fly_in_d_sky Publish time 19-11-2019 12:03 AM

Zarique dan Larissa merupakan pahlawan Nosferatu yang ditugaskan memburu Strigoi. Namun apabila rahsia silam Larissa terbongkar, dia terpaksa melarikan diri ke dunia lain dengan ditemani oleh Zarique.

Kyra sama sekali tidak menduga yang dia mencintai seorang Vampira, musuh tradisi keturunannya. Lord Zarray yang tersihir dengan kecantikan Kyra telah meletakkan nyawa gadis itu dalam bahaya.

Erzad yang ditugaskan menyiasat kejadian jenayah paranormal telah didatangi oleh Maeve, perempuan sihir yang penuh misteri dan tidak boleh dipercayai.

Kemunculan Luna menyebabkan Zarique kehilangan Larissa, Lord Zarray terpisah daripada Kyra dan Erzad hilang ingatan.

Demi menyelamatkan Larissa, mengembalikan Kyra, Zarique dan Lord Zarray terpaksa menggadai nyawa datang ke dunia manusia. Mereka bertemu dengan si licik Luna dan Erzad yang amnesia.

Lalu bagaimanakah Zarique mahu menyelamatkan Larissa? Dapatkan Lord Zarray menemui Kyra semula? Berjayakah Erzad mendapat kembali ingatannya yang hilang? Dan Luna...siapakah dia sebenarnya?

Luna, sekadar seorang kawan baharu yang licik dan berani. Larissa...nyawa, jiwa, cinta dan segala-galanya ~ Zarique


saya beli di Shopee ...
ternampak salah seorang member Goodreads.com beri 5 bintang

and bila sinopsis ... wahhhh lain dari yang lain
i like it very much ....
ingatkan hujung bulan hantar tapi .. dah hantar and dah sampai kat rumah dengan selamatnya ...




takayama Publish time 26-11-2019 09:11 AM

Beli buku ni bukan recently tp dah lama, sbb sibuk dgn kerja ms berkemas nk ke kulim terjumpa buku ni.

Br baca suku di awal novel dan terus jump ke akhir novel. Hmmmm pening juga baca ending dia so kena ulang semula utk faham


fly_in_d_sky Publish time 29-11-2019 12:32 PM

penutup untuk akhir tahun
cam ya ya jer entah-entah esok lusa beli lagi
rabak poket


1. Tun Tuah
2. Odisi Anak Kampar
3. Konspirasi
4. Getir


semua dari Affifudin Omar
semalam order hari ini dapat

fatinandreanna Publish time 3-12-2019 07:05 AM

Bulan ni beli 1 ja 1 The Husband Dean Koontz 2 Petua Dari Dapur Betty Saw- harga rm5 ternampak ada offer kt Mydin.Pinjam 1 The Broker John Grisham - best 2 Call Me Sister Jane Yeadon 3 A Mercy Toni Morrison - penulisnya pemeang Nobel Prize utk kesusasteraan. Cerita pasal hidup hamba di America zaman 1680.4 Meniti Batas Waktu Masraden MD - belum baca tapi sinopsis cam best.

fatinandreanna Publish time 3-12-2019 07:07 AM

Jumaat nanti start BBW kt Mines klu ada mood boleh pegi tambah kloeksi buku lagi.

fly_in_d_sky Publish time 3-12-2019 11:14 AM

fatinandreanna replied at 3-12-2019 07:07 AM
Jumaat nanti start BBW kt Mines klu ada mood boleh pegi tambah kloeksi buku lagi.

pergi ler
hehehehe boleh tambah koleksi
susah nak cari buku murah ...

{:hypnotizeo

fatinandreanna Publish time 3-12-2019 11:59 AM

@TT mmg harga buku kt malaysia mahal sgt. Yg overseas punya sbb exchange rate. Yg local pulak market size kecil. Kt expo mcm ni dpt la stretch sikit duit tu. Kt bookshop pun beli gak cuma sekali sekala. Sy support jugak our local bookstore.

fly_in_d_sky Publish time 3-12-2019 12:39 PM

fatinandreanna replied at 3-12-2019 11:59 AM
@TT mmg harga buku kt malaysia mahal sgt. Yg overseas punya sbb exchange rate. Yg local pulak market ...

yes betul
untuk overseas memang mahal sebab exchange rate
dulu boleh beli buku English dalam RM 19.90 rasanya
tapi bila dah cecah RM 30 ... kena cari option lain
E-book atau book sales ...
Local .. selalunya saya beli thru author atau publisher
kalau MPH ke bagai tengok lah ..

miz_elec Publish time 12-12-2019 12:26 PM

Last week beli 3 buku ni:

1. #KatererCinta by Nurul Syahida
2. Poemsia by Lang Leav
3. Surprise Me by Sophie Kinsella

Beli kt MPH, dpt pulak voucher RM5. Nak kena guna dlm masa 2 minggu. So nanti adalah buku dibeli lg.. :)

WawaRaRa Publish time 13-12-2019 12:28 PM

takayama replied at 26-11-2019 09:11 AM
Beli buku ni bukan recently tp dah lama, sbb sibuk dgn kerja ms berkemas nk ke kulim terjumpa buku n ...

x best ke buku jampi ni... hari tu kat PBAKL19 ada jmpe murni aqila dok la promote buku cintan cintun dia... kitorg amek tgk letak balik... x pulak dia promote buku ni... iollss penggemar buku seram...


takayama Publish time 13-12-2019 02:56 PM

WawaRaRa replied at 13-12-2019 12:28 PM
x best ke buku jampi ni... hari tu kat PBAKL19 ada jmpe murni aqila dok la promote buku cintan cin ...

Dah terbiasa baca buku garapan Maria kajiwa jd bila baca novelist yg ni mcm kureng sikit
Xde rs seram dan xde rs berdebar2 walau ada twist here and there
X berani nk recommends but klu chuols biasa dgn garapan penulis ni boleh try

fly_in_d_sky Publish time 16-12-2019 04:41 PM

Apakah benar cincin itu membawa tuah ? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar... Cincin permata biru penghias jari...

saya beli buku ni melalui Carousell dengan harga RM 23 (RM 15 harga bukunya)
keadaan buku ni memuaskan hati
siap ada penanda buku .. yang diselitkan oleh bekas empunya buku
kira murah gila berbanding beli di Kolektor Buku2 di Facebook
boleh cecah RM 40 sebab buku ni dah kira rare




fly_in_d_sky Publish time 20-12-2019 07:50 PM

Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah bind Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.

Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.

Sebelum ini buku ini berbentuk tulisan kewartawanan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan di lapangan dan diterbitkan selama empat bulan melalui majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBF) pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989.

Kini kisah Natrah ini dirakamkan kembali dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif, kerana empat sebab yang utama:

Pertama: Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.

Kedua: Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.

Ketiga: Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.

Keempat: Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air.


buku dibeli melalui online ... harga RM 85 include postage
kebetulan saya MC hari ini .. buku ini sampai
saya tak cek tracking .. malas .. kira surprise ler
sampai-sampai terus baca .. dah masuk page 92 ...


MnhSengalBengal Publish time 20-12-2019 10:21 PM

Akhir2 ni hati rasa tak tenang so bulan Ni grab 1 buku islamik:

Untuk kita pendosa : Harapan selalu ada by Hilal Asyraf

Secangkir Teh Pengubat Letih by Hasrizal AJ

Buku hilal tu belum baca, Buku Hasrizal tu best jugak cerita pasal kembara beliau ke turki. Sangat berminat dengan pandangan beliau bila beliau cakap 'kita melihat apa yang kita ingin lihat'. Apa yang kita cari, itu yang akan kita jumpa. Ad org melihat turki sebagai pusat peniagaan, ad org melihat turki dari sisi kebebesan, ada yang melihat turki sebagai pusat perlancongan tapi untuk yang mencari Islam akan jumpa Islam di turki.

adila39 Publish time 23-12-2019 01:47 PM

Semalam pun baca selak selak buku ni.. rupanya is a poetic book from islam perspective cth personality of Prophet Muhammad in daily life, his examples pastu dia selit hadith and coretan ayat ayat and maknanya pastu cerita cerita and senario yg boleh dijadikan cth. Written by Osman Nuri or TOPBAS.

Okay juga baca santai santai.

fly_in_d_sky Publish time 1-1-2020 12:21 PM

masa 30/12 .... entah tangan ni gatal lagi
tapi hati dan otak dah bagi signal red light ..
jangan jangan jangan ...
tapi nak juga pergi sana-sini ... surf website
masuk shoppe keluar shopee ...

dah ... terjumpa lagi ... adoiii
rasa nak ketuk jer jari saya ...

saya beli buku lagi ... 5 buah buku
dari shopee ...
sebab ....

1. ada diskaun .. dan siap combo lagi
2. caj delivery murah .. RM 1.48 under J&T
3. dah compare dengan publisher ternyata kedai kat shopee lagi untung beza RM 7 kalau tak salah



soooooo buku yang saya beli ... dari publisher The Patriots.

1. Jangan Selewengkan Sejarah Melayu
2. Kombo - Kitab Tamadun Islam (edisi tambahan) + Kitab Tamadun Melayu
3. Pertempuran-pertempuran Agung + Muhammad : Dakwah & Diplomasi



cikmouse Publish time 3-1-2020 11:19 AM

jln2 kt library opis baru2 niee....sekali tjumpa pulok novel lama nieee arrrr...aiyayayayaaaaaa...trus pinjam barang seminggu 2....blom abiz baca lgk...tebal yg amat...

https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1337746437l/1830586.jpg

fly_in_d_sky Publish time 4-2-2020 09:10 PM

pembuka tahun 2020
semalam beli buku

1. Akta Kerja 1955
2. Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama - Teme Abdullah
2. Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Beli kat MPH .. and ada diskaun 10% untuk kad kredit/debit visa
ok lah
kad MPH fly dah expire .. jarang sangat pergi MPH dah
buku beli terus kat publisher atau author bagi local
untuk english macam biasa ler .. download ebook ...

uihhh sebuah buku english dah berharga RM 52 ...
wow wow WOW! ...{:sigho

kucingkarate Publish time 20-2-2020 10:58 AM

bulan ni

1) Khayalan - Hasif Rayyan.
abis dh baca. kisah ala2 teman khayalan tp yg dia nk ketengahkan sebenarnya pasal apa yg ada dlm diri watak Hasif. ketakutan & salah faham dlm hidup seorang Hasif dlm mencapai impian dia sebagai seorg penulis & kehendak mamanya yg mahu dia menjadi seorg guru. dan juga kesiaan seorg teman khayalan dia yg bernama Rakhzan dan akhirnya mcm mana dia atasi apa yg buat dia lemah, takut & marah dgn bantuan Rakhzan

2) Checmate - rehan makhtar
belum baca lg

3) Kod 13 - Naim Tamjdis
sedang baca. best!

4) Sang Purba - Naim Tamjdis
x baca lg jugak..

kucingkarate Publish time 16-3-2020 11:58 AM

bulan ni dh beli buku
1) Anggun - Aifa Batrisya
moral dlm citer ni, panggillah anak2 kita dengan nama yg baik2. walaupun dia x baik, in syaa Allah, dia akan jadi baik kerana panggilan yg baik itu umpama doa. contoh dalam buku ni, mak si hero panggil 'anak soleh ummi, Akid Edraki'

2) lupa dh yajuk tp ada Bramfield, penulis dia Maria Kajiwa
best buku ni. kisah rumah kt tanah tinggi Cameroon yg dibina bertahun2 lalu. sebelum zaman jepun lg & kisah tuan rumah yg terlalu taksub dengan ilmu hitam

3) Haura - Ramlee Awang Murshid
baru start baca
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Buku Yang Dibeli / Dipinjam Sepanjang Bulan (bah. 3)


ADVERTISEMENT