CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6447|Reply: 5

[Dunia] Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga

[Copy link]
Post time 5-5-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Khan menang 9 daripada 14 kawasan termasuk dua kawasan yang sebelum ini dikuasai Tori. - Foto AP

LONDON: Pemimpin Parti Buruh, Sadiq Khan menang pemilihan Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.

Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.

Khan menang 9 daripada 14 kawasan termasuk dua kawasan yang sebelum ini dikuasai Tori.


Kemenangan Khan membantu mengukuhkan imej Parti Buruh, menjelang Pilihan Raya Umum tahun depan.

Bagi parti Buruh, London merupakan kawasan terbaharu yang dikuasai dalam pilihan raya tempatan.

Dalam ucapan kemenangannya, Khan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen untuk membuka ruang Pilihan Raya Umum diadakan.
Tinjauan pendapat mendapati Parti Buruh akan memenangi pilihan raya seterusnya.

Ia bakal menamatkan penguasaan Konservatif selama 14 tahun.

Khan, yang merupakan Datuk Bandar beragama Islam pertama London, berikrar untuk membina lebih banyak perumahan sosial dan bekerja dengan bakal pemimpin Buruh untuk meningkatkan kapasiti pasukan polis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:36 PM | Show all posts
igt syed sadiq, terkejot makk nyahhhh

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai imigran dr timur tengah yg layak mengundi, undi dia. Mmg menang la. Rakyat asal da termenung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:16 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 5-5-2024 12:05 AM
Berapa ramai imigran dr timur tengah yg layak mengundi, undi dia. Mmg menang la. Rakyat asal da term ...

Orang yang undi dia ni bukan kerana agama. Ramai orang undi  dia kerana dia menjaga kebersihan udara di London dengan bermacam undang undang baru yang dia buat sebab itu ramai orang suka dia.

Jika nak kata orang Islam yang undi dia, keseluruhan orang Islam di uk pun tak sampai 4 juta. Penduduk London pun dah hampir 10 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg pandai, rajin, bukan sembang tin kosong mmg itu la rakyat ulang undi.
Unlike di............ (isi sendri tempat kosong) spesis terrpaling kuat sembang kosong mkn gaji buta yg rakyat sayang sgt². Xpernah gagal undi org yg sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.139626 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list