CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16992|Reply: 5

[Jenayah] Kantoi beli lesen palsu di media sosial

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 25-4-2024 12:23 AM

ALOR SETAR – Perasaan simpati dan baik hati penduduk dipercayai menjadi antara sebab segelintir daripada mereka sanggup menggunakan nama serta dokumen masing-masing bagi pembelian motosikal oleh warga asing.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, tindakan itu bagaimanapun salah kerana ia hanya akan menyebabkan lebih ramai warga asing terutama etnik Rohingya menunggang motosikal tanpa lesen sah.

“Dalam operasi pada sebelah pagi semalam sahaja, kita berjaya menahan 23 warga asing kebanyakannya etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kerana menunggang motosikal tanpa lesen sah.

“Kita serius dan komited tangani situasi ini kerana ia melibatkan pelanggaran undang-undang jalan raya selain memberi banyak implikasi buruk sekiranya berlaku kemalangan seperti tuntutan insurans,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, katanya, pemilik sebenar motosikal yang digunakan warga asing itu juga akan dikenakan tindakan sekiranya penunggang melakukan kesalahan jalan raya termasuk terlibat kemalangan.

Kata beliau, sebanyak 3,756 notis saman dikeluarkan ke atas warga asing dengan 939 kenderaan disita pada tahun lalu berbanding 1,140 notis saman dan 285 kenderaan disita pada 2022.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa hukuman memalsukan dokumen? Adakah hukuman ringan untuk wargaasing apabila merayu sebagai miskin di hadapan Majistret yang bergaji besar.

Dan hukuman berat untuk rakyat tempatan sebab GNI Malaysia tinggi?

Adakah adil?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap.. Lepas!

Ulang….
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-4-2024 03:00 PM

kajian mendapati negara ini sangat limbik drp segi penguatkuasaan undang2...maka ini negara menjadi pilihan bagi warga asing yg  tahan maki dan tak tau malu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:13 AM | Show all posts
sindiket
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
alalalalatok alalalalatok tok tok jangan saman
alalalalatok alalalalatok tok kita kawan
bye
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.118968 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list