just_masa Publish time 10-7-2009 03:43 PM

Kambakkht Ishq

KUALA LUMPUR,8 JULAI 2009:Filem terbaru lakonan Akshay Kumar dan Kareena Kapoor, Kambakkht Ishq, semakin menjadi bualan hangat kerana mampu menonjolkan bintang Hollywood seperti Sylvester Stallone, Denise Richards dan Brandon Routh.

Kehebatan tersebut diakui bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) iaitu Akim, Isma, Aishah, Qhaud, Rubisa, Rini, Adila dan Obri yang sempat meluangkan masa menontonnya bersama sekumpulan GengMurai semalam.

Tayangan khas itu telah berlangsung di pusat beli-belah baru, Caps Square, di sini. Ternyata ia meninggalkan kesan keseronokan di hati mereka mereka.

Filem arahan Sabbir Khan itu menceritakan tentang hubungan seorang pelakon stunt (Akshay) dan model seksi/ doktor bedah (Kareena) yang pada awalnya dipenuhi dengan rasa marah, benci dan ego. Namun jauh di sudut hati, mereka sebenarnya saling mencintai. Filem ini turut menjalani penggambaran di Los Angeles dan Venice.

Ikuti komen bintang AF7 selepas menonton Kambakkht Ish.

AKIM: Saya suka cerita ini sebab jalan ceritanya sangat menarik dan romantik. Ia berbeza dari filem Hindi sebelum ini kerana lebih banyak unsur komedi serta aksi ditonjolkan adalah realiti sebenar kehidupan seorang pelakon stunt.

OBRI: Apa yang saya boleh cakap girls and boys kalau gaduh-gaduh selalu tidak baik. Inilah yang dapat saya rasa selepas tonton filem ini. Ia sangatlah best dan kelakar... tapi ada juga babak yang membosankan. Dari 5 bintang, saya beri 4 bintang.

AISHAH: Hahaha... cerita ini kelakar sangat tapi banyak menyelitkan mesej yang mendalam. Saya suka sangat adegan hero melamar heroin dalam air tu! Waah unik tu!

QHAUD: Cerita yang menarik untuk ditonton. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang tak percaya tentang cinta. Cewah!!! Suka lagu dia.. Om Magalam Magalam! Hehehe..

ISMA: Best cerita ni. Sungguh menghiburkan. Very hot and sexy!

RUBISA: Ia sangat menghiburkan. Jalan ceritanya juga menarik dan best. Bagi saya, kanak-kanak kurang sesuai menonton... bahaya... tapi anak saya dah tertengok... hehehe

ADILA: Wow! Suka betul tengok Kareena dalam filem ini. Meletup gila! Sebenarnya .. tak sangka cerita ni best pulak. Kelakar walaupun ada part yang tak logik sikit. Biasalah.. filem Hindustan kan.

RINI: Cerita yang menghiburkkan. Jalan cerita menarik dan bestk. Sebenarnya...saya tak pernah tengok filem Hindustan di wayang sebelum ni. Jadi ia satu pengalaman baru.

just_masa Publish time 11-7-2009 11:10 AM

Kambakkht Ishq grosses Rs 100 crore in first week

Despite mixed reviews for its weak storyline, Akshay Kumar and Kareena Kapoor starrer romantic comedy Kambakkht Ishq has grossed Rs100 crore (Rs1 billion) at the box office in its first week.

Distributed worldwide by Eros with around 2,000 prints worldwide, Kambakkht... hit more than 1,400 screens in India and about 600 overseas in a combination of prints and digital format.

Directed by debutant Sabbir Khan, it released across India as well as in Pakistan, Britain, US, Australia, Europe, South Africa, Fiji Islands, the Middle East and Malaysia, among others.

Released July 3, the film opened to extraordinary advance bookings courtesy its unprecedented buzz and has brought a new lease of life for Akshay's flagging career after two major duds Chandni Chowk To China and 8X10 Tasveer.

just_masa Publish time 11-7-2009 11:25 AM

Post Last Edit by just_masa at 11-7-2009 11:28

Post Last Edit by just_masa at 11-7-2009 11:27

samax Publish time 14-7-2009 01:50 AM

nak tanya sikit pada penggemar filem hindi..
dulu aku ader tengok filem lakonan Nana Patekar. Watak dia lelaki miskin tapi akhirnya jadi hero like pejuang menentang penindasan ke apa ..gituler lebih kurang....best & touching gak filem tu...saper tau judulnya?

Nur68 Publish time 29-7-2009 09:23 AM

lama x jenguk sini...rinduuuuuuuuuuu:loveliness:

samax, pernah gak tgk tp x ingat tajuk filem...

AyieBoyZ Publish time 30-7-2009 04:48 PM

hr nih film love aaj kal ku0.. (deepika n saif).. xsabo tggu review..

just_masa Publish time 31-7-2009 04:23 PM

Post Last Edit by just_masa at 3-8-2009 12:15

a'kum semua,
ayie, ape khabar ko?....oky, semalam abg dah tonton LOVE AJJ KAL ( CINTA SEKARANG DAN DAHULU ) TAYANGAN PERDANA KT MALAYSIA malam semalam..terima kasih kt kawan abg kt astro.... abg dapat dua tiket jer,,, tempat terhad...penuh semalam .... kalau dpt banyak boleh ajak korang semua kan..... ok .....ini ulasan filem ini.....

sebelum tayangan bermula, ada cakap-cakap yg bermain di minda abg tentang filem ini diciplak dari filem taiwan,HAO DE SHI GUANG (Three Times). abg dah tonton filem taiwan ni dan ia sebuah filem berat .
ader 3 cerita :1966, "A Time for Love," kisah seorang tentera yg mencari cinta pandang pertamanya; "A Time for Freedom," 1911, berkisar tentang seorang penyanyi yg cuba utk keluar dr persekitarannya,; 2005 "A Time for Youth" kisah cinta 3 segi antara seorang penyanyi yang membuat pasangannganya menderita kerana hubungan sulitnya dengan seorang jurugambar.dalam 2 kisah pertama ,surat memainkan peranan penting dalam percintaan, manakala kisah ketiga, sms, telefon bimbit dan komputer memainkan peranan. filem ini cuba utk menunjukkan perbezaan cinta yang telah berubah melalui 3 generasi. dan dalm ketiga-tiga kisah ,watak utamanya dimainkan oleh pelakon yg sama.

jadi ,adakah betul filem ini di ciplak dari filem taiwan ini?

persamaan kedua -dua filem ini adalah ia cuba utuk menunjukkan perbezaan cinta antara generasi dan dalam LOVE AJJ KAL, SAIF ALI KHAN juga turut memainkanwatak utama dalam kedua-dua generasi.Jadi , mungkin saya boleh mengatakan bahawa pengarah IMTIAZ ALI mungkin mendapat inspirasi dari filem THREE TIMES kerana persamaan konsepnya.Selebihnya , jalan cerita LOVE AJJ KAL adalah berbeza.

Love AJJ Kal berkisar tantang pasangan moden ,JAI dan meera , yang tinggal di kota london(LOVE AJJ)cinta sekarang.. Hidup mereka gembira bersama sehingga keadaan membuatmereka mengambil haluan yg berbeza. JAi dan MERAA tidak percaya hubungan jarak jauh akan berjaya, lalu mereka berpisah atas persetujuan bersama dan JAi yang berpindah ke America dan MEERA yang berpindah ke India terus menjadi sahabat sahaja . Mereka meneruskan kehidupan dan mula bertemu dgn org lain namun, di dalam diri , mereka masih tidak dapat melupakan sepenuhnya satu sama lain. keadaan ini telah membuatkan JAI berkongsi masaalahnya dengan RISHI KAPOOR yang kemudian telah membuka kisah cinta semasa zaman mudanya kepada JAI.( LOVE KAL )-CINTA DAHULU>.

LOVE AJJ KAL akan membuat anda jatuh cinta dengan setiap wataknya. wataknya menunjukkan kelemahan dan kekuatan manusia dlm menjalani kehidupan dan walaupun cara kita manusia menghadapi cinta berbeza pada setiap zaman, keindaha peraasan masih sama.

LOVE AJJ KAL membuktikan Imtaz ALI adalah seorang pengarah bijak dan berbakat besar.lakon layarnya matang dan LOVE AJJ KAL cuba menjadi realistik tanpa meninggalkan acuan filem mainstrim bollywood. LOVE AJJ KAL menghimpunkan kesemua tenaga produksi yg samabelakang JAB WE MET dan hasilnya mengkagumkan. Gerak kerja kamera kemas dan membawa penonton merentasi kota london, delhi dan sans fransisco. teknik editing yang menghubungkan kedua-dua era mungkin sedikit mengelirukan penonton namun secara keseluruhan, LOVE AJJ KAL adalah antara filem romantik terbaik pernah di hasilkan kilang bollywood.

saif yang membawa watak JAI dan juga watak RISHI KAPOOR ketika muda telah berjaya menjiwai wataknya dan DEPIKA telah membuktikan bahawa dia adalah berlian yang bersinar-sinar dalm industri filem hindi hari ini.

dengan pengarahan yg hebat, music latar yg menarik dan watak -watak yg dekat dengan jiwa penonton, LOVE AJJ KAL telah membentuk satu taraf baru untuk filem romantik bollywood. Tiada lagi melodrama 60 an -90 an, tiada lagi pengorbanan nyawa demi cinta ( SANGAM dan ratusan lagi filem bollywood evegreen . semua itu telah menjadi sejarah . yang adaer adalah watak- watak yang wujud dlm kehidupan seharian kita. watak -watak yang kita kenal dan watak-watak yang akan buat anda jatuh cinta lagi.

LOVE AJJ KAL ADALAH FILEM HINDI KETIGA YANG DI BAWA KE MALAYSIA OLEH TAYANGAN UNGGUL YANG TELAH MENJALIN HUBUNGAN PENGEDARAN DENGAN STUDIO EROS .FILEM TERAKHIR EROS YANG DI EDAR DI MALAYSIA OLEH TAYANGAN UNGGUL ,KAMBAK ISHQ TELAH MENCATAT KUTIPAN MELEBIHI SUKU JUTA RINGGIT DENGAN HANYA SEPULUH SALINAN DI BAWA MASUK KE MALAYSIA.

LOVE AJJ KAL SEKARANG DI TAYANGKAN SERENTAK DI SELURUH DUNIA DENGAN 1800 SALINAN.DI MALAYSIA , 6 SALINAN DI BAWA MASUK DI DTAYANGKAN DI PAWAGAM PILIHAN DAN AKAN DITAYANGKAN SECARA BERPERINGKAT KE SELURUH MALAYSIA

DI BAWAH ADALAH TAYANGAN PERINGKAT PERTAMA=

CATHAY CINEPLEXES-PRANGIN MALL,PENANG
4:30PM7:00PM9:30PM12:00AM   

--------------------------------------------------------------------------------

GSC-PAVILION KL,KUALA LUMPUR
12:05PM3:05PM6:05PM9:05PM12:05AM   

--------------------------------------------------------------------------------

TGV CINEMAS-SUNWAY PYRAMID,PETALING JAYA
12:30PM3:10PM9:00PM11:45PM   

--------------------------------------------------------------------------------

TGV CINEMAS-BUKIT RAJA,KLANG
3:00PM5:40PM8:30PM11:20PM   

--------------------------------------------------------------------------------

TGV CINEMAS-TEBRAU CITY,JOHOR BAHRU
12:30PM3:20PM6:00PM8:45PM11:30PM   

--------------------------------------------------------------------------------

TGV CINEMAS-CAPSQUARE,KUALA LUMPUR
12:10PM2:45PM5:30PM8:15PM   

airiny Publish time 1-8-2009 10:31 AM

http://www.filmicafe.com/admin/news-images/thumbnail/dbh0731009_n-2070357037.jpg

airiny Publish time 1-8-2009 10:32 AM

coming soon SHAHID KAPOOR & RANI film ..

http://www.filmicafe.com/admin/news-images/thumbnail/dbh0731009_n-2070357037.jpg

Synopsis: In a village where girls don't play cricket, Veera (Rani Mukherjee) has to put on a turban and beard and become a man to fulfill her dreams. Her brilliance on the field earns her a place in Rohan's (Shahid Kapoor) team and Veera Kaur becomes Veer Pratap Singh. And then begins a roller-coaster journey of Veera, Rohan and Veer filled with music, romance and comedy through Punjab and beyond.

AyieBoyZ Publish time 1-8-2009 02:56 PM

beshnye ulasan just_masa! laen kali klu ade tyangan prdana film2 hindi yg laen, ajak r aku weh!! mmg best kn klu dpt pegi!!

ak nk tgk r cite nih, cume ak xdpt r g kl skunk, kolej ayie pn br jep tutup kes H1N1.. emm, nk tanye 1 bende, mase saif pkai turban tuh, pmpuan yg kt kmpung tuh deepika gak ke?? nape muke die LAEN GILE!!

1 agi, on the scale of 1-5, brape bintang nk bg kt film tuh??

AyieBoyZ Publish time 1-8-2009 02:56 PM

488# airiny
xsabo nk tggu!! tp, ssuai ke rani n shahid??

just_masa Publish time 3-8-2009 12:11 PM

beshnye ulasan just_masa! laen kali klu ade tyangan prdana film2 hindi yg laen, ajak r aku weh!! mmg best kn klu dpt pegi!!

ak nk tgk r cite nih, cume ak xdpt r g kl skunk, kolej ayie pn br jep tut ...
AyieBoyZ Post at 1-8-2009 14:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

watak saif pakai turban tu watak rishi kapoor masa muda.....( cinta dahulu/ love kal ) heroin tu bukan deepika tapi Giselle Monteiro pelokon brazil berusia 19-tahun yang pada mulanya datang utk ujibakat watak lain, tapi apabila pencarian pelakon yg memegang watak gadis idaman rishi masa muda gagal, isteri si imtiaz(casting director filem ini )memanggil semula Giselle Monteirountuk memegang watak cinta pandang pertama rishi kapoor masa muda......si Giselle Monteiro tak faham sepatah habuk bahasa hindi ...mereka dubbing guna suara org lain

AyieBoyZ Publish time 3-8-2009 03:10 PM

oo.. hmm.. nk g tgk r love aaj kal.. bile r ku0 cd die..

Nur68 Publish time 4-8-2009 09:28 AM

nak tgk gak lak love aaj kal ni...best je review citer tu..TQ

just_masa Publish time 6-8-2009 02:45 PM

LOVE AJJ KAL sedang memecah rekod kutipan minggu pertama untuk filem sepanjang zaman . Kutipan minggu pertama LOVE AJJ KAL hanya dibelakang filem GHAJINI( 2009 ) dan sudah memintas kutipan minggu pertama RAB NE BANA DE JODI( 2009 ). menurut studio EROS yang bertangungjawab mengedar filem ini ke seluruh dunia, LOVE AJJ KAL sudah mengutip 64 crore untuk 6 hari pertama tayanganya.Di jangka, filem ini akan melepasi angka 100 crore( seribu juta rupess) selepas sepuluh hari tayangan. TAHNIAH kepada SAIF ALI KHAN kerana langkah sulungnya sebagai produser telah membuah hasil yang cukup lumayan.

just_masa Publish time 6-8-2009 02:48 PM

just_masa Publish time 6-8-2009 02:51 PM

just_masa Publish time 6-8-2009 02:53 PM

AyieBoyZ Publish time 7-8-2009 10:07 AM

http://img269.yfrog.com/img269/4002/6uo.jpg

AyieBoyZ Publish time 7-8-2009 10:22 AM

http://img38.yfrog.com/img38/4889/nbh.jpg
Pages: 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 [25] 26 27 28 29 30 31 32 33 34
View full version: ALL ABOUT BOLLYWOOD MOVIES

ADVERTISEMENT