asnita Publish time 11-10-2010 09:14 AM

ada cinta di hati ISS... next2 attokz

bunick Publish time 11-10-2010 02:55 PM

xde lunch ke hari ni? dh nk masuk tea time ni:lol:

attokz Publish time 11-10-2010 03:24 PM

Post Last Edit by attokz at 11-10-2010 15:29

***
"Tenang..." terngiang kata-kata ketuanya ditelinga dan mulutnya menyebut kembali perlahan dengan nada sinis. Segera dia teringat tentang maklumat mangsa yang masih tidak sempat dilihatnya. Dengan cepat tangannya mencapai sebuah alat elektronik sebesar telapak tangan dari dalam beg hitamnya. Jarinya menekan-nekan butang-butang yang ada disitu.Seketika layar skrin di alat itu memaparkan maklumatnya.

"Pak Ya!" Iss separuh menjerit. Mulutnya hampir melongo ternganga tanda tidak percaya. Hampir terlepas alat elektronik itu dari tangannya. Jelas dari skrin tersebut menunjukkan wajah Pak Ya sebagai sasaran tembakanya. Entah siapa yang tergamak mengupah organisasi tersebut untuk membunuh Pak Ya.

Jahanam! Jiwa Iss berteriak memberontak menolak. Iss hampir terduduk. Perlahan dia menyandar di tepi dinding yang serba kumal itu. Sekumal hatinya. Dia merengus kuat dan selajur mengusap kasar mukanya. Fikiran jadi terlalu kusut.

Disandarkan senjata pembunuhnya di tepi dinding. Iss memegang kedua-dua kepala lututnya. Dengan perlahan dia meraih kedua-dua lututnya rapat ke dada. Matanya berkaca bergenang dengan airmata yang ditahan-tahan. Semerta, ingatanya menjurus kepada Pak Ya.

Segar dalam ingatanya lembut tawa bicara kata Pak Ya. Bibir Iss koyak dengan sengihan panjang, bila dia terkenang keletah Cempaka Srihereani yang sudah mula pandai melakar bicara dan sekaligus membibitkan senda usik antara mereka. Masih teringat pada satu peristiwa dimana ketika itu Pak Ya mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran untuk anak gadisnya itu, dan entah bagaimana Iss tanpa sengaja terlanggar kek ulangtahun kelahiran yang sudah siap menanti untuk di potong. Habis semuanya jatuh bertaburan di lantai!

Iss terkaku seketika.Andaianya pasti Pak Ya dan Cempaka Srihereani akan memarahinya cukup-cukup. Tapi meleset sekali, rupanya hal sebaliknya berlaku. Cempaka Srihereani tanpa silu mengambil serpihan kek yang bertaburan jatuh dilantai dan terus membalingnya bertubi-tubi ke arah Iss dengan derai tawa yang memanjang. Iss dengan refleks membalasnya dengan rela hati. Lebih membahagiakan Pak Ya merelakan dengan tepukan tangan dan ketawa yang bersunguh-sungguh!

Oh, alangkah bahagia dirinya ketika itu. Tapi kini, jiwanya terasa ngilu sekali. Dia perlu untuk membunuh Pak Ya!

Sepi. Waktu terasa berhenti. Sepi. Sepi-sesepinya dirasakan Iss. Langit berlangir diam. Dia menjadi skeptis. Terasa sangat keliru dan bingung. Serba salah terus menjalar tangkai hati dan jiwa rasanya. Dia pun berbelah bahagi antara prinsip dan perasaan. Prinsipnya adalah untuk melaksanakan setiap tugasan tanpa gagal, sedangkan perasaan hormat, rasa sayang terhadap Pak Ya terus bermain di kepalanya. Dan, Cempaka Srihereani... Ahh! Semuanya berpilin kuat. Berpilin. Ligat.


Bersambung...

qimi08 Publish time 11-10-2010 04:56 PM

sniper/hitman my fav jugak... transpoter pun best jugak
hero2 botak je;P

Kia_picanto Publish time 11-10-2010 05:12 PM

ala siannye ISS... mesti diorg soh bunuh sebab iss rapat ngan pak ya:L
bila masa la diorg ni sempat spy budak nih:L:L

asnita Publish time 12-10-2010 09:42 AM

nape pulak ISS kena bunuh pak ya... suspen2 next2 n3

mijot Publish time 12-10-2010 08:53 PM

ISS dalam dilema...
tu sbb sniper/hitman tak dibenarkan mempunyai perasaan..

attokz Publish time 13-10-2010 01:30 PM

Akhirnya, Iss kepit juga raifelMcmillan Tac 50nya itu. Senjata maut itu dikhabarkan dapat menembak sasaran sejauh lebih daripada 2000 meter. Pada tahun 2003 seorang penembak tepat Kanada berjaya membunuh seorang pengganas Afghanistan dari jarak 2430 meter – lebih kurang satu batu setengah! Terus dipegangnya 'pistol grip' raifel itu dengan erat. Matanya dilekapkan ke teropong teleskopik untuk mengesahkan sasaran.

"Untuk menjadi seorang agen yang baik, perasaan harus kosong. Apa jua perasaan harus diketepikan. Kita hanya berpegang pada prinsip. Kita mesti fokus pada matlamat!" suara jurulatihnya bergetar kembali diingatan.

Ahh! Iss melihat Pak Ya sedang turun daripada sebuah kereta. Sasarannya sudah muncul kini. Bezanya kali ini dia mengenali mangsanya. Pak Ya berjalan dari kereta dan menuju ke sebuah bangunan di seberang jalan. Iss menarik nafas dalam-dalam. Jarinya kanannya sedang merasai picu tembakkan. Sedia untuk ditarik. Jari kirinya membuka kunci selamat. Iss memejam mata. Bayang wajah Pak Ya dan Cempaka Srihereani silih berganti. Dari perlahan hingga menjadi laju dan akhirnya berbinar. Perlahan dia membuka matanya. Melalui teropong teleskopik jelas dilihatnya wajah Pak Ya yang nyata. Iss menahan nafas dan debar. Ditenang lagi sosok tubuh Pak Ya. Kebetulan Pak Ya sedang berhenti di lampu isyarat. Inilah saatmya. Inilah takdirnya. Karma telah tertulis.

"Maafkan Iss, Pak Ya..."
Tumm! Tumm!

***

Disebuah apartmen mewah, Dimas, seorang lelaki berbadan sasa sedang menonton berita terkini di saluran TV13.

“Seorang lelaki yang dipercayai penembak tepat telah dijumpai mati di atas sebuah bangunan di tengah ibukota, petang tadi. Jurucakap polis menyatakan bahawa identiti dan motif pembunuhan tersebut masih dalam siasatan. Sekian laporan dari Fazidul Kamal Sidik untuk berita terkini, TV13”.

Dimas tersenyum puas.


* Tamat *

merahsilver Publish time 13-10-2010 05:30 PM

biar betul attokz....
sapa lak yg menembak iss?

asnita Publish time 14-10-2010 09:42 AM

Dimas bunuh ISS ke..... mcm mana plak dgn pak ya???? konfius2

sitikelembai Publish time 14-10-2010 12:02 PM

:dizzy: mama bohsan

bb_75 Publish time 14-10-2010 12:58 PM

iss kena tembak....sapa tembak????

qimi08 Publish time 14-10-2010 01:27 PM

Aik biar betul dah "tamat" ke ?

Jaza2008 Publish time 14-10-2010 01:28 PM

Reply 56# attokz


    best..best..next..next..next...:lol: :lol:
sorry attokz... baru smpat jengah sini...
good luck..

Jaza2008 Publish time 14-10-2010 01:29 PM

mama bohsan
sitikelembai Post at 14-10-2010 12:02 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    kenapa masuk sini jadi bohsan????:P
newbee????

Jaza2008 Publish time 14-10-2010 02:14 PM

Aik biar betul dah "tamat" ke ?
qimi08 Post at 14-10-2010 13:27 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    baru je nak mula baca dah abis....
tapi tak pe senang skit nak rempit sbb tak pjng sgt...:lol:

attokz Publish time 14-10-2010 04:34 PM

Aik biar betul dah "tamat" ke ?
qimi08 Post at 14-10-2010 13:27 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Dah ditamatkan. Sebab karya saya ni bukan novel tapi hanya cerpen.
Untuk plot yg lebih panjang ~ Insya Allah dalam novel Getar Rindu Desir Peluru.
:p

attokz Publish time 14-10-2010 04:36 PM

baru je nak mula baca dah abis....
tapi tak pe senang skit nak rempit sbb tak pjng sgt... ...
Jaza2008 Post at 14-10-2010 14:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
alamak Pn.Jaza,
tak pandai nak tulis panjang-panjang la. Standard cerpen je ni.
:P

mijot Publish time 14-10-2010 09:05 PM

dah tamat :L
baru nak masuk gear 5 nak memecut dah kena tekan brek ;P

mijot Publish time 14-10-2010 09:08 PM

Reply 77# attokz


buku ko ke tokz...
tahniah ar {:1_152:}
bila ada di pasaran...
nanti khabarkan ye..
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Cerpen : Sepotong Kisah Di Tangan Tuhan


ADVERTISEMENT