Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:07 AM

Kenapa Bahasa Melayu dipilih jadi Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Jawa

Awal penciptaan Bahasa Indonesia sebagai jati diri bangsa bermula dari Sumpah Pemuda, iaitu pada 28 Oktober 1928. Pada Kongres Nasional kedua di Jakarta, Prof. Mohammad Yamin mengusulkan penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa untuk negara Indonesia selepas kemerdekaan. Beliau memilih Bahasa Indonesia yang didasarkan daripada Bahasa Melayu yang dituturkan di Riau.
Bahasa Melayu Riau dijadikan sebagai bahasa persatuan Republik Indonesia dengan beberapa pertimbangan:[*]Apabila Bahasa Jawa digunakan, suku suku/puak puak lain di Republik Indonesia akan merasa dijajah oleh Jawa, yang merupakan puak majoriti Republik Indonesia.[*]Bahasa Jawa jauh lebih sukar dipelajari dibandingkan bahasa melayu. Ada bahasa halus, biasa, dan kasar, yang mana dipergunakan untuk orang yang berbeza dari segi usia, derajat, ataupun pangkat. Bila kurang memahami budaya Jawa, boleh menimbulkan kesan negatif yang lebih besar.[*]Bahasa Melayu Riau yang dipilih, dan bukan misalnya Bahasa Melayu Pontianak, atau Banjarmasin, atau Samarinda, ataupun Kutai, dengan pertimbangan pertama suku / puak Melayu berasal dari Riau, Sultan Melaka yang terakhirpun lari ke Riau setelah Melaka direbut Portugis. Kedua, sebagai lingua franca, Bahasa Melayu Riau yang paling sedikit terkena pengaruh misalnya dari bahasa Cina Hokkien, Tio Ciu, Ke, ataupun dari bahasa lainnya.[*]Pengguna bahasa melayu bukan hanya terbatas di Republik Indonesia. Di tahun 1945, pengguna bahasa melayu selain Republik Indonesia masih dijajah Inggeris. Malaysia, Brunei, dan Singapura masih dijajah Inggeris. Pada saat itu, dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa persatuan, diharapkan di negara negara kawasan seperti Malaysia, Brunei, dan Singapura bisa ditumbuhkan semangat patriotik dan nasionalisme negara negara tetangga di Asia Tenggara.
Bahasa Indonesia yang sudah dipilih ini kemudian dipiawaikan lagi dengan tatabahasa, dan kamus piawai juga diciptakan. Hal ini dilakukan pada zaman Penjajahan Jepun.

juwaini Publish time 6-6-2010 02:09 AM

Kalau Indonesia guna bahasa Melayu Riau, kenapa depa sebut SA-YA instead of SA-YE?

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:10 AM

baru2 ni aku terbaca,bahasa ke-4 paling byk digunakan di facebook adalah bahasa indonesia, ini bermakna, bahasa melayu ... tu blum lagi dicampur dgn pengguna facebook di malaysia, brunei dan singapura yg menggunakan bahasa melayu...

rupanya bahasa melayu ni salah satu bahasa yg paling banyak dituturkan di dunia...

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:15 AM

Melayu Indonesia

Melayu Indonesia adalah suku Melayuyang tinggal di sepanjang Indonesia, sebagai salah satu suku asli negara pulau tersebut. Indonesia mempunyai penduduk Melayu kedua besar selepas Malaysia. Menurut sejarah, Bahasa Indonesia, iaitu bahasa kebangsaan Indonesia, berasal dari Bahasa Melayu yang ditutur di Riau, sebuah provinsi di Sumatra timur. Ada beberapa bilangan kerajaan Melayu di Indonesia yang meliputi pulau Sumatra dan Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal adalah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Deli, Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Sambas.


Jumlah penduduk Melayu Indonesia

6.9 juta (banci 2000)

Kawasan dengan banyak penduduk Melayu Indonesia

Sumatra Selatan: 2,139,000
Riau: 1,880,240
Bangka-Belitung: 936,000
Jambi: 914,660
Sumatra Utara: 582,100
Kalimantan Barat: 325,864
Bengkulu: 125,120

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:18 AM

Asal Usul Perkataan Melayu

Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:20 AM

Jumlah keseluruhan penduduk Melayu di Nusantara di 5 negara

sekitar 22 juta

Kawasan yang nyata diduduki
Brunei, Filipina, Indonesia, Madagascar, Malaysia, Singapura, Timor Leste

Penduduk majoriti                
Malaysia         12.3 juta (Angggran 2006)        
Brunei         0.25 juta (Anggaran 2006)        
Penduduk minoriti                
Indonesia         6.9 juta (Bancian 2000)        
Thailand         1.9 juta (Anggaran 2006)        
Singapura         0.45 juta (Bancian 2000)

cmf_almondpecan Publish time 6-6-2010 02:24 AM

Teringat pulak kat sorang mamat warga Belanda yang ibunya orang Sulawesi. Keluarganya menentang beberapa polisi kerajaan Indonesia sejak dulu. Dia ni cukup tak suka nama Bahasa Indonesia sbb pd dia bahasa ni dia gelar Omong Melayu je.

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:26 AM

Post Last Edit by Leonarzi at 6-6-2010 02:28

Kalau Indonesia guna bahasa Melayu Riau, kenapa depa sebut SA-YA instead of SA-YE?
juwaini Post at 6-6-2010 02:09 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

itu cuma berbezaan sebutan loghat..tp pada dasarnya, bahasa indonesia tu bahasa melayu
kalau bahasa jawa, mmg totally berlainan

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o".

juwaini Publish time 6-6-2010 02:26 AM

itu cuma berbezaan sebutan loghat..tp pada dasarnya, bahasa indonesia tu bahasa melayu

kalau...
Leonarzi Post at 6-6-2010 02:26 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Identiti dalam bahasa Melayu Riau adalah sebutannya...

furadust Publish time 6-6-2010 02:28 AM

so,kesimpulan?

lkick2113 Publish time 6-6-2010 02:33 AM

kesimpulannye kita tido dulu.........:sleepy:;P

Leonarzi Publish time 6-6-2010 02:33 AM

Identiti dalam bahasa Melayu Riau adalah sebutannya...
juwaini Post at 6-6-2010 02:26 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

bahasa melayu lahir di Riau....tp bahasa Indonesia tak sepenuhnya ikut sebutan dialek seperti di Riau

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

tobby Publish time 6-6-2010 08:55 AM

http://en.indonesianestate.com/maps/03-riau_kepulauanriau.jpg

tobby Publish time 6-6-2010 09:01 AM

orang kedah org melayu ka?sebutan tak sama dgn RIau?

mysara Publish time 6-6-2010 09:14 AM

bahasa melayu byk cabang dan kerabatnya
contoh paling mudah
bahasa melayu perak
ada 3 daerah lingual
bhs perak utara yg seakan2 bhs melayu penang
bhs perak tengah (byk fonem yg digugurkan ato ditambah
cth: /gulai/ disebut /gula/ ; manakala /gula/ disebut /gulai/
dan bhs perak kuala
yg ni lebih kpd sebut /eh/ cth : /ateh/ (atas), /lepeh/ (lepas) etc etc

kekbelacan Publish time 6-6-2010 09:30 AM

baru2 ni aku terbaca,bahasa ke-4 paling byk digunakan di facebook adalah bahasa indonesia, ini ber ...
Leonarzi Post at 6-6-2010 02:10 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
fakta ini before facebook lagi
world's 4th most populous nation
bahasa paling byk di gunakan di dunia forever n ever sudah tentu mandarin
skrg ni lagi dgn ekonomi n teknoloji mereka yg rival amerika
patut pun americans, jiran kita spore n the rest of the world sibuk belajar mandarin

paler kembang Publish time 6-6-2010 10:01 AM

Ada pun bahasa melayu digunakan oleh negeri melayu yang merangkumi utamanya semenanjung tanah melayu, dan termasuk kepulauan dan daerah/tempat lain yang kini berada di indonesisa, brunei, selatan thailand dan selatan filipina.Slangka Johor Riau adalah yang digunakan pakai di Malaysia kini (di mana dulunya Johor Riau adalah satu lengkongan daerah yang mempunya persamaan dalam kebudayaan dan pertuturan).

Bohonglah kalau indonesia menjadikan bahasa slangka riau sebagi bahasa indonesia kerana. ini cuma alasan untuk menutup kemaluan indonesia kerana mengambil bahasa melayu sebagai bahasa indonesia.DI Riau 'masa' disebut 'mase'..

tobby Publish time 6-6-2010 11:02 AM

kerajaan Johor-Riau adalah antara kerajaan yg masih baru sejarahnya, berbanding krjn2 melayu lain yg dah lama pupus.

shazuyi. Publish time 6-6-2010 11:06 AM

off topic jup.nenek aku bute urop.kalo paper melayu x taw bace,kalo paper jawi taw bace.tapi istilah bahase inggeris tu ade melekat kat mulot die.aku kadang2 balik main snoker die tanye"pegi mane?"aku cakap la main snoker.skali die tanye snoker tu ape kat bapak aku,skali bapak aku cakap main biliard.die cakap "ooooo...biliard":lol:..die taw bende tu.lagipun die taw sbot kate penuh bagik MCE,LCE,DO dll.may be zaman die pengaruh bahasa inggeris dalam kehidupan harian tu kuat.

peYno Publish time 6-6-2010 11:33 AM

bahasa melayu antara bahasa paling bodoh... eja lain, sebut lain....

antara bahasa terbaik didunia adalah arab, urdu dan bahasa indonesia...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Kenapa Bahasa Melayu dipilih jadi Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Jawa


ADVERTISEMENT