honey76 Publish time 5-4-2019 11:20 AM

raihaneem replied at 4-4-2019 06:50 PM
Masa darjah 4. Takdak sambut apa2.. lepas tu tolong mak ayah ajar ngajin mak ayah guru ngaji..

Ka ...

Betul apa yg raihaneem kata... amalan ngaji quran ni buat hati tenang dan damai... lebih2 lebih ngaji time pagi2 sebelum subuh... nak puasa ni, best ngaji masa2 sebelum sahur....

Kami adik beradik pula mcm sdh menjadi tradisi, siapa yang sudah khatam Quran akan ajar adik-adik baca muqaddam. kena habiskan 1 muqaddam tu barulah bapa akan hantar kami ke guru ngaji untuk belajar mengaji secara rasmi... hahahaaaa ingat kenangan mengajar adik bawah I lelaki, masa tu dia darjah 1. Geramnya dgn adik tu sebutan dan bunyi huruf RO tu nak dpt berhari2 dan berulang2 minta dia sebut jadi betul... Kesabaran I sgtlah rendah masa tu hinggakan tangan kecik I ni laju ja cubit peha dia smpai nangis kawan tu... bapa I, bila dengar ja adik I menangis dan dengar suara I marah2 jadi naik hantu kat I... setepuk, kena rotan kat kaki ni... terus I jadi terpana dgn tindakan bapa I yg sgt jarang berkasar dgn anak2... sekali tu ja kena rotan ngan bapa... tp rasa kesal bapa tu smpai mak I pujuk I yg nangis dan sapu ubat kat kaki yg dirotan... huhuhuuu... rindunya dgn arwah bapa :'(... Ya Allah ampunkan dosa bapaku dan kasihanilah dia Ya Allah sebagaimana dia mengasihani aku dan adik beradikku yang lain.. Tempatkanlah kedua ibubapaku dikalangan hambaMu yang Solih....:'(

Nonones Publish time 5-4-2019 12:08 PM

Masa umur 12 tahun dah khatam Quran. tak ada buat apa2 majlis. lepas umur 12 tahun tu tak sentuh langsung Al-Quran sampai la last year bulan puasa, dah masuk 27 tahun baru baca balik. skg tengah berusaha untuk khatam kali kedua sampai hari ni walaupun dah dkt setahun.

minahrecon Publish time 5-4-2019 12:28 PM

Umur awal 10 tahun....buat khatam Quran ramai2..tp skrg da kurang membaca Quran...bnyk baca terjemahan..ntah kenapa sya berpendapat mmg baik baca Quran tp lebih baik jika dapat memahami ayat alquran, baca Dan faham. Apa guna kalam Allah jika Kita xfaham apa tertulis Di dlmnya. Ibarat baca buku tp xfaham ape ISI kandungannya.

kechikchomel Publish time 5-4-2019 01:27 PM

Kalau tak silap masa darjah 4. Belajar ngaji kt rumah ustaz. Buat pulut kuning masa tu. :$

Pastu darjah sekolah agama ada majlis khatam skali majlis penyampaian anugerah. Iolss join sekali. Bawa bunga telur

kuihbakar Publish time 5-4-2019 01:41 PM

KILL_NANCY replied at 4-4-2019 09:40 PM
towwwwdiaaa.

ameen~


Hahah... Masuk le pertandingan musabaqoh AL quran masa kecik2 dulu. Sempat le sampai peringkat negeri Pahang. Sekarangni suara pun semput doh.

Sekarang ajar anak2 sendiri je mengaji

cholic Publish time 5-4-2019 02:12 PM

kuihbakar replied at 5-4-2019 01:41 PM
Hahah... Masuk le pertandingan musabaqoh AL quran masa kecik2 dulu. Sempat le sampai peringkat neg ...

Tahniah! Jimat duit ngajar anak2 sendiri!

Akak_hazelyn Publish time 5-4-2019 02:25 PM

Rasa umur 12. Ramai2 kat kelas ngaji petang tu. Ada sekali kenduri pulut kuning.

duricinta Publish time 5-4-2019 02:49 PM

X ingt lgsg bila me khatam.Tp utk anak me nak buatkn pulut kuning n rendang ayam bila abiskn iqra' sbb nk dia rsa happy sbb dia sorang yg slow learner... Nk naikkn semangat

Izaabelle Publish time 5-4-2019 02:55 PM

Umur 6tahun lepas tu dpt kasut LA Gear;P

KILL_NANCY Publish time 5-4-2019 03:03 PM

FanTasyCreaTioN replied at 5-4-2019 07:16 AM
Khatam Pertama kali .. umur 13tahun.

Tak buat majlis sebab penjaga non Muslim.


thanks fc share.:$

KILL_NANCY Publish time 5-4-2019 03:07 PM

kuihbakar replied at 5-4-2019 01:41 PM
Hahah... Masuk le pertandingan musabaqoh AL quran masa kecik2 dulu. Sempat le sampai peringkat neg ...

untunglah kak burn.cemburu saya dengan kak burn.

see .... tak payah susah2 nak hantar anak mengaji quran.mak pun dah boleh ajar.

kuihbakar Publish time 5-4-2019 03:38 PM

KILL_NANCY replied at 5-4-2019 03:07 PM
untunglah kak burn.cemburu saya dengan kak burn.

see .... tak payah susah2 nak hantar anak meng ...

Tapi ajar anak orang lain tak sama ngan ajar anak sendiri. Memerlukan tahap kesabaran tujuh petala langit. Hihi

kuihbakar Publish time 5-4-2019 03:39 PM

cholic replied at 5-4-2019 02:12 PM
Tahniah! Jimat duit ngajar anak2 sendiri!

Ya sikit2 boleh lah @cholic. Sambil2 ajar anak jiran juga

ninja boy Publish time 5-4-2019 04:57 PM

Ya betul, lepas bekerja lebih byk baca terjemahan.

chesfa Publish time 5-4-2019 05:14 PM

https://i.ibb.co/7RKBNh5/Dj-Sb-GVZUUAUX6jj.jpg
https://i.ibb.co/ZYRDSBK/b827514ed0330376c794d9f9e3a1e555.jpg
https://i.ibb.co/3hzm1H0/22549719-1134904489972846-8164205744343679740-n.jpg
https://i.ibb.co/pZ1RcMz/3-1024x1024.jpg

LostStar Publish time 5-4-2019 06:03 PM

umuq 10 tahun.. darjah 4.. mama buat pulut kuning.. daku makan sampai demam.. haha..
lepastu 12 tahun khatam lagi.. time sebelum upsr.. mama buat jugak.. time tu serik da nk mkn pulut kuning.. dan asal khatam jek time skolah mama buat pulut kuning mmg tak akan mkn pulut kuning tu.. serik la knon..

chesfa Publish time 6-4-2019 12:11 PM

Khatam budak pelat masa umur 5-6 tahun. Sebab nenek tok guru ajar mengaji. Lepas tu start belajar tajwid dan semua, khatam dah tak pelat kot masa darjah 3. Darjah 4, 5, 6 khatam lagi, sebab kalau malas mengaji, kena piapp kat tangan, orang lain tak kena pun :( Tak pernah ada majlis, pulut kuning ke apa

Dah besar baru nampak hikmah nya, orang putih cakap fake it till you make it. Dulu rasa terpaksa, tak nak kena rotan. Sekarang rasa gelisah kalau tak buka, baca Quran walau sehari pun

masterudeng82 Publish time 6-4-2019 01:56 PM

Khatam al-Quran masa umur 15 tahun. Masa sekolah rendah, ayah panggil satu ustaz ni, dah tua datang rumah. Lepas tu dia meninggal, so stop jap. Ayah ajar sendiri, memang lambat lah, selagi tak kena selagi tu lah dok kat page tu berhari2. Lepas tu ayah hantar kat surau, sekejap je sebab ustaz tu pindah pulak. Lepas tu ayah ajar balik. Last sebelum khatam tu ayah hantar dekat rumah ustazah dekat dengan area rumah. Khatam kat situ. Mak tak buat apa pun cuma bagi hadiah dekat ustazah tu je. Lepas tu sibuk dengan kerja, belajar semua, baca quran pun tak menentu. Khatam kali kedua masa umur 35 tahun. Yang penting kita baca dengan tajwid yang betul. Lambat ke cepat khatam takde masalah.

Aquagurlz Publish time 6-4-2019 05:10 PM

Alhamdullilah umo 14thn dpt khatam.ada busy sekali dgn mjlis kwin mak cik.

Kappa8990 Publish time 7-4-2019 10:41 AM

Alhamdulillah umur 4/5/6 tahun kot khatam...

Waktu tu ngaji quran dengan arwah tok je.. Sebab tok guru ngaji.. Semua budak2 kampung mmg ngaji ngan dia..
1st khatambmak buat pulut kuning sebab org dulu2 simboliknya pulut kuning dengan khatam quran..
Lepas tu khatam berkali2.. Tapi zaman kecik jelah sbb mcm bersaing pulak budak2 nak khatam berkali2.. ;P

Tapi dah besar ni.. Payah nau lah nak khatam.. Malam2 lepas ler al waqiah dan almulk.. Harapnya ramadhan kali ni boleh cuba start dari mula.. And khatam balik kot.. InsyaAllah...
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7
View full version: Umur Berapa Korang Khatam Al Quran?


ADVERTISEMENT