missselfridge Publish time 30-4-2017 12:47 AM

Hairan betul dgn sikap sesetgh org kan...dah buat onar berskala besar, tapi boleh acah-acah sesuci embunan pagi...tabik spring dgn ketebalan mukanya...

seribulan Publish time 30-4-2017 07:37 AM

Gendang gendang rebana ubi,
Jauh sangka tetapkan hati...

iylegend Publish time 1-5-2017 02:34 AM

What's more fragile than a woman's heart?



A man's ego.

missselfridge Publish time 1-5-2017 10:36 AM

I wish I was as brave as a lion
To face the uncertainties in life
To stand up for myself
To express my feelings
Without having to worry
About what people might say

I wish I was as happy as a clam
Ever contented with what life has to offer
Ever grateful for what I already have
And not sighing at every hurdle
To cherish each precious moment
Before it is gone in the blink of an eye

seribulan Publish time 1-5-2017 11:00 AM

Sana sini basikal...macam nak jadi empunya basikal jugak...

seribulan Publish time 2-5-2017 11:52 AM

Turunlah hujan nyamankan suasana,
Bila rindu awak rasa serba tak kena...

missselfridge Publish time 2-5-2017 03:44 PM

Hujan turun dengan lebat sekali
Seakan-akan mengerti
Apa yang terpendam di dalam hati
Segala perit jerih, keringat tanpa henti
Bagi memastikan masa depan nanti
Terus bersinar bak matahari

Malang sekali
Ada yang iri hati
Atas kejayaanku setakat ini
Cubalah didik hati sendiri
Agar bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerna sudah tertulis masing-masing punya rezeki

seribulan Publish time 2-5-2017 05:51 PM

Panas dunia rasa tidak tertahan. Macamana nak tanggung bahang akhirat kelak.

missselfridge Publish time 3-5-2017 06:30 PM

Payah betul nak didik hati ni supaya bersangka baik setiap masa. Dah cuba, bukan tak cuba. Sebab tu dah malas nak ambil tahu. Tapi susah jugak kalau tak ambil tahu langsung. I hate surprises. Haihhh....such is life...

seribulan Publish time 3-5-2017 08:47 PM

Terukir sebuah gubahan...yang kita bentuk dari abu kehancuran di masa dulu....

seribulan Publish time 4-5-2017 02:50 PM

madu lebah kampung madu kelulut
mari dibeli dari pak haji berkopiah
lamanya tak makan ayam dan pulut
hawa puasa buat semua nak jamah:drool3:

missselfridge Publish time 4-5-2017 03:25 PM

Dalam segala kekalutan ini
Cubalah kau fahami
Mesej yang telah disalah erti
Bayangkan kau berada di tempat ini
Mampukah kau tegak berdiri
Manakala maruah kau terpalit
Buat kesekian kali

seribulan Publish time 4-5-2017 06:11 PM

Keropok lekor tergoreng sudah,
Jus oren jadi juadah minuman,
Bahang suhu tidak lagi rendah,
Ada tips kekalkan kenyamanan:L

missselfridge Publish time 5-5-2017 04:35 PM

How nice to have a lavish lifestyle...
A wardrobe full of expensive garments
Designer shoes and handbags
Sets of intricate jewelleries
Sumptuous dinner every night
Extravagant vacations all year round
But wait...
Can all those things bring happiness?

Vignette Publish time 6-5-2017 01:53 PM

Cinta itu penuh dengan segenap rasa..
Hormat...percaya dan juga setia..
Bila disakiti pedihnya berbisa...
Mampukah bertahan di hati kita...

missselfridge Publish time 7-5-2017 05:35 PM

Lumrah manusia...Bila di depan mata, yang nampak hanya sisi buruk seseorang. Buatlah seribu kebaikan sekalipun, namun yang diratib hanya keburukan yang satu.

Tetapi, pabila sudah tiada, barulah kehadiran orang itu amat dirindui. Kekadang hingga tak terbendung rasa rindu. Rasa kesal mula menyelubungi. Tidak cukup waktu yang diluang bersama.

Malangnya, segala-galanya sudah terlambat. Manusia tidak mampu untuk memutar masa. Jauh sekali untuk melawan takdir Allah yang maha Esa...

ReDroSe! Publish time 7-5-2017 05:40 PM

Seharian di sini
Mengingatkan ku kembali
Pada seribu kenangan yang pernah tercipta

nafizzz Publish time 7-5-2017 07:06 PM

Edited by nafizzz at 7-5-2017 07:07 PM

Langkah demi langkah
aku semakin dekat
mengetuk pintu hati mu

tiba-tiba aku terjaga
semuanya mimpi belaka
huhuhu...


missselfridge Publish time 7-5-2017 11:46 PM

Aku simpati akan nasib anak-anak sekarang. Rata-rata, kejayaan mereka diukur hanya dengan berapa bilangan A yang mereka perolehi. Bukan nak menidakkan kepentingan akademik. Tetapi seringkali sahsiah dan perilaku anak-anak kurang dititik beratkan.

Aku akui, kekadang aku tergolong di dalam kelompok itu. Sering rasa cemas tatkala menunggu keputusan peperiksaan anak-anak. Seolah-olah ianya penentu tunggal masa depan mereka. Maka berulang kali aku cuba tanamkan di dalam fikiran, bahawa pendidikan anak-anak perlulah seimbang. Kejayaan akademik dan sahsiah perlu seiring.

Yang paling penting, kita sebagai ibu bapa harus sama-sama menunjukkan minat atas usaha dan pencapaian anak-anak. Pastikan mereka tidak berasa keseorangan dan tahu bahawa walau apa yang terjadi, kita akan sentiasa berada di belakang.

"Taking a keen interest in the progress of your child is necessary and contributes towards a sound and healthy upbringing." - Mufti Ismail Menk

iman_kasih Publish time 8-5-2017 05:19 AM

Birthday anak tak lama lagi...agak2 apa hadiah yg sesuai ek? Yg x mahal dan x murah? Hadiahkn baju raya je ok x?;P;P;P maklumlah dh nak raya kan..apa2 pun doa sentiasa mengiringi setiap langkahmu sayang:):):)
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: ...coretan hati puisi syahdu...


ADVERTISEMENT