bluesuntukaku2k Publish time 27-11-2007 11:44 PM

Pasukan Udara Tentera Darat

Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 apabila tertubuhnya Tim Projek Pasukan Udara Tentera Darat (Tim Projek PUTD). Tim Projek ini bertanggungjawab terhadap semua rancangan dan perlaksanaan penubuhan PUTD dan juga berfungsi sebagai "cawangan udara" di Markas TD. Penubuhan PUTD telah dilancarkan dengan rasminya pada 11 Mac 1995 bertempat di Pangkalan TUDM, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Sempena pelancaran tersebut, skuadron pertama PUTD iaitu No 881 Skn telah ditubuhkan. Asas penubuhan ialah penyerahan 10 buah helikopter SA 316B Alouette MK III oleh TUDM kepada TDM dan juga penyerahan sebahagian pangkalan TUDM Kluang. Pada Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini kepada TDM. Penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di dalam melaksanakan operasi-operasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti (Platform Udara). Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan, Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam pasukan ini. PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri Pertahanan YB Dato

illa Publish time 27-11-2007 11:55 PM

mereka yang bekerja di PUTD ni seperti flight engineer..kena pakai uniform askar gak ke?..hehe..soalan yang kurang cerdik :)

miss_mira Publish time 27-11-2007 11:57 PM

Originally posted by illa at 27-11-2007 11:55 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mereka yang bekerja di PUTD ni seperti flight engineer..kena pakai uniform askar gak ke?..hehe..soalan yang kurang cerdik :)

:lol::lol::lol:

Malik Al Hassan Publish time 28-11-2007 09:51 AM

Originally posted by illa at 27-11-2007 11:55 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mereka yang bekerja di PUTD ni seperti flight engineer..kena pakai uniform askar gak ke?..hehe..soalan yang kurang cerdik :)


tak der laaaaa .... derang pake uniform budak tadika jerrrr .....wakakakakakaa :lol: :lol: :lol: :lol:




:2cool: :2cool: :2cool:

zenslack Publish time 28-11-2007 01:24 PM

aku terbaca kat mana tah, PUTD - Perasan Udara Tapi Darat :lol:

bluesuntukaku2k Publish time 28-11-2007 09:36 PM

Biasa ler....bila darat nak ke udara....:) apa-pun perubahan yang dibuat seperti negara amerika apabila soal pertahanan ditumpukan pada kekuatan armada lautnya.Angkatan lautnya berfungsi sepenuhnya menguasai ruang udara dimana juruterbangnya adalah dari pegawai navy, komando dari navy..... So apa yang tinggal bagi tentera udaranya hanya sebagai juruterbang pengangkut manakala tentera darat nya cuma jadi pengawal Pentagon...:)... so tak hairanlan kalau tentera darat cuba untuk beralih menguasai ruang udara pula.... dan ringan sikit kerja TUDM..... :)

alphawolf Publish time 29-11-2007 08:49 AM

Reply #6 bluesuntukaku2k's post

You sure? Abis B-52, B-1B, F-16, F-15, A-10 tu sape bawak?

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 09:22 AM

Originally posted by alphawolf at 29-11-2007 08:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
You sure? Abis B-52, B-1B, F-16, F-15, A-10 tu sape bawak?

PERANAN & TUGAS PESAWAT PUTD

    * Untuk memberi bantuan taktik udara kepada Tentera Darat dan boleh diaturgerakkan sebagai sebuah `Combined Arms Team

tangopapa Publish time 29-11-2007 09:30 AM

Reply #8 bluesuntukaku2k's post

sejak bila RMAF ada B-52, B-1B, F-16, F-15, A-10 nih? ;P

weh.....tolong wa, wa sakit perut gelak ni wehhh........:lol: :lol: :lol:

Buat research dulu beb, jgn main hentam kromo jer......btw niat ko bagus....:lol:

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 11:10 AM

Pembetulan...... RMAF cuma ada:-
1. Su-30 MKM Flanker, F/A-18 Hornet, MiG-29N Fulcrum, BAe Hawk, Northrop F-5 - Pesawat Pejuang;
2. Airbus 319, Airbus A400M, Boeing 737-700 BBJ, Bombardier Global Express, CASA CN235-220M-VIP, Cessna 402B, Dassault Falcon 900B, Fokker F28-1000 Fellowship, Lockheed C-130H-30 Hercules - Pesawat Penumpang dan Pengangkut;
3. Beechcraft Super King Air - Pesawat Maritim
4. Sikorsky S-61, Aé–žospatiale SA-316B Alouette III, Sikorsky S-70 Black Hawk, Agusta AS-61N1- Pesawat Latihan, Penumpang dan Penyelamat;
5. Aermacchi MB-339, BAe Hawk Mk.108, Pilatus PC-7 Mk II, MD3-160 Aerotiga- Pesawat untuk Latihan;
** Sumber en.wikipedia.org

tin Publish time 29-11-2007 11:35 AM

Reply #10 bluesuntukaku2k's post

byk fakta yang tunggang-langgang la. takpe, cuba lagi yea :loveliness:

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 11:59 AM

TUGAS SEMASA AMAN

Buat masa ini tugas-tugas PUTD adalah terhad. Berasaskan keupayaan dan teknologi semasa, PUTD hanya boleh melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

    * Tinjauan Udara.

    * Pos Pemerhati Udara.

    * Pengangkutan Udara yang Terhad.

    * Penerbangan Ikhsan.

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 12:08 PM

http://i229.photobucket.com/albums/ee227/bluesuntukaku2k/agusta%20109/DSCF0017.jpg

http://i229.photobucket.com/albums/ee227/bluesuntukaku2k/agusta%20109/DSCF0016.jpg

http://i229.photobucket.com/albums/ee227/bluesuntukaku2k/agusta%20109/AgustaWestland2.jpg

[ Last edited bybluesuntukaku2k at 29-11-2007 01:35 PM ]

alphawolf Publish time 29-11-2007 12:50 PM

Reply #9 tangopapa's post

Wei...aku balas tu sebab kata kawan tu USAF setakat jadi trash hauler aje...

tangopapa Publish time 29-11-2007 01:21 PM

Reply #14 alphawolf's post

wa plak balas sebab dia kata RMAF plak jd trash hauler...........

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 01:31 PM

Originally posted by alphawolf at 29-11-2007 08:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
You sure? Abis B-52, B-1B, F-16, F-15, A-10 tu sape bawak?


Kebanyakkan pilot mereka adalah dari marin......

bluesuntukaku2k Publish time 29-11-2007 01:33 PM

Originally posted by tangopapa at 29-11-2007 13:21 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
wa plak balas sebab dia kata RMAF plak jd trash hauler...........


:oSiapa yang kata???..:oisk..isk..isk....

tangopapa Publish time 29-11-2007 01:39 PM

Reply #17 bluesuntukaku2k's post

pandai la ko.......dah ko edit...........

tin Publish time 29-11-2007 01:42 PM

Originally posted by bluesuntukaku2k at 29-11-2007 01:31 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



Kebanyakkan pilot mereka adalah dari marin......


oooo... jadi pelot B-52, B-1B, B-2 dengan F-15 tu semua diambil dari Kor Marin la yea?

barulah wa taww :lol:

tangopapa Publish time 29-11-2007 01:55 PM

Reply #19 tin's post

Mana datang kaki kencing ni? nak ganti koci kot......;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Pasukan Udara Tentera Darat


ADVERTISEMENT