View: 6846|Reply: 22
|
[Tempatan]
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 : Malaysia jatuh 34 anak tangga - Fahmi minta Wan Saiful insaf dengan membandingkan Malaysia dan Israel
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 5-5-2024 01:39 PM
Fahmi mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan indeks berkenaan dengan membandingkan Malaysia dan Israel. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Fahmi mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan indeks berkenaan dengan membandingkan Malaysia dan Israel.
"Israel bunuh orang Gaza. Awak (Wan Saiful) nak bandingkan Malaysia dengan Israel kenapa? Wan Saiful Wan Jan kata kita lebih teruk daripada Israel.
"Kita tak bunuh sesiapa pun. Setakat ini, tiada wartawan yang ditangkap atau dihumban ke penjara, malah tiada satu akhbar pun yang ditutup," katanya selepas mengadakan lawatan di reruai Kementerian Komunikasi bersempena dengan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini.
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) semalam menunjukkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media jatuh 34 anak tangga berbanding 73 pada tahun lepas, dengan memperoleh skor 52.07 mata.
Wan Saiful dilapor berkata kedudukan Malaysia di tangga ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media lebih teruk berbanding Israel yang berada di tangga ke-101, selain menyalahkan Fahmi atas kemerosotan kedudukan itu.
Sehubungan dengan itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menggesa Wan Saiful supaya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kerana Malaysia pernah mengalami zaman demokrasi yang gelap semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
"Kalau nak berpropaganda saudara Wan Saiful, saya harap saudara fikir apa berlaku masa zaman PN (sebagai kerajaan). Parlimen ditutup dan ini bukan propaganda, ini ialah fakta. Bukan surat khabar yang tutup tetapi Parlimen itu sendiri ditutup.
"Maka, sebelum Wan Saiful nak cakap lebih-lebih, beliau (Wan Saiful) seharusnya insaf bahawa zaman demokrasi paling gelap di Malaysia ialah semasa zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu pemimpin parti beliau," katanya.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yishroel yg selalu bom wartwan sana sini pon still at better position than malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Forget Israel, forget PN. Faktanya kedudukan Malaysia merudum. Why?
|
|
|
|
|
|
|
|
Seharusnya Malaysia sama rankingnya dalam hal index kebebasan media dengan Israel .... Jadi betol-betol aneh jika index israel lebih baik daripada Malaysia
Mengapa ?
Kerana Malaysia dan Israel sama-sama ditubuhkan oleh UK dan juga sama-sama anak cucu keturunan nabi ibrahim ... Bedanya Malaysia berasaskan agama Islam sedangkan Israel berasaskan agama yahudi... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Fahmi Reza be like
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebebasan media ala madani. Reforbasi!
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak ikut template barat, idok le dapat ranking atas2 nyeh..kebebasan media lah bersuara lah hak asasi lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 6-5-2024 05:34 AM
Mengapa anda lupa dengan status anda sebagai bangsa bani tamim .... umah yang menjadi suri tauladan dan panutan 2.25 billion umah muslim di seluruh dunia ...
Jadi .. jangnalah memandang rendah image negaramu sendiri terlalu remeh temeh .... jangankan israel... bahkan negara sekuat USA pun X akan mampu menandingi power dan kuasa bani tamim malaysia ... apalagi menandingi program madani PMX Imam Mahdi yang betol-betol genius, original dan sangat menakjubkan itu ...
Ingat saat kini ... bukan saja umah muslim saja ... bahkan seluruh umah manusia di alam semesta mengharapkan malaysia berhasil dengan program madaninya yang akan meningkatkan taraf hidup kita ke level yang lebih baik lagi di masa hadapan ....Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara mana di kedudukan pertama? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm berita pasal IHR pun x pernah ditunjuk atau ditulis dlm mana2 media mainstream.. |
|
|
|
|
|
|
|
Norway #1, Eriteria paling corotIsrael tak sama dgn Malaysia lah wan kantoi tipu dalam parlimen saiful, israel lagi atas haha palestine bawah dr malaysia, sama dgn singapore.
https://rsf.org/en/index
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau peram berita pengampunan najib 5 hari.
Kau embargo keterlibatan nga kor ming tentang kereta menteri ikut ambulan sampai sembilan hari.
Ofkos la ranking jatuh bodoh.
Teruskan la lagi pangai gini. Embargo news. Kepam news. Pendaftaran Dan kelulusan utk warga media.
Tahun depan jatuh bawah somalia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 6-5-2024 05:28 AM
Mengapa anda lupa dengan status anda sebagai bangsa bani tamim .... umah yang menjadi suri tauladan ...
Jangan menyibuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Deyyy.....Orang tanya in general kenapa scoring jatuh bukannya melalut propaganda, zaman gelap jadah semua lerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-5-2024 10:49 AM
Norway #1, Eriteria paling corotIsrael tak sama dgn Malaysia lah wan kantoi tipu dalam parlimen sa ...
Singapore bawah dari mesia? Musykil.. ka sbb isu tiktok aritu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 6-5-2024 09:10 PM
Singapore bawah dari mesia? Musykil.. ka sbb isu tiktok aritu?
Kena tengok methodology survey dia la kut. Sometimes boleh skewed juga jawapan kalau yg menjawab tak faham soalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 7-5-2024 07:07 AM
Kena tengok methodology survey dia la kut. Sometimes boleh skewed juga jawapan kalau yg menjawab ...
Sbb tu iols tak caya survey ni.. something fishy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Based on quality of reporters kat Malaysia ni, yg tatabahasa BM pun out, pastu kena jawab survey in the English language; tak pun paling dekat dalam Bahasa Indonesia...pitam le.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Malaysia X melakukan survei sendiri ... yakinlah boleh dipastikan jika Malaysia akan menjadi yang TERBAIK dan No. ! dalam semua hal .... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|