Cintaerina Publish time 3-3-2022 02:58 PM

Khairul Aming Kini Ada Kilang Sambal Nyet Sendiri Selepas Berjaya Raih Jualan RM7.5 Juta

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140242c3ignwkluee9gu62.pngSumber: Google Image




Seperti yang kita semua tahu, sejak Khairul Aming memulakan perniagaan Sambal Nyet Berapi, dia sentiasa berkongsikan tentang kelemahan dan perkembangan bisnesnya kepada peminat dan pengikutnya.


Kini sudah setahun berlalu sejak Sambal Nyet pertama kali dijual. Baru-baru ini Khairul Aming telah berkongsikan update terbarunya mengenai perniagaannya di laman Twitter.




https://twitter.com/khairulaming/status/1498883775283212291?s=20&t=Pla3CAgTdYiKPaUkd6-kng


Menurut Khairul, selepas setahun Sambal Nyet dilancarkan, dia berjaya menjual sebanyak 540,000 botol Sambal Nyet dengan keuntungan sebanyak RM7.5 juta.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140718u0cvpk7hvzvbvo0q.pngSumber: Twitter Khairul Aming







Khairul menambah, dia hanya memulakan perniagaannya dengan memasak di rumah dan kini dia mampu untuk membuka kilangnya sendiri dengan keluasan 14,000 kaki persegi.


Katanya, walaupun berisiko tinggi, Khairul berkata dia bertekad untuk buka kilang kerana mahu belajar dari mula.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140904x4bhh44vhvt3kom3.pngSumber: Twitter Khairul Aming







Khairul Aming juga mengatakan semasa dalam proses pembukaan kilangnya, dia banyak membuat kesilapan dari segi kesilapan membeli mesin, bahan dan banyak lagi. Selepas menghabiskan perbelanjaan lebih dari RM1 juta, kilangnya kini beroperasi secara penuh.


Namun katanya, kilang yang dibuka ini masih belum siap sepenuhnya tapi cukup untuk memuatkan kapasiti dua produk. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah produk kedua yang bakal dilancarkan oleh Khairul Aming.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140619k2mwym8mb92wmmmj.pngSumber: Twitter Khairul Aming




Akhir sekali, Khairul Aming juga sempat luahkan rasa terhutang budi kepada semua pihak yang telah menyokongnya sejak hari pertama. Dia juga turut berharap arwah bapanya dapat melihat kejayaannya sekarang.


Kami warga CARI mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Khairul Aming! - CARI

Kancilkering Publish time 3-3-2022 03:42 PM

x yah main forex ….juta juta….
x yah tunjuk lamborghini porche bagai duit secekak

bondeh Publish time 3-3-2022 06:08 PM

Walaupun sambal dia nih viral, aku tak terasa menggelupo nak beli. Kawan aku siap carik kat shopee takde, cari merata2 baru dpt itu pun sanggup menunggu restock. Tak kesio lah aku haih. Lain org lain kegemaran.

adelea Publish time 3-3-2022 07:34 PM

Akhirnya dapat juga beli … memanjang sold out … murah betui rezeki ming

melinda_kerr Publish time 3-3-2022 07:58 PM

Asyik sold out tk kuasa aku nk membeli dah. Byk lagi option sambal lain.

imransulaiman Publish time 3-3-2022 07:59 PM

Belum pernah ada peluang beli. Sedap sangat ke? Ada yang kata pedas namatey. Aku tak berkenan makan sambal pedas melampau ni.. Cukup yang sederhana saja..

reenz013 Publish time 4-3-2022 10:02 AM

penah beli sekali je...u pun x abis...suku je luak...penah beli lg sedap dr sambal nyet ka ni

Bergosip Publish time 4-3-2022 11:54 AM

imransulaiman replied at 3-3-2022 07:59 PM
Belum pernah ada peluang beli. Sedap sangat ke? Ada yang kata pedas namatey. Aku tak berkenan makan...

buat sebagai rencah nasi goreng sedap, makan sahaja dengan nasi so-so je. Iols di antara yang terawal beli, minyak sambal tu banyak gila. But now, dia dah improvekan product dia. Jadi, dah makin elok lah kan.

tintin22 Publish time 4-3-2022 12:08 PM

reenz013 replied at 4-3-2022 10:02 AM
penah beli sekali je...u pun x abis...suku je luak...penah beli lg sedap dr sambal nyet ka ni

share boleh ,hihi

ninnamina Publish time 4-3-2022 12:47 PM

tahniah!!!

cik_nit Publish time 4-3-2022 02:19 PM

Terbaik anak muda

incess.my Publish time 4-3-2022 03:05 PM

Murah rezeki dia ni. Takyah nk buat content merapu.. tp hakak blm terbukak hati nk beli sambal segera ni, suka masak sndri

becir Publish time 4-3-2022 05:33 PM

zizan semang can only wish...

:lol:

dudaberhias Publish time 4-3-2022 09:36 PM

genap setahun 7.5 juta.... mamasabariah dan mamakentut.. genap setahun... ratus2 juta... tapi masih duk umah teres tanah sekangkang kera...

Sazreena Publish time 6-3-2022 02:11 AM

Iols dah pernah terai sambal kerolming. Berjayalah gak dapat 2 botol sbb incik somi yg belikan. The verdict - emmm jujur kang dikata nak jatuhkan sesama melayu..tapi setelah mencobanye..out of 5 stars i ols bagi 3 je la. Mungkin lidah Minang iols pekat maka level kepedasannya masih dikira manjah.

calalilies Publish time 6-3-2022 02:47 AM

dudaberhias replied at 4-3-2022 09:36 PM
genap setahun 7.5 juta.... mamasabariah dan mamakentut.. genap setahun... ratus2 juta... tapi masih...

Siapa mamakentut hehe

dudaberhias Publish time 6-3-2022 02:50 AM

calalilies replied at 6-3-2022 02:47 AM
Siapa mamakentut hehe

mak jahlop kesayangan porumer kaka... ;P:funk:

NazRysha Publish time 6-3-2022 08:59 AM

sejenis sambal dalam botol ni
dia akan ada satu bau masam
tak caya try beli mana2 sambal memang ada bau

royaldanish Publish time 6-3-2022 09:42 AM

Apa2 pun tahniah.. ni betul2 contoh yg mula dari bawah

cmf_Strawberry Publish time 6-3-2022 11:21 AM

I suka je KA Tahniah ni baru betu Usahawan. Betul juga sambal2 dlm Botol ni I cannot la. Tp kalau sambal hitam okay, I taktau tp sambal warna merah mesti lama2 jadi tak sedap. Dah byk beli jenis sambal.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Khairul Aming Kini Ada Kilang Sambal Nyet Sendiri Selepas Berjaya Raih Jualan RM7.5 Juta


ADVERTISEMENT