ADRIANAQISTINA Publish time 15-12-2010 05:12 PM

la sketnya...
smbg la panjang sket....:$:loveliness:

mijot Publish time 15-12-2010 07:41 PM

ada dua cupid kecik yang akan tolong jayakan hubungan hana dan zakif..

aerolit_gurlz Publish time 15-12-2010 07:55 PM

Dania dah bertepuk tangan suka apabila melihat Zakif bangun daripada sofanya.Selamba sahaja Zakif melabuhkan punggungnya disebelah Hana.Hana tersentak.Rasa macam ada aliran elektrik tiba-tiba apabila bahunya bersentuh dengan bahu Zakif.

Relax Hana..Cool..Chill aje.Setakat sentuh bahu aje.Berlapik lagi tu.

“Eee..Nyibuk ajelah adik ni!”Daniel merengus geram.Dia menapak perlahan-lahan.Aku kalau dah duduk atas sofa memang liat dah nak bangun balik.Tapi game punya pasal kan?

Sekali lagi Daniel menyelit tepi Zakif.Zakif terpaksa berganjak sedikit kea rah Hana.Kali ini lebih rapat.Tubuh Daniel kelihatan kecil aje apabila menyelit ditepi tubuh Zakif.Enak aje dia bersandar di lengan Zakif.

Dania tak lepas peluang.Terus dia duduk diatas riba Hana.Hana gigit bibir.Game punya pasal,excited bukan main.

Kedudukan kini dah berubah.Daniel disofa hujung belah kiri,manakala Zakif disebelahnya.Hana pula disebelah Zakif,dalam erti kata lain,dia duduk disofa hujung belah kanan.Dan Dania pula ambil kesempatan duduk di atas peha Hana sambil kepalanya dirapatkan ke arah Zakif sebab nak tengok Zakif main game.

Hana rasa macam nak angkat aje tubuh Dania daripada ribanya dan dia cepat-cepat blah daripada situ.Seminit lagi pun dia dah rasa tak mampu.Berapa kali dah bahu dia dengan bahu Zakif bergesel.Minyak wangi Zakif pun terasa macam mencucuk-cucuk aje lubang hidungnya waktu tu.

‘Iskk..minyakapa yang dia pakai ni?Minyak gamat ke?’Hana dah mula mengomel dalam hati sendiri.Sengaja dia cakap yang buruk-buruk walhal hati sebenarnya puas sepak terajang perasaan berdebar-debar yang tak tahu daripada mana muncul tak bagi salam.

“Abang Kit..Ajar Dania main..”ujar Dania.Hana terasa wajahnya panas apabila daripada ekor matanya dia dapat merasakan yang mata Zakif memandang ke arah mereka-lebih tepat lagi memandang ke arah Dania.

“Eh eh!Abang tak main lagilah..”Daniel dah bersuara.Bengang betul dia dengan adiknya ni.Orang lain nak main game dia pun nak main game.Pergi main kawen-kawen dengan Buyutlah..

“Dania nak main game yea?Duduk dekat sini.Suruh Abang Kit ajar yea..”Hana cuba mengangkat tubuh Dania,namun Dania sengaja mengakukan dirinya.Dia menoleh memandang Hana.

“Alaa..Kak Han nak pergi mana?Duduk sini ajelah.Tengok Dania main eh?”Dania sengih comel.
Aiseh!Lagi sekali rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.Handphone dah bertukar tangan.Muka Dania dah teruja habis sebab dapat pegang handphone.Disandarkan belakangnya pada dada Hana.Dibuatnya dada Hana macam sofa kejap.Hana dah mati akal.Sungguh.Dia dah terperangkap bila Dania duduk gaya macam tu.

Daniel dah berlari ke sebelah Hana.Duduk sebelah Zakif dah tak nampak game tu macam mana.Dia nak tengok juga adiknya itu main game.Daniel bagi keadaan yang bertambah sempit itu lagi sempit.

Dania pakai main tekan-tekan aje butang dekat keypad tu.Tiba-tiba dia tersengih.Ditolehnya pandangZakif.

“Abang Kit..macam mana nak main?”soal Dania.Dia tersengih lagi.

Zakif tersenyum.Budak-budak..Dirapatkan kepalanya ke arah Dania.Aku kalau tak pakai spek mata memang rabun.Tapi aku tak berapa nak gemar pakai spek mata.Sorrylah yea Pn.Hana.Terpaksa awak duduk macam cacing kepanasan kejap.

Dania menekan-nekan keypad itu ikut suka hati aje.Berkerut-kerut dahinya.

“Tak boleh pun Abang Kit..”Dania mengomel lagi.

Tangan kanan Zakif panjangkan melepasi belakang Hana.Hana tersentak apabila toleh-toleh aje dia nampak belakang Zakif sebelah mukanya.Posisi dia sekarang macam dia berada dalam pelukan Zakif.Ahh sudah!Hana dah rasa dadanya berdebar makin teruk.

Ibu…Hana sakit dada.


aerolit_gurlz Publish time 15-12-2010 07:56 PM

Tangan kanan Zakif memegang tangan comel kanan Dania menekan-nekan butang keypad.Tangan kirinya pula memegang tangan kiri Dania.

Muka Dania sekejap-sekejap tersengih.Sekejap-sekejap berkerut apabila game yang dia kawal [ atas bantuan Zakif ] berjalan dengan lancar.Mulutnya dengan mulut Daniel tak henti-henti mengeluarkan bunyi seperti ;

‘Owh…terer terer..’

‘Wooo…drift drift.Laju lagi.Laju lagi.Potong kereta tu..’

Hana tergeleng-geleng kepalanya.Bising aje rumah opahnya waktu tu.Nasib baik semua saudara-maranya kebanyakannya keluar pergi ke bandar.

Zakif mengerling Hana di sebelah.Tekun aje memandang Dania main game.Sama juga dengan Daniel.Dipandangnya kedudukan dia dengan Hana.Memang rapat.Dia memang sengaja aje tempah bala.Macamlah dia tak tahu yang Hana tu pantang diusik sikit.

Tapi lagi tak boleh diusik,lagi kita suka usik kan?

Sengihan nakal mula terbit di bibir Zakif.Sebelah tangan kanannya tidak lagi membantu Dania menekan-nekan keypad.Relax aje tangan kanannya disantaikan di atas sofa.Dan kalau sengaja-sengajalahkan dia jatuhkan tangannya itu,memang tangannya akan terus landing dekat atas port bahu Hana.

Dan..memang sengaja-sengaja aje dia jatuhkan tangannya pada bahu Hana.

Mata Hana dah terbuntang luas.Allah!Dia teguk air liur.Tangan kanan Zakif atas bahu dia.
Zakif..you jangan nak melampau yea..Hana bagi amaran dalam hati.

Zakif sengih jahat.Hana tak bagi apa-apa respon pun.Samada dia memang tak sedar ataupun dia memang sengaja buat-buat tak sedar.

Takpe..kita uji lagi.

Jemari tangan Zakif melakarkan entah apa-apa di bahu Hana.Lagi sekali mata Hana terbuntang.Grr..dia dah buat hal dah.

Hana pandang Zakif yang sibuk memandang tempat lain.Mencerun anak matanya.Zakif buat slow motion pandang Hana.Keningnya terjungkit.

Hana gigit bibir,geram.Rasa macam nak kepak aje tangan kanan Zakif ke belakang.Pulas lengan dia sampai patah.Gatal ya amat!

Zakif tahan senyuman daripada terukir.Nampak yang Hana tengah tahan geram.Entah apa yang dia sumpah aku pun aku tak tahulah.Entah-entah dia tengah baca mantera supaya aku terus jadi Manjinbu kot.

Badannya dirapatkan lagi kea rah Hana.Sekali lagi dia buat Hana tersentak.Eee mamat ni kan?Aku flying kick juga karang.

“What?”tidak beriak muka Zakif.Dashyat…Dia ushar muka aku lebih daripada sepuluh saat.

Iskkk…Hana alihkan mukanya ke hadapan.Ikutkan hatinya,memang dia nak bukak aje mulut.Tapi ada budak-budak berdua ni pulak.

Tiba-tiba Dania pandang muka Hana.Erk!Hana kaku.Pandangan Dania beralih pada tangan Zakif yang sudah jatuh ke bahu Hana.Erk!Zakif pula macam kaget.Apa ke halnya Dania buat muka keras macam tu.

Berkelip-kelip mata Dania memandang Hana dan Zakif.Err…perlahan-lahan Zakif angkat tangan kanannya daripada bahu Hana.Aku rasa macam budak ni nak kasi aku amaran jangan suka-suka hati sentuh kakak kesayangan dia kot.

“Kak Han..”Dania bersuara perlahan.

“Nak beyak..”ujarnya lagi.Kali ini,tangannya sudah menekan-nekan perutnya.Handphone sudah dilemparkan pada Daniel.

Ngehhh…Rahang bawah Zakif macam nak jatuh aje.Mana budak ni belajar stail kejutkan orang macam tu?Dia buat aku fikir yang aku dah buat kesalahan besar sebab sentuh bahu Hana.Rupa-rupanya..

Hana cepat-cepat angkat tubuh Dania.Dia turut sama bangun.Dalam hati ucapan syukur dipanjatkan berulang kali.Meskipun gaya Dania buat semua orang macam suspen aje,tapi kira dia dah selamatlah.Entah apa pula Zakif nak buat bila lagi lama dia duduk dekat sebelah Zakif.

Nota untuk diri sendiri,Zakif memang pantang lepa.Suka ambik kesempatan.

Sebelum dia berlalu,sempat dia pijak kuat kaki Zakif.Aku pijak macam kaki dia tu karpet aje.Dia menoleh ke belakang,melihat muka Zakif yang sudah berkerut sakitnya.Nasib Daniel tak sedar apa yang dia buat dekat Zakif.

                                                                                           [ BAB 6 TAMAT ] :laugh3:

Banana Publish time 15-12-2010 09:15 PM

Hahahahh cutelah Zakif and Hana nih

cik_kiah Publish time 15-12-2010 11:38 PM

besh{:1_152:}

uda08_za Publish time 16-12-2010 11:44 AM

Ya Allah Hana..................
seronok kenakan Zhakif ya. Dosa tau pijak kaki suami.;P
Tp Zhakif pun boleh buat jantung Hana nak meletup

fazss Publish time 16-12-2010 12:16 PM

hehehe...good job zakif... hana..hana...

merahsilver Publish time 16-12-2010 06:26 PM

bila agaknya org berdua ni nak loving-loving ek?? :P:P
asyik gaduh2 manje je... tp syok gak baca n bayangkan aksi2 derang ni...
sambung lg dear... pnjg2 k!!!

qimi08 Publish time 16-12-2010 06:58 PM

Penulis pemalu ke?
Tak reply langung komen member2 kat sini?:$

Janganlah malu2 sesekali munculkan diri...berkenalan dgn peminat:P

fazss Publish time 17-12-2010 11:01 AM

salam semua...

aerolit_gurlz Publish time 17-12-2010 08:47 PM

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 17-12-2010 20:52

-7-
ZAKIF MENGEKORI DARIPADA belakang.Langkahnya perlahan sahaja.Dipandang Hana yang sudah beberapa meter di hadapannya itu.Hana yang berjalan sebaris dengan Dania dan Daniel.
Hana memberhentikan langkahnya.Dia menoleh ke belakang.Dipandangnya Zakif yang jauh daripadanya.Hana gelengkan kepala.
Kesian..tak pernah pergi bendanglah tu.
Statik sahaja Hana menunggu Zakif di situ.Tidak langsung dia berganjak daripada tempatnya berdiri.Dania dan Daniel sudah lama sampai ke pokok rambutan.Hana berpatah balik.Kesian pula dia tengok Zakif yang terkial-kial.
Zakifyang sedang berusaha mengimbangkan badannya mengangkat muka.Entah bila Hana berada di hadapannya pun dia tak tahu.Hana mengangkat kening.Zakif pura-pura tak nampak.
Nak kutuk akulah tu.
“Boleh ke?”soal Hana.
“Bolehlah.You ingat I ni kolot sangat ke?”
Hana diam.Hanya mencebik dalam hati.Orait..aku dah tanya penuh kesopanan dan kelembutan dia boleh cakap kerek macam tu.Takpe..takpe..
Dia kembali berpusing,untuk melangkah ke hadapan.Tanah yang lembik akibat hujan itu penuh hati-hati dia pijak.Silap-silap hari bulan,kaki langsung tak boleh nak angkat keluar.
Erk!Zakif telan air liur.Allah!Kaki terlekat.Tak boleh nak angkat.Dia pandang Hana yangsudah ke hadapan.Aiseh.Apa aku nak buat ni?
Zakif cuba menarik kakinya,namun tidak berhasil.Malah,kakinya semakin ke dalam.
Apa aku nak panggil dia ni?Hana?You?Yang?Awak?
Aduh!Zakif dah hilang idea.Hana yang makin jauh melangkah meninggalkannya dipandang lagi.
“Han..Hana!”Zakif menjerit kuat.Langkah Hana terhenti.Dia berpusing.Rasa pelik melihat Zakif berdiri tercegat dengan tangan yang diangkat ke atas.Apa ke hal mamat tu buat gaya macam orang kena sumpah aje.
“Apahal?”Hana turut sama menjerit.
“K..Kaki i..”
Dahi Hana berkerut.Kaki i?Kenapa dengan kaki dia?
“Kenapa?”soal Hana.
“Kaki I tersekat.”
Tersekat?Hana patah balik.Laju langkahnya.Selang beberapa tapak daripada Zakif,dia terhenti.
“Tak boleh tarik keluar ke?”
Zakif tayang muka menyampah.
“Kalau boleh tarik,dah lama I tarik sendirilah.”
Hana terus berpeluk tubuh.
“Habis you nak I buat apa?”
Hekeleh..kereknya.Zakif rasa menyesal sebab panggil Hana patah balik tadi.Muka Hana yang jelas bagi isyarat ‘ I tahu you nak merayu dekat i.Haa..lekas merayu..’buat dia rasa macam kena tendang aje dekat dada.
“Tariklah I keluar..”
“Kenapa I nak kena tarik you pula?”
Soalan jenis apakah ini?Zakif pandang lagi Hana.Hana hanya buat muka selamba.
“You jangan nak buat lawak Hana.I tersangkut ni.”
Sengihan cuba Hana pendam.Lantaklah.Masa untuk balas dendam apa?Daripada semalam sampai ke pagi ini dia kenakan aku.Sekarang turn akulah pula kan?
“Ala..nanti bolehlah keluar kaki you tu.You tarik ajelah.I pergi dululah yea.Pokok rambutan dah panggil I tu..”
What the?Zakif hanya mampu memandang Hana dengan pandangan terkebil-kebil.Melampau sungguhlah.Rasa macam nak sumpah seranah aje.Boleh Hana blah,tinggalkan dia macam tu aje?Isteri jenis apa dia ni?
Orait Kif.Chill.Tarik nafas pelan-pelan.
Pelan-pelan apanya.Aku dah nak makin tenggelam dah ni.
Baju Zakif dah habis berlumur dengan lumpur.Tapak tangannya pun dah habis kotor.Seluar treknya jangan cakaplah,konfem dah arwah punya.
Dan yang Zakif mampu lakukan waktu itu,hanyalah berdoa,semoga Allah menolongnya.

aerolit_gurlz Publish time 17-12-2010 08:56 PM

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 17-12-2010 21:01


ZAKIF SENYUM SINISdihadapan Hana.Hana teguk air liur.Allah!Dia nak balas dendam balik ke?Kalau yea pun nak balas dendam,tolonglah jangan sekarang.
Zakif mencangkung di hadapan Hana.Hana mengensot sedikit ke belakang.Tiba-tiba aje nampak macam Zakif dah tumbuh tanduk.Panjang tangan Zakif menarik kaki kiri Hana.Kuat dia menarik.Dan serentak dengan itu,jeritan kuat kedengaran.
“Sakitlah!!!!!”jerit Hana kuat.
Zakif menutup gegendang telinganya.Aduh suara Hana!Pertama kali dengar dia menjerit macam ni.
“Bisinglah..!”Zakif jegilkan mata ke arah Hana.Hana gigit bibir bawah,sambil tangannya memegang kakinya yang terasa sakit.Dia tarik kaki aku macam tarik orang main pelepah kelapa aje.
“Tak payah tolong.Tak payah buat apa-apa.Stay away from me..”ujar Hana lagi.Berkerut dahinya.Aku dah rasa macam nak meraung golek-golek atas tanah aje sekarang ni.
Sungguhlah.Dia pasrah aje kalau Zakif nak tinggal dia dekat bendang sekarang ni.Dia tak boleh nak buat apa-apa pun.Lepas dia terjatuh daripada pokok rambutan,dia terasa pergelangan kaki kirinya macam terseliuh.Terseliuh ke patah ke,dia tak tahu.Yang dia tahu,sakit adalah.
Dan bila Dania dan Daniel berlari balik-sebab nak beritahu yang dia jatuh daripada pokok rambutan,dia harap sangatlah ada skuad penyelamat.Tengok-tengok Zakifyang terpacak depan mata,sambil tersenyum sinis.
Sumpah!Dia rasa malam nanti dia mesti dapat nightmare sebab senyuman sinis Zakif tu.
“Itulah.Balasan orang yang suka buat jahat.”
Hana ketap bibir.Pedih rasa hati.Tengah-tengah sakit macam ni pun,sempat lagi nak perli.
Zakif nak memegang lagi pergelangan kaki Hana,namun pantas Hana gelengkan kepalanya laju.
“Tak..taknak..”perlahan Hana bersuara.
“Kalau you sentuh i..i flying kick you..”ugut Hana.
Dahi Zakif berkerut.Dia berdiri lalu berpeluk tubuh dihadapan Hana.Cuba melihat kesungguhan Hana untuk bangun.Hana menahan dirinya dengan tangan untuk bangun,namun setiap kali dia mengerakkan kakinya dia pasti terduduk balik.
Zakif alihkan pandangannya ke bendang yang nampak hijau aje warnanya.Perasaan bengang cuba dikawal.Dah sakit sakit pun degil lagi.
Masih Zakif ingat lagi,dia berazam bila dia dapat keluar aje daripada selut itu,perkara pertama yang dia akan lakukan adalah mencari Hana.Dia rasa macam nak ikat aje tubuh Hana tinggi-tinggi dekat pokok kelapa.Subuh esok barulah dia akan lepaskan Hana.Dia dah berazam dalam hati.
Namun sebaik sahaja Dania dan Daniel berlari laju menuju ke arahnya,dia dapat rasakan yang air mukanya berubah.Terasa macam ada perkara buruk yang dah berlaku.
“Abang Kit..Abang Kit..”Dania tercunggap-cunggap mengambil nafas.Kepalanya tertunduk-tunduk.Daniel di belakangnya turut melakukan perkara yang sama.
                                                                               [ BERSAMBUNG ]:laugh3:

cmf_honeysweet Publish time 17-12-2010 10:16 PM

sikitnyer... aduhh bila nak abisnya

cik_kiah Publish time 18-12-2010 12:15 AM

nak lg:shakehead3:

mijan79 Publish time 18-12-2010 10:33 AM

uwaaaaaaaaaaa tepek la n3 byk2222222.........:'(

shahrinas Publish time 18-12-2010 11:28 AM

lagilah n3...
x puaslah... :D

Banana Publish time 18-12-2010 11:33 AM

Pasni mesti Zakif kena dukung Hana sbb Hana takleh jln kaki dia terseliuh kan ish mcm citer korea lak best best best

aerolit_gurlz Publish time 18-12-2010 12:33 PM

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 18-12-2010 12:35

“Apa abang Kit main dengan selut ni?”Dania kerut dahi.
Zakif menunduk dirinya ke bawah,melihat dirinya.Gaya dia sekarang ada nampak macam dia tengah berbahagia main dengan selut ni ke?Sudah hampir setengah jam(agaknya)dia berusaha untuk keluar daripada selut itu.Namun setiap kali dia mengerakkan kakinya,kakinya akan tenggelam dengan lebih dalam.
Daniel gelengkan kepalanya.
“Pelik betullah perangai orang bandar.Dah jumpa dengan selut langsung tak nak keluar..”
Erk!Zakif mati kata apabila melihat muka Daniel mengeleng-ngeleng kesal.Aku sedih betul bila tengok muka budak ni.
“Eh abang!”Dania tepuk bahu Daniel.
“Kak Han!”jerit Dania kuat menyebabkan Zakif mengerutkan dahi.
“AbangKit..”Dania hulurkan tangannya.”Dah dah.Kejap lagi abang main balik dengan selut ni..sekarang abang kena jadi keluangman selamatkan Kak Han..”
LagilahZakif makin blur.Keluangman?Selamatkan Hana?Kenapa dengan Hana?Kenapa mesti keluangman?Abang Kit suka Batmanlah..
“Haa betul..betul..”Daniel menyampuk.”Kak Han dia panjat pokok rambutan.Tak tahu macam mana boleh jatuh.Terus dia menjerit kuat.Rasa kaki Kak Han patah kot,sebab bila Daniel cuit sikit aje,muka dia terus jadi macam muka Hulk..”
Dania pandang Daniel yang masih becok mulutnya itu.Err..mati terus kata-kata Daniel.Dia membalas pandangan mata adiknya.
“Yang abang membebel tu kenapa,tolonglah tarik abang Kit.Dia ni beratlah…”Dania masih sempat mengutuk membuatkan Zakif terus rasa macam kena lenyek dengan lori balak.
Bagaikan tersedar,Daniel turut sama menarik tangan Zakif.
Dengan tiga kali percubaan,akhirnya Zakif berjaya ditarik keluar.Dania dan Daniel bersorak girang.
“Abang Kit..pergi tengokkan Kak Han eh.Kami pergi panggil orang kampung..”
Belum sempat Zakif menghalang,Dania dan Daniel berlari laju.Zakif menghela nafas.Penat aku dengan budak-budak ni.
PandanganZakif lemparkan ke hadapan.Kalau ikut hati,dia macam nak turut sama berlari balik dengan Dania dan Daniel.Balik rumah,mandi.Makan.Rehat dalam sejam dua.Tengok televisyen.Lepas tu baru selamatkan Hana.
NamunZakif sedar,saat kakinya laju aje berlari menuju ke arah Hana,dia sedar yang kemarahan dia pada Hana tak mampu melawan rasa bimbang dia.
“Ahhh…!!”Zakiftersentak bila dengar Hana mengaduh.Pecah terus peristiwa beberapa minit tadi.
Zakif menarik nafas dan melepaskannya sekali gus.Kesian betullah dia tengok Hana.Dia merapati tubuh Hana.Muka Hana terus berubah cuak melihat dia yang datang semakin dekat.Macam dia tu Darth Vader aje gayanya.
Bismillah..Zakif terus cempung tubuh Hana.Hana terperanjat.Terbeliak biji mata.Tergangga mulut.Rasa macam tak percaya yang Zakif buat macam tu.
“You menjerit,I campak you dalam bendang”ujar Zakif.
Terus Hana tutup mulut.

aerolit_gurlz Publish time 18-12-2010 12:36 PM

Zakif kemaskan pautannya.Takut Hana terlepas.Hana getap bibirnya.Matanya dipejamkan.Dia nak halakan pandangan matanya ke mana?Ke dalam anak mata Zakif?Uhhh..kalau dia dengan Zakif dalam mood “in love”bolehlah kot.
“Berat betullah you ni.Ni mesti berat dosa ni.”
Grr…mulut.
“You lain kali pergi exerciselah.Kasi ringan sikit badan.Ni badan kalah anak gajah apa hal?”
Orait..mulut memang stail bau macam longkang.
“Busuklah you ni.You tak mandi ke petang tadi?”

Okay.Kesabaran dah sipi-sipi dah ni.Lagi sekali dia bukak mulut..;
“You ni..”
“You boleh diam tak?Membebel macam murai putus ekor kenapa?I tengah sakit kaki ni.”Hana terus bukak mulut,pandangannya dihalakan ke anak mata Zakif.
Erk!Zakif tercenggang sekejap sebab kena fire dengan Hana.Dia pun satu hal.Dah tahu orang tu tengah menderita sebab sakit kaki,sengaja aje nak usik lagi.Sengaja aje nak simbah minyak dalam api yang tengah marak.

“Eh monkey girl!I dah tolong ni..bukannya you nak ucapkan terima kasih.You tunjuk kerek pula yea.”
Hana pusing lipat maut pandang anak mata Zakif.Berlaga pandangan mereka.
“Siapa monkey girl?”soal Hana bengang.
“Youlah..Tak sedar rambut tu dah tumbuh uban,ada hati lagi nak panjat pokok.”
Tumbuh uban?Bila masa!Aku muda lagilah.Umur baru 26 tahun tau.
“You punya mulut memang takde insurans kan?”sinis Hana menyoal.
“Apa you cakap?”Zakif dah berhenti.
Alaa..Hana gigit bibir.Sedar dia dah melampau.Dia berhentilah pula.Rumah jauh lagilah.Sayup-sayup aje mata memandang.
“I campak you dalam bendang nak?”
“Campaklah kalau berani..”Hana buat muka dingin.
“Betul?”Zakif jungkit kening.
“Betul..campaklah.You ingat I takut ke?”
Okay..Zakif angguk-angguk kepalanya.Dapat Hana rasakan,Zakif melangkah kea rah bendang.Wuaa…Hana rasa betul-betul nak menangis.Kejam.Kejam.Kejam.
“ I campak betul-betul ni”Zakif ugut lagi Hana.
Hana hanya pandang sahaja bendang yang entah berapa meter lagi daripadanya.Habislah padi Opah.
“Campaklah..”ujar Hana.
Zakif getap bibir.Melawan yea!Okay..Kita tengok sampai mana tahap keberanian minah ni.
“You jangan nyesal pula yea.I sekali I cakap,I buat betul-betul.”
Hana diam.
“Kalau nak campak,campak ajelah.Ni nak main ugut-ugut pula.Ingat I takut sangat ke?”
Oooo…Zakif angguk kepalanya.Hana dapat rasakan yang pautan pada badannya semakin longgar.Allah!Hana teguk air liur.Badannya dah terasa ringan.
“Okay..ready to fly..One..two..three..”Dan Zakif terus campak badan Hana.
“Ahhh..”Hana dah menjerit kuat saat dia rasa dirinya melayang.Dia memejamkan matanya.
Sesaat..dua saat..Tiga saat..
Eh?Apasal aku tak jatuh-jatuh lagi?
Hana bukak matanya perlahan-lahan.Serentak dengan itu,Zakif ketawa kuat.Kuat.Betul-betul kuat sampai Hana rasa gegendang telinga Hana nak pecah.
“Tahu takut..”ujar Zakif,masih dengan derai ketawa yang tidak padam.
Grrrr…Aku ingat aku dah selamat dah tercampak tadi.
Hana terus memandang wajah Zakif yang beberapa inci aje daripadanya itu.Rasa macam nak gigit aje hidung Zakif waktu tu.Biar patah.
“Ehemm..tahulah I hensem.Kot yea pun,tangan tu turun-turunkanlah..”
Tangan tu turun-turunkanlah.
Erk?Hana pandang tangannya.Muka terus rasa macam kena simbah.Tangannya elok aje tergantung dekat leher Zakif.Erat peluk tu.Terus Hana leraikan pegangan.Malu..malu..
Zakif senyum kecil.Dia acah-acah aje tadi.Agak-agaklah dia betul-betul nak humban Hana dalam bendang.Suami zalim tu.
Kaki Zakif terus melangkah,perlahan.Hana pun tak tahu sejak bila Zakif melangkah.Yang dia sedar-sedar aje,mereka dah selamat tiba di belakang rumah.Dan sekali lagi,darah hangat terus naik ke muka apabila semua saudara-mara ada di muka pintu belakang.
                                                                                                               [ BAB 7 TAMAT ]:laugh3:
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: cintaku full house


ADVERTISEMENT