acikbrown Publish time 11-8-2021 09:48 PM

Org org tua tak nak kaum adam kencing merata rata atau bersepah

MrsDiva Publish time 15-8-2021 10:36 PM

org mengandung jangan tutup botol..nanti susah nk bersalin....iols terkejut dengar ada org tu tegur akk ni kt tempat keje...jgn tutup botol nti susah nk beranak...x pernah dengar pantang larang mcmni..:o

Kupucandy Publish time 16-8-2021 11:36 PM

Mengikut adat resam kaum India, apabila sebuah keluarga pindah ke rumah baru,, susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah simbolik untuk rezeki yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati rumah baru. Susu yang telah dididih itu akan dipersembahkan untuk dewa-dewa terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tetamu dengan sedikit gula.

Kupucandy Publish time 16-8-2021 11:40 PM

Melenggang perut dilakukan kepada wanita mengandung anak sulung dengan usia kandungan tujuh hingga lapan bulan. Upacara ini akan dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang kecelakaan yang akan menimpa wanita hamil sebelum bersalin dan membetulkan keadaan bayi didalam perut.

anniez08 Publish time 31-8-2021 11:13 AM

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke 64 Tahun kepada warga Bod Tip, Petua Dan Pantang Larang @novelloverzz
Semoga negara kita Malaysia aman, makmur dan sentosa selamanya..

https://1.bp.blogspot.com/-pHeqlvxEx-Q/YSxkVcWkoMI/AAAAAAAAqFA/vJfqmQDFgXI1snPGT1c2Vsxjivzszt1tgCLcBGAsYHQ/s16000/Selamat%2BHari%2BKebangsaan.jpg

klutzyturtle Publish time 8-9-2021 09:10 PM

Edited by klutzyturtle at 8-9-2021 09:12 PM

Jangan meniarap dengan kaki naik ke atas, nanti mak ayah mati awal

Ulasan: Orang dulu2 kebanyakannya berkain batik seharian. So pantang larang ni sebenarnya untuk menjaga adab & mengelakkan kain dari terselak lalu menampakkan apa yang tak sepatutnya

seribulan Publish time 9-9-2021 12:10 PM

Edited by seribulan at 9-9-2021 11:11 AM

Anak gadis makan sambil berbaring, nanti dapat suami pemalasiproperty.com

https://lifestyle.prod.content.iproperty.com/news/wp-content/uploads/sites/3/2019/09/19171053/pantang-larang-orang-melayu-1.jpg© Aleksey Tugolukov/ 123RF

Bagi tujuan memberi teguran dengan halus, anak gadis yang berbaring sambil makan dikatakan akan mendapat suami yang pemalas. Jika dinilai secara logik dan adab, makan sambil berbaring merupakan suatu perlakuan yang kurang sopan di meja makan .Jika dilihat dari aspek kesihatan, perbuatan ini menyukarkan penghadaman makanan dalam sistem pencernaan. Apa yang menarik lagi, mengikut satu kajian yang telah dijalankan, berbaring selepas makan merupakan salah satu faktor risiko yang boleh membawa penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan, seperti refluks esofagus. Mungkin pantang larang ini nampak remeh, tapi terdapat fakta saintifik yang boleh dipelajari dari perkara in
Ulasan- tempat tidur menjadi kotor...


seribulan Publish time 9-9-2021 12:14 PM

Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan ibu bapaiproperty.com



https://lifestyle.prod.content.iproperty.com/news/wp-content/uploads/sites/3/2019/09/19172310/pantang-larang-orang-melayu-2.jpg© twinsterphoto / 123RF

Pantang larang mengenai adab makan ini menekankan tentang sisa makanan bayi. Jika sisa ini tidak habis, ia tidak boleh dimakan oleh ibu bapa kerana dipercayai bayi akan melawan kata orang tua apabila besar kelak.Bagi ibu bapa mungkin kerana sayang untuk membazir makanan, mereka memilih untuk menghabiskan sisa makanan anak mereka. Bagi orang tua zaman dahulu, pantang larang ini sebenarnya menekankan pendidikan kepada anak agar menghormati dan menyanjung ibu bapa walaupun masih kecil lagi.
Ulasan- lebih baik dipastikan anak habiskan makanan...

seribulan Publish time 9-9-2021 12:15 PM

Siapa yang tidak basuh pinggan selepas makan akan lambat menerima menantuiproperty.com



https://lifestyle.prod.content.iproperty.com/news/wp-content/uploads/sites/3/2019/09/20154240/26019220_s.jpg© belchonock/ 123RF

Keunikan budaya masyarakat Melayu juga ditampilkan dengan adab selepas makan. Pinggan yang ditinggalkan tidak berbasuh kelihatan tidak kemas dan boleh menyebabkan dapur kelihatan kotor. Jika dilihat dari sudut pandangan masyarakat pula, keluarga yang mempunyai dapur dengan pinggan yang tidak berbasuh mempunyai ahli keluarga yang pengotor dan pemalas. Pastinya sukar untuk orang luar berbesankan ahli keluarga yang pengotor.Ulasan- Pantang larang ini juga secara tidak langsung mengajar sesebuah institusi keluarga tentang adab kebersihan dan kekemasan dalam pengurusan kehidupan mereka

NaylaArisha Publish time 21-10-2021 12:29 PM

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/d4/7f/55/d47f55dd94807ff8e691cf9ad8cdc603.jpg

Menggantung daun mengkuang berduriJika mengikut kepercayaan masyarakat dahulu, sekiranya kelahiran semakin hampir, ia digalakkan untuk menggantung daun mengkuang berduri di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah yang hendak bersalin bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.

NaylaArisha Publish time 22-10-2021 12:12 PM

https://online.fliphtml5.com/yfdhf/wkgd/files/thumb/1.jpg?1610849938

Masalah badan berbau atau bromhidrosis ini merupakan satu masalah yang berlaku apabila anda melangkah ke alam akil baligh. Ia adalah kerana di dalam badan anda berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.

NaylaArisha Publish time 22-10-2021 12:14 PM

https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/131486746_211414550602369_7967246189699680643_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-5&_nc_sid=973b4a&_nc_ohc=J9xLxlEcRd0AX-x5uj9&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=d325be554fba9b40cf32e1f5e64a55c1&oe=619743AF

Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Beras yang diserang kutu beras ini akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua orang lama yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur. Selamat mencuba.

Sumber : Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

mattzzx Publish time 25-10-2021 09:39 AM

Jangan mengintai, nanti ketumbit

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/a11.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C379&ssl=1

Katanya kalau kita mengintai orang tengah mandi, mata kita akan naik ketumbit. Sebenarnya mengintai memang perbuatan yang salah, tapi susah nak explain kat kanak-kanak. So orang tua dulu-dulu guna penyakit mata ketumbit untuk takutkan budak supaya tak mengintai dah lepas tu.

luna.millieu Publish time 25-10-2021 02:20 PM

Edited by luna.millieu at 25-10-2021 02:47 PM

Bapa yang Pulang Ke Rumah Tak Boleh Terus Masuk, Tapi Perlu Berhenti Sebentar di Luar Rumah
tersurat : nak kelirukan hantu supaya tak ikut masuk
tersirat : supaya ayah cool down dulu kalau ada stress dari kerja, dah chill happy2 baru masuk jumpa family..

source :
https://ajar.com.my/2018/06/22/p ... rupanya-masuk-akal/



luna.millieu Publish time 25-10-2021 02:33 PM

Edited by luna.millieu at 25-10-2021 02:45 PM

momod @novelloverzz sori tadi gambar macam jemmm tanak keluar, now dah ok {:1_132:}
hopefully pasni tak jem lagi :sweat3:

Ibu mengandung jangan jalan bawah ampaian
tersurat : anak yang bakal dilahirkan nanti akan cacat seperti gagap
tersirat : takut mak buyung nanti tersadung yang boleh menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan

source :
https://ajar.com.my/2018/06/22/p ... rupanya-masuk-akal/


luna.millieu Publish time 25-10-2021 02:37 PM

Edited by luna.millieu at 25-10-2021 02:48 PM

Jangan lalu bawah ampaian (secara am)
tersurat : nanti pening kepala
tersirat : nak elak kain jatuh nanti kena basuh balik

source :
https://rileklah.com/gaya-hidup/ ... langan-orang-melayu


luna.millieu Publish time 25-10-2021 02:40 PM

yassss !!!
berjayaaa !!!
{:imisso

novelloverzz Publish time 25-10-2021 02:55 PM

luna.millieu replied at 25-10-2021 02:40 PM
yassss !!!
berjayaaa !!!

Alamak nov luper luna guna phone je kan? Mahap...tu tepek guna phone ker?

luna.millieu Publish time 25-10-2021 03:00 PM

novelloverzz replied at 25-10-2021 02:55 PM
Alamak nov luper luna guna phone je kan? Mahap...tu tepek guna phone ker?

a ah guna fon tapi switch to pc version..
naper ek? :o

luna.millieu Publish time 28-10-2021 06:51 AM

@yayah8989 nanti share la petua apa2 kat sini :loveliness:

Pages: 1 [2] 3 4
View full version: [LUBUK KREDIT] Kongsi Pantang Larang Orang Melayu


ADVERTISEMENT