amandaatika Publish time 7-10-2010 07:21 AM

assalamualaikum & monin

amandaatika Publish time 7-10-2010 07:22 AM

tak sabar nk tggu n3 seterusnya

akeefz Publish time 7-10-2010 09:30 AM

selamat selamat...

merahsilver Publish time 7-10-2010 09:52 AM

mesti best citer attokz ni...
penuh aksi..
sambung lagi!!!

asnita Publish time 7-10-2010 11:03 AM

tinggal jejak dulu nanti baca... bz ari ni

attokz Publish time 7-10-2010 12:13 PM

Attokz.. mana sembunyi sebelum nih
amat jarang saya baca citer2 penyiasatan atau pon aksi2 berat...
jgn tak habis plak ye Attokz.. merana pemina2 kat sini.
Kia_picanto Post at 6-10-2010 19:18 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
sembunyi? eerkk...jd SR je. lgpn baru belajar nak menulis.
Insya Allah akan dihabiskan. lgpn, bknlah berniat nak jadikan novel mcm kwn-kwn yg lain tu.
Just percubaan pertama di sini je..

attokz Publish time 7-10-2010 12:14 PM

wak tokz best....
aku siap imejin sambil baca...
mijot Post at 6-10-2010 22:10 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Hebat! ko memiliki sisi kiri otak seorang lelaki..
hehehehe~
visualize tu penting dlm sinematografi tau..juga salah satu teknik dlm penulisan thriller. (kata Abg RAM la pesan kat aku)
:P

attokz Publish time 7-10-2010 12:15 PM

mesti best citer attokz ni...
penuh aksi..
sambung lagi!!!
merahsilver Post at 7-10-2010 09:52 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
erk...biasa je.
alahai...terasa berat n besar lak harapan yg diberikan.

attokz Publish time 7-10-2010 12:21 PM

Setelah 'dikurung' hampir suku abad di Akademia X, ketika berumur 25 tahun barulah dia dibawa keluar oleh organisasi tersebut ke dunia luar. Bermulalah episod baru dalam hidupnya. Dia ditempatkan disebuah apartmen mewah. Dia mula bercampur dengan orang ramai. Dia mula mengenali masyarakat. Pun begitu pergaulan dan pergerakkannya sentiasa di awasi oleh seorang lelaki berbadan sasa, ketuanya.

Dia masih juga bertemu dengan Mr.K. Selalunya berbual kosong dan ngobrol-ngobrol panjang. Sungguh pun dia sudah berada ditengah kelompok masyarakat, Iss masih tidak punya kawan baru. Satu kejanggalan dan rasa tidak selesa masih mengepungi dirinya.Dan pada satu senja ketika satu pertemuan yang entah kali keberapa, Mr.K menghadiahkannya selaras raifel baru buatan Amerika tahun 2000. Mcmillan TAC-50, yang beratnya menjangkau 12 kilogram!

"Aku sudah membuat ubahsuai yang perlu, mengikut kesesuaian mu. Gunakanlah dengan akrab dan perlu sahaja." Pesan Mr.K.

Rupanya, itu adalah pesanan terakhir yang didengarinya daripada Mr.K, kerana selepas itu Mr.K ditembak curi dan mati diatas pangkuannya. Dia sempat membelai wajah Mr.K sebelum nafas terakhir dilepaskan. Takdirnya telah sampai.

***

Bunyi helikopter yang bergema tidak berapa jauh segera memenggal lamunannya.Tangannya masih mengusap badan raifel itu. Segera pula dia mencapai barrel berwana hitam yang berukuran hampir 700mm itu. Dipasangkan kepada badan raifel kesayangannya. Diambilnya peredam bunyi. Dipusingkan perlahan peredam bunyi itu dimuncung barrel, untuk melenyapkan bunyi letupan yang terhasil dari tembakkan nanti. Diangkat raifel Mcmillan TAC-50 dan dipejamkan sebelah matanya sambil menenang. Pajera depan dilaraskan. Setelah puas, Iss mengambil teleskopik yang digunakan untuk melihat pada jarak jauh dan dipasangkan diatas badan raifel itu.

Kemudian, bipod bercabang dua pun dicangkukkan dibahagian bawah hadapan raifel . Bipod yang berfungsi sebagai kaki untuk menampung berat diregangkan olehnya. Dirabanya beg kulit hitam itu dan dikeluarkan sekotak peluru berkaliber .50. Lima butir peluru digenggamnya. Hampir 100mm panjang setiap peluru. Dimasukkan satu persatu kedalam kelopak peluru, dan terus dihentak kelopak peluru itu ke dalam badan raifelnya. Kunci selamat dipasang untuk mengunci picu tembakkan. Nah! Siap sudah peralatannya.

Iss mengepit raifel dengan lengan kanan dan memegang 'pistol grip' dengan jarinya menyentuh lembut picu tembakkan. Mencari-cari sudut yang terbaik untuk melepaskan tembakkan. Sama seperti dia mencari-cari makna diri dan kehidupan.Fikirannya kembali merewak dan mengeluyur.


bersambung...

mijot Publish time 7-10-2010 12:22 PM

Reply 47# attokz


aku mmg suka bab-bab sharp shooter ni...
seronok dan ghairah nak diimejinkan dr citer misteri...
novel abg RAM yg ada unsur2 gini lg laju aku baca berbanding yg ada unsur misteri yg tak abes2 lg dibaca :laugh3:
teruskan usaha tokz...

O/T = jom join gathering bod buku 16/10 ni..

mijot Publish time 7-10-2010 12:25 PM

tak cukup!!!!!
nak lagi!!!:lol:

shahrinas Publish time 7-10-2010 12:29 PM

good job... :D
kalu free letak n3 lagi k... :L

Kia_picanto Publish time 7-10-2010 05:03 PM

sembunyi? eerkk...jd SR je. lgpn baru belajar nak menulis.
Insya Allah akan dihabiskan. lgpn, bkn ...
attokz Post at 7-10-2010 12:13 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    heheh.. teruskan.. ni yg tak sabar nih:lol:

jayleedaisuki Publish time 7-10-2010 05:04 PM

salam attokz
best best umah baru{:1_152:}{:1_152:}

Kia_picanto Publish time 7-10-2010 05:08 PM

attokz.. penah amek askar wataniah ker tau pasal term2 senjata nih..
sungguh aku baru belajar byk perkataan hari nih:$

attokz Publish time 7-10-2010 05:17 PM

Post Last Edit by attokz at 7-10-2010 17:30

***

Sejak kematian Mr.K,Iss banyak menghabiskan masa di sebuah toko buku diselekoh jalan berdekatan apartmen mewah yang didiaminya. Perhatiannya kini telah tertumpah kepada buku-buku berkaitan ketuhanan. Di Akademia X, mereka tidak pernah disogokkan dengan perkara-perkara berkaitan kerohanian. Oleh kerana sering sahaja dia mampir ke situ, maka dia berkenalan pula dengan Pak Ya, pemilik toko buku itu.

Melalui Pak Ya, Iss diceritakan tentang kewujudan tuhan. Bukan sekadar konsep sahaja seperti yang telah dibacanya dalam buku The Prince karya Machiavelli satu ketika dahulu. Iss juga diberitahu tentang halal-haram, tentang dosa dan pahala. Juga tentang syurga dan neraka. Tentang hari pembalasan.

Ahh! Tersentak Iss ketika Pak Ya berkhutbah tentang dosa dan neraka. Baru dia menyedari bahawa kerja yang dilakukan selama ini adalah satu dosa yang akan diberi pembalasan neraka kelak.

Iss memang diberikan tugasan untuk membunuh seseorang. Oraganisasinya telah menerima bayaran luamayan dan upah yang tinggi dari pelanggan yang tidak pernah dia kenal. Setiap kali ada tugasan, dia hanya menerima maklumat melalui ketuanya sahaja. Kemudian menyusup ke lokasi yang ditentukan. Menanti mangsa. Menarik picu raifel. Selesai. Begitulah kebiasaan modus operandinya.


bersambung...

Kia_picanto Publish time 7-10-2010 05:29 PM

menarik.. nak lagi...
tak sabar nak tau perasaan dia bila tau membunuh tu berdosa besar..:$

asnita Publish time 7-10-2010 07:25 PM

memang menarik cite ni... lain dari yg lain....nak sabar nak tggu n3 selanjutya...

attokz Publish time 8-10-2010 09:52 AM

Sudah banyak tugas yang dia terima. Sudah ramai juga nyawa yang melayang ditangannya. Beberapa orang ahli politik dibeberapa negara juga sudah lama mati ditembusi peluru yang dilepaskannya. Terbaru, seorang model asing dari Mongolia telah dibereskan. Kognitif. Tidak pernah dia gagal.

Iss mula merasakan bahawa dia telah dijadikan seperti perkakas oleh ketua dan organisasinya. Seperti diperalatkan. Mungkin itulah tujuan dia 'dihasilkan'. Iss mula merasa gelisah. Iss mula diselubungi resah. Iss menjadi serba salah.

Namun, paling menggetarkan hati nalurinya adalah kerana lirikan mata seorang gadis manis yang entah mengapa bagai memiliki seribu pesona para dewi dari Pergunungan Olympus. Maka tersihirlah hati lelakinya yang tak pernah mengenal erti cinta. Terpakulah perasaan pada gemalainya senyuman yang sering dilantunkan setiap kali dia mengunjungi Pak Ya.

Cempaka Srihereani, begitulah nama yang terukir untuk gadis manis anak tunggal Pak Ya. Walaupun tak pernah memuntahkan sebarang bicara kata antara mereka, namun dari lenggok bahasa tubuh yang dimengertikan, Iss sangat pasti dan yakin bahawa antara mereka saling ‘ berhubungan’. Dan paling positif, Pak Ya merestui dalam senyum dan jelingan.

Iss mula merasakan sesuatu yang aneh dalam dadanya, dalam hatinya dan dalam perasaannya. Itulah kali pertama dia merasakan perasaan sedemikian sejak mula ia berupaya mengingat. Rasa aneh yang sangat disenanginya. Adakah perasaan itu dinamakan cinta? Iss nanar tanpa kepastian.

Iss semakin kerap berulang ke toko buku itu bila berkelapangan. Dia sangat suka mendengar Pak Ya bercerita. Dia senang dengan lelaki yang berperwatakkan sederhana itu. Tuturnya lemah lembut. Penuh diplomasi. Bila berdampingan dengan Pak Ya, hilang resah gelisahnya. Lenyap gundah gulananya. Dalam masa yang sama dia semakin mendambakan kelibatCempaka Srihereani. Semakin merindui lirikan dan senyuman gadis manis itu. Dadanya dirasakan lapang, hatinya dirasakan kembang. Dia memahami yang dia sedang mengalami rasa bahagia.

Dia jadi amat tenang.

"Untuk melepaskan tembakkan yang akurasi, tepat dan membunuh, nafas mesti teratur. Pemerhatian mesti dipusatkan. Fokus, dan jiwa mesti tenang," kata-kata ketuanya tiba-tiba melintas menghentak ingatan.


bersambung...

attokz Publish time 11-10-2010 08:51 AM

attokz.. penah amek askar wataniah ker tau pasal term2 senjata nih..
sungguh aku baru belajar byk p ...
Kia_picanto Post at 7-10-2010 17:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
bekas ROTU UM, dan telah lapor diri di Kem 515. Suka tgk movie sniper/hitman dan collect replika senjata.
Juga suka baca novel thriller.
:P
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Cerpen : Sepotong Kisah Di Tangan Tuhan


ADVERTISEMENT