu nak, aku suruh mak aku taruh ubat”

“Bolehlah” jawabnya sambil menahan sakit. Kalau tak kerana Cikgu Lijah tentu kami tak tercedera hari itu. Tak patut sungguh, adakah patut disuruhnya kami ke sekolah untuk latihan drama Uda dan Dara? Tak pasal-pasal nanti kami kena gosip lagi. Tak apalah, gosip banyak-banyakpun aku suka, tambahan pula dengan Syimah, gadis paling lawa aku kira di sekolah kami.

Sampai saja di halaman rumah telinga lintahku sudah terdengar suara Mak Su. Alamak, masa inilah nak datang rumah aku.

“Hah!” kami disergah. Sambil berpandangan kami terdiam.

“Hehhh, dating ahhh? Keluar sembunyi-sembunyi, cakap mak baru tau” gadis bertocang dua itu merenung, mencebik seakan mentertawakan kami.

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 04:41 PM

“Huish, siapa suruh datang?” Syimah bertanya kepada adiknya, Kilah atau nama penuhnya Norsyakilah yang sedang berdiri bercekak pinggang. Mata besarnya merenung kami tak berkelip. Habislah kami kali ini. Hatiku kecut. Janganlah dia buka cerita yang bukan-bukan pula.

“Kilah buat apa di sini?” aku terpaksa berlembut, dia asset besar antara aku dan Syimah, posmen karat merangkap bodyguard Syimah bila keluar berdua.

“Teman mak tempah baju raya” ada sisa cokelat atau aiskrim di atas bibirnya yang sedikit bermisai.

“Hah? Mak ada?” tanya Syimah, cemas. Agaknya dia tak mendengar suara Mak Su tadi.

“Macam mana ni?” Syimah memandangku. Dahinya semakin jelas membiru.

“Pergilah balik ikut jalan belakang, mak tak nampak” Kilah meninjau-ninjau.

“Jom aku hantar” kami berpusing balik. Aku pecut basikalku laju.

“Kau jangan lupa taruh ubat luka”

“Allright”

“Tu bukan motor Pak Su?” aku menunjukkan dengan jariku.

“Awal pulak ayah balik hari ni” Syimah menjenguk-jenguk dari tingkap cermin yang renggang.

“Kalau ayah kau tanya?”

“Aku cakaplah jatuh, kena langgar lori”

“Kau ni!”

“Silap, kena kejar anjing”

“Ha! Tu baru betul. Dengan siapa?”

“Sorang”

“Kilah?”

“Kita kau tim nanti” terbanglah lagi duit aku. Kilah pula jenis membaham.

asyriqa Publish time 27-5-2011 04:54 PM

yeayyyy..yeayyyyy{:1_152:}bling dah muncul.... sorak sakan nih....

fizziany Publish time 27-5-2011 04:57 PM

wowwwww...
citer baru...iiiiii....:lol:

fizziany Publish time 27-5-2011 04:58 PM

cinta 3 segi ka ni?

Kilah tu...aku bayangkan kilafairy....buleh?:lol:

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:01 PM

cinta 3 segi ka ni?

Kilah tu...aku bayangkan kilafairy....buleh?
fizziany Post at 27-5-2011 16:58 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifwahahahhaha, boleh gak tu...bibir tak menahan

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:06 PM

Post Last Edit by cmf_blingblings at 27-5-2011 17:07

“Syimah, aku minta maaf tau, ini semua salah lori itu lah. Adeh, nasib baik kita tak baham dek anjing tu. Kau pun satu yang kau teringin sangat ambil buah jambu air kenapa? Lain kali mintalah kat tokey tu”

“Alah, selalu dia bagi aku, anjing tu pulak selalu dia kurung hari ni dia lepas pulak. Cepatlah pergi sebelum ayah aku nampak” bisiknya sambil memusingkan tombol pintu rumahnya.

“Kita jumpa di sekolah esok” dia mengangguk tapi tidak berpaling.

“Kau belanja aku dengan Kilah” aku senyum, gembira hatiku tak terkata.

Aku renung gambar gadis bernama Norhasyimah itu. Dia bukan lagi gadis berumur lima belas tahun. Dia kini pelajar di sebuah universiti di Amerika. Aku bangga sungguh dengan pencapaian cemerlangnya. Pelajar terbaik sekolah kami, Sekolah Sultan Badlishah, Kulim. Lagi tahun dia akan pulang ke Malaysia, waktu itu kami akan melangkah ke fasa lain di dalam hidup kami. Angin-anginnya sudah aku tiupkan ke telinganya. Dia nampak biasa tapi mungkin tak mahu menunjukkan keterujaan seorang gadis yang melampau-lampau.

Dulu kami tinggal berdekatan di Kampung Syed Putra tak jauh dari sekolah. Kini kami sudah lama berpisah, keluargaku sudah lama berhijrah ke Kuala Lumpur memandangkan ayahku ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman. Tahun depan ayah akan bersara, mungkin kami akan terus tinggal di Kuala Lumpur memandangkan ayah sudah lama membeli sebuah rumah di Taman Setiawangsa.

Tahun ini aku sudah mula bekerja, mengajar di sebuah sekolah menengah. Tak sabar nak memulakan tugas sebagai guru berijazah. Tak ramai rakan-rakanku yang berminat nak menjadi guru terutamanya yang lelaki. Pilihan kerjaya terakhir kalau masih menganggur. Berbeza dengan aku, minat sungguh nak mengajar anak-anak bangsa.   

Sudah agak lama aku tak menerima apa-apa berita dari Syimah, mungkin juga sibuk dengan pelajaran. Aku cukup maklum, kursusnya bukan sebarangan kejuteraan. Aku sendiri tak mampu nak mengambil kursus itu. Setakat sains dan matematik sahaja aku lulus kepujian kelas ke dua dariUniversiti Malaya.

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:06 PM

yeayyyy..yeayyyyybling dah muncul.... sorak sakan nih....
asyriqa Post at 27-5-2011 16:54 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
toceh toceh toceh{:1_152:} {:1_152:}

nanazulkifli Publish time 27-5-2011 05:13 PM

kak bling,kali nie cter pasal pe?? :)

qimi08 Publish time 27-5-2011 05:13 PM

Tinggalkan jejak jemari ku sebelum berangkat
Wah bagus nanti tempat bermain ini akan havoc semula dan kawan2 semua dpt menambah kredit {:1_152:}

asyriqa Publish time 27-5-2011 05:13 PM

Reply 6# fizziany

pergghhh anjelina joli mesia tuh...:lol:

qimi08 Publish time 27-5-2011 05:14 PM

harap haku balik rumah ni belum berkunci (masuk banglo baru)lagi ha ha ha ha ha klu idak mau minta MOD buat kunci pendua...

asyriqa Publish time 27-5-2011 05:18 PM

Reply 13# qimi08

bila berangkat qimi....ala takan berkuncinye.... bling pun nak terbang gak nanti.... sure sunyi gak time cuti nih....

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:21 PM

Tinggalkan jejak jemari ku sebelum berangkat
Wah bagus nanti tempat bermain ini akan havoc semula...
qimi08 Post at 27-5-2011 17:13 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifmuahhhhhhhhhhh, sempat juga hang tinggalkan jejak ni...

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:22 PM

Replyqimi08

bila berangkat qimi....ala takan berkuncinye.... bling pun nak terbang gak nanti.. ...
asyriqa Post at 27-5-2011 17:18 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
anak aku suh beli DIGI broadband yg kira hari punya ...takut tak ada line

cmf_blingblings Publish time 27-5-2011 05:25 PM

kak bling,kali nie cter pasal pe??
nanazulkifli Post at 27-5-2011 17:13 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifpasal apa ya? pasal centaaaa, seorang lelaki pada seorang perempuan tapi.....tettttt,kena ikuti jln cita ni ...yg berliku-liku, mcm cerita di luar sana, sesuatu yg mudah tapi sebenarnya susah

qimi08 Publish time 27-5-2011 05:27 PM

Reply 14# asyriqa

Salam riqa...
berangkat inshaallah 1st june-tadi agent beritahun nunda tarikh lagi...
musim cuti sekolah penerbangan penuh.....

tak apa nanti riqa masuk rumah kak alina hari ni dah balik dah....harap dia dpt idea yg banyak untuk
sambung kedua-dua cerita dia tu

qimi08 Publish time 27-5-2011 05:28 PM

Reply 15# cmf_blingblings

sbb di office tu masih sempat lagi lain lah klu dah balik susah sikit...
amboi bercuti pun lappy bawak? sakan nak main fb ke? ;P

asyriqa Publish time 27-5-2011 05:29 PM

digi ni baek punya cover ka... yang aku tau baik celcom...maxis sumanya mcm @#$%^&...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Aku, Dia dan Kilah - (U)


ADVERTISEMENT