mattzzx Publish time 19-3-2022 04:09 PM

Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan ibu bapa

https://lifestyle.prod.content.iproperty.com/news/wp-content/uploads/sites/3/2019/09/19172310/pantang-larang-orang-melayu-2.jpg

Pantang larang mengenai adab makan ini menekankan tentang sisa makanan bayi. Jika sisa ini tidak habis, ia tidak boleh dimakan oleh ibu bapa kerana dipercayai bayi akan melawan kata orang tua apabila besar kelak.

Bagi ibu bapa mungkin kerana sayang untuk membazir makanan, mereka memilih untuk menghabiskan sisa makanan anak mereka. Bagi orang tua zaman dahulu, pantang larang ini sebenarnya menekankan pendidikan kepada anak agar menghormati dan menyanjung ibu bapa walaupun masih kecil lagi.

mattzzx Publish time 20-3-2022 04:12 PM

Jangan potong kuku malam, nanti miskin

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/yukel.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C450&ssl=1

Tak boleh potong kuku malam-malam, nanti jadi miskin! Pernah dengar tak nenek moyang korang cakap ni? Asal nak potong kuku malam je dorang tak kasi, sebab takut kita jadi miskin. Sebenarnya dulu-dulu kan takde pencahayaan yang elok dalam rumah, so bahaya dan boleh cederakan diri kalau potong kuku malam-malam. Sebab tu lah dorang taknak bagi kita potong kuku malam-malam.

mattzzx Publish time 26-3-2022 11:40 AM

Wanita Hamil Dilarang Lalu di Bawah Ampaian


https://ajarmy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2018/06/bdf50-ampaian.jpg

Maksud tersurat adalah anak yang bakal dilahirkan nanti akan cacat seperti gagap.

Namun maksud yang tersirat adalah dibimbangi ibu hamil tersebut akan tersadung pada ampaian dan menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan.

mattzzx Publish time 26-3-2022 11:41 AM

Gigit Mata Pisau Sebelum Potong Buah


https://f.fwallpapers.com/images/apple-biting-knife.jpg

Petua ini dikatakan untuk mengelak luka semasa potong buah. Sekali imbas macam tak ada kaitan?

Tapi sebenarnya ada rasional iaitu apabila pisau digigit, pelaku akan lebih berwaspada kerana rangsangan deria apabila pisau dimasukkan kedalam mulut. Maka secara langsung pengguna akan lebih berhati – hati ketika memotong buah.

mattzzx Publish time 26-3-2022 11:41 AM

Sewaktu Membina Rumah, Hadapkan Pintu Menghadap Angin Bertiup.

https://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2016/05/Pengenalan-RTM.jpg

Ini adalah petua hasil daripada cerapan pemerhatian orang dulu – dulu yang melihat rumah yang dibina dengan tak melihat arah angin akan menyebabkan rumah tersebut tak dimasuki angin.

tari Publish time 17-5-2022 11:30 AM

https://i.pinimg.com/564x/56/76/e2/5676e2cb08b890b4dd93d60f89878816.jpg

sailormars Publish time 31-1-2023 12:52 PM

jangan potong kuku malam2...nanti harimau datang...
tapi sebenarnye sbb takut terkepit kat daging kuku...
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: [LUBUK KREDIT] Kongsi Pantang Larang Orang Melayu


ADVERTISEMENT