peYno Publish time 23-10-2005 12:25 PM

perkembangan terbaru..ko boleh masuk bod lebai mawi tu...masuk je thread yg dibuka oleh aku...pasti akan menginsafkan kita sekalian bila membacanya

Gravedigger Publish time 23-10-2005 12:47 PM

Originally posted by peYno at 23-10-2005 12:25 PM
perkembangan terbaru..ko boleh masuk bod lebai mawi tu...masuk je thread yg dibuka oleh aku...pasti akan menginsafkan kita sekalian bila membacanya

Sori ler... takder masa aku nak layan bod muzik-muzik tu dan bincang ngan peminat-peminat muzik. Kalau bod seni ker, politik ker, MM ker ataupun Religion lagi banyak faedahnya.

Gravedigger Publish time 23-10-2005 12:57 PM

Originally posted by peYno at 23-10-2005 12:25 PM
perkembangan terbaru..ko boleh masuk bod lebai mawi tu...masuk je thread yg dibuka oleh aku...pasti akan menginsafkan kita sekalian bila membacanya

Dah ramai ker forumners yang insaf apabila baca thread ko tu??? Prfftttttt...

peYno Publish time 23-10-2005 02:24 PM

Originally posted by Gravedigger at 23-10-2005 12:47 PM


Sori ler... takder masa aku nak layan bod muzik-muzik tu dan bincang ngan peminat-peminat muzik. Kalau bod seni ker, politik ker, MM ker ataupun Religion lagi banyak faedahnya.[ ...
ishh ko...sekarangkan kita ada hibure ala isle semenjak lebai mawi masuk AF..walaupun thread tudlm bod muzik...ia dlm sub bod "mawi" yg islamik tu...bod ni bukan cite pasai music, tapi pasal apa2 yg berkaitan dgn mawi...ko mesti suka kan... la ni pon dah jadicam bod religion...sebab lirik adih saliha pon ada imej isle

[ Last edited by peYno at 23-10-2005 02:25 PM ]

Gravedigger Publish time 26-10-2005 12:41 PM

Originally posted by batrishia at 17-10-2005 09:46 PM



setuju ngan ko...
ada rahsia tersembunyi di sebalik lagu tu..
hanya pencipta yg sebenar jer yg mengetahuinya...;)

Memang benarlah....hanya penciptanya saja yang mengetahui maksud setiap baris-baris kata yang di jadikannya senikata lagu 'aduh Saliha' itu.

Sekarang mari kita dinilai dimanakah keindahan baris-baris ayat yang mengandungi nilai-nilai ketuhanan yang dipertikaikan itu. Lirik lagu Aduh Saliha tidak sama dengan lagu-lagu memuja wanita yang lain seperti Oh Fatimah ataupun Azizah kerana kedua lagu tersebut jelas memuji-muji kecantikan paras wanita secara direct.

Lagu ini yang dicipta oleh Rosli Khamis atau Loloq sekali pandang memang tiada unsur puji-pujian atau kata-kata hikmat kepada Tuhan mahupun Rasul. Loloq dalam satu temuramahnya dalam suratkhabar siasah telah menggesa agar diteliti dalam-dalamnya karya seni sepertimana beliau mendalami tiap baris kata dan kias ibarat ceramah Tok Guru untuk mencari kebenaran. Malangnya tidak ramai yang mampu malah rakan seseni pun gagal mengesannya kerana berbeza 'kapal'.

Lololoq adalah diantara penulis lirik tanahair yang gigih menulis lirik dalam bentuk agama, ketuhanan dan kerohanaian dalam penghasilan seninya. Kegagalan publik mengesannya kerana beliau menggunakan pendekatan sufi yang melafazkan cinta syahdu kepada Kekasihnya dengan penuh asyik. Lihat karya ahli sufi masyur seperti Rabiatul Adawiah, Jalaludin Rumi, Faridudin Attar yang menyerahkan jiwa raga, rindu dendam berahi kepada Kekasihnya tanpa menyebut nama Tuhan kerana cinta mereka tidak sekadar bersandarkan pada nama tapi juga pada dzat,sifat dan af'al.

Rangkap kedua Aduh Saliha "Mana Pengganti Mu hendak ku dakapkan, dendam asmarakupada kasih yang luruh.." menggambarkan Loloq mencari "sesuatu" sebagai pengganti untuk melampiaskan rindunya tetapi beliau tahu itu tidakboleh kerana jika penggantinya 'diwujudkan'ia sudah jadi berhala. Kekasihnya tidakboleh ditukar ganti dengan apa sekali pun. Itulah 'gila'nya cinta kepada 'Saleha' (lihat falsafah laila dan majnun), nama yang selalu disimpan Loloq dalam cintanya seperti nama dalam lirik-liriknya yang lain seperti Kasih Latifah, Sakinah mahupun Aladin.

Ada juga orang yang tersentuhapabila mendengar lirik Loloq dalam 'Sakinah' berbunyi "buka mata tutup mata Sakinah, dalam tidur dalam jaga Sakinah", begitu juga dalam Kasih Latifah ada rangkap menggambarkan gila-gila cintanya itu "aku sanggup cabar sesiapa saja yang sempat memandang cahaya kau itu dan tidak tergoda, tersungkur jatuh melutut kasih Latifah!" dan didalam Aladdin ada "gosok (bersihkan)! Jangan tak gosok lampu yang satu (hati) sampai kau nampak wajah mu (kenali dirimu) sampai berkilat sampai tertanggal semua karat (mazmumah)!"

Inilah bezanya bagi orang yang mahu berfikir dan merenung dengan mereka yang hanya melihat pada zahir sahaja. Menilai seni sama seperti menilai hasil lukisan dimana kita perlu melihat juga siapa yang mencipta lukisan itu....baru kita boleh membuat penilaian yang adil.

peYno Publish time 7-11-2005 07:29 AM

Originally posted by Gravedigger at 26-10-2005 12:41 PM


Memang benarlah....hanya penciptanya saja yang mengetahui maksud setiap baris-baris kata yang di jadikannya senikata lagu 'aduh Saliha' itu.

Sekarang mari kita dinilai dimana ...

cuba lihat lirik gadis melayu ini
GADIS MELAYU
SAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN
TAK MENARIK HATI TIADA PEMIKAT

sebenarnya lagu ni pon unsur isle gak..pencipta lirik sebenarnya nak memuja dan berterima kasih pada Tuhan
kerana mencipta ciptaanNya iatu GADIS MELAYU sebagai manusia yg cantik dan bukannya idung pesek..

tapi kena tgk dulu sapa pencipta lirik tu tau...kalau loloq ka tu kire islamik la...kalau eddie Hamid ka eric chin yg cipta ka..pi mampuh la.

nanti kita kaji lagu
ISABELLA nyanyian SEARCH pulak..

dgr tu tu lagu unsur KeTuhanan gak tu..prrrfthh

moralnya

kalau lagu gadis melayu ni pon contoh yg aku beri di atas ni pon boleh nampak islamik kan.....ini bermakna...ianya bergantung pada tafsiran individu...Lagu ISABELA pon aku boleh nampakkan ianya islamik kalau aku nak...masalahnya kita bercakap tentang pandangan UMUM ..lagu2 yg mudah difahami remaja masa kini...remaja mana yg kata lirik lagu ni berunsur dakwah ?islam??

peYno Publish time 7-11-2005 07:33 AM

untuk memudahkan akai peminat2 mawi yg rasa berdarah seni tu memahami point yg aku nak bawak disini...disini saya sertakan lirik lagu ANUAR ZENG berjodol Mungkin...

saya cuba tafsirkannya dlm bentuk islamik dan jug dlm bentuk tak islamik dan melalaikan



Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini


versi islamik : lirik ini mengisahkan seorang insan yg mencari alGhazali dan syafie dan sanggup berpisah dgn kekasihnya yg walaupun tiada dinamakan disini..saya menganggap namanya SABARIAH..
pada chorus ini...cinta sejati disini bermaksud cinta pada Tuhan yg dicari oleh kedua2 pasangan ini

versi tak islamik:Kisah pemuda yg sedang rindu dendam pada kekasihnya yg sudah lama tak diketemui sebab pi outstation



Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( bridge )
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...   


Versi islamik :seterusnya sipemuda yg sedang mencari Tuhan ini menasihati kekasihnya supaya bersabar menanti kepulangannya yg dianggap sedang BerJihad

Versi tak islamik : pemuda yg meminta teman wanitanya yg sedang kerinduan dgn nafsu bergelora menanti kepulangan membawa nafsu berani yg membuak2..

kesimpulan: memandangkan penyanyi lagu ni anuar jeng yg bukan ada asas agama yg baik..mungkin peminat2 mawi mentafsirkan lirik ini sebagai lagha (versi tak islamik)

alphawolf Publish time 16-3-2006 08:59 AM

Aku tengok lirik ni simple aje.....lagu orang putus cinta...abis cite.

alphawolf Publish time 16-3-2006 09:03 AM

Tapi sebab dikatakan lagu cinta jiwang pun boleh islamik maka lagu Fantasia Bulan Madu pun boleh la ye...sebab gravedigger hebat....cuba rungkaikan...TQ

Gravedigger Publish time 17-3-2006 04:01 PM

Originally posted by alphawolf at 16-3-2006 09:03 AM
Tapi sebab dikatakan lagu cinta jiwang pun boleh islamik maka lagu Fantasia Bulan Madu pun boleh la ye...sebab gravedigger hebat....cuba rungkaikan...TQ

Lagu Aduh Saliha telahpun solosai den bontangkan dari sudut penghayatan otak kanan (rujuk #85)bukannyo otak kiri yang pandang sesuatu itu secara lurus bendul. Mungkin si Peyno yang bijaksana tu boleh merungkaikan lagu Fantasia Bulan Madu secara Islamik ataupun bukan Islamik. Itu suka ati atuk nenek dia ler....mungkin lagu Negara Ku pun ada versi Islamiknya....hehehehee.:bye:

[ Last edited by Gravedigger at 23-3-2006 07:42 PM ]

Isle_Soul Publish time 22-3-2006 11:50 AM

pelik betul la aku, bila xpuas hati je dan xde idea, mula la keluar perkataan Emak Bapa....Gravedigger, xpernah nampak pun ko kt board RSF

fleurzsa Publish time 22-3-2006 02:39 PM

Sekarang agak sebuk....respon sikit dulu..

Kelemahan kebanyakan masyarakat Malaysia ialah tidak melihat sesuatu dgn mendalam... they judge a book by its cover...

Apa yg mahu disampaikan melalui lirik masih mempunyai nilai2 yg pelbagai.

Tepuk dada tanya minda he he he he he

Gravedigger Publish time 23-3-2006 07:43 PM

Originally posted by Isle_Soul at 22-3-2006 11:50 AM
pelik betul la aku, bila xpuas hati je dan xde idea, mula la keluar perkataan Emak Bapa....Gravedigger, xpernah nampak pun ko kt board RSF

Ok lah aku dah edit....ganti ngan atok nenek dia boleh tak??

[ Last edited by Gravedigger at 23-3-2006 07:44 PM ]

peYno Publish time 23-3-2006 08:27 PM

Reply #93 Gravedigger's post

lagu jiwa lagu cinta tu khabarnya islamik gak tu...maklum la loloq yg cipta tu...prrrfthhhh

Isle_Soul Publish time 23-3-2006 11:23 PM

bercakap based on emosi memang macam ko la, diri sendiri yang buat salah, salahkan jela peYnio, kenapa la ko nak kaitkan dengan bapa emak atuk nenek moyang etc? xfaham sungguh aku......

Gen2cun Publish time 25-3-2006 09:58 PM

ape kena si peyno ni??
kat mana2 ada je dia nak kondem mawi..macam polis pencen pulak..
abe peyno sihat ke??

peYno Publish time 25-3-2006 10:00 PM

Originally posted by Gen2cun at 25-3-2006 09:58 PM
ape kena si peyno ni??
kat mana2 ada je dia nak kondem mawi..macam polis pencen pulak..
abe peyno sihat ke??
ko ni asik ikut montot aku je...menci tawwww

Gen2cun Publish time 25-3-2006 10:44 PM

Reply #97 peYno's post

padan muka ko..
haku nak kacau sampai ko pupus..:2lol:

fleurzsa Publish time 29-3-2006 10:08 PM

Utk menterjemahkan lirik perlu menilai dr berbagai aspek.Tak boleh la hanya melihat dr cermin mata kuda....

Atr 3 aspek yg boleh diambilkira..

- formalistik - menterjemahkan berdasarkan lirik yg dibaca

- Sejarah - menterjemahkan hala tuju dan perspektif penulis.

- Makna - memahami maksud yg tersurat dan tersirat dlm bahasa sasteranya.

Contoh....

Lagu Fantasia Bulan Madu...

Formalistik - lagu cinta,bahasa direct dll

Sejarah - dinyanyikan oleh kump rock,muzik rock dll

Makna - hubungan cinta lelaki & perempuan, harapan atau fantasi dll

_________________________________________________

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara


Cuba semak semula lagu Aduh Saliha berdasarkan 3 aspek tersebut... byk bezanya.

peYno Publish time 30-3-2006 08:05 PM

yg kelakaunya loloq sendiri pernah mengaku lagu aduh leha ni menceritakan kisah rindu dendam seorang lelaki pada ppuan bernama Saleha...

sapa penciptalirik aduh leha yg kata lagu tu islamik tu??? prrrfthhh
Pages: 1 2 3 4 [5] 6
View full version: Lirik lagu Aduh Saliha


ADVERTISEMENT