ibugarang Publish time 2-12-2022 02:19 PM

masterudeng82 replied at 1-12-2022 02:20 PM
Buku lama beli belum habis baca, beli lagi buku baru. Kali ni beli ;

1. Jodi Picoult ~ Wish you wer ...

nanti commen Jodi Picoult tu yer, slalu nmpak kat MPH tapi tengok jer lah..:lol:

ibugarang Publish time 2-12-2022 02:21 PM

fly_in_d_sky replied at 2-12-2022 09:36 AM
hmmm too depressing!
OMG OMG OMG ... kena hmmm cari aura macam tu ...
buku depressing ni payah nak ...

ada time dia slow, ada time dia fast pace, tapi tu lah mmg kene ambik mood baca buku yg depress2 ni..

masterudeng82 Publish time 2-12-2022 02:50 PM

ibugarang replied at 2-12-2022 02:19 PM
nanti commen Jodi Picoult tu yer, slalu nmpak kat MPH tapi tengok jer lah..

Ooo yang Jodi Picoult tu, Diana ni terkandas dekat pulau Galapagos sebab MCO so takleh nak travel balik ke New York. Dia sepatutnya pi sana dengan tunang dia Finn, tapi tunang dia tak pi sebab doctor so kena uruskan covid dekat NY. Dia jumpa satu laki dekat sana, lama2 dia pun dah happy. One day, depa pi berenang dekat satu tempat, Diana ni hampir tenggelam, dan tiba2 senyap. Rupanya dia warded dekat hospital sebab Covid. So yang dia terkandas tu cuma dalam koma. Plot twist :lol: Ada juga penulis cita pasal COvid, mcm mana situasi semua. Bila dia dah sihat, dia pi balik ke tortoise breeding center dekat Galapagos tu.

Detail sgt ke :lol:

masterudeng82 Publish time 2-12-2022 03:00 PM

fly_in_d_sky replied at 24-8-2022 03:06 PM
Kita selit buku yang lama beli
Gadis Boneka Hadrah ...

Writer's cut tu best tak? Dah lama tak beli novel RAM...

ibugarang Publish time 2-12-2022 05:23 PM

masterudeng82 replied at 2-12-2022 02:50 PM
Ooo yang Jodi Picoult tu, Diana ni terkandas dekat pulau Galapagos sebab MCO so takleh nak travel...

He3! Thank you. Worth tak u kalau nk beli & baca? :lol:

masterudeng82 Publish time 3-12-2022 10:21 AM

ibugarang replied at 2-12-2022 05:23 PM
He3! Thank you. Worth tak u kalau nk beli & baca?

Hmm terpulang lah sebab lain orang lain genre yang dia minat kan. I memang minat buku2 jodi picoult. Tapi since u dah tau jalan cerita, setengah orang dah tak nak beli. ANd i tak kisah pun spoiler, lagi senang nak pk beli ke tak. :lol:

ibugarang Publish time 3-12-2022 03:11 PM

masterudeng82 replied at 3-12-2022 10:21 AM
Hmm terpulang lah sebab lain orang lain genre yang dia minat kan. I memang minat buku2 jodi picoul ...

I plak sejenis org citer buku tue best i gedik2 nk beli :lol: even dh org citer ha3! I ada 2 buku Jodi Picoult 1 best 1 biasa2 ha3!

fly_in_d_sky Publish time 3-12-2022 06:31 PM

masterudeng82 replied at 2-12-2022 03:00 PM
Writer's cut tu best tak? Dah lama tak beli novel RAM...

belum baca lagi
pekasam dulu ... next year baru baca ...
{:politeo

fly_in_d_sky Publish time 3-12-2022 06:33 PM

ibugarang replied at 2-12-2022 02:21 PM
ada time dia slow, ada time dia fast pace, tapi tu lah mmg kene ambik mood baca buku yg depress2 n ...

hmmm takpe saya teruskan dengan mode pekasam
saya ada buku ni tapi dalam bentuk e-book ...
nanti kita baca ler tu ... tahun depan kot ... {:sleepyo

ibugarang Publish time 3-12-2022 07:51 PM

fly_in_d_sky replied at 3-12-2022 06:33 PM
hmmm takpe saya teruskan dengan mode pekasam
saya ada buku ni tapi dalam bentuk e-book ...
nanti k ...

Ha3! Membaca ni mmg kene ikut mood gak kan..

fly_in_d_sky Publish time 4-12-2022 06:30 PM

ibugarang replied at 3-12-2022 07:51 PM
Ha3! Membaca ni mmg kene ikut mood gak kan..

ye betul
kalau mood tak ngam dengna buku ...
baca lah memang takkan seronok punya
terasa seksa sangat

fly_in_d_sky Publish time 26-12-2022 02:11 PM

Edited by fly_in_d_sky at 26-12-2022 02:13 PM

Karya 'The Great Gatsby' merupakan sebuah karya yang ditulis pada 1925 dan karya ini telah melangkaui sedekad. Rasanya ramai yang telah menonton filemnya, namun mengapa anda perlu membaca karya terjemahan 'Tuan Gatsby' ini?Karya ini merupakan sebuah kisah seorang lelaki jutawan yang akan berkorban apa sahaja untuk cintanya, namun adakah kemewahan ini sudah memadai?Hampir seratus tahun, karya ini mengisahkan tentang kewujudan status sosial, kekayaan dan pandangan terhadap 'The American Dream'. Karya teragung Amerika ini wajib dibaca oleh seluruh masyarakat dunia.

penutup tahun 2022Tuan Gatsby versi Bahasa Malaysia .... beli kat shopeeunder The Biblio .. ada voucher and free shipping kira murah juga lah dari harga asal ... {:childlikeo

cmf_summer_snow Publish time 30-12-2022 11:08 AM

sebelum 2022 berlabuh,
nov and dec beli buku
1. The Accidental Malay - Karina Robles Bahrin
2. The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur - Vivy Yusof
dua dua tak baca lagi..haiyaaa

pinjam
1. Hatiku Untuk Dia - Rose Harissa
yang ni pinjam dekat perpustakaan KL (sebab dekat dengan rumah), tengah baca sebab kena pulang dalam masa 2 minggu;P

fly_in_d_sky Publish time 7-1-2023 01:04 PM

Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.

Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif. .

“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas.
“Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.

Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.


preloved book ...
beli buku ni sebab dah tak cetak lagi


aina_shaira Publish time 7-1-2023 03:42 PM

fly_in_d_sky replied at 7-1-2023 01:04 PM
Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembag ...

uols dah lama kan dekat thread ni, boleh tahu setahun uols baca berapa buah buku?
contoh macam tahun lepas, 2022, berapa buah buku uols baca dalam setahun? purata ke...

fly_in_d_sky Publish time 7-1-2023 06:51 PM

aina_shaira replied at 7-1-2023 03:42 PM
uols dah lama kan dekat thread ni, boleh tahu setahun uols baca berapa buah buku?
contoh macam tah ...

last year 53 sahaja

fly_in_d_sky Publish time 11-1-2023 09:04 PM

bulan januari
hari tu beli khayalan (preloved) dah terima
siang tadi beli Si Sabariah (HAMKA) & Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad)
harga murah dari harga asal tambah lagi ada free shipping RM 1.90
mmm ok lah ...

misi sekarang untuk gerakkan TBR ku ....

fly_in_d_sky Publish time 24-1-2023 10:01 PM

angkut The Shadow Series - Sara Aisha
- code name cobra
- code name shark
- code name wolf
- saving lucy

dah lama aim buku ni
tapi sebab series batalkan niat
sebab series mesti ada sinambungan
but nasib baik ... last nya finale saving lucy
sambar jer lah
tolak coins bagai .. dapat cash back coins
untung dah ..

fly_in_d_sky Publish time 27-1-2023 09:23 AM

Edited by fly_in_d_sky at 27-1-2023 09:27 AM

Demi membangkitkan kuasa purba Firael, ahli-ahli sihir melakukan upacara laknat dibantu pesuruh mereka Sang Asura. Di Nusa Mintaka yang diperintah kerajaan junta, sumpahan bermula.

Raja Nusa Alnitak dibunuh kejam, meninggalkan puteri tunggalnya sebagai pemerintah baharu. Desakan pembesar-pembesar istana yang gila kuasa agar Ratu Ariana berkahwin memaksanya lari dari kerajaan sendiri. Takkan dia terikat dengan perkahwinan semata-mata takhta.

Kerana fitnah, Aryan, seorang hamba abdi dari Nusa Alnizam melarikan diri sehingga tersesat ke alam bunian yang turut ditimpa malapetaka tak tersangka.

Perang antara tiga nusa sudah bermula, didalangi pembelot dan pengkhianat. Empat puak bunian berbeza fahaman, menongkah takdir dengan naga-naga mereka. Masa untuk memilih, sekutu atau seteru. Orakel Dewata menyaksikan kemusnahan jagatraya di bawah kekuasaan sihir, hanya penyatuan mereka dapat mengembalikan keagungan sakti!

lupa masukann buku ni
buku ni beli dulu baru buku The Shadow Series

fly_in_d_sky Publish time 3-2-2023 02:04 PM

terjumpa buku ni
terjemahan ITBM
tak banyak stok lagi
kita beli kat shopee
tunggu sampai rumah jer
lama sungguh .. next week baru seller buat
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12
View full version: Buku Yang Dibeli / Dipinjam Sepanjang Bulan (bah. 3)


ADVERTISEMENT