miss_strangers Publish time 4-4-2019 07:35 PM

Umur 8tahun..pastu Aku ulang lagi sampai 3 Kali khatam waktu sekolah rendah..malangnya dah dewasa ni Aku jarang baca AlQuran..

bianglala Publish time 4-4-2019 07:39 PM

tak ingat. rasanya darjah 5 atau darjah 6. takde buat majlis apa-apa, cuma emak masak pulut kuning bagi kat ustazah yang ajar mengaji, sebelah rumah je. sebab kami duduk kuarters. bebudak kat kuarters semua datang mengaji kat rumah tu. rasa berterima kasih sangat pada guru mengaji, kerana dialah kita pandai mengaji dari alif ba ta, muqaddam sampailah AlQuran.

redbutterfly Publish time 4-4-2019 07:42 PM

dah tua baru khatam. Alhmdulillah. Masih meneruskan.

kuihbakar Publish time 4-4-2019 08:14 PM

Masa darjah 3.Siap buat kenduri ... Teruja mak masa tu. Tak pernah2 dapat baju baru selain hari raya, masa tu mak jahitkan baju baru. Warna putih. Mak belikan tudung baru juga.

Panggil orang kampung buat kenduri macam kenduri kawin. Mak sewa ah seng kedai kamera jadi jurugambar masa tu. Terasa macam artis kejap masa tu.

Ada pulut kuning, ada bunga telur cucuk kat batang pisang. Mak juga buat pulut kuning khas dan belikan beberapa hadiah lain untuk tok guru yang ajar mengaji tu.

Ini moment indah yang i kenang sampai bila2 . Sebenarnya mak yang ajar mengaji masa awal2 tu. Tapi sebab nak ikut kawan3 nak ngaji ngan tok guru, maka mak benarkan.

Yang paling best, lepas ngaji pergi terjun tiruk kat sungai belakang rumah tok guru. Balik rumah zapppp kena selibas dua rotan atas belakang.

Nangis weh sambil sembam muka kat bantal kekabu. Tapi keinsofan hanya sementara. Esok terjun pusing2 macam cerita bola tampar cerita Jepun tu.

Semoga Allah kurniakan pahala buat mak dan tok guru kerana mengajar i mengaji masa kecil2 dulu. Really Miss my mom

marhasafrina Publish time 4-4-2019 08:17 PM

Waktu darjah 3, waktu kecik2 dulu mama tya nak jadi apa besar nanti. Laju je jawab nak jadi ustazah. Terus mama hantar tadika al arqam .

drivethru Publish time 4-4-2019 08:18 PM

Umur 9 tahun. Buat kenduri khatam al quran sekali dgn bersunat aku 3 beradik. 9,10,11 tahun. Semua khatam dan sunat sekali.

nolya Publish time 4-4-2019 08:23 PM

Saya khatam Quran 2x dlm dua majlis rasmi, numpang majlis khenduri kawenan. Umur tak ingattapi masa sekolah rendah.Terakhirkhatam pada majlis kawen sendiri.Pas tu khatam biasa,khatam ulang baca harian.

amyza Publish time 4-4-2019 08:33 PM

11tahun. Rasa macam pengantin,bawa bunga telur 1pasu. Bagi ustazah kain pasang. Pulut kuning tak buat pulak.

misssakura Publish time 4-4-2019 08:35 PM

umur 11 rsenya.. lupa dah. mak ada masak tapi tak ingt apa hantar ke tempat mengaji tu.

akuni Publish time 4-4-2019 08:42 PM

Umur 12 tahun. Meriah zaman dulu kalau anak khatam Quran. Kebanggaan ibubapa. Macam dapat trofi sukan kalau banding ngan anak2 zaman now.
Hakak ingat lagi dalam batch kami mengaji yg khatam Quran tu Ada 3@4org. Bila dah khatam ustaz inform mak ayah. Bpakat2 la nak meraikan skali ngan kazen yg kbetulan sbatch.
Siap masak pulut kuning bagai. kenduri kesyukuran ler tu kan...spya jimat belanja sbb zaman dulu ayam itik kena kejar skampong baru dpt merasa.Masak siap2 drumah Dan bawa k surau.
Jiran2 pun djemput sama meraikan Hari khatam tu..siap bunga telur pun Ada utk d beri pada kanak2 yg dtg. Kami yg d raikan ni dhias dgn baju baru...duduk atas lapik bropol hat org kawen tu...hahh Dan d suruh mengaji surah2 lazim sbg pnamat.
Zaman tu sepa2 yg khatam mmg kena pandang tinggi ler..jadi contoh pada pelajar lain. Tapi mcm skrg hakak x nmpak lagi budaya nih.Anak2 kak yg khatam Quran pun xda dminta kenduri kendara bagai ni. Tak Tau lah tmpt lain..Ada jer kot.

CardiGans85 Publish time 4-4-2019 08:47 PM

Darjah 4 aku khatam. Tak ada kenduri apa tapi ustazah ngaji aku bagi aku kek ms hari aku khatam tu. Ms weekend arwah nenek buat pulut kuning dgn kari ayam+bubur sum sum utk bg pd jiran2 termasuklah ustazah ngaji aku.

Btw, ustazahaku tak nk terima duit apa pun. Banyak yang aku belajar daripada dia sebenarnya. Ada ketika aku free hair dl, dia dtg rumah klu dia nampak aku. Selalu nasihat yg baik2 je..eh sedih plak rasa.

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 09:35 PM

AlterEgo replied at 4-4-2019 03:36 PM
thank you TT Mod for the tag and thought

ada beberapa versi khatam Al-Quran ni..


yang tukar ajar rasm uthmani tu garang tak paddle?

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 09:36 PM

sitisenyum replied at 4-4-2019 06:12 PM
Tq jemput ai

no problem siti.thanks sudi share.

takayama Publish time 4-4-2019 09:36 PM

Meols khatam quran 1st time ms darjah 2 dan buat majlis khatam quran juga sbb kakak sepupu nak kawen tp yg mengajinya meols, dia dok melawo aje kt tepi
Selain pulut kuning dgn kari daging serta rendang, ada bunga telor dan goodies diberikan pd tetamu dan kt card kecik tu arwah tok buh nama meols bknnya si pengantin :lol:

Nenolen Publish time 4-4-2019 09:37 PM

I tak ingat khatam Quran bila...mungkin form 1...lambat I habis Quran sebb bertukaq2 cikgu mengaji :loveliness:

Arwah mak pulak bila I naik juzuk dia akan sedekah pulut kuning dgn rendang daging ke tmpt ngaji dan jiran2...bygkan byk kali tu...sayanggg mak {:mlflower1:}

Majlis khatam Quran pula dibuat oleh pihak kor agama...ramai2 laa...I nie kan anak askar;P

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 09:37 PM

redbutterfly replied at 4-4-2019 07:42 PM
dah tua baru khatam. Alhmdulillah. Masih meneruskan.

{:thumbo terbaik.tidak kisahlah berapa umur awak, berapa tuanya awak, janji mengenal kitab panduan itu haruslah tersemat di hati.tahniah.

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 09:40 PM

kuihbakar replied at 4-4-2019 08:14 PM
Masa darjah 3.Siap buat kenduri ... Teruja mak masa tu. Tak pernah2 dapat baju baru selain hari ra ...

towwwwdiaaa.;P

ameen~

tahniah kak burn.boleh bertarranum tak ustazah?

moonbug Publish time 4-4-2019 09:40 PM

Umur 12 darjah 6. Takde buat majlis sebab tak mampu, lepas dapat result UPSR dan dapat tawaran ke SBP baru sedara pakat buat doa selamat. Kira sekalilah tu

AlterEgo Publish time 4-4-2019 09:44 PM

KILL_NANCY replied at 4-4-2019 09:35 PM
yang tukar ajar rasm uthmani tu garang tak paddle?

Tak garang sebab budak baik okay. Hahaha cuma teliti sangat makhraj huruf, selagi tak betul..selagi tu lah kami tak boleh keluar.. ustazah tu Indonesian. merdu suara dia.. Entah mana dia, semoga menjadi amal jariah dia.. Ameen

KILL_NANCY Publish time 4-4-2019 09:45 PM

hibernation replied at 4-4-2019 03:56 PM
mak dah tak ingat nak oii...umur berapa agaknya, tapi takde kut pulut kuning bagai, cuma bagi buah t ...

kakakku khatam tahun 60an kan?hus hus.;P
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7
View full version: Umur Berapa Korang Khatam Al Quran?


ADVERTISEMENT