ADRIANAQISTINA Publish time 15-1-2011 04:59 PM

peritnya.....:I:I:I

aerolit_gurlz Publish time 16-1-2011 11:35 AM

-9-SEMUA MATA TEKUN memandang tudung tin di atas lantai.Permainan tudung tin menjadi semakin sengit.Hana lawan Zakif lawan Alias.Semua markah dah saling kejar-mengejar.Dania dan Daniel yang jadi pengadil masing-masing tak kasi peluang main tipu.Rapat aje muka mereka di atas lantai setiap kali jentikan hendak dibuat.Agaknya kalau tak pandai nak cover,boleh berlakuaccident cium-mencium lantai.Hana pandang Zakif sekilas yang dah berubah bentuk duduknya itu.Kalau tadi semua orang pakat duduk sopan,sekarang semua pakat duduk berterabur.Ada kaki yang dilipatlah,ada kaki yang dilunjurkanlah,ada yang buat aksi superman nak terbanglah,ada yang meniaraplah.Macam-macam gaya.Semua tekun habis macamlah permainan ni pertandingan tahap antarabangsa.“Cepatlah..”gerutu Hana bengang.Berapa lama dia ni nak ambil masa?Dahlah potong markah aku.Betul-betul tak puas hati.Tadi kata tak reti main,tengok-tengok main macam orang pro aje.Alias yang duduk dihadapannya sudah lama angkat bendera putih.Mengaku kalah.Markah dia dah jauh sangat ketinggalan berbanding markah Hana dengan Zakif.Zakif angkat wajahnya pandang Hana.Masam aje mukanya.“Ini apa hal buat gaya kerek ni?”soal Zakif.”Tak puas hati sebab nak kalah ke?”Sesaat kemudian dia mula senyum sinis.Hana peluk tubuh.”Tolong sikit eh..i ni juara champion tudung tin tau.Takkan kalah punya dekat tangan you.”Amboi.Bongkaknya dia.Zakif pandang Hana bengang.Dikerlingnya pula Alias yang sudah buat muka menyampah.“Kak Han memang suka puji diri sendiri”selamba Alias mengutuk.Hana membuntangkan matanya.Budak ni kan?Dulu bukan main lagi sokong aku kiri kanan depan belakang.Sejak ada Zakif ni,sokongan dia beralih arah pula.Memang menempah maut betullah dia ni.Zakif angguk kepalanya.“Kak Han memang,terlebih ss..”Hana pandang Zakif geram.Zakif buat muka selamba.“Ini bila agak-agak I boleh jalan ni?”soal Hana.Zakif kembali menundukkan wajahnya.Hmm..rasa boleh kena target ni.“Konfem kenalah”ujar Hana lagi.“Kalau tak kena macam mana?”soal Zakif dengan mata masih pada tudung tin.“Dengan rasminya Abang Kif jadi pemenang dan Abang Kif boleh kiss Kak Han”Alias menyampuk.Hana dah terjegil biji mata.Muka tiba-tiba aje rasa hangat.Dipandangnya Dania dan Daniel yang tekun merenung tudung tin di atas lantai.Nasib baik budak berdua ni tak dengar.“Mana aci.Kak Han tak jalan lagi pun”Hana mengomel.“Dah nak dekat Maghriblah kak Han.Lias nak balik,nak mandi.Game ni tamat sampai sinilah.Lagipun,markah Kak Han dengan Abang Kif memang jauh beza.”Hana diam.Betullah.Petang dah nak menganjak ke senja.Tak sedar punyalah lama mereka main.Kalau ibu nampak ni,mahu ibu membebel sampai kering air liur.“Takkan nak kiss kat sini Lias”ujar Zakif tiba-tiba membuatkan Hana terus pusing lipat maut pandang Zakif.Alias tersengih.”Takkanlah dekat sini Abang Kif.Mana boleh.Sini ada budak-budak.Tak elok untuk tontonan umum..”“Melampaulah kau Lias.Akak debik karang baru tahu.”“Yes!!”Dania dan Daniel dah menjerit.”Cayalah Abang Kit.Memang terer.Tak kena.Goyang sikit pun tak.”Hana berpaling.Zakif dah tersenyum megah.“Pemenangnya adalah..”Daniel angkat tinggitangan Zakif.Zakif turutkan aje apa yang Daniel buat.“Eh abang Lias.Game dah habis kan?”soal Daniel pada Alias.Alias sengih.“Dah.Dani jerit sikit kuat-kuat nama pemenang dia”Alias menjeling Hana.”Champion tudung tin kampung kita ni dah ada orang baru.”Grrrr…Hana getap bibir.Dia ni kan?“Cepatlah bang”Dania menyampuk.”Berapa lama nak angkat ketiak tu?Busuklah ketiak abang.”Daniel nak menarik tocang Dania tapi cepat-cepat Dania menyorok belakang Hana.Dania jelirkan lidah pada Daniel.Zakif dah tergeleng-geleng kepalanya.Lenguh di tangan cuba dikawal.“Pemenang tudung tin pada hari ini…”Daniel menjerit kuat.“Jeng jeng jeng…”Alias buat bunyi background music.“Jatuh kepada..”“Jeng jeng jeng..”Background music kedengaran lagi.“Abang Kit..”Lagi kuat Daniel menjerit.Semua tepuk tangan kecuali Hana.Menyampah betullah.

aerolit_gurlz Publish time 16-1-2011 11:36 AM

“Oleh itu..”Daniel menyambung lagi.”Title champion tudung tin beralih kepada Abang Kit.Maka Kak Han boleh pencen daripada permainan ini”Daniel sengih.Alias ketawa.Hana gigit bibirnya.Zakifmengulum senyum.“Takpe Kak Han..”Dania mengosok-gosok belakang Hana.”Apa-apa pun,Dania tetap sokong Kak Han.”Hana ketawa kecil.Tubuh Dania dipeluknya.“Betul ni Dania?”soal Hana lembut.Dania angguk kepalanya dua tiga kali.“Dah dah.Jom balik.”Alias dah bangun.Diikuti oleh Daniel.Dania pun turut bangun apabila melihat abangnya bangun.“Bye Kak Han.Abang Kit.Nanti kita main lagi eh”ucap Dania.“Yelah.Nanti kita main lagi.”Hana turut sama bangun.Aduh!Kaki kebas.Hana melihat Dania dan Daniel yang sudah membonceng basikal.“Bawa basikal elok-elok”pesan Zakif yang entah bila sudah berada disebelahnya.“Baik..”Serentak Dania dan Daniel menjawab.Zakif senyum.Aku suka betullah tengok gelagat budak-budak ni.“Abang Lias..Tunggulah.Dani tak boleh nak kayuh lajulah.Ada sumo dekat belakang ni”jerit Daniel.“Abang kata Dania sumo eh?”Dania jerit daripada tempat duduk belakang.

aerolit_gurlz Publish time 16-1-2011 11:38 AM

Yang selebihnya tidak kedengaran apabila basikal yang ditunggang Daniel hilang daripada pandangan.Hana mengelengkan kepalanya.Kuat bergaduh betullah budak berdua ni.Hana berpusing untuk masuk ke dalam rumah.Zakifdisebelahnya masih lagi tersenyum dengan gelagat Dania dan Daniel.Hana melangkah masuk perlahan-lahan.Bila kaki dah kebas,nak berjalan pun rasa macam tak pijak lantai.TINGKAP RUMAH HANA tutup.Sempat dia memerhati langit yang sudah bertukar menjadi warna oren.Remang senja.Spontan Hana tersenyum.Dalam banyak-banyak waktu,entah kenapa dia suka dengan waktu senja.Nampak cantik aje langit bila bertukar menjadi warna oren.Tiba-tiba terasa bulu roma meremang.Bagaikan ada yang memerhati daripada belakang.Spontan Hana terus mengusap tengkuknya.Teringat pesan ibu yang mambang selalu keluar waktu-waktu senja macam ni.Hana beristighfar.Laju tangannya mengunci tingkap.Hana berpusing.Berderau rasa darah apabila melihat Zakif sedang merenungnya tajam.Hana teguk air liur.Pandangan Zakif yang tidak dapat ditafsirkan itu terasa menikam jauh ke dalam hati.“Apa?”soal Hana sepatah.Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.Apa kena dengan dia ni ushar aku semacam aje?Zakif tidak menjawab,namun hanya senyuman sinis terbit di bibirnya.Dia menapak setapak ke hadapan.Hana spontan terundur ke belakang.Wuaa…apa hal dia ni?Kena rasuk dengan mambang senja ke?“You nak apa?”soal Hana.Semakin Zakif mara ke hadapan,semakin dia berundur ke belakang.“You dah lupa?”soal Zakif.Keningnya diangkat-angkat.“Lupa?”Hana kelam.Akalnya dipaksa cuba mengingati kembali apa-apa yang dia tertinggal.Tapi sungguh,dia memang tak ingat.“Pasal game tadi”ujar Zakif lagi.“Game?”Hana menyoal diri sendiri.“Dengan rasminya Abang Kif jadi pemenang dan Abang Kif boleh kiss Kak Han”Alias menyampuk.Allah!Air liur Hana teguk lagi.Teringat kembali mulut celupar Alias.Takkanlah Zakif maksudkan yang itu kan?“I rasa you dah ingat kan?”Zakif mara lagi.“Eh..”Dada Hana dah bergendang hebat.Dalam rumah sekarang ni,memang tak ada sesiapa pun melainkan dia dengan Zakif aje.Kaki yang sakit,terasa tak memijak ke lantai.“I nak tuntut hadiah i..”Zakif sengih evil.“Tak boleh nak postpone ke?”Hana menyoal.Ngee…Berapa lama aku nak pasang gear reverse ni?“Postpone?”Zakif pandang Hana.Di urut-urut dagunya.Hana angguk laju.”A`ah.Postpone.Tak boleh ke?”“Hmmm..”Zakif kelihatan berfikir-fikir.“Sorry”Zakif sengih.Dia memandang kembali Hana.”I tak suka postpone postpone ni.Game is game right?”Hana tersentak apabila belakangnya terasa terkena bucu tingkap.Dia teguk air liur.Zakif dah semakin mara.Berlaga ibu jari mereka.Anak mata Hana bertentang dengan anak mata Zakif.Zakif senyum nakal.“So...”wajah Zakif tunduk mendekati Hana.Terus Hana tutup matanya.Takut untuk dia melihat apa yang bakal dialami sebentar nanti.Zakif yang melihat Hana menutup mata tersenyum kecil.Wajahnya dirapatkan lagi ke arah Hana.Perlahan Zakif berbisik.“Bila you nak belanja I makan aiskrim kelapa dengan choki choki?”Ehhh??Hana buka mata.Wajah Zakif yang rapat dihadapannya dipandang lama.Terkejut.Aiskrim kelapa?Choki choki?Zakif berpeluk tubuh.Dipandang Hana atas bawah.“Yang you pejam mata tu kenapa?”soal Zakif.Hana buat-buat pandang tempat lain.Mamat ni kan?Saja aje nak bagi aku sakit jantung.Hana menarik nafas dan menghelanya sekali gus.Perasaan cuak,takut,seram,gementar,semua dah hilang terbang melayang.Sekarang terasa malu dan nak menyorok aje dalam almari tak nak keluar-keluar.Zakif senyum sinis.“Ahaa..”Dia ketawa.”I tahu kenapa you pejam mata.You nak I kiss you kan?Selalu I tengok dalam filem-filem,kalau adengan kiss-kiss mesti perempuan pejam mata.Konon nak feellah agaknya.You tengah ambik feel yea?”Zakif ketawa lagi jahat.Tersentak Hana.Dia pandang Zakif tajam.“Tolong sikit eh.Dalam mimpi pun I tak nak you kiss I tahu.”Zakif ketawa kecil.Ketawa jenis yang hendak menyakitkan hati.Hana getap bibir mendengar ketawa Zakif.Perasaan geram cuba dikawalnya.“Kalau I nak kiss you,tak payah tunggu dalam mimpi”ujar Zakif.Dia berpusing untuk melangkah.“Malah kalau I nak,I boleh dapat lebih daripada tu”Dia menjeling Hana dengan ekor mata.Jelas muka Hana berubah dengan kata-kata Zakif itu.“Jangan lupa.Hadiah I..”Dan Zakif terus berlalu masuk ke dalam bilik.[ BAB 9 TAMAT ]:laugh3:

mie07 Publish time 16-1-2011 12:37 PM

La sikit sgt samb la lg...............

ADRIANAQISTINA Publish time 16-1-2011 12:55 PM

thanks...
berbaloi tunggu...

fazss Publish time 17-1-2011 11:01 AM

Reply 184# aerolit_gurlz


   ada lagi???

merahsilver Publish time 17-1-2011 11:34 AM

bila nak sambung lagi????

uda08_za Publish time 17-1-2011 03:22 PM

alahai sweetnya............
{:1_147:}

mie07 Publish time 20-1-2011 12:09 PM

mana n3 nya......he he

fazss Publish time 27-1-2011 09:09 AM

nak N3...:dizzy:

bintang Publish time 29-1-2011 04:14 PM

Best jek layan {:1_152:}

mijot Publish time 30-1-2011 10:04 PM

shuwet...
next....

alynn23as Publish time 30-1-2011 11:21 PM

nak lagiiiii~ :D hehehe

yuri_katrina Publish time 1-2-2011 05:10 PM

nak lagi....bila nak update bab yang terbaru...tak sabar rasanya...

aerolit_gurlz Publish time 2-2-2011 12:33 AM

-10-“Hana dengan Zakif lepas ni macam mana?”soal Pn.Hanim.Hana yang sedang menonton televisyen memandang Pn.Hanim.Dikerlingnya Zakif sekilas yang baru hendak meneguk air Nescafe.Cawan Zakif letakkan cermat sebelum memandang Pn.Hanim dan Pn.Salmah yang duduk bersebelahan di hadapannya.“Kif ingat nak cari rumah dulu..”“Baru nak cari rumah?”Pn.Salmah membuntangkan biji mata.Zakif sengih kelat.Yelah ma..Baru nak cari rumah.Dah kahwin stail gaya koboi macam ni.Pn.Salmah mengelengkan kepalanya perlahan.“Macam nilah.Kebetulan,En.Lan dah pindah dalam hujung bulan ni.Apa kata kalau kamu dan Hana duduk dekat situ?”.Zakif dan Hana berpandangan.“Bukan ke itu rumah sewa ma?”“Memanglah..”Pn.Salmah angguk kepala.”Tapi disebabkan En.Lan tu dah kena transfer dekat tempat lain,memang rezeki kamulah.”“Duduk free ke ma?”Zakif sengih.Terbuntang mata Pn.Salmah.”Banyak hensem muka kamu.Bayar sewa okey.Deposit tiga bulan..”Mak aihh..Zakifterlopong.Ma biar betul?Namun dianggukkan juga kepalanya.Berapa lama nak fikir?Cuti dia pun tinggal dalam 3 4 hari ni aje lagi.“Haa Hana..lepas ni ibu rasa ibu nak tinggal dekat sini aje.Boleh ibu jaga opah”Pn.Hanim tiba-tiba menyampuk.Erk!Hana terkaku.“Ibu tak nak tinggal dengan Hana dah ke?”Pn.Hanim ketawa.“Mana boleh tinggal dengan kamu.Kamu kan kena ikut Zakif.Rumah kita tu,tak apelah.Ibu sewakan aje.Lagipun..ibu dah bosan duduk bandar.Nak juga rasa suasana kampung.”Hana diam.Sunggul wajahnya.“Ala Hana..takpe.Ipoh Taiping bukannya jauh.Bila cuti,kamu boleh datang melawat,kan Hanim kan?”Pn.Salmah bersuara lembut.Pn.Hanim menggangguk sambil tersenyum.Melihat senyuman ibunya itu,Hana terus menarik senyuman pendek.Kehidupan dah berubah Hana.

aerolit_gurlz Publish time 2-2-2011 12:37 AM

MATA ZAKIF MEMERHATI perkarangan rumah Hana.Hana keluar daripada kereta.Melihat Hana yang sudah keluar,Zakif turut sama keluar.Hana mengeluarkan segugus kunci daripada sling bagnya.Pandangan mata Zakif terancap pada kunci mangga yang pada pandangannya punyalah besar gedabak itu.Kawasan perumahan itu kelihatan sunyi.Zakif memandang jam di tangan.Sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi.Patutlah.Sekarang ni kan office hour.Iskk..Hana gigit bibir.Susah pula nak bukak kunci mangga ni.Tak sampai dua minggu tinggal,takkan dah susah nak bukak.Hana mengoncang-goncang kunci mangga itu.Usahanya sia-sia aje.Hana dah mula mengeluh.Ini yang buat aku hilang sabar ni.Zakif hanya memandang kelakuan Hana.Nampak gaya memang susah nak bukak kunci mangga itu.Entah-entah kunci mangga tu dah karat kot.“Boleh ke?”soal Zakif.“Boleh..”Malas Hana menjawab.Zakif yang berdiri disebelahnya langsung tak dipandang.Sedaya upaya dia cuba membuka kunci mangga itu.Lima minit berlalu.Zakif rasa kesabarannya dah makin menipis.“Agak-agak tahun depan mangga tu dah terbuka ke?”sinis Zakif menyoal.Terhenti perbuatan Hana.Dia menoleh memandang Zakif.Anak mata Zakif yang dilindungi oleh spek mata hitam itu dipandang.“You tak reti sabar ke?”soal Hana bengang.Kunci di tangan Hana dirampas.Hana terlonggo.Dia hendak membuka mulut apabila Zakif menaikkan jari telunjuknya.“One words..”Zakif pandang Hana tajam.”I sendiri yang akan tutup mulut you.”Terus Hana diam.Tidak berani hendak membantah.Dipandangnya Zakif yang sudah mengambil alih tempatnya.Iskk..kalau ikut hati,dah lama dah aku terajang pintu pagar ni.Sedang asyik Hana memandang Zakif yang sedang dalam percubaan untuk membuka kunci mangga itu,mereka dikejutkan dengan bunyi kereta yang dibrek mengejut.Serentak Hana dan Zakif menoleh.Muka Hana terus pucat apabila melihat kereta Vios hitam itu.Pintu pemandu dibuka.Seorang lelaki keluar.Tajam dia merenung Hana.Hana teguk air liur.Hamdan..Hana menyebut nama lelaki itu.Lelaki itu melangkah menghampiri mereka.Hana terasa jantungnya berdegup dengan laju.Tangannya terasa seram sejuk.Tiba-tiba aje dadanya rasa sebak melihat wajah lelaki itu.“Hana..”Perlahan Hamdan memanggil.Dipandangnya Hana lama.“Kenapa I call you,you tak jawab?”terus Hamdan menyoal Hana.Lelaki yang membelakangkannya itu dipandang sekilas.“Sape lelaki ni?”soal Hamdan.Hana diam.Terasa tidak mampu hendak menjawab soalan demi soalan yang ditanya oleh Hamdan.Lidah terasa kebas.Air liurnya kelihatan payah benar untuk ditelan.Hana tahu,kalau dia bercakap,suaranya pasti akan kedengaran sengau.Dia sedang sedaya-upaya menahan diri daripada menitiskan air mata.“Jawab Hana!”Hamdan menaikkan suaranya.”I dengar you dah kahwin.Betul ke?”soal Hamdan lagi.Mencerlung matanya memandang Hana.

aerolit_gurlz Publish time 2-2-2011 12:38 AM

Hana mengalihkan pandangannya sesaat pada Zakif yang masih lagi berusaha membuka pintu pagar sebelum kembali memandang Hamdan.Dia anggukkan kepalanya sekali.Terpana Hamdan melihat anggukan Hana itu.“You must be kidding me right?”soal Hamdan.Hana yang tiba-tiba menjadi bisu itu betul-betul membuatkan dia terasa sakit hati.Pelbagai perasaan yang bercampur-baur didalam hatinya pada ketika itu.“I pergi Jepun tak sampai tiga bulan Hana,dan sekarang you beritahu I yang you dah..”Kata-kata Hamdan mati di situ.Dia senyum sinis sebelum mengelengkan kepalanya.Rambutnya diraup.“I tak percaya”ucap Hamdan akhirnya.Zakif menarik kuat kunci mangga itu.Akhirnya..Zakif mengeluh lega.Punyalah susah nak bukak kunci ni.Memang sahlah kunci ni dah berkarat.Perlahan Zakif menolak pintu pagar.Daripada tadi dia hanya mendengar sahaja drama yang sedang berlaku.Dia tahu yang Hana tidak bercakap walau satu patah perkataan apa pun dengan lelaki yang masih dia tak tahu namanya itu.Dikerlingnya muka Hana yang dah berubah kelam itu sebelum menoleh.Wajah lelaki itu kini berada dihadapan matanya.Tajam renungan lelaki itu merenung Zakif.“Kau sape?”soal Hamdan.Tidak lepas dia memandang lelaki yang dikatakan suami Hana itu.Zakif toleh pandang Hana.“Yang tak kenalkan abang dekat dia ke?”soal Zakif selamba.Riak wajah Hana berubah terkejut.Telinga Hamdan macam nak tertanggal mendengar apa yang diucapkan Zakif.Rasa bengang semakin berganda.Tengkuk Hana Zakif paut.Terdorang Hana rapat ke tubuh Zakif akibat tindakan Zakif itu.Zakif pandang Hana sekilas sebelum tersenyum.Dilemparkan kembali pandangannya pada lelaki dihadapannya itu.“Aku rasa kau mesti dah kenal aku sape kan”ucap Zakif.“Aku tak percaya..”ucap Hamdan.Zakif tayang muka bosan.Ini ke rupa lelaki idaman Pn.Hana kita ni sampai aku terjebak sekali dalam cerita ni?“Bro..”Zakif dah mula keluar aura kerek.Jemari Hana diangkat tangan.“Takkan kau nak aku tunjuk sijil nikah kami kan?”sinis Zakif menyoal.Hamdan terdiam.Jemari Hana yang sudah tersarung cincin itu dipandang.Masih ada inai pada jemari tersebut.“Hana.Kenapa you buat macam ni?”soal Hamdan lirih.Kecewa betul dia.Hampir setahun dia menjalinkan hubungan dengan Hana,akhirnya ini yang jadi?“Bukan aku ke yang patut tanya soalan tu?”Zakif melepaskan Hana.Dia melangkah mendekati Hamdan.Tiba-tiba aje rasa bengang dalam diri.“Kau…”Kata-kata Zakif mati apabila jemari Hana hinggap di lengannya.Zakif menoleh.Hana geleng kepalanya,tanda supaya Zakif tidak meneruskan kata-katanya.Hamdan muka keliru.Kata-kata Zakif langsung tidak dapat ditangkap.Apa maksud Zakif?“Apa kau nak cakap?”soal Hamdan pada Zakif.Zakif diam.Pandangannya masih lagi berlaga dengan pandangan Hana.“Dahlah..”Hana bersuara perlahan.“Baliklah.I dah jadi isteri orang”ucap Hana sambil tunduk memandang lantai.Tiba-tiba Hamdan terasa macam dilanda tsunami sebelum tubuhnya dihempas kuat ke atas tanah.“Kita dah tak ada apa-apa”Hana menuturkan lagi.Air liur ditelannya.“I dah jadi hak milik Zakif”Hana angkat pandangannya,memandang wajah Hamdan sebelum jemarinya disatukan dengan jemari Zakif.Hamdan mengesat mukanya.Tertekan.Dipandang jemari Hana didalam genggaman Zakif.Rasa macam nak tarik aje jemari Hana.Jemari Hana sepatutnya berada dalam genggaman dia,bukannya dalam genggaman lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ini.Kedua-dua tangan Hamdan angkat ke atas.”Okay..”Hamdan pandang Hana.”I balik.Tapi antara kita masih tak selesai lagi Hana”ucap Hamdan.Pintu kereta dibukanya.Lagi sekali dia memandang Hana sebelum memboloskan diri masuk kedalam kereta.Pintu kereta ditutup kuat dan enjin dihidupkan.Minyak ditekannya lalu kereta itu meluncur laju.Meninggalkan Hana yang pandangannya tidak lepas walau sesaat pun melihat kereta itu pergi.Hana merungkaikan jemari tangannya dengan tangan Zakif.“Sorry..”ucap Hana sepatah lalu menuju masuk kedalam rumah.                                                                                          [ BAB 10 TAMAT ]:laugh3:

aerolit_gurlz Publish time 2-2-2011 12:44 AM

-11-         LIMA BELAS MINIT sudah berlalu selepas kejadian tadi.“Sorry..”Kata-kata Hana menusuk ke dalam hatinya.Dia mengekori langkah Hana.Belum pun sampai di muka pintu rumah,Hana sudah terjelepok jatuh di atas lantai di perkarangan rumah.Zakif terkejut.Laju kakinya melangkah ke arah Hana.Hanya lima tapak kaki memisahkan mereka.Zakif sudah dapat mendengar tangisan Hana.Perlahan Zakif menarik nafas dan menghelanya.Tangannya diseluk masuk kedalam saku seluar jeans sebelum melangkah merapati Hana.Dia duduk bersila disebelah Hana.Ditundukkan wajahnya untuk melihat muka Hana.Hana sedang menundukkan wajahnya ke bawah.Air matanya mengalir.Dia tidak peduli pun Zakif yang sudah berada di sisinya itu.Sebak yang dikumpulnya tadi terus dimuntahkan.Sedikit pun dia tidak mampu untuk menyimpannya lagi.Memang dia rasa macam tak boleh nak berdiri sebaik sahaja kereta vios hitam itu dipecut laju.Tanah yang dipijaknya terasa lembik.Sungguh dia memang kalah dalam emosinya kali ini.Zakif bangun.Dia menuju ke keretanya.Dibuka pintu keretanya sebelum mencari sesuatu didalam dashboardnya.Jumpa.Pintu kereta Zakif tutup kembali.Langkahnya kembali diatur menuju kea rah Hana.Hana mengangkat wajah.Zakif sedang berdiri dihadapannya sambil menghulurkan choki choki.Dipandangnya Zakif dengan imej yang kabur.“Ambil..”arah Zakif.Dipaksanya Hana supaya mengambil choki choki itu.Teragak-agak Hana mengambilnya.Zakif terus duduk bersila dihadapan Hana.Tak kisahlah samada lantai itu kotor ataupun tidak.Hujung choki choki di gigitnya.Hana memandang Zakif.“Apa?”Zakif yang perasan akan renungan Hana menegur.”Tak pernah dengar ke yang coklat ubat yang paling bagus waktu tengah sedih?”Hana diam.Tidak membalas.Choki choki dibawa ke mulut.Zakif tersenyum dalam hati.Choki chokinya hampir habis.“Lepas habis choki choki ni,masuk kemas barang”arah Zakif.Hana diam lagi.Tidak tahu hendak membalas apa.Tapi cara Zakif memujuk [ jika itu boleh dikatakan sebagai memujuk ] memang membuatkan bibirnya terasa hendak mengorak senyuman kecil.Tak sangka yang Zakif pun makan choki choki.Zakif kerling Hana sesaat.Choki choki Hana pun hampir habis.Dia nampak lebih tenang sekarang.Tiada lagi air mata yang laju meluncur turun daripada kelopak matanya.Panjang tangan Zakif mengesat kesan air mata di pipi Hana.Hana tergamam.Tidak percaya.Jemari Zakif menyapu pula kelopak matanya.Menghapuskan terus air mata yang masih lagi berbaki itu.Zakif senyum puas hati.“Tak pernah ada orang cakap dekat you ke yang you nampak hodoh gila bila menangis?”soal Zakif.Dia mendongkat dagu memandang Hana.Err..Hana mati kata.Apa sebenarnya yang dah jadi ni?Aku.Dia.Duduk bersila menghadap satu sama lain dekat perkarangan rumah dengan choki choki masih didalam mulut aku?“Haish..”Zakif lemparkan pandangannya kea rah kanan.“Nasib baik jiran you kiri kanan tak ada.Kalau tak buat malu aje bila diaorang tengok kita macam ni.”Hana turut menoleh ke kanan dan ke kiri.Betul.Nasib baik tak ada orang.Kau memang memalukan diri sendiri ajelah Hana.“Ermm..”Hana berdehem.Zakif kembali memandang Hana.“Thanks?”ucap Hana.Senyuman diukir di bibirnya.Zakif menarik senyuman pendek segaris.“No need..”Zakif bangun.

aerolit_gurlz Publish time 2-2-2011 12:46 AM

“BANYAK LAGI KE?”SOAL ZAKIF yang berada di muka pintu bilik Hana.Dia mengelap peluh di dahi.Hana yang sedang memasukkan kain baju dalam beg menoleh.“Sikit aje lagi.”jawab Hana.Zakif menapak masuk.Dia duduk di atas katil Hana.“Ibu kata dia nak angkut barang-barang bila?”soal Zakif.“Dalam dua tiga minggu lagi kot.”Zakif angguk kepalanya.Beg Hana yang terletak di satu sudut dipandang.Berkerut dahinya.“Banyaknya barang-barangyou”tegur Zakif.Hana angkat wajahnya.Dipandang beg-begnya yang besar itu.Spontan dia tersengih.“Dalam tu ada apa?”soal Zakif lagi.“Baju.”“Baju?”Mata Zakif dah jadi bulat.”Lima beg besar ni semua baju.You bukak butik kea pa?”Eh eh.Main perli-perli pula dia ni.Hana diam tidak menjawab.“Itu..”Zakif memuncungkan mulutnya.”Atas almari you tu apa?”soal Zakif.Spontan Hana mengangkat wajahnya.Dipandang almarinya.Allah.Dia tepuk dahi.Dekat atas tu kalau tak salah ada..err..“Apa yang dalam kotak tu?”Hana angkat bahu.Sungguh aku pun lupa.Kerusi meja soleknya diambil.Digoyang-goyangkan seketika.Okay.Dijamin selamat.“Eh.You buat apa ni?”soal Zakif.Hana yang sudah berdiri di atas kerusi dipandang.“Nak tengok apa yang ada dalam kotak tu”ucap Hana.Terjengket sedikit dia hendak memegang kotak itu.Zakif kembali duduk di atas katil.Hanya memandang sahaja Hana yang sedang hendak membawa kotak itu turun.Berkerut dahi Hana melihat kotak itu.Apa ada dalam kotak ini?Kotak itu dibukanya.Elok sahaja dia membuka kotak itu,dua tiga ekor lipas merayap keluar.Hana terkejut.Terus kotak itu dibaling ke atas sebelum dia hilang imbangan dan…Hana buka matanya.Jantung terus rasa berhenti apabila melihat wajah Zakif betul-betul berada dihadapan matanya.Rapat betul kedudukan mereka sehingga Hana dapat merasakan nafas Zakif menampar wajahnya.“Aduh..”Zakif mengaduh.Dia mengosok kepalanya.Dia membuang pandangan ke lantai,memandang benda yang jatuh ke kepalanya tadi.Hana yang melihat tersengih teragak-agak.Dia nampak jelas macam mana novel itu jatuh menghempap kepala Zakif.Rasa macam novel itu jatuh dalam slow motion pula.“Yang you pergi baling kotak tu kenapa?”soal Zakif.Dia masih lagi mengosok kepalanya.Pandangannya jatuh ke lantai.Novel-novel Hana habis berselerak semuanya.“Tadi ada lipas.I terkejut”jujur Hana menjawab.Err..tangan.Tangan.“Aish..Sakit kepala I tahu”Zakif mengomel.“Sorry..”Hana berdehem.Zakif pandang Hana.Baru sedar yang dia sedang memeluk pinggang Hana.“Patutlah rasa sedap aje peluk”ujar Zakif selepas meleraikan pelukan.Hana gigit bibir.Dia ni tak ada rasa malu ke?Diayang selamba aku pula yang over malu.Zakif pandang Hana yang sedang mengutip novel-novel yang berselerakan itu.“I keluar dululah.Ada apa-apa hal nanti panggil,okey.”Hana hanya angguk kepalanya.Zakif terus keluar daripada bilik itu.Hana menarik nafas lega sebaik sahaja Zakif keluar.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: cintaku full house


ADVERTISEMENT