ainahakimi Publish time 31-5-2011 03:37 PM

TQ blings...akhirnya ada gak cerita baru...

harap2 hari2 ada n3...nak baca cerita lain semuanya sunyi sepi aje.....:(

ovina Publish time 31-5-2011 03:44 PM

akak sambungla lagi..ptg2 ni nak baca citer.....:$

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 04:16 PM

Suatu malam aku pulang awal kerana Kilah kurang sihat. Di rumah aku sudah bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Lama sungguh aku tak melihat bandar, rindu yang teramat sangat pada ibu dan ayah serta saudara-saudaraku di sana.

Aku gagahkan diri merenung skrin di komputer ribaku. Mata ku tenyeh beberapa kali. Benarkah? Aku tak percaya, hati gundah menjadi berbunya, terketar pula jari nak menekan board kekunci itu. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dan Kilah, membawa pula kepada si gadis pujaanku.

Dari Syimmy85@yahoo.com. Aku buka email itu.
Pendek sahaja tapi cukup untuk membuatkan aku tak lena tidur semalaman.

'Askm Zali,
Apa khabar, lama sungguh tak hantar apa-apa berita. Ingatkan kau dah lupa aku. Kilah yang berikan email address ni. Reply please, aku rindu nak jumpa kau lagi, banyak benda nak share dengan kau’

Aku renung, aku baca berpuluh-puluh kali. Sepanjang malam senyumanku terukir dengan sendirinya. Aku taip, aku padam, aku taip, aku padam lagi. Serba tak kena, seronok tak terkira tapi akhirnya aku balas juga email itu.

‘Waalaikum salam,
Mana kau pergi? Kau dah tak ingat aku lagi? Kesian aku kat ulu ni, nasib baik ada Kilah, boleh juga buat kawan. Kau bila nak balik? Mak aku kata kau dah dapat mat saleh mata biru, mat melayu mata hitam kau dah tak layan ke?
Salam dari aku, Zali’

Aku hantarkan email itu. Lega, harap-harap nanti dia balas. Kalau emailpun tak nak layan memang aku nak kena undur dirilah jawabnya. Lagi setahun Zali, lagi setahun. Sabarlah. Aku masih memujuk hati.

Cuti sekolah masih panjang, aku sudah bersiap sedia untuk berangkat pulang ke KL. Minyak kereta sudah penuh. Kain baju dan komputer riba sudah aku masukkan ke dalam beg. Seronoknya dapat balik KL, banyak cerita yang aku bawa. Harapanku kian tinggi melangit, penantianku sudah hampir tamat. Aku singgah dulu melihat Pak Su dan Mak Su, Kilah masih di kilang, kerja lebih masa. Rajin sungguh adikku seorang itu.

zeeghaz Publish time 31-5-2011 04:33 PM

Syimah hantar juga email kat Zali, apa citer?

asyriqa Publish time 31-5-2011 04:37 PM

rasanya syimah anggap zali kawan jek la...nengok pada email si syimah tu x nampak mcm email kerinduan pada kekasih... tapi lebih ke rindu pada sahabat... gamaknya si syimah ni dah kawen ler ngan mamat mata biru ke kelabu asap ke hijau ke negro ke...:lol:

mhayati Publish time 31-5-2011 04:42 PM

Syimah hantar juga email kat Zali, apa citer?
zeeghaz Post at 31-5-2011 16:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Ha... rase2nye Kilah yg htr.. selama ni Syimah tak htr surat tiba2 bole plak htr email. I wonder how i wonder why??..

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 04:46 PM

Ha... rase2nye Kilah yg htr.. selama ni Syimah tak htr surat tiba2 bole plak htr email. I wonder ...
mhayati Post at 31-5-2011 16:42 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifkan adik dia minta alamat email Zali sbb kakak dia malas tulis surat

starlights Publish time 31-5-2011 04:47 PM

Reply 131# cmf_blingblings


   adakah manager kak bling itu kak qimi? jeng.. jeng.. jeng.. :P

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 04:49 PM

Bukan main gembira emak menyambut aku petang itu. Mak masakkan kuih jala bersama kari daging istimewa untuk aku petang itu. Kakakku juga menunggu sama bersama suami dan anak-anaknya.

“Gemuk kau Zali” kakakku Nazly menegur.

“Ialah, macam orang baru nikah, perut dah naik” melopong aku mendengar komen abang iparku pula.

“Hati senanglah tu, hah, cikgu manalah agaknya yang dah cakuk tangan dia” emak mengusik.

“Cikgu semua dah jadi mak orang, tak ada chance”

“Hmm, jangan pulak kau gatal dengan anak-anak Maniam kat estate tu”

“Lawa apa anak-anak Maniam tu, hidung terpacak, mata macam Hema Malini. Itulah mak tak tahu, kalau Tuhan tukarkan kulit orang India jadi putih, dan orang Cina jadi hitam, sejam aja cukuplah, terjun sungai semua anak dara Cina makan hati” gelak mereka mendengar aku membuat lawak di petang-petang hari begitu.

“Berita baik ni” aku ketuk gelas di atas meja.

“Apa pulak?” kakakku mengangkat muka.

“Dah jumpa Mak Su dan Pak Su Nan, dia orang tinggal dekat Mahang, belum sampailah, lepas sikit dari Sungai Kob”

“Pandai pulak kau cari” abah mencelah.

“Maunya tak pandai, ada makna tu” emak mengusik.

“Memang bermakna, Kilah kerja kerani kilang, dia berhenti belajar pasal Pak Su lumpuh, nak tunggu kakak dia balik baru nak sambung belajar agaknya” melopong emak dan abah mendengar ceritaku.

“Baik-baik anak-anak dara Nan dan Hawa tu” abah bersuara perlahan.

“Kilah dengan Syimah tu adik beradik kandung ke? Lain benar rupanya” Kakakku bertanya. Emak dan abah berpandangan.

“Anak dialah, anak siapa lagi, memandai aja kau” kakak tergelak kecil.

“Mana tahu macam anak bela aja” aku juga pernah terfikirkan perkara yang sama.

ovina Publish time 31-5-2011 04:52 PM

teringat pulak dkt harris dgn cik kia....:lol:

naza81 Publish time 31-5-2011 04:54 PM

nak speku b4 balik..tah2 kilah yg antor on behalf shimah..hehehhe

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 05:02 PM

teringat pulak dkt harris dgn cik kia....
ovina Post at 31-5-2011 16:52 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gifjgnlah...ni cerita lain:sleepy:

zeeghaz Publish time 31-5-2011 05:13 PM

Reply 146# mhayati

Mungkin juga ye???

zeeghaz Publish time 31-5-2011 05:15 PM

Kilah dan Syimah tu bukan adik-beradik ke Blings?

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 05:16 PM

Kilah dan Syimah tu bukan adik-beradik ke Blings?
zeeghaz Post at 31-5-2011 17:15 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

adik beradiklah

zeeghaz Publish time 31-5-2011 05:21 PM

Kilah dan Syimah tu bukan adik beradik ke, Blings?

farra1519 Publish time 31-5-2011 05:43 PM

kali nie takkan biarkan bling2 punyer citer ketinggalan jauh...akn ku followwwww

sang_arjuna Publish time 31-5-2011 06:32 PM

Reply 151# naza81


gua pun rasa camtu
sbb kilafairy tahu syima dah ada bf baru & dia tak nak zali kuciwa
tp bila syima balik nanti ada perebutan kuasa kot

sambung lagi & lagi blings

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 06:33 PM

Replynaza81


gua pun rasa camtu
sbb kilafairy tahu syima dah ada bf baru & dia tak nak zali...
sang_arjuna Post at 31-5-2011 18:32 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.giftak menahan tau smiley ni...kilafairy,,,,wahahahhahahh aku mmg nak gelak

cmf_blingblings Publish time 31-5-2011 06:34 PM

kali nie takkan biarkan bling2 punyer citer ketinggalan jauh...akn ku followwwww
farra1519 Post at 31-5-2011 17:43 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.giffollow, kalau tidak tertinggal nanti, kalau tak tertinggal rumah kena kunci:lol: ..dua tu aja
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: Aku, Dia dan Kilah - (U)


ADVERTISEMENT