fly_in_d_sky Publish time 24-8-2022 03:06 PM

Edited by fly_in_d_sky at 24-8-2022 03:07 PM

Kita selit buku yang lama beli
Gadis Boneka Hadrah ...

fly_in_d_sky Publish time 21-9-2022 07:14 PM

Ayman Al Zawahiri diangkat menjadi ketua pergerakan Al Qaeda setelah kematian Osama Ben Laden. Tentera AS di Afghanistan telah merancang operasi khusus untuk memburu Ayman Al Zawahiri yang dinamakan Operasi Onslaught.

WASHINGTON
Apabila Ken McGinley, ketua turus kakitangan pentadbiran rumah putih mengalami serangan jantung, Grace Sullivan dilantik menjadi pemangku. Namun Grace merasakan dia sering dipinggirkan oleh Presiden Juan Antonio Alvarez dalam membincangkan isu berkaitan keselamatan negara.

KUALA LUMPUR
Arman Ghanni, seorang jutawan Malaysia yang dipantau rapat pihak perisik AS kerana hubungan akrabnya dengan Konstantin Dukevski, seorang jutawan Russia yang anti AS.

KAHERAH
Omar Tarim, seorang perisik Mesir yang menyamar menjadi militan di Afghanistan telah dibunuh sebaik dia kembali ke Mesir. Ayah saudaranya, Suleiman Nouri yang juga timbalan Pengarah Al Mukhabarat (badan risikan Mesir) berusaha mencari dalang pembunuhannya.

BAGRAM
Sarjan Mike Harris dan rakan-rakannya dalam pasukan khas Delta Force menggalas tugas khas dalam operasi Onslaught untuk menangkap Ayman Al Zawahiri. Namun dia juga bimbang apabila mendapat tahu adiknya, Prebet Danny Harris turut terlibat dalam operasi yang merbahaya itu.

Kawasan pergunungan HINDU KUSH
Sanif, anak muda dari Indonesia yang menyusup masuk ke Afghanistan mengimpikan syurga dengan berjihad menentang tentera musuh.

TAKUR GHAR menjadi medan pertempuran dan percaturan strategi yang bakal menyaksikan siapa di antara mereka yang akan bangkit sebagai juara.





458 pages, PaperbackPublished January 1, 2022beli kat shopee RM 25.20, harga asal RM 28.



fly_in_d_sky Publish time 22-9-2022 07:04 PM

Edited by fly_in_d_sky at 23-9-2022 11:27 AM

ada offer menarik beli kat seller gengbukuonline.my (shopee lah mana lagi)
kru paranormal siri

1/ imaginary friend
2/ shadow people
3/ hantu kilang lama
4/ hantu jarang gigi

each rm 10.80, harga asal rm 12
kemudian dapat 200 coins
then ada pula DE Dagang .. shipping rm 1.90 compare asal rm 4.90

ada sambungan lagi
rasanya ada lagi 6 buah untuk penghabisan siri kru paranomal
next year final title keranda terbang
dan juga sambungan peluru patriot ... peluru kudeta
author yang sama
peluru patriot dan peluru kudeta under tebook press

macam ada kaitan dengan kudeta intro, kudeta klimaks, anarkis dan anarkis: bangkit ...


ibugarang Publish time 7-10-2022 11:07 PM

Skang tengah baca The Book Thief tapi tinggal sikit je lagi tue nak habis, so prepare beli buku baru, mmg dh lama aim, A LIttle Life by Hanya Yanagihara. kat Popular buku ni tgh sales RM42 compare bookstore lain RM50 lebih..


https://realizinggrace.files.wordpress.com/2017/04/img_7819.jpg?w=739

fly_in_d_sky Publish time 8-10-2022 06:50 AM

ibugarang replied at 7-10-2022 11:07 PM
Skang tengah baca The Book Thief tapi tinggal sikit je lagi tue nak habis, so prepare beli buku baru ...

best tak novel ni?
komen ada kata slow pace .. boring

ibugarang Publish time 8-10-2022 10:59 AM

fly_in_d_sky replied at 8-10-2022 06:50 AM
best tak novel ni?
komen ada kata slow pace .. boring

A Little Life, tu belum baca baru jea smpai, The Book Thief tu best jugak, baru 70% baca..

fly_in_d_sky Publish time 9-10-2022 12:49 PM

ibugarang replied at 8-10-2022 10:59 AM
A Little Life, tu belum baca baru jea smpai, The Book Thief tu best jugak, baru 70% baca..

nanti bila dah baca .... review lah sikit

ibugarang Publish time 9-10-2022 01:04 PM

fly_in_d_sky replied at 9-10-2022 12:49 PM
nanti bila dah baca .... review lah sikit

Okie, bole je..:$

fly_in_d_sky Publish time 6-11-2022 03:08 PM

semalam pergi ke KL sentral
singgah kedai buku ... ada sales clearance
RM 10 each book or RM 30 for 5 books
jenuh juga ler menyelam
and jumpa 2 buah buku
ok lah tu ...

siapa duduk KL maybe tahu kedai buku ni
dulu lokasi kat sebelah KFC .. Kedai SunMag
sekarang dia buka semula kat sebelah chicken rice shop, maybank


so kita jumpa
1/ The President is Missing
President Bill Clinton and bestselling novelist James Patterson have written a spellbinding thriller, The President is Missing.

As the novel opens, a threat looms. Enemies are planning an attack of unprecedented scale on America. Uncertainty and fear grip Washington. There are whispers of cyberterror and espionage and a traitor in the cabinet. The President himself becomes a suspect, and then goes missing...

Set in real time, over the course of three days, The President Is Missing is one of the most dramatic thrillers in decades. And it could all really happen. The President Is Missing is Bill Clinton and James Patterson's totally authentic and spellbinding thriller.



2/ Aimee & Jaguar
Unique, moving, and true - this radiant love story is set against the horrific backdrop of World War II Nazi Germany. When Lilly "Aimee" Wust, a gentile mother of four and wife of a Nazi officer, met Felice "Jaguar" Schragenheim, a Jew living underground in Berlin, neither could have guessed that their brief initial encounter would develop into a blazing, devoted love. As the Nazi stranglehold closed in on them, Lilly and Felice found themselves fighting insurmountable odds to stay together. Extraordinarily passionate and heartrending, this is a rare and personal look at the love and strength of two women whose commitment to each other defied the brutality of their time.



jadi makin meninggi physical books
hmmmm TBR lah yer
sebab sekarang tengah baca Aurora Prinsipalis (Saga Artakusiad) terakhir ...



fly_in_d_sky Publish time 11-11-2022 11:56 AM

Edited by fly_in_d_sky at 15-11-2022 11:50 AM

sempena sales 11.11
so sebelum pergi kerja
sempat mengshopping
mmmm dugaan betul

Yang Paling Patah Antara Kita

"Kau okey?"

Ringkas.

Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.

Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.

Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab,"Tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan.

Takut kena marah.

"Kau okey tak ni?"

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.

--

Sebuah novel drama psikologikal yang mengetengahkan kesihatan mental dan juga stigma masyarakat.




Politik Kandang
Setelah menghalau manusia menjadi tuan mereka, haiwan di Ladang Manor mengharapkan kehidupan yang bebas dan makmur. Namun, mereka terjebak dalam rupa kehidupan lama apabila golongan elit tidak berhati perut dalam kalangan mereka sendiri memegang tampuk kuasa.

Kisah pengkhianatan idealisme menerusi kekejaman dan korupsi yang dikarang oleh Orwell masih segar dan relevan pada hari ini meskipun telah lama diterbitkan buat pertama kalinya semenjak tahun 1945.

“Salah sebuah dongeng politik teragung sepanjang zaman… buku ini sesuai dibaca oleh semua orang dan sesiapa sahaja. Kecemerlangannya tidak malap walaupun lima puluh tahun sudah berlalu.” - Ruth Rundell, Daily Telegraph

“Dongeng tulisannya ini kekal sebagai satira agung kita tentang wajah gelap sejarah moden.” - Malcolm Bradbury, Mail On Sunday



fly_in_d_sky Publish time 26-11-2022 09:35 AM

beli buku ni kat shopee
second hand ... in good condition walaupun ada sticker kaler-kaler
ex owner letak kat certain pages sebab ada ayat yang berguna


fly_in_d_sky Publish time 29-11-2022 07:05 AM

need to be away from kedai buku
especially online
salah diri sendiri

disebabkan ada combo dan ada autograph ... dan kemungkinan dapat atau tidak sahaja
borong buku untuk cukupkan RM 150 plus free delivery

beli kat the patriots publishing

1/ combo sejarah the plague : sejarah wabak dunia & 2099: ilusi utopia (pre-order 17/12/22 baru dicetak)
2/ cinta terbelah dilaut merah
3/ pencari cincin sakti
4/ kitab tamadun cina
5/ kitab tamadun jepun

{:sleepyo .... {:down2o

ibugarang Publish time 30-11-2022 10:27 PM

fly_in_d_sky replied at 9-10-2022 12:49 PM
nanti bila dah baca .... review lah sikit

Hi! Nk review buku A Little Life tu, buku tu agak depressing, traumatise.. ada unsur LGBT yg sgt banyak :lol: susah nak paham dlm situation character watak utama sbb raser life dia sgt2 depressing. Mmg nangis bacer tapi tak recommend la, bacer at ur own risk la gitu..:lol:

ibugarang Publish time 30-11-2022 10:30 PM

Baru lepas baca Beartown dan terus smbung Us Against You.. ralit baca smpai tak sedar dh half of the book baca..

ibugarang Publish time 30-11-2022 10:35 PM

Daisy Jones & The Six by Taylor Jenkins mmg aim nk beli buku yg cover ni, tapi mahai so last2 jumper org jual preloved rm15 jer.. terus deal buat payment beli.. buku pulak biler smpai sebijik mcam new, tak sangka berbaloi betol beli.. tak baca lagi sbb nk habiskn Us Against You by Fredrik Backman..

ibugarang Publish time 1-12-2022 01:28 PM

Hari nie buku baru smpai gak.. ;P tapi tetap beli buku second hand..

masterudeng82 Publish time 1-12-2022 02:20 PM

Buku lama beli belum habis baca, beli lagi buku baru. Kali ni beli ;

1. Jodi Picoult ~ Wish you were here
2. Suluk ~ Abdul Rahim Awang
3. Kelab Duka Lara ~ Kamalia
4. Bila Hati Berbahagi ~ Lynn Dayana

https://i.ibb.co/tKnffC2/Whats-App-Image-2022-12-01-at-2-18-26-PM.jpg

fly_in_d_sky Publish time 2-12-2022 09:35 AM

masterudeng82 replied at 1-12-2022 02:20 PM
Buku lama beli belum habis baca, beli lagi buku baru. Kali ni beli ;

1. Jodi Picoult ~ Wish you wer ...

biasa lah nama pun kaki buku
buku yang dah beli tersimpan elok ... masih dara lagi belum disentuh
dah beli buku lain ...

kalau dah baca Suluk, nanti review ek ...

fly_in_d_sky Publish time 2-12-2022 09:36 AM

ibugarang replied at 30-11-2022 10:27 PM
Hi! Nk review buku A Little Life tu, buku tu agak depressing, traumatise.. ada unsur LGBT yg sgt b ...

hmmm too depressing!
OMG OMG OMG ... kena hmmm cari aura macam tu ...
buku depressing ni payah nak move on ...
kena ada mood positif kot ...

{:sleepyo

masterudeng82 Publish time 2-12-2022 11:20 AM

fly_in_d_sky replied at 2-12-2022 09:35 AM
biasa lah nama pun kaki buku
buku yang dah beli tersimpan elok ... masih dara lagi belum disentuh
...

Ok fly.. {:1_141:}
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12
View full version: Buku Yang Dibeli / Dipinjam Sepanjang Bulan (bah. 3)


ADVERTISEMENT