luna.millieu Publish time 28-10-2021 06:53 AM

@novelloverzz tiada had untuk maximum post maknanya kalau luna share byk2 tak jadi spam eh ?
tanya dulu takut kena marah :lol:

novelloverzz Publish time 28-10-2021 07:57 AM

luna.millieu replied at 28-10-2021 06:53 AM
@novelloverzz tiada had untuk maximum post maknanya kalau luna share byk2 tak jadi spam eh ?
tanya d ...

Tiada had max selagi rajin dah terdaya :$. Cuma pastikan tiada topic ulangan. :loveliness:

luna.millieu Publish time 28-10-2021 10:31 AM

novelloverzz replied at 28-10-2021 07:57 AM
Tiada had max selagi rajin dah terdaya . Cuma pastikan tiada topic ulangan.

ok roger !

NaylaArisha Publish time 28-10-2021 04:23 PM

jangan makan berpindah tempat nanti kawin ramai

https://2.bp.blogspot.com/-Tp7sCbc-xjA/WcQFxGX05vI/AAAAAAAAGLg/Au1kFAGcn6QxzVhkVgC6ZI5oaN1q9GxCQCLcBGAs/s1600/Kartun%2BKahwin%2BALIN.jpg

alasan sebenarnya.. satu tempat dah bersepah
nak sepahkan tempat lain pula

NaylaArisha Publish time 28-10-2021 04:25 PM

jangan menyanyi di dapur, nanti kawin orang tua

https://thumbs.dreamstime.com/b/girl-singing-9610867.jpg

alasannya supaya kita tak leka dan makanan tidak hangus

NaylaArisha Publish time 28-10-2021 04:27 PM

Edited by NaylaArisha at 28-10-2021 04:30 PM

jangan mandi malam, nanti paru-paru basah

https://png.pngtree.com/png-clipart/20190904/original/pngtree-cartoon-cute-bathtub-and-anthropomorphic-pears-free-illustration-png-image_4461214.jpg

Bilik mandi orang zaman dulu kan kat luar rumah. Jalan nak ke sana gelap, buatnya terpijak duri ke, kena gigit haiwan berbisa ke, kan susah. Sekarang jangan dibuat tak mandi malam lepas balik kerja. Bau masam jer.

NaylaArisha Publish time 28-10-2021 04:42 PM

https://3.bp.blogspot.com/-rW-js0rZKF4/VaTILNDTWUI/AAAAAAAAdTU/NY6MBzS2l2Y/s1600/hukum%2Bgambar%2Bkartun%2Banimasi.jpg

Jangan bergambar bertiga, nanti mati seorang — Sewaktu fotografi dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Inggeris, kos bergambar masih terlalu mahal.
Sesi fotografi kemudian dikhaskan untuk pasangan mempelai di studio gambar. Larangan bergambar bertiga juga berkait rapat dengan kehadiran ‘orang ketiga’ yakni pengganggu rumah tangga.Pada mulanya, taboo bergambar bertiga dikhaskan untuk LELAKI + PEREMPUAN + LELAKI atau LELAKI + PEREMPUAN + PEREMPUAN sebelum diseragamkan kepada ‘bertiga tanpa mengira jantina’ supaya tidak begitu ketara. Berbalik kepada ‘kos bergambar masih terlalu mahal’, orang dahulu kala berpendapat adalah merugikan seandainya cuma ada tiga orang sahaja di dalam gambar - melainkan mereka pasangan raja sehari. Sebab itulah foto zaman nenek moyang kita dulu sekampung ramainya.

luna.millieu Publish time 29-10-2021 08:01 PM

Anak dara tak elok duduk di tangga
tersirat : nanti jodoh lambat sampai
tersurat : kacau, susah orang nak lalu


source :
https://rileklah.com/gaya-hidup/10-pantang-larang-popular-dalam-kalangan-orang-melayu


luna.millieu Publish time 29-10-2021 08:03 PM

Lepas makan tuang air sikit dalam pinggan
tersurat : agar rezeki tak kering
tersirat : senang nak basuh pinggan nanti, tak payah menyental teruk2


source :
https://rileklah.com/gaya-hidup/10-pantang-larang-popular-dalam-kalangan-orang-melayu


luna.millieu Publish time 29-10-2021 08:04 PM

Jangan makan bertindih pinggan
tersurat : nanti kahwin banyak kali
tersirat : tak pasal jer banyak nanti pinggan kotor nak kena basuh


source :
https://rileklah.com/gaya-hidup/10-pantang-larang-popular-dalam-kalangan-orang-melayu


yayah8989 Publish time 30-10-2021 12:11 AM

luna.millieu replied at 28-10-2021 06:51 AM
@yayah8989 nanti share la petua apa2 kat sini

Wahh nk petua ape ek, petua gemukkan orang sekeliling ada, nak tak;P

NaylaArisha Publish time 2-11-2021 09:50 AM


Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti kudung

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/take.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C379&ssl=1

Sekali dengar boleh confuse kejap mana kaitan tunjuk pelangi dengan kudung tu. Sebenarnya bila kita tunjuk pada sesuatu, selalunya kita akan guna jari telunjuk, kan? So purpose pantang larang ni is tak nak bagi korang tunjuk something guna jari telunjuk je. Seeloknya gunalah ibu jari supaya nampak lagi sopan sebab sometimes tunjuk guna jari telunjuk ni boleh nampak macam kita tengah marah.

NaylaArisha Publish time 2-11-2021 09:54 AM

“Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang”
https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/08/pantang-larang-dapur-3.jpg

Situasi: Perkara ini sering berlaku pada zaman sekarang oleh mereka yang masih tinggal dengan keluarga. Waktu senja di sini ialah diantara jam 6.50 petang hingga ke 7.30 malam (Kiranya semasa waktu maghrib).Logik: Pantang larang ini digunakan kepada mereka yang tinggal bersama keluarga. Pantang larang ini menghalang kita daripada makan pada waktu maghrib kerana waktu tersebut lebih afdal digunakan untuk mendirikan solat maghrib terlebih dahulu.Patang larang ini turut mengajar kita, mendirikan solat patut diutamakan berbanding mengisi perut anda sahaja.

NaylaArisha Publish time 2-11-2021 09:56 AM

“Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding”

https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/10/pedal.jpg

Situasi: Siapa yang menggemari pedal ayam? Ye, Pedal ayam enak dimakan walaupun agak liat.Logik: Sebenarnya pedal ayam ini tidak digalak untuk dimakan oleh orang-orang tua kerana dagingnya yang liat menyebabkan anda mengunyah secara berulang untuk menghancurkan dagingnya.Kami tidak pasti mengapa ianya dikaitkan dengan bersanding tetapi kami menyimpulkan mungkin anak kepada individu yang mengeluarkan pantang larang ini mengantuk semasa majlis sanding beliau.

NaylaArisha Publish time 2-11-2021 09:57 AM

“Makan tak basuh pinggan, nanti lambat dapat pasangan”

https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/08/pantang-larang-dapur-5.jpg

Situasi: Perkara ini sering kali diaplikasi oleh kebanyakan kita di rumah. Jangan kerana ibu atau bapa yang masak, maka mereka juga yang harus membasuh pinggan mangkuk yang ditinggalkan dalam sinki.Logik: Logik di sebalik pantang larang ini ialah agar mengajar anak-anak tidak malas membasuh pinggan. Anak-anak dimomok dengan pantang larang ini agar lebih rajin menolong ibu mereka mengemas serta membasuh pinggang selepas makan.

mattzzx Publish time 14-3-2022 02:03 PM

Jangan makan pindah-randah, nanti kahwin ramai

Kalau makan pindah-pindah tempat, nanti perkahwinan kita tak kekal, lepas tu dapat banyak pasangan. Sebenarnya tak sopan kalau kita makan tu pindah sana pindah sini. Kejap makan kat sana kejap makan kat sini, angkut pinggan ke hulu ke hilir. Nanti tumpah ke apa kan. Seeloknya masa makan tu jagalah adab masa makan and makan elok-elok.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/alsdjw.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&ssl=1

mattzzx Publish time 14-3-2022 02:05 PM

Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan agar rezeki tak kering

rupanya

Senanglah nak basuh pinggan nanti, tak payah menyental

mattzzx Publish time 14-3-2022 02:06 PM

Jangan makan bertindih pinggan, nanti kahwin banyak kali

- Tak kuasa nak basuh pinggan banyak-banyak

mattzzx Publish time 19-3-2022 04:02 PM

https://1.bp.blogspot.com/-bn_cZNMo_T0/XVZqkMIjaiI/AAAAAAAACK8/8JI0otsxK9AKa3zGcvxG3V8pk3cQElhPgCLcBGAs/s1600/FB_IMG_1565944372202.jpg

mattzzx Publish time 19-3-2022 04:08 PM

Anak gadis makan sambil berbaring, nanti dapat suami pemalas

https://lifestyle.prod.content.iproperty.com/news/wp-content/uploads/sites/3/2019/09/19171053/pantang-larang-orang-melayu-1.jpg

Bagi tujuan memberi teguran dengan halus, anak gadis yang berbaring sambil makan dikatakan akan mendapat suami yang pemalas. Jika dinilai secara logik dan adab, makan sambil berbaring merupakan suatu perlakuan yang kurang sopan di meja makan .

Jika dilihat dari aspek kesihatan, perbuatan ini menyukarkan penghadaman makanan dalam sistem pencernaan. Apa yang menarik lagi, mengikut satu kajian yang telah dijalankan, berbaring selepas makan merupakan salah satu faktor risiko yang boleh membawa penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan, seperti refluks esofagus. Mungkin pantang larang ini nampak remeh, tapi terdapat fakta saintifik yang boleh dipelajari dari perkara ini.
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: [LUBUK KREDIT] Kongsi Pantang Larang Orang Melayu


ADVERTISEMENT