shahrinas Publish time 11-12-2010 11:54 AM

;Pkelakolah diorg nie...

qimi08 Publish time 11-12-2010 10:59 PM

Penulis ni masih single lagi ke?

bb_75 Publish time 12-12-2010 01:26 PM

Reply 102# qimi08

nampak gayanya memang single kot...

cmf_blingblings Publish time 12-12-2010 01:43 PM

Penulis ni masih single lagi ke?
qimi08 Post at 11-12-2010 22:59 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Motip ko tanya???:P

mikoodette Publish time 13-12-2010 10:31 AM

wow!!! what a romantic guy... ;P

hijau_serindit Publish time 13-12-2010 11:30 AM

wow!!! best gak cite nih. good job.. xsabar nk tunggu sambungan nih... boh n3 byk2 ye.. {:1_152:}{:1_152:}

merahsilver Publish time 13-12-2010 03:22 PM

lagi.... lagi.... mau lagi.....

sportingnya ibu.....

fazss Publish time 14-12-2010 11:49 AM

lagi.... lagi.... mau lagi.....

sportingnya ibu.....
merahsilver Post at 13-12-2010 15:22 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    dapat mak mertua macam ni.. best yer...

fazss Publish time 14-12-2010 12:06 PM

Reply 102# qimi08


    errrmmm...dari tulisan boleh telek yer..:funk:

naza81 Publish time 14-12-2010 12:25 PM

lor..lum ade n3 ke..tt..di mana ko..hehe

bb_75 Publish time 14-12-2010 12:45 PM

takde n3 lagi hari ni.....:'(

bintang Publish time 14-12-2010 02:21 PM

Penulis ni masih single lagi ke?
qimi08 Post at 11-12-2010 22:59 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Leh agak ek... ;P

Banana Publish time 14-12-2010 03:02 PM

Cutenyalah couple ni I likeeee

uda08_za Publish time 14-12-2010 03:26 PM

masing2 dah tergoda rasanya..........
cute sesangat.:D

aerolit_gurlz Publish time 15-12-2010 01:04 AM

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 15-12-2010 01:05

-6-
“Kak Han…!!!”jerit kuat satu suara daripada luar rumah.Hana tersentak.Zakif pun.Mereka yang sama-sama sedang menonton televisyen mengalihkan pandangan ke luar rumah.
“Kak Han!!!”jerit lagi satu suara.Kali ini suara budak perempuan.Dua saat lepas itu,kelihatan dua orang kanak-kanak berlari kuat menuju masuk ke dalam rumah.Dapat Hana lihat,selipar mereka terbang akibat dicampak oleh kedua-duanya.
“Yeay!!Dania menang…”Budak perempuan yang berumur dalam lapan tahun itu angkat tinggi kedua-dua belah tangannya.Wajahnya tersengih lebar.Tercunggap-cunggap dia seketika,sebelum dia mengelap peluh jernih yang terbit di dahinya.
“Bolehlah..main tipu.”
“Dah kalah buatlah cara kalah..”
Hana kerut dahi.Apa ke halnya lah anak-anak Saffi dengan Armi ni.
Dania terus duduk di sebelah kiri Hana.Daniel mengambil tempat di sebelah kanan Hana.Hana tergeleng-geleng kepalanya.Anak-anak jiran opahnya yang selang tiga buah rumah ni memang perangai manja bukan main.Beruntung Saffi dengan Armi dapat anak-anak macam mereka ni.
“Kak Han..”Dania bersuara manja.“Kak Han..Kak Han.Jomlah kita pergi bendang.”
“Yelah Kak Han.Jomlah.Malam nanti ada pasar malam.Jomlah kita pergi.Boleh jumpa dengan Kak Belon..”sampuk pula Daniel.
Hana ketawa kecil.Dua anak kecil yang berdiri mengoncang lengannya itu dipandang.Daniel dan Diana itu yang masing-masing baru berumur 8 dan 10 tahun dirangkulnya lembut.
“Nak pergi bendang nak buat apa?Tak takut dengan pacat ke?”soal Hana lembut.
“Ala Kak Han..nak takut apanya?Dani beranilah..”ujar si Daniel,sambil menunjukkan otot-otot lengannya,yang kecil itu.
Hana ketawa sekali lagi.Diana yang melihat perilaku abangnya mencebik.Tangannya mengulung-ngulung lengan baju Hana.
“Eleh..berani konon.Hari tu sapa entah yang terkencing dalam seluar sebab nampak kucing.”
Lagi kuat Hana ketawa.Daniel mencebik geram.Tocangadiknya itu ditarik.Diana mengaduh.Terus dia menayangkan penumbuknya.Daniel jelir lidah.Pantas Hana menarik Diana yang tadinya duduk di atas ribanya,duduk disebelahnya.
“Dah dah.Tak mau gaduh-gaduh.Kalau gaduh,tak boleh nak pergi bendang dengan pasar malam.”
Zakif yang duduk tidak jauh daripada mereka,hanya mendengar.Sesekali dia tersenyum dalam hati.Leka dia memandang keletah Hana dengan dua adik-beradik itu.
Dia dengar tadi,bendang..pasar malam.Memang dekat kampung Hana ni kaya dengan bendang.Depan belakangsemuanya nampak bendang.Tapi pasar malam?Dia tak tahulah pula.
“Kak Han boleh ikut ke?Abang Kit tak mara ke?”
Hana tersenyum.Abang Kit?Hahaha..nama baru nampak.Hana memandang Daniel yang bertanya.Ekor matanya mengerling Zakif sekilas,namun Zakif nampak sibuk dengan handphone.
“Taklah..Abang Kit tak marah.”
Zakif memandang geram.Suka hati aje dia ni panggil nama aku abang Kit.Ingat aku ni Kit Kat ke?Nasib baik comel.Matanya sahaja yang tekun memandang skrin handphone,walhal dok sibuk pasang telinga dengar perbualan Hana dengan budak-budak tu.
“Kak Han..”Dania berbisik.
Hana mendekatkan telinganya dengan mulut Dania.Daniel pun turut sama menyibuk.Sengaja aje dia rapatkan dirinya dengan diri Dania.
“Abang Kit message dengan sape?Buah hati dia ke?”

aerolit_gurlz Publish time 15-12-2010 01:06 AM

Err..Hana sengih kelat.Dikerling lagi Zakif yang tidak lepas memandang handphone.Lepas peristiwa pagi tadi,terus dia tak tegur Zakif.Malunya bukan main.Muka Pn.Hanim pun dia segan nak pandang.Sungguhlah.Dah banyak kali Zakif bagi dia malu.Bagi dia kantoi.Hutang Zakif dengan dia dah berlambak dah ni.Entah bila dia nak tuntut.
“Entah.Abang Kit message dengan aweks dialah tu..”Malas Hana menjawab.
“Eh!Mana boleh.Abang Kit dah ada Kak Han.Mana boleh message dengan orang lain”Daniel tiba-tiba menyampuk.
Hana sengih kelat lagi.Budak-budak.Apa yang mereka tahu?
“Kak Han..”Dania berbisik lagi sekali.”Kenapa Abang Kit duduk jauh sangat dengan Kak Han?”
Erk!Hana mati akal nak menjawab.Zakif yang mendengar pun tersentak.Daniel terus tarik tocang adiknya itu.
“Apalah cakap macam tu.Adik tu kecik lagilah.Tak baik tau”Daniel menjegilkan biji matanya.
Dania diam.Muka terus berubah ke muka serba-salah.
“Sorry Kak Han..”Dania tunduk pandang lantai.
“Haa..tahu pun salah.”Daniel pandang Hana.”A`ahlah Kak Han!Nape Abang Kit duduk jauh-jauh?”
Aiyokk!Hana rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.Dania menjegilkan biji matanya.
“Abang ni tadi marah Dania..dia tanya takpe pulak.”
“Abang dah besarlah..”ujar Daniel.
Hana tergeleng-geleng kepalanya.Macam-macam hal.Nasib baik dua-dua ni aku sayang.
“A`ahlah Kak Han.Ibu dengan ayah kan mana pernah duduk jauh-jauh macam ni.Selalu duduk rapat-rapat aje.Dania nak duduk sebelah ibu pun mesti ayah suruh Dania duduk tempat lain.Selalu aje nak berebut tempat dengan Dania.Menci aa!”Dania berpeluk tubuh.
Wajah Daniel dipandangnya.”Abang pun sama.Suka rebut tempat Dania nak duduk sebelah ibu!”
Daniel terkebil-kebil akibat dimarahi adiknya.Hana tersengih.Minta-minta Zakif tak dengarlah apa yang budak-budak ni asyik merapu.
Daniel menjelirkan lidahnya.Dania terus genggam tangannya menjadi penumbuk.Namun belum sempat tumbukannya mendarat di bahu Daniel,Daniel melangkah kea rah Zakif.Zakif tersentak apabila lengannya dipegang.Selamba sahaja Daniel memanjat single sofa itu lalu duduk menyelit di celah-celahnya.
“Abang Kit..”Daniel sengih comel.”Buat apa?”soalnya.
Zakif senyum.Ditunjukkan handhonenya.”Main game..”
“Game?”Daniel kerut dahi.Dia memanjangkan lehernya.”Nak tengok juga..”
Hana serba-salah.Dia nak panggil aje Daniel,tapi karang nampak sangatlah dia buat macam Zakif tu tak suka dengan budak-budak.Tapi daripada gaya,memang nampak dia macam tak suka pun budak-budak.Senyum pun nak tak nak aje.Karang mahu merah ape telinga Daniel ni kena piat dengan Zakif.Dahlah Daniel ni suka tanya soalan yang buat otak sesak tiba-tiba.Zakif rapatkan handphone ke arah Daniel.Tekun Daniel melihat game yang berada didalam handphone Zakif itu.
“Abang..Dania pun nak main juga..”Dania dah menjerit sedikit.
“Alaa…”Daniel merengus.”Kejaplah.Abang tengah tengok Abang Kit main ni..”
“Alaa..”Dania dah berpeluk tubuh.”Kak Han tengoklah Abang tu.Kejamlah.Nak bolot sorang aje..”
Zakif mengangkat mukanya.Wajah Dania yang masam dipandangnya sekilas.Spontan dia tersenyum.Dicuitnya lengan Daniel.Daniel angkat muka daripada skrin handphonenya.
“Jom kita duduk sana..”Zakif menunjukkan ke arah sofa di mana Hana dengan Dania sedang duduk.
Hana yang mendengar tersentak.Aisehman!Mati aku!

fazss Publish time 15-12-2010 09:01 AM

hehehe:$
zakif ni kena pandai mangayat...asyik nak mengusik aje..

fazss Publish time 15-12-2010 09:01 AM

hehehe:$
zakif ni kena pandai mangayat...asyik nak mengusik aje..

uda08_za Publish time 15-12-2010 09:52 AM

Zakif mmg kaki mengusik orgnya.
Seronok meriah rumahtangga.:)

cik_kiah Publish time 15-12-2010 03:26 PM

beshnya citer ni:laugh3:
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: cintaku full house


ADVERTISEMENT