peYno Publish time 4-10-2005 12:43 PM

Lirik lagu Aduh Saliha

salam semua...saya difahamkan jika diamati lirik lagu tersebut ,ia sebenarnya membawa unsur KeTuhanan dan nasihat yg boleh mendekati kita dgn agama

saya minta jasa baik pakar2 seni disini mengupas satu persatu lirik yg kununnya didakwa dicipta oleh sedara M.Nasir yg selalu mengajak kita mengingati Tuhan seperti lagu NurNilam Sari(wings), Toyol(sudirman)

wasalam



Mana rayuan ku
Hendak ku sampai kan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh

Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh

Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca

Sesudah berdarah barulah
Aku sedar jiwaku tercalar
Oh ... sakitnya
Bukan kepalang

c/o
Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidup ku saliha

Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita
Saliha
Ooohhhhhh saliha

seribulan Publish time 4-10-2005 09:23 PM

Saliha=solehah=wanita soleh?

trunk Publish time 4-10-2005 09:30 PM

sepatutnya sedara UNDERTAKER yg patut jawab soalan ni
dia yg mulakan dulu,dia yg patut jawab.tapi takapa la kita tunggu pendapat
bijak pandai disini dulu,yetak

[ Last edited by trunk at 5-10-2005 11:12 PM ]

fleurzsa Publish time 4-10-2005 09:55 PM

Salam,

Lirik lagu tu ditulis oleh Loloq kan?

Senikata lagu berbentuk cinta puitis.
Indah lenggok bahasanya.
Rangkaikata yg pendek2 tapi penuh tersirat dan tersurat.

I memang suka dengar lagu ni ketika memandu jauh sebab mankin didengar mankin bermakna dan memberangsangkan.

Ada masa nanti I cuba terjemah bait demi bait ek..

peYno Publish time 4-10-2005 10:35 PM

ooo Rupa2nya pencipta lirik lagu aduh saliha ini adalah sedara LOLOQ dan bukannya M.Nasir ye...sebab kawan saya ni kata kalau M Nasir yg cipta,mesti dia bawak unsur keTuhanan. dan dia kata M Nasir ni Islamik...tak tau pulak loloq ni camne.penipu besar ke makan rasuah ke..

Originally posted by Gravedigger at 2-10-2005 12:32 PM

Lirik lagu ni kalau ditafsir secara zahir memang menunjukkan unsur-unsur cinta antara manusia dan manusia tapi kalau dibuat penghayatan secara sufistik ia adalah bersifat ketuhanan sama seperti Laila dan Majnun karangan ahli tasauf. M.Nasir memang gemar mencipta lagu-lagu sebegini yang ada mempunyai falsafah yang mendalam yang mengajak manusia berfikir cinta yang lebih agung kepada Tuhan.

Originally posted by Gravedigger at 2-10-2005 01:21 PM

Ok..last, nanti aku cari senikata lagu Nurnilam sari tu sebab ko kata lagu tu ciptaan M.Nasir. Yang lain tu bukan ciptaan M.Nasir dan lantak pi lah. Kalau dalam seni kita melihat bukan hanya hasil karya saja tapi juga siapa yang menghasilkannya. Sama lah seperti penulis-penulis khat Quran yang karya nya memang Islamik tapi kalau pelukisnya penipu besar,makan rasuah, penzina ...takder guna jugak. Ok....ciiaauuuu dulu.

peYno Publish time 4-10-2005 10:48 PM

Originally posted by fleurzsa at 4-10-2005 09:55 PM
Salam,

Lirik lagu tu ditulis oleh Loloq kan?

Senikata lagu berbentuk cinta puitis.
Indah lenggok bahasanya.
Rangkaikata yg pendek2 tapi penuh tersirat dan tersurat.

I memang suka den ...
andai kata penyanyi lagu ini adalah ali mamak atau Abon...sedara suka dgr gak ke masa drive jauh2?;)

fleurzsa Publish time 4-10-2005 11:16 PM

Originally posted by peYno at 4-10-2005 10:48 PM
andai kata penyanyi lagu ini adalah ali mamak atau Abon...sedara suka dgr gak ke masa drive jauh2?;)

M Nasir ni kamcing dgn Loloq sejak muda lagi.Atr lagu ciptaan M Nasir, lirik oleh Loloq iaitu Andalusia.

Dlm kereta I byk kaset Jamal Abdillah, kompilasi lagu rock, dan yg terbaru Mawi he he he

trunk Publish time 4-10-2005 11:22 PM

hai entahla .......penagih cemerlang dimesia ni pun disanjung2
pandai ngaji2 jugak.......
dadah tidak dilupa.....

fleurzsa Publish time 4-10-2005 11:42 PM

Originally posted by trunk at 4-10-2005 11:22 PM
hai entahla .......penagih cemerlang dimesia ni pun disanjung2
pandai ngaji2 jugak.......
dadah tidak dilupa.....

Sanjung tu tak der la.... I amat menyanjung manusia2 yg berilmu pengetahuan dan bersifat soleh.

Lagu2 Jamal ni membawa kita menghayati erti kehidupan.Suara beliau pula tidak menyakitkan telinga.

Mendengar lagu ini perlu utk keseimbangan EQ dan IQ.Mcm juga menghayati hasil seni.

Kalo u lihat bangsa2 yg maju di dunia mereka menitikberatkan pengisian kesenian utk membangunkan ciri2 kreatif dlm diri.

Kat Malaysia ni bangsa Cina berlumba2 membuka pusat pengajian seni.Kita Melayu je yg masih lena.

Gravedigger Publish time 7-10-2005 11:44 AM

Originally posted by peYno at 4-10-2005 12:43 PM
salam semua...saya difahamkan jika diamati lirik lagu tersebut ,ia sebenarnya membawa unsur KeTuhanan dan nasihat yg boleh mendekati kita dgn agama

saya minta jasa baik pakar2 seni disini mengup ...

Waalaikum salam...

Kan elok kalau bertanya begini. Kalau tak kenal seni dan tak tahu bagaimana nak menghayati seni jangan menyalak dahulunak kondem seperti anjing kelaparan. Di sini memang sesuai untuk ko dapat sedikit tuisyen tentang teknik-teknik penghayatan seni. Ramai Pencinta Seni ada di board ini. Mod kita pun memang seorang penggiat seni serta ada pendidikan seni formal pulak tu.

Tentang senikata yang ko pertikaikan tu dan habis rata dijajakan jadi modal untuk ko kondem Nik Aziz (setakat ni aku masih sokong Nik Aziz dan PAS buat masakini walaupun aku bukan ahli PAS) seolah-olah ko yang lebih Islamik lagi maka eloklah kita lihat dari sudut seni.

OK...berdasarkan senikata-senikata lagu yang berbentuk puitis maka ia boleh di tafsirkan secara tersurat dan tersirat. Orang seni melihatnya dari dua sudut otaknya iaitu kiri dan kanan tak seperti macam ko yang melihat dari otak kiri saja, maka sebab itulah jadi lurus bendul.

OK laaa...sambung lagi next time. Sebelum tu elok dulu ko buat kajian tentang tema yang ko nak tuisyen ni. Rajin-rajinlah membaca tentang seni sebelum dibincangkan lebih detail lagi akan datang tentang tema-tema yang berkaitan Cinta, Perempuan dan Ketuhanan. Cuba cari maklumat tentang Penyair-penyair Sufi seperti Rabiahtul-adawiah, Jalaluddin Rumi, Khairul Anwar dsb.nya. Ooooh jangan lupa juga tentang pemikiran M.Nasir ataupun sahabatnya Loloq yang memang seorang seni. M.Nasir juga seorang Pelukis yang terpengaruh dengan aliran Surrealism....ooops sorry, mungkin ko tak tahu aliran tu nanti melalut pulak jadinya.

Gravedigger Publish time 7-10-2005 11:46 AM

Originally posted by trunk at 4-10-2005 11:22 PM
hai entahla .......penagih cemerlang dimesia ni pun disanjung2
pandai ngaji2 jugak.......
dadah tidak dilupa.....

Ko tuduh Mawi ni seorang penagih dadah ker ustaz Peyno? Ada bukti tak? Kajian mana yang ko buat ni? Agaknya ada tak 70% sample buktinya??

Gravedigger Publish time 7-10-2005 05:18 PM

Sebelum kita bincang lebih lanjut lagi tentang senikata lagu aduh Saliha...elok juga kalau kita lihat pandangan Nik Aziz berhubung dengan isu ini.

" Kalau kita perhati balik pada syair untuk puji Nabi, yang membawa erti sekarang telah lahir si gadis...Syair yang ditujukan kepada Rasulullah pun digunakan nama gadis, orang Arab sendiri kalau dia puji, dia guna perempuan,pedang,arak,anjing sebagai tajuk untuk mengulas sesuatu perkara. (gravedigger- ni kena kaji pasal falsafah pemikiran orang Arab lak). Rasulullah s.a.w. sendiri panggil qasidah burdah untuk memuji seseorang wanita..."

Susah kita nak lihat ada Tok Guru yang boleh menghayati sesuatu seni ni.
Sambung......

ajinomotonosuga Publish time 7-10-2005 08:21 PM

lagu tu untuk nor jumma

tapi laa ni dia da nikah so bleh laa untuk waheeda plak..hihihihi

Greenbottle3 Publish time 8-10-2005 01:13 AM

Well done and congratulation gravedigger...you make me very happy when you say you like nik aziz and pas....nik azziz may not be the most brilliant man but as far as malaysia is concerned I find it very hard to find a better example of a good honest muslim and working hard for Islam as he is....i'm not a terribly good muslim by any yardstick but i love anybody who works for Islam and islamic idealism...

and i love beauty,in art in whatever forms....written words, paintings, architecture, music...

peYno Publish time 8-10-2005 07:24 AM

Originally posted by Gravedigger at 7-10-2005 11:44 AM


Waalaikum salam...

Kan elok kalau bertanya begini. Kalau tak kenal seni dan tak tahu bagaimana nak menghayati seni jangan menyalak dahulunak kondem seperti anjing kelaparan ...
tu dia...tulis panjang2 aku ingat adala nak menterjemahkan lirik lagu aduh saliha yg dikatakan memuja Tuhan dan boleh mendekati diri pada isle tu...prrrfthhh

lebih mengelikan hati...M Nasir yg dipuja kerana didakwa suka buat lirik lagu yg berunsur memuja Tuhan...tup2..memuji2 LOLOQ bila dapat tahu loloq la pencipta lirik ini dan bukannya M Nasir??;)

apa?? depa kawan baikk??? prrrfthhh

trunk Publish time 8-10-2005 07:42 AM

Originally posted by Gravedigger at 7-10-2005 11:46 AM


Ko tuduh Mawi ni seorang penagih dadah ker ustaz Peyno? Ada bukti tak? Kajian mana yang ko buat ni? Agaknya ada tak 70% sample buktinya??
cuba le baca betul2.itu saya yg tulis,bukan peyno.
dan penagih tu saya refer kpd jamal abdilah,bukan mawi,tak pakai cermin mata ke?

peYno Publish time 8-10-2005 08:19 AM

Originally posted by trunk at 8-10-2005 07:42 AM

cuba le baca betul2.itu saya yg tulis,bukan peyno.
dan penagih tu saya refer kpd jamal abdilah,bukan mawi,tak pakai cermin mata ke?


prrrfthhh...ilmu SENI dia tak cukup mendalam lagi rupanya...;)

peYno Publish time 8-10-2005 04:55 PM

SEBELUM TANGGAL 30 kami berbincang apakah bentuk hiburan dan nyanyian yg bakal dibawa oleh mawi dikelantan ini...

ada satu pihak pro nik aziz dgn yakin berkatanik aziz mesti bawa konsep lain dari konsert biasa...lagu2 pon mestila lagu nasyid dan berdakwah...takkan la nik azizi nak suruh mawi ni nyanyi lagu aduh saliha dan gadis melayu pulak...tu kan lagu dari AF dia...nik aziz sendiri kata dia nak mengasingkan mawi dari AF...

tapi bila sampai tanggal 30..dan akhirnya mawi nyanyi lagu aduh saliha...anda tahu apa komen mereka??

mereka kata "salah ke nyanyi lagu aduh saliha"

tu diaaa...prrfffthhhh

Gravedigger Publish time 9-10-2005 05:52 PM

Originally posted by peYno at 8-10-2005 07:24 AM

tu dia...tulis panjang2 aku ingat adala nak menterjemahkan lirik lagu aduh saliha yg dikatakan memuja Tuhan dan boleh mendekati diri pada isle tu...prrrfthhh

lebih mengelikan hati...M Nasir yg ...

Sabaq...sabaq noo, jangan menyalak dulu. Senikata lagu ni berbentuk puisi (P.U.I.S.I) so kalau nak menghayati sesebuah puisi kenalah tahu kaedah dan teknik penghayatan seni. Nak kenal pula seni kena lah ada basic knowledge nya. Tak kiralah sama ada loloq yang cipta senikata lagu tu ataupun tidak tapi yang penting ada sentuhan M.Nasir. Haa...background M.Nasir pun kena kaji juga. Ini adalah kaedah Psiko-analisis dalam membuat kajian penghayatan seni. Tak bolehlah macam ko terus buat rumusan 70% makcik-makcik yang tengok konsert tu...prftttttt.
Dalam seni tak valid rumusan macam tu...prftttttttt.

Ok dah baca tak tema-tema berkaitan cinta,wanita dan ketuhanan sebelum sambung lagi nanti?

Gravedigger Publish time 9-10-2005 05:55 PM

Originally posted by Greenbottle3 at 8-10-2005 01:13 AM
Well done and congratulation gravedigger...you make me very happy when you say you like nik aziz and pas....nik azziz may not be the most brilliant man but as far as malaysia is concerned I find it ...

Thank you...I do find him a very interesting figure in Islamic leadership.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Lirik lagu Aduh Saliha


ADVERTISEMENT