CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijumpai Mati Di Hotel Terikat Tali Kasut

14-3-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5096| Komen: 17

Description: Sementara Itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya Berkata, Pemeriksaan Awal Mendapati Mangsa Beralamat Terakhir Di Kuala Lumpur Dan Mendaftar Masuk Ke Hotel Berkenaan Se ...
Alor Setar: “Sebaik masuk ke dalam bilik, saya terkejut melihat mangsa telentang kaku di atas katil dengan separuh badannya daripada pinggang ke atas berselimut.

“Saya pelik lalu memanggil pengawal keselamatan membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa meninggal dunia,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali.

Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari semalam, mayat lelaki berusia 60-an ditemui dengan kaki terikat tali kasut selain terdapat kesan jerutan pada leher di hotel, di sini.

Menurut wanita terbabit, sebelum kejadian dia ditugaskan mengemas bilik mangsa yang sepatutnya mendaftar keluar pada jam 12 tengah hari.

Katanya, sebaik membuka pintu bilik, dia melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan bertugas.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa beralamat terakhir di Kuala Lumpur dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan sejak petang kelmarin sebelum mendaftar keluar tengah hari semalam.

Katanya, polis juga masih menyiasat butiran diri mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.


gambar hiasan


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 14-3-2014 07:48 AM

gambar hiasan
Quote xtahumenahu 14-3-2014 07:49 AM
amboii gambo hiasan x hengat
Quote alzan 14-3-2014 08:01 AM
apa kena mengena gmbr hiasan dengan kejadian dalam bilik hotel
Quote ais_kosong 14-3-2014 08:09 AM
bunuh membunuh amalan dah la nih
Quote fifie_olin 14-3-2014 08:12 AM
alzan posted on 14-3-2014 06:01 AM
apa kena mengena gmbr hiasan dengan kejadian dalam bilik hotel

psl tali kasut la tu....
lwk di pg jumaat
Quote inai_Djari 14-3-2014 08:13 AM
hampeh tol tong..nie mst gara2 nak lawan thread mh370 la nie..
Quote alzan 14-3-2014 08:14 AM
abe tong dah ada secret code pula sekarang ni... heheheheh
Quote noell 14-3-2014 08:15 AM
abang tong dah desperate sgt dah boh gambaq hiasan segala...bukak thread banyak2 pun takdak sambutan sejak kes MH370

sila bertabah

Quote BotakChinPeng 14-3-2014 08:19 AM
Haha. "pic"
Quote gogo2 14-3-2014 08:26 AM
noell posted on 14-3-2014 08:15 AM
abang tong dah desperate sgt dah boh gambaq hiasan segala...bukak thread banyak2 pun takdak sambutan ...

Hehehe.. ai pon rasa begitu.
Quote noell 14-3-2014 08:30 AM
gogo2 posted on 14-3-2014 08:26 AM
Hehehe.. ai pon rasa begitu.

macamana gogo hg dah tak jadi athies dah ka???hg percaya apa la neh???sceintology tom cruise punya ka???
Quote amiraira 14-3-2014 09:35 AM
ni kes bunuh diri ke kena bunuh ke @ ikat tali kasut...
Quote -electrifying- 14-3-2014 09:54 AM
hahaha tong2. plik2 je
Quote kudajantan77 14-3-2014 10:02 AM
Nama hotel haram tak sebut pon ...
Quote tongkatwaran75 14-3-2014 11:47 AM
noell posted on 14-3-2014 08:15 AM
abang tong dah desperate sgt dah boh gambaq hiasan segala...bukak thread banyak2 pun takdak sambutan ...

ko plak desperate speku aku kan...
sbb hasrat nak tgk mayat tu tak tercapai,  kan...
apa ko hengat aku paparazi ...ada sume gambar?

Quote mak_wa95 14-3-2014 03:13 PM
Hotel apa.....kenapa xsebut sekali bilik no berapa...
Quote budakgraphic 17-3-2014 09:29 AM

Huhuhu, ni mesti kes bunuh nih...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059483 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top