KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 03:09 PM

Umur Berapa Korang Khatam Al Quran?

Umur berapa korang khatam Al Quran? Ada buat pulut kuning tak sambut majlis khatam Al Quran?

...kongsikan...

“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 03:12 PM

@seribulan

@AlterEgo

@hibernation

@MeghanK

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 03:15 PM

@Petunia

@Merahsaga

@sitisenyum

seribulan Publish time 4-4-2019 03:24 PM

Edited by seribulan at 4-4-2019 02:26 PM

@ipes2 @sfhzuraz @amiraira @bianglala

zzm999 Publish time 4-4-2019 03:34 PM

Umur 10 tahun, masa darjah 4.. tapi takde buat majlis khatam pun sebab lepas tu ayah suruh ulang baca balik alQuran tu.. mmg dlm famili takde buat majlis khatam.. apapun alhamdulillah..

AlterEgo Publish time 4-4-2019 03:36 PM

thank you TT Mod for the tag and thought :$

ada beberapa versi khatam Al-Quran ni..

kalau versi khatam yang budak, rasanya umur 5 atau 6tahun.. yang ni sebab ikut sepupu-sepupu mengaji.. dibawa khatam ramai-ramai.. takde pulut kuning, majlis berzikir/takhtim dengan "bunga telur"..dengan ditabur bunga rampai :lol: lepas majlis bermain sakan ;P

khatam yang betul-betul sendiri baca - umur 9 tahun, Ramadhan.. raikan kat balai kampung dengan yang lain..yang ni ada pulut kuning, meriah!

but ada khatam special version bagi diri sendiri tapi time tu dah tak remaja (awal 20s) sebab baca dengan terjemahan/tafsiran.. lama nak habis tapi rasa berbaloi :'(



Petunia Publish time 4-4-2019 03:49 PM

KILL_NANCY replied at 4-4-2019 03:12 PM
@seribulan

@AlterEgo


Terima kasih mention saya...
Tbh.. Belum lagi :(
Insyallah...

hibernation Publish time 4-4-2019 03:56 PM

mak dah tak ingat nak oii...umur berapa agaknya, tapi takde kut pulut kuning bagai, cuma bagi buah tangan kat ustazah, x silap kain batik, gula gitu lah...lupo dh

EvieWanKenobi Publish time 4-4-2019 04:14 PM

Alhamdulillah umur 12 dah khatam..
buat juga majlis kecil2an..
mak lah yang bertungkus lumus
memasak bagai..

jagung5 Publish time 4-4-2019 05:10 PM

Edited by jagung5 at 4-4-2019 05:11 PM

Dah tua baru khatam ..first time katam tak de buat apa2...
sbb tu bila time anak saya pastikan habiskan dan katam alquran sebelum masuk sekolah menengah..

MeghanK Publish time 4-4-2019 05:15 PM

thank you tag

meols khatam quran masa darjah 4 ke kalau tak silap
ada buat ramai2 kat surau kampung siap bunga telur pelbagai

matchstick Publish time 4-4-2019 05:31 PM

Umur 6 tahun.. Xde Majlis khatam pun. Lps tu terus khatam lagi dan lagi. Alhamdulillah

shinsiro Publish time 4-4-2019 06:05 PM

umur 8 tahun.. tapi xde buat majlis pun..umur dah 20 ada la joint khatam
quran kat masjid kolej... kalau dapat khatam lagi dalam umur sekarang ni.. rase nak buat pulut kuning la

shinsiro Publish time 4-4-2019 06:07 PM

umur 8 tahun khatam .. tapi xde buat majlis pun.. bangga seronok dapat khatam waktu tu..
umur 20 baru ada buat majlis dekat kolej..
ingt kalau dapt khatam dalam umur sekarang ni.. teringin jugak nak buat pulut kuning

sitisenyum Publish time 4-4-2019 06:11 PM

Umur 5 tahun br start mengaji.....pastu naik al-quran umur 7tahun khatam 9 tahun lama kan....
sbb selalu ponteng...buat majlis darjah 3sekali tp kecik2 sbb share dgn abg2 darjah 6 lagi sekali sbb buat dkt sek agama besar2 best...pastu bila dh start kerja dh tak khatam3 lagi:L:L:L

Kalau dpt khatam bestnya{:1_545:}

sitisenyum Publish time 4-4-2019 06:12 PM

KILL_NANCY replied at 4-4-2019 03:15 PM
@Petunia

@Merahsaga


Tq jemput ai

missinpiece Publish time 4-4-2019 06:38 PM

Rasa mcm awal2 naik skolah menengah. Arwah nenek siap buat majlis khatam Quran, ngan pulut kuning n baju lawa of coz. Oh kenangan :loveliness:

makneng Publish time 4-4-2019 06:38 PM

Seingat mak umor 9thn..kemain ibu rumah mak buat pulut kuning, bubur puteh bubur merah.. Sendiri ajor mak ngaji sendiri eksited.. :lol:

raihaneem Publish time 4-4-2019 06:50 PM

Edited by raihaneem at 5-4-2019 10:58 AM

Masa darjah 4. Takdak sambut apa2.. lepas tu tolong mak ayah ajar ngajin mak ayah guru ngaji..

Kalau ngaji dgn arwah abah..mmg susah sgt nak dpt ubah ke ayat atau muka surat lain..selagi tak lancar n betul tajwid..ulang la smpai fasih.

Dgn arwah mom..dia bg kelonggaran sikit..jd cepat la ubah..
Skrg dgn anak2 kami strict mcm arwah abah..tp arwah mom pernah pesan...silap sikit2 takpa lah..ubah la..

Selalu p menumpang majlis khatam org lain, mkn pulut kuning dgn gulai ayam ka daging ka..pastu dpt bunga teloq.

Muhasabah buat semua dan diri ini....jgn lepas khatam terus stop. Teruskan mmbaca..khatam sebanyak mgkin..pastikan tajwid betoi dan yg paling penting tadabbur..
Fahami setiap isi kandungan al-Quran itu...
Hati dan jiwa akn tenang...urusankita akn dipermudahkan..insya-Allah..


*maaf semua,typo. Khatam darjah 4..

arynna Publish time 4-4-2019 07:32 PM

11 tahun dan mak buat masak pulut bagai
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Umur Berapa Korang Khatam Al Quran?


ADVERTISEMENT