attokz Publish time 6-10-2010 01:13 PM

atokz !

bestnya ada buah tangan dari En. Atokz ......

kami semua setia menunggu...
detox Post at 6-10-2010 11:24 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Terima kasih atas sokongan..
kalau ada teguran membina, sangat di alukan-alukan..

attokz Publish time 6-10-2010 01:15 PM

Replyattokz

Erk... mel tak sampai ker.. cerpen hari tu da komen berjela-jela pe
...
bintang Post at 6-10-2010 12:45 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

agaknya masuk SPAM kot Bintang?
nnt sy cuba semak emel.

bunick Publish time 6-10-2010 01:15 PM

Terima kasih atas sokongan..
kalau ada teguran membina, sangat di alukan-alukan..
attokz Post at 6-10-2010 13:13 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


mna sambungannya attokz? kami ni dok menunggu lunch dr ISS ni{:1_152:}

attokz Publish time 6-10-2010 01:21 PM

***
"Untuk menjadi seorang agen yang baik, perasaan harus kosong. Apa jua perasaan harus diketepikan. Kita hanya berpegang pada prinsip. Kita mesti fokus pada matlamat!"suara tegas jurulatihnya melanggar gegendang telinga, sewaktu mengikuti satu sessi pengajaran di dalam kelas.

Matlamat? Apa matlamat utamanya? Untuk membunuh manusia lain? Ketika itu juga bertalu-talu persoalan menerjah kotak fikirannya. Iss melihat kawan-kawannya yang lain hanya mengangguk. Entah menerima bulat-bulat sahaja, atau pun berfikir seperti dia, Iss sendiri tidak pasti. Mungkin juga sekadar berlakon seperti mengerti, sedangkan tidak ada apa yang difahami.

Memang sejak kali pertama dia berupaya mengingat, hanya wajah kawan-kawannya sahaja yang dia temui. Juga wajah Mr. K, penjaga mereka semua. Kawan-kawannya juga tidak ramai, ada enam orang tidak termasuk dirinya. Mereka semua tidak punya nama yang bervariasi. Semuanya dipanggil ISS. Hanya nombor panggilan sahaja yang membezakan mereka. Dia sendiri bernombor tujuh. Jadi, nama rasminya ialah Iss-07.

Dia membesar disebuah tempat bergelar Akademia X. Sejak kecil lagi dia dan penghuni yang lain sudah diajar berdikari. Basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, cuci kasut sendiri, malah segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Tidak boleh mengharap orang lain. Mr.K yang menjaga mereka begitu tegas. Wajahnya sering sahaja tegang tidak berperasaan. Tapi, Mr.K banyak membantu dalam membentuk dirinya. Dia dapat rasakan bahawa Mr.K seorang yang penyayang. Malah, dia jadi sangat rapat dengan Mr.K.

Hinggalah satu saat, ketika dia berumur 13 tahun, Mr.K menceritakan rahsia tentang dirinya. Barulah dia tahu bahawa dirinya dan kawan-kawannya yang lain merupakan produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi rahsia untuk satu projek yang berprofil tinggi. Malah lebih hebat lagi, mereka semua terhasil daripada teknologi pengklonan manusia!

Menurut Mr.K, sejak merekaberjaya diklonkan, tumbesaran mereka sejak proses menjadi zigot, berubah kepada embrio, hingga membesar menjadi fetus, semuanya diawasi oleh sekumpulan saintis yang dibiayai oleh organisasi itu. Mereka semua ditempatkan didalam sebuah balang kaca yang dipenuhi dengan cecairan kimia. Mereka dilahirkan didalam makmal!

Semua cerita yang disampaikan oleh Mr.K bagaikan tidak masuk akal padanya. Sangat tidak dipercayainya. Tapi dia tidak boleh menolak realiti itu, kerana kebenaran terpampang didepan mata. Dia tidak punya ibu atau bapa. Dia tidak punya adik-beradik lain. Dia tidak punya rumah selain Akademia X.Dia tidak menjalani kehidupan seperti insan lain. Masanya banyak dipenuhi dengan latihan-latihan ala ketenteraan di tapak latihan dan pelbagai ilmu di dalam kelas.

Di dalam kelas, dia diajar tentang bahasa, tentang ilmu anatomi tubuh manusia - bahagian tubuh yang mudah untuk memutuskan nyawa, tentang persekitaran alam, rupa bentuk georgrafi bumi tapi paling banyak ialah mengenali jenis-jenis senjata!

Manakala di tapak latihan, dia diajar tentang ilmu medan perang, ilmu penyamaran, ilmu mempertahankan diri selain sentiasa diajar berlari ke hulu ke hilir. Kononnya mahu menjaga kecergasan diri. Dalam masa itu juga, dia didedahkan dengan teknik menembak dengan tepat. Hasilnya, akurasi tembakannya tanpa gangguan angin adalah seratus peratus! Sehingga kecekapan menarik picu dan mengendalikan pelbagai senjata bagaikan mainan sahaja dihujung jarinya.

bersambung...

attokz Publish time 6-10-2010 02:27 PM

mna sambungannya attokz? kami ni dok menunggu lunch dr ISS ni
bunick Post at 6-10-2010 13:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
tu dah sambung tu Cik Puan Bunick...
:P

Adilla Publish time 6-10-2010 02:44 PM

selamat datang attokz ke dunia yang penuh berimaginasi ini, melihat dari lenggok sentuhan, pasti attokz dah lama menari dan tegap menyusun langkah dalam bidang ini. syabas dan sya akan nanti dan nanti setiap sentuhan attokz.

Kia_picanto Publish time 6-10-2010 02:47 PM

tinggal jejak sat... nanti nak baca...

Kia_picanto Publish time 6-10-2010 03:35 PM

waaa.. best la.. lagiii{:1_152:}

bunick Publish time 6-10-2010 03:37 PM

waaa.. best la.. lagiii
Kia_picanto Post at 6-10-2010 15:35 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


aku tlg up kan kia. cpt attokz letak n3{:1_152:}{:1_152:}

mikoodette Publish time 6-10-2010 03:47 PM

aku tlg up kan kia. cpt attokz letak n3
bunick Post at 6-10-2010 15:37 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

auuuuuuuuuuchoommmmmmmmmmm!!! :P

bunick Publish time 6-10-2010 03:48 PM

auuuuuuuuuuchoommmmmmmmmmm!!!
mikoodette Post at 6-10-2010 15:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


ko selesema ke miko?:lol:;P

qimi08 Publish time 6-10-2010 03:51 PM

Post Last Edit by qimi08 at 6-10-2010 16:29

Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu...lakunan Jessica Alba
lupa tajuklah pulak....:re:

mikoodette Publish time 6-10-2010 04:00 PM

ko selesema ke miko?
bunick Post at 6-10-2010 15:48 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

x laaa... sejuk sgt aircond kat opis aku hari nie...
gatal idung pulak tetiba..

ariellin Publish time 6-10-2010 04:41 PM

lagi attokz {:1_152:}

attokz Publish time 6-10-2010 05:25 PM

selamat datang attokz ke dunia yang penuh berimaginasi ini, melihat dari lenggok sentuhan, pasti att ...
Adilla Post at 6-10-2010 14:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Erk...
baru shj menulis ni. ni la julung kali post ke sini.
:p

attokz Publish time 6-10-2010 05:29 PM

Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu. ...
qimi08 Post at 6-10-2010 15:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Series tivi ni sekitar thun 2000-2002, tajuknya Dark Angel.
Actually barcode tattoo yg Jessica pakai mjd semacam trendsetter kepada golongan muda masa itu. menjadi ikutan. Malah ada rekod menyatakan segolongan Yakuza/gengster di Jepun mewajibkan ahlinya memiliki barcode tattoo.
:P

attokz Publish time 6-10-2010 05:30 PM

lagi attokz
ariellin Post at 6-10-2010 16:41 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
erk..
terima kasih. rasa mcm berdebar plak nak teruskan...
hehehehe~

Kia_picanto Publish time 6-10-2010 07:15 PM

Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu. ...
qimi08 Post at 6-10-2010 15:51 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    Dark Angel kak{:1_152:}

Kia_picanto Publish time 6-10-2010 07:18 PM

Attokz.. mana sembunyi sebelum nih:C
amat jarang saya baca citer2 penyiasatan atau pon aksi2 berat cenggini..
sebelum ni pon ade satu citer yg poremer tu dah tak hapdate lepas tu..

jgn tak habis plak ye Attokz.. merana pemina2 kat sini:$
Nak lagiiiii {:1_152:}

mijot Publish time 6-10-2010 10:10 PM

wak tokz best....
aku siap imejin sambil baca...
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Cerpen : Sepotong Kisah Di Tangan Tuhan


ADVERTISEMENT