ADRIANAQISTINA Publish time 30-5-2011 05:30 PM

salam...akak,
tumpang bc jer..
ari baru ader masa nk singgah umah baru akak ni....:rf:

cmf_blingblings Publish time 30-5-2011 05:33 PM

salam...akak,
tumpang bc jer..
ari baru ader masa nk singgah umah baru akak ni....
ADRIANAQISTINA Post at 30-5-2011 17:30 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifsalam yang oi, tumpang-tumpang apa, baca ajalah:lol:

cmf_blingblings Publish time 30-5-2011 05:34 PM

Sekejap aje rasanya dah boleh beli kereta. Dah ada peningkatan dalam kehidupan seorang cikgu.
zeeghaz Post at 30-5-2011 17:16 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
sekali dapat arears mau enam ribu lebih ni...guru ijazah gaji boleh tahan kot:loveliness:

asyriqa Publish time 30-5-2011 10:19 PM

blinggg...malam ni sambung la lagi sket... :$

mertua Publish time 30-5-2011 10:42 PM

Bling, sambung lah lagi

merahsilver Publish time 30-5-2011 10:54 PM

aku nak tggu lama ckit, br bc citer bling nih.... :P
baru dapat baca puas2.... :P

adalia Publish time 30-5-2011 11:01 PM

br sempat baca....best2..{:1_152:}
nnt mesti zali tersangkut kt kilah jgk nih...
mula baca ja dah suka kt watak kilah..
tu blum lg watak syimah muncul...

mazz2009 Publish time 31-5-2011 08:16 AM

Reply 103# cmf_blingblings


    mcm adik aku bling.... cikgu kn keje lps dkt 3 bln dpt gaji... lps je dpt gaji adik aku bli kete. tp nk menunggu 3 bln dpt gaji tu seksa semua org nk tanggung dia :lol: :lol:

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 10:18 AM

Replycmf_blingblings


    mcm adik aku bling.... cikgu kn keje lps dkt 3 bln dpt gaji... lps...
mazz2009 Post at 31-5-2011 08:16 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifaku tulis melalui pengalaman gak ni....hihihihi

naufal2705 Publish time 31-5-2011 10:35 AM

As salam Blings... dah lama rindukan cite dari Blings.. Thank you2.....:loveliness:

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 10:39 AM

As salam Blings... dah lama rindukan cite dari Blings.. Thank you2.....
naufal2705 Post at 31-5-2011 10:35 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifsama-sama, dah sunyi board ni terciptalah satu cerita:lol:

ovina Publish time 31-5-2011 10:40 AM

sambung lg akak....

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 10:56 AM

sambung sikit

“Naiklah abang, Kilah panggil mak” aku hanya menunggu di tanah. Suaranya terdengar bercakap-cakap dengan seseorang. Bunyi lantai berkeriut dipijak semakin jelas. Aku renung wajah wanita itu. Tak lain tak bukan itu Mak Su. Laju dia menuruni tangga.

“Anak oi, hang cari juga” aku hulurkan tangan, dia sebaliknya mendakap aku.

“Mak ayah baik?” aku angguk perlahan. Tak pasal-pasal naik sebak.

“Alhamdulillah baik”

“Naiklah chek” jemputnya.

Di atas rumah ada seseorang yang terlantar. Kurus kering tubuh badannya yang berselimut kain pelekat.

“Pak Su” aku menghampirinya, melutut di sebelahnya.

“Allah hu akbar” ucapnya dengan lemah sekali, hanya sebelah tangan yang dihulurkan kepadaku.

“Kilah buat ayaq” bising suara Mak Su, masih tak berubah. Tak banyak benda di dalam rumah itu.

“Rumah siapa ni?” tanyaku kepada Mak Su.

“Rumah pusaka. Macam mana boleh jumpa Kilah?” tanya Mak Su.

“Entahlah tau-tau terjumpa, Zali dah lama mengajar di Mahang, tak tau pula Pak Su dan Mak Su tinggal tak jauh dari Mahang”

“Dalam dua tahun lepas kami pindah pasal Pak Su jatuh sakit” jelas Mak Su perlahan, sehelai tuala dibasahkan. Badan Pak Su dilapkan perlahan-lahan.

“Pak Su jatuh ke?”

“Kena serangan angin ahmar, lumpuh sebelah ni. Cakappun tak berapa nak faham”

“Syimah dah tahu?”

“Kilah kata tak payah bagitahu. Dia sedang belajar, nanti mengganggu tumpuan pula. Tahun lagi satu dia dah habis, Mak Su ni harap kat dialah, kesian Kilah, dah la berhenti belajar, sekarang ni kerja kilang, malam pulak kerja kat kedai makan. Pagi-pagi mak su menoreh kat tepi-tepi rumah ni, buat belanja dapur, kesian pulak kat Kilah sorang-sorang, nak beli ubat untuk ayah dia, nak sara kakak dia belajar lagi. Habuan, nak buat macam mana, terima ajalah”

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 10:58 AM

Post Last Edit by cmf_blingblings at 31-5-2011 11:05

Air teh ‘O’ panas dihidangkan di depanku. Kilah sudah berbeza dari dulu, pendiam, tidak lagi kasar dan kuat bertekak denganku. Mungkin juga tertekan dengan segala macam masalah di saat usia semuda itu. Pelajaran terbengkalai, cita-cita terkandas dan bebanan kini di bahunya.

“Buat apa tu?” aku tegurnya yang masih di dapur.

“Er, abang nak kain pelekat?” aku tersenyum sambil menggeleng.

“Abang boleh sembahyang dengan seluar ni, ok aja. Ah, Kilah ada masa sikit? Abang cuma nak tumpang tanya”

“Apa dia?”

“Lamanya kita tak jumpa, rasa lain” dia tersenyum. Aku sedikit lega.

“Hmm, ya dulu lain, masih zaman budak-budak, sekarang dah dewasa, dah tak boleh man-main, tanggungjawab banyak”

“Betul tu, mengapa berhenti belajar? Boleh minta bantuan dari mana-mana badan yang berkaitan” suara aku perlahankan.

“Dah minta tapi tak dapat, bantuan kebajikan masyarakat sikit sangat, sekarang ni lega sikit dapat duit Socso”

“Mak menoreh lagi, Kilah masuklah ke UITM semula, sayang tau tinggalkan pelajaran lama-lama” walaupun agak jauh aku nampak hidungnya yang semakin merah, mata sudah berkedip”

“Kalau setakat kami bertiga bolehlah hidup dengan apa yang ada tapi kakak di sana perlukan duit. Duit biasiswa tu sekali sekala tak cukup. Kilah tak mahu cita-cita kakak tak kesampaian. Hanya dia harapan kami, insyaallah balik nanti tentu kakak boleh bantu dan Kilah boleh belajar semula”

“Kilah, abang dah lama tak dapat surat dari kak Syimah, Kilah ada dapat berita apa-apa dari dia?”

“Er, adalah juga, dia sibuklah”

“Emm, abang tahulah tapi dah setahun dia tak balas surat abang, Kilah tahu mengapa?” dia renung aku agak lama tanpa bersuara kemudian berpaling melihat apa yang sedang dimasaknya di atas dapur. Aku masih menunggu.

ovina Publish time 31-5-2011 10:58 AM

sadisnya kisah kilah...berkorban utk family....:'(

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 11:05 AM

sadisnya kisah kilah...berkorban utk family....
ovina Post at 31-5-2011 10:58 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifcerita air mata ni:'(

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 11:06 AM

cerita aku selalu kasi org speku kan?

ovina Publish time 31-5-2011 11:15 AM

takpe akak...kisah airmata suka duka kan lumrah kehidupan...yg penting kita semua rasa best membacanya...ni mesti nanti syimah balik jd mcm kacang lupakan kulit...lupa family yg byk berkorban utk dia selama ni...(speku lagi...sorry)

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 11:20 AM

takpe akak...kisah airmata suka duka kan lumrah kehidupan...yg penting kita semua rasa best membacan ...
ovina Post at 31-5-2011 11:15 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.giftgh terfikir gak nak buat macam tu, tak kot

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 11:39 AM

Malam itu aku makan malam bersama Pak Su dan Mak Su. Makanan yang dimasak oleh Kilah, ringkas sahaja. Telur dadar, sayur kangkung dan bilis goreng. Jadilah, itupun bagiku begitu lazat sekali.

“Buat apa bagi duit, tak payahlah” Mak Su menolak tanganku. Hanya itu wang yang ada di dalam dompet hari itu.

“Ambillah, buat beli buah untuk Pak Su, dah tahu rumah senanglah, nanti Zali datang lagi”

“Tunggu sat, biar Kilah ambil lampu suluh, gelap nak jalan malam-malam, takut ada ular” Mak Su berdiri denganku di depan pintu. Selepas bersalaman aku berjalan sambil ditemani Kilah menuju ke jalan besar.

“Macam mana abang nak hubungi kakak? Kilah boleh tolong abang?” tak berhenti aku mendesaknya.

“Hmm, Kilahpun tak tahu, alamat yang abang hantar tu betulkah?”

“Betul, selama ini alamat itulah yang abang hantar, dia dah pindah ke?”

“Mungkin juga, macam mana kalau abang guna internet, email ke?” langkahku terhenti.

“Email address dia ada?”

“Abang ada internet line?”

“Ada”

“Bagikan alamat e-mail address abang, nanti Kilah bagi pada kakak, dia tu pemalas tulis surat. Bukan abang tak tahu”

“Ia ke?” langkahku terhenti. Dia menungguku.

“Macam mana tahu?” tanyaku.

“Kami ni dua beradiklah, semuanya Kilah tahu. Abang sayang sangat pada kakak, Kilah baca semua surat-surat abang dulu”

“Alamak malulah. Semuanya Kilah baca?” dia tergelak kecil. Aku tulis alamat e-mail itu pada sekeping kad yang ada di dalam keretaku dan aku hulurkan kepadanya.

“Kilah, abang tak ada sesiapa lagi yang boleh tolong abang, abang harap sangat. Kami dah lama berkawan, Kilah tentu tahu pasal kami” dia mengangguk.

“Abang ni dari dulu, sama aja” aku tersengih lagi. Melihat beberapa pemuda yang mula berkeliaran dengan motorsikal di kawasan keretaku Kilah cepat-cepat beredar.
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Aku, Dia dan Kilah - (U)


ADVERTISEMENT