CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

62 Pati Turki Jalan 2 Hari Ke Malaysia

14-3-2014 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9740| Komen: 78

Description: Katanya, Mereka Dipercayai Datang Dari Turki Menaiki Kapal Laut Dan Singgah Di Thailand Lalu Berjalan Kaki Selama Dua Hari Sebelum Tiba Di Sempadan Negara Berhampiran Lokasi Mereka Ditangkap.


Padang Besar: Mahu berjumpa kenalan dan mencari pekerjaan baru menjadi alasan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Turki apabila menyusup masuk ke negara ini sebelum ditahan di sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, 62 warga Turki termasuk 25 kanak-kanak berusia antara lima bulan hingga 40 tahun ditahan sepasukan anggota Batalion Ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menjalankan rondaan Ops Wawasan.

Operasi diketuai Penolong Ketua Kompeni A Batalion Ke-3 PGA Inspektor Arif Ismail selepas mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan negara jiran sebelum anggotanya mula membuat intipan.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion ke-3 PGA Deputi Superintendan S Sivam berkata, pasukan itu mendiamkan diri sejak tengah malam sebelum menahan semua PATI itu selepas mereka memasuki negara ini dengan menyusup menerusi pagar sempadan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki berusia 19 hingga 23 tahun, 15 wanita berusia 25 hingga 40 tahun, 15 kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan hingga 11 tahun dan sembilan kanak-kanak perempuan berusia lima bulan hingga lapan tahun.

“Siasatan awal mendapat mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah mengaku datang dari daerah sama di Ankara, Turki dan mendakwa memasuki negara ini untuk berjumpa kenalan dan saudara-mara.

“Mereka mendakwa mahu mencari pekerjaan baru selepas tertarik mendengar pelbagai cerita kenalan yang pernah datang ke negara ini,” katanya.

Sivam berkata demikian selepas bertanya kepada seorang PATI dikenali sebagai Abdullah Zaid, 30-an, yang boleh berbahasa Inggeris pada sidang media di Pos Kawalan PB19, dekat Chuping, di sini.

Katanya, mereka dipercayai datang dari Turki menaiki kapal laut dan singgah di Thailand lalu berjalan kaki selama dua hari sebelum tiba di sempadan negara berhampiran lokasi mereka ditangkap.

“Pihak PGA merampas telefon bimbit, sebuah tablet iPad dan wang tunai AS$6,300 (RM20,916) selain beberapa beg penuh dengan pakaian.

“Ini kali pertama PGA menahan PATI dari Turki berjarak 7,700 kilometer dari negara ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen sah dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen di Kangar untuk tindakan lanjut.

6

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 14-3-2014 07:39 AM

SIVAM (dua dari kanan) memeriksa pendatang asing yang ditahan.


p/s Amik sorang , anak dara nak buat bini bole tak?
Quote mdmyana 14-3-2014 07:40 AM

Betapa makmurnya Mesia tanah airku..
Jangan sat lagi PATI dari Denmark or Sweden mai Mesia pulak
Quote batmana 14-3-2014 07:50 AM
ni bukan turki kokusen, ni turki mata sepet,
duk kwsn kampung, kene tipula ni ngn sedara.
konon2 de kerja kt malaysia
Quote otomen_taro 14-3-2014 07:53 AM
malaysia darul buangan.hbis sume rakyat asing yg xleh blah nk stay sni
Quote magnus 14-3-2014 07:53 AM
Ya Allah..dua hari jln dgn budak kecik sumer..siannya..
Quote leylapple 14-3-2014 08:33 AM
malaysia darul sampah...

terima jer mana2 PATI janji muslim...

pastu byk la kejadian jenayah mcm2 nanti
Quote noell 14-3-2014 08:35 AM
kalo ada yg comey tuh @MissNigga nak sponsor sorang buat hanakikan
Quote kecimpret 14-3-2014 08:37 AM
kat itali tu kan dekat dik...jd pati pun org x pasan sbb muka hampir sama
Quote ka_one2000 14-3-2014 08:38 AM
nie bukan macam bangsa kurdish punya org kaa? ka aku silap....
Quote BotakChinPeng 14-3-2014 08:41 AM
Pati turki pulak dah
Quote Leonarzi 14-3-2014 08:43 AM
Ini turki hulu.. Berjiran dgn kyrgystan, uzbekistan semua tuh
Quote Leonarzi 14-3-2014 08:44 AM
Ini membuktikan malaysia suvarnabhumi (bumi emas yg bertuah)
Quote Bell 14-3-2014 08:46 AM
Sindiket la nie. Semua PATI kena tipu. Cakap boleh mula idup baru di Malaysia baik punyaa.

Quote kmelankolia 14-3-2014 08:47 AM
senang nau pendatang bolos ke m'sia ye.....
Quote Bell 14-3-2014 08:47 AM
batmana posted on 14-3-2014 07:50 AM
ni bukan turki kokusen, ni turki mata sepet,
duk kwsn kampung, kene tipula ni ngn sedara.
konon2 d ...

Aku suspect ada seorg dua sedara mereka kawin dgn org melayu and then idup senang di malaysia.

Quote Leonarzi 14-3-2014 08:58 AM
kmelankolia posted on 14-3-2014 08:47 AM
senang nau pendatang bolos ke m'sia ye.....

Bolos kepala hanggok ko... Kan kena tangkap tu
Quote ifanonline 14-3-2014 09:01 AM
Leonarzi posted on 14-3-2014 08:58 AM
Bolos kepala hanggok ko... Kan kena tangkap tu

kena tangkap tak semestinya tanda kejayaan..success is when u protect your country without the problem coming inside your own turf...

Quote ResellerMaxis 14-3-2014 09:14 AM
xder ke berita pati malaysia di tangkap di singapore ke??
Quote ninja boy 14-3-2014 09:19 AM
apsal turki pulak, sah2 muka lagi senang detect, kalau bangla india china boleh lagi invisible menyelit di kalangan malaysian

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.054100 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top